Categories
Berita Semasa

Muktamar Kaherah Berjaya Kumpul USD5.4 juta, Separuh Untuk Pembangunan Semula Gaza

Rabu , 15-10-2014 – Menteri Luar Negeri Norway mengumumkan bahawa Muktamar Pembangunan Semula Gaza yang dilaksanakan hari Ahad (12/10/2014) di Kaherah, berjaya mengumpul dana dari negara-negara penyumbang bernilai USD5.4 juta, sebahagiannya adalah untuk usaha pembangunan semula Semenanjung Gaza.

Pejabat berita “Asy Syarq al Awsath” mengambil maklumat daripada peserta Muktamar Antarabangsa Untuk Pembangunan Semula Gaza ? dalam draf pernyataan penutupan muktamar ? menegaskan terdapat keperluan mendesak dana sebesar USD414 juta untuk bantuan kemanusiaan dan USD1.2 juta untuk memulihkan ekonomi sebagai permulaan dan ditambah USD 2.4juta untuk pembangunan semula Gaza.

Para peserta menunjukkan sokongan mereka terhadap rancangan yang diajukan pemerintah Palestin untuk pembangunan semula Gaza berkenaan pemberian bantuan untuk pembangunan semula Gaza perlu disertai sokongan anggaran pemerintah Palestin dan untuk pembangunan di Tebing Barat.

sumber : COMES
penterjemah : Osman

Categories
Berita Semasa

Bantuan Kemanusian Kedua Ecuador kepada Gaza

Rabu , 15-10-2014 – Kerajaan Ecuador baru-baru ini mengumumkan bahawa kargo kedua bantuan kemanusiaan telah dibawa ke Semenanjung Gaza pada hari Khamis.

Menurut laman berita RIA Novosti , pihak berkuasa Ecuador melancarkan kempen bermula Julai yang lepas, yang dikenali sebagai ” Kami Semua Palestin, ” untuk mengumpul derma, termasuk khemah, tilam, barangan makanan tidak musnah, pakaian dan perubatan bagi penduduk Gaza. Sebanyak 48 tan dikumpulkan.

Hubungan Amerika-Palestin Latin mencapai pengiktirafan antarabangsa apabila Presiden Bolivia Evo Morales dan Mahmoud Abbas bertemu di New York, September lalu.

sumber : http://www.imemc.org/
penterjemah : fauzan

Categories
Berita Semasa

Rakyat Palestin Ditikam Sehingga mati Di Silwan

Rabu , 15-10-2014 – Dalam perkara yang seolah-olah berkaitan dengan kes menjual rumah kepada peneroka haram Israel , seorang lelaki Palestin mati ditikam , pada petang Khamis, di bandar Silwan , Timur Baitulmuqaddis, merujuk pada laman web berita Arabs48 .

Laman web itu melaporkan lelaki itu, 50 tahun, ditikam berikutan persengketaan keluarga akibat daripada menjual rumah kepada peneroka haram Israel. Lelaki itu telah dipindahkan ke Hospital al- Islam Maqassed , di Yerusalem , di mana beliau meninggal dunia akibat luka-lukanya .

sumber : http://www.imemc.org/
penterjemah : redz

Categories
Berita Semasa

Pihak penjajah membebaskan peguam ” rubai” dari Khalil/Hebron.

Isnin, 13-10-2014 – Pihak berkuasa penjajah telah membebaskan petang semalam selasa (7-10pm) seorang peguam Ahli Majlis Perundangan Palestin – bidang perubahan dan pembaikpulihan khalil “rubai” yang berada di selatan khalil di Tebing Barat.

Sumber tempatan menyatakan bahawa peguam rubai telah ditahan pada 16/7/2014. Ia juga menyebutkan bahawa pembebasan dilakukan dalam tempoh 24 jam setelah pembayaran garamah sebanyak 10 000 syekel. Beliau di tahan di penjara ‘Aufar Barat Ramallah.

sumber : http://www.palestine-info.info/ar/
penterjemah : muiz

Categories
Berita Semasa

Israel beri notis pengusiran kepada 19 keluarga Palestin

Isnin, 13-10-2014 – Pihak berkuasa rejim Israel mengedarkan notis pengusiran pada Rabu kepada 19 keluarga Palestin di kawasan selatan Lembah Jordan sebagai permulaan untuk menggunakan tanah tersebut bagi tujuan ketenteraan.

Ketua Jawatankuasa Tempatan Lembah Al-Maleh, Aref Daraghmeh, memberitahu PNN bahawa tentera rejim Israel memberi notis pengusiran kepada 16 keluarga di kawasan Al-Ras Al-Ahmar kerana mereka ingin untuk menggunakan kawasan tersebut bagi latihan ketenteraan dari 19 hingga 21 hari bulan pada bulan ini.

Rejim turut memaklumkan 3 lagi keluarga di Al-Burj, tentang perancangan serupa untuk latihan ketenteraan dari 22 hingga 29 hari bulan. Latihan ketenteraan akan bermula pada jam 6 pagi hingga 7 malam. Encik Daraghmeh menambah bahawa ini bukan kali pertama para penduduk lembah diancam untuk diusir di mana ratusan keluarga telah diusir tahun lepas.

sumber : IMEMC News
penterjemah : nur idawati

Categories
Berita Semasa

Pintu Masuk Gaza Siap Sedia Sambut Kedatangan Bahan Binaan

Isnin, 13-10-2014 – Pengarah Awam Jabatan Perlintasan dan Sempadan di Semenanjung Gaza, Maher Abu Shubha, menegaskan kesiapan pihaknya untuk kemasukan bahan binaan ke Semenanjung Gaza yang dikenakan sekatan sejak bertahun-tahun. Ia akan memulakan proses pembinaan semula setelah serangan Zionis ke Semenanjung Gaza yang menghancurkan puluhan ribu unit rumah.

Abu Shubha menjelaskan bahawa pintu masuk Semenanjung Gaza setiap hari boleh dimasuki sekitar 400 trak. Ini membuktikan kesiapsediaan mereka untuk menyambut kemasukan barang dan bahan binaan yang dengan sendirinya akan turut membangkitkan keadaan ekonomi di Gaza setelah meningkatnya peluang pekerjaan dalam bidang-bidang yang berkaitan.

Pintu masuk Karem Abu Salem yang merupakan satu-satunya pintu masuk perdagangan di Semenanjung Gaza siap sedia beroperasi. Beliau menegaskan bahawa pasukan perlintasan siap sedia memberikan perkhidmatan terbaik yang dapat membantu merealisasikan kepentingan penduduk Semenanjung Gaza.

sumber : COMES
penterjemah : Osman

Categories
Berita Semasa

Baitul Laham: 3 Orang Remaja Palestin diculik, Penceroboh Melanggar Remaja

Isnin, 13-10-2014 – Tentera Israel pada hari Selasa telah menculik tiga orang remaja Palestin termasuk dua adik-beradik semasa serangan sebelum subuh di Baitul Laham, Tebing Barat seperti yang dilaporkan sumber keselamatan.

Seunit tentera Israel menyerbu Hosan, barat Baitul Laham di mana mereka menculik dua orang adik-beradik berumur 18 dan 20 tahun selepas rumah keluarga itu diserbu. Tentera itu kemudiannya menyerbu kampung Taqu, menggeledah sebuah rumah dan menahan seorang remaja berumur 25 tahun menurut laporan WAFA. Berhampiran kampung Taqu juga, seorang penduduk haram Israel melanggar seorang remaja Palestin pada hari Selasa.

sumber : IMEMC News
penterjemah : redz

Categories
Berita Semasa

Saadi merayaikan Aidil Adha di dalam kurungan

Khamis , 09-10-2014 – Walaupun orang sedang menikmati Hari Raya bersama keluarga dan rakan-rakan mereka , Nahar Al- Saadi , seorang banduan dari Jenin, meraikan Eid dalam sel kurungan Israel mengalami kesepian dan penyakit.

Keluarga banduan berkata Nahar , yang dijatuhi empat hukuman seumur hidup ditambah 20 tahun, telah diasingkan untuk lebih setahun oleh pihak berkuasa pendudukan Israel (IOA) dengan mengabaikan keadaan kesihatan yang semakin merosot itu. IOA telah menafikan beliau lawatan keluarga selama lebih setahun sekarang. Peguam kelab banduan berkata Saadi telah mejalani hukuman di penjara Raymond, Shata , Megido dan Ramla , selepas disoal siasat di dalam al- Jalama pada April tahun lepas , dan tempoh pengasingan beliau dilanjutkan setiap 6 bulan.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : nur diana

Categories
Berita Semasa

Tentera Laut Israel engkar gencatan senjata, tembak nelayan-nelayan Gaza

Khamis , 09-10-2014 – Tentera laut Israel melepaskan tembakan terhadap nelayan-nelayan Palestin yang tidak bersenjata di persisiran laut al-Sudaniya, di kawasan barat laut Gaza dalam satu pencabulan gencatan senjata secara terang-terangan pada pagi Selasa.

Saksi kejadian berkata kapal meriam Israel melepaskan bedilan peluru ke arah nelayan-nelayan Palestin yang sedang bergerak dalam jarak 6 batu nautika yang dibenarkan di zon memancing. Tiada kecederaan di kalangan nelayan-nelayan tersebut yang dilaporkan setakat ini, mereka terpaksa melarikan diri untuk mengelakkan dari terbunuh di lautan tersebut.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : nor syarira

Categories
Berita Semasa

PRC menyambut baik niat HC untuk mengundi bagi mengiktiraf Palestin

Khamis , 09-10-2014 – Ketua Pusat Kepulangan Palestin (PRC) Majed al-Zeer mengalu-alukan niat House of Common Britain (HC) untuk mengundi cadangan bagi mengiktiraf Palestin. Cadangan oleh ahli Parlimen Grahame Morris itu merupakan satu pencapaian hasil kemenangan lagenda dan kesungguhan rakyat Palestin ketika perang Israel ke atas Gaza.

Ia merupakan satu langkah wajar yang akan membantu menaikkan isu Palestin di forum antarabangsa dan mempercepatkan projek pembebasan Palestin, beliau dipetik menyatakan demikian kepada Akhbar Quds. Beliau menjelaskan bahawa kempen pro-Palestin di Britain dan Eropah memberi tekanan kepada para pembuat keputusan Eropah agar mengambil tindakan yang menyebelahi kepentingan rakyat Palestin.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : nor idawati

Categories
Berita Semasa

Kanak2 cedera parah disebabkan bahan letupan yang digugurkan oleh tentera

Rabu , 08-10-2014 – Sumber perubatan Palestin di Bethlehem berkata, seorang kanak-kanak cedera parah pada petang Selasa apabila sebuah bahan letupan yang digugurkan oleh Tentera Israel dalam sesi latihan meletup berhampiran dengannya sewaktu dia sedang mengembala kambing milik keluarga.

Sumber berkata Malek Abu Dayya, 12 tahun cedera di kawasan al-Manshiyya di Bandar Teqoua’, Tenggara Bethlehem. Awalnya dia dihantar ke klinik setempat sebelum dipindahkan ke hospital di Bethlehem akibat kecederaan serius yang dialaminya.

sumber : http://www.imemc.org/
penterjemah : norsyuhada

Categories
Berita Semasa

OCHA: Loji Kuasa Gaza Akan Beroperasi Semula Bergantung Kepada Bekalan Minyak

Rabu , 08-10-2014 – “Penyambungan operasi loji kuasa Gaza (GPP) adalah bergantung kepada kesediaan bekalan minyak” umum United Nations Office for the Coordination of Humanitarian Affairs (OCHA) pada hari Isnin lalu, dalam laporan mingguan ‘Protection of Civilians’.

Laporan itu menerangkan lagi, menurut Al-Ray, GPP telah diberhentikan operasi sejak 29 Julai akibat beberapa serangan oleh Israel, yang mengakibatkan Semenanjung Gaza terpaksa bergantung penuh kepada bekalan elektrik yang dibeli daripada Mesir dan Israel.

Turut dilaporkan bahawa walaupun kesediaan bekalan minyak dapat diperolehi, adalah sukar untuk membekalkan servis di kawasan-kawasan yang paling terkesan oleh serangan Israel yang terakhir di rantau itu. Kawasan-kawasan tersebut termasuklah Beit Hanoun, Al Shuja’eyyah, Khuza’a dan Rafah timur.

sumber : http://www.imemc.org/
penterjemah : nur syarira

Categories
Berita Semasa

Netanyahu menyelar reaksi Jawatankuasa Hak Asasi Manusia Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNHRC) ke atas tragedi pembunuhan di Gaza

Rabu , 08-10-2014 – Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu menyelar keengganan UNHRC memperakui tindakan Israel di Semenanjung Gaza, pada Isnin dan mengataka ia akan menggalakkan para penentang menggunakan perisai manusia sebagai taktik perang.

Dia menekankan bahawa kritikan ke atas serangan Israel terhadap Gaza merupakan mesej kepada “seluruh pengganas agar menggunakan kanak-kanak sebagai perisai manusia”, dalam kenyataannya di Perhimpunan Umum UN di new York, demikian menurut Ynet.

“UNHRC telah mengkhianati misi murninya untuk melindungi mereka yang tidak bersalah. Jawatankuasa Hak Asasi Manusia telah menjadi Jawatankuasa Hak Asasi Pengganas,” dia menambah. Ma’an melaporkan bahawa Netanyahu turut menyelar ucapan Presiden Palestin Mahmoud Abbas sebelum perhimpunan, di mana beliau menyalahkan tentera rejim Israel atas pembunuhan beramai-ramai ketika serangan 50 hari di Gaza.

sumber : http://www.imemc.org/
penterjemah : nur idawati

Categories
Berita Semasa

Tentera menyerbu kedai kopi, kedai roti di Jenin. 10 diculik di Tebing Barat.

Rabu , 08-10-2014 – Sekumpulan jeep tentera Israel menyerbu bandar Jenin di utara Tebing Barat pada subuh Isnin dan memecah masuk ke kedai kopi dan kedai roti. Pihak tentera turut menculik sepuluh rakyat Palestin di beberapa tempat berasingan di Tebing Barat.

Sumber tempatan menyebut, pihak tentera menyerbu Kedai kopi Baladna di tengah bandar dan Kedai Roti Abboud, menggeledah premis berkaitan sambil menyoalsiasat para pekerja dan pelanggan. Serbuan menyebabkan berlaku pertembungan antara tentera dan pemuda tempatan yang melempar batu dan botol kosong ke arah mereka sementara pihak tentera melepaskan tembakan pemedih mata, peluru getah dan beberapa peluru hidup.

sumber : http://www.imemc.org/
penterjemah : zihan

Categories
Berita Semasa

Askar Israel Menembak dan Mencederakan Petani Palestin di Utara Gaza

Khamis, 02-10-2014 – Tentera Israel yang ditempatkan di sempadan Gaza telah menembak seorang petani berusia 22 tahun yang bekerja di ladangnya, pada petang Ahad, dalam kawasan yang ditetapkan oleh tentera Israel sebagai ‘ no- go zon ‘ , di bahagian utara Semenanjung Gaza.

Sejak serangan Israel sepanjang 50 hari ke atas Semenanjung Gaza yang berakhir pada 27 Ogos, tentera Israel telah meluaskan ‘ no- go zon ‘ di sepanjang sempadan Gaza , sekali gus berkesan merampas 40% daripada keluasan tanah yang berbaki yang amat sesak di Semenanjung Gaza.

Menurut perjanjian gencatan senjata awal, ‘no -go zon ‘ sepatutnya dikurangkan kepada 100 meter dari pagar sempadan. Semasa gencatan senjata itu petani dapat masuk ke kawasan tanah mereka yang telah ditetapkan. Tidak lama selepas itu ia berubah, dan tentera Israel mula dengan cepat memperluaskan ‘no-go-zon’ . Tiada jarak tertentu di mana rakyat Palestin yakin bahawa mereka boleh menjadi selamat untuk mengusahakan tanah .

sumber : IMEMC News
penterjemah : nor syuhada