Categories
Berita Semasa

Zionis serang Khan Younis

Rabu , 19/05/2010 – Tentera rejim Zionis (IOF) hari ini menyerang beberapa kawasan di Al-Qrara, timur Khan Younis yang terletak di tengah-tengah Gaza.

Menurut agensi berita SAFA, sebanyak 4 jentolak dan 3 kereta kebal memasuki kawasan Al-Qrara sejauh 500 meter, berhampiran sempadan Palestin dengan tanah bertanda 48 yang dihuni secara haram oleh Zionis.

Jentolak-jentolak itu memusnahkan tanah-tanah pertanian sementara IOF melancarkan tembakan ke arah para petani dan penduduk Palestin. Walaubagaimanapun, tiada kecederaan dilaporkan.

sumber : The Palestine Telegraph
penterjemah :  salwa

Categories
Berita Semasa

Pihak keselamatan Mesir tangkap 16 anggota Jihad Islam

Rabu , 19/05/2010 – Pasukan keselamatan Mesir telah menangkap seramai 16 rakyat Palestin. Mereka juga merupakan ahli kumpulan Jihad Islam. Jihad Islam berasa amat kesal dengan penangkapan ini dan lebih menyedihkan, mereka yang ditangkap turut dicederakan.

Sheikh Nafez Azzam salah seorang pemimpin Jihad Islam, menyatakan kerisauannya kerana hasrat pemimpin Arab sepatutnya berada di landasan yang sama.

sumber : COMES
penterjemah : Abu Awatif

Categories
Berita Semasa

Kempen Boikot Berjaya Menutup 17 Kilang Di Penempatan Haram di Tebing Barat

Rabu , 19/05/2010 –Kempen pemulauan yang menyeru memboikot produk-produk dari kilang-kilang penempatan haram, yang diambil oleh orang Palestin di Tebing Barat, menyebabkan penutupan sekurang-kurangnya tujuh belas kilang sejak beberapa bulan yang lalu. Seperti yang dilaporkan oleh The Washington Post, Avi Alekiam, yang mewakili pemilik dari tiga ratus kilang di pemukiman industri Mishor Adumim Tebing Barat, mengatakan “situasi yang sukar diterima.”

Untuk rakyat Palestin, seperti yang dilaporkan oleh The Washington Post, inilah strategi yang dicari-cari oleh mereka. Kempen boikot ini juga berlaku di medan antarabangsa di mana Palestin dan negara-negara Eropah memboikot produk-produk Israel menunjukkan sokongan mereka yang padu dengan Palestin.

Palestin telah mencuba selama lebih daripada empat puluh tahun, untuk menamatkan penjajahan Israel melalui Intifadah dan perundingan, yang berlangsung lebih dari dua dekad, tetapi tidak berjaya dan sekarang Palestin ingin mencapai kejayaan dengan bekerja keras untuk membuat kempen ini lebih kuat dan bertahan selamanya, sebagai bukti bahawa kempen ini berdasarkan pada kempen yang aman dan kekerasan tidak digunakan, dan mungkin menghasilkan buah pada akhirnya. Strategi ini berada pada tahap yang popular, setelah datangnya penyertaan daripada pimpinan Palestin di dalam kempen tersebut.

sumber : The Palestine Telegraph
penterjemah :  ameen

Categories
Berita Semasa

Ibu dan 2 anak cedera dilanggar pendatang Yahudi

Selasa, 18/05/2010 – Sumber perubatan Palestin di Baitullaham melaporkan pada Sabtu malam lepas seorang pendatang Yahudi telah melanggar lari seorang ibu dan dua anak perempuannya. Kejadian berlaku di Kampung Al-Jab’a, berdekatan Baitullaham.

Ibu itu dikenalpasti sebagai Aneesa Hasan Al Tous, 35 serta dua anak perempuannya Ro’a, 2 dan Nagham, 5. Mereka dibawa ke Hospital Al-Ahli di Hebron. Ibu tersebut dan seorang anaknya dilaporkan stabil manakala seorang lagi berada dalam keadaan yang serius.

sumber : http://www.imemc.org
penterjemah :  salwa

Categories
Berita Semasa

Matar berusaha untuk melaksanakan Tuntutan “Kembali”, Sehingga Dia Syahid di Sempadan

Selasa, 18/05/2010 – Satu laporan akhbar mendedahkan (seorang warga emas Palestin) al-Syahid Haj Fuad Matar berusia 80 tahun, yang telah Syahid dengan peluru tembakan penjajah Palestin pada pagi Sabtu yang lalu (15-5), di Timur bandar Beit Hanoun, (dan bandar ini) merupakan kawasan terdekat dengan wilayah Palestin yang dijajah. Al-Syahid ketika itu sedang berusaha untuk melaksanakan “Hak Kembali” ke kampung asalnya (Yebna) yang telah beliau hijrah darinya sejak 62 tahun yang lalu.

Isteri al-Syahid Haj Fuad Matar tidak menyangka dengan kata-kata suaminya untuk kembali ke negerinya adalah dengan maksud kembali ke kampung asalnya (Yebna), yang terletak sekitar 60 KM, dengan perasaan bersungguh-sungguh (untuk ke sana). Dan dia menganggapkan suaminya membuat tindakan ini kerana rindukan negeri asalnya. Tetapi berita tentang kematiannya semasa di sempadan timur Bandar Beit Hanoun kerana tubuhnya di tembak dengan tujuh peluru, membuatkan isteri al-syahid tahu bahawa pasangan hidupnya sedar tentang apa yang diucapkannya.

Bandar Yebna kelahiran al-Syahid Matar terletak dikawasan tinggi selatan kota Yafa kira-kira 24 KM ke selatan kota al-Ramlah, dan keluasannya sekitar 59554sq, dan dikelilingi kawasan perkampungan,iaitu kampung “al-Nabi Rubin”, kampung “Qubeibe”, kampung “Zronqah”, kampung “Arab Saqir”, kampung “Bshit”, kampung ” Sudud “, dan kampung “al-Hifar”.

sumber : http://www.palestine-info.info/ar
penterjemah : arif

Categories
Berita Semasa

‘Gerombolan Kemerdekaan’ akan tiba di Gaza pada 27 Mei

Selasa, 18/05/2010 – Jamal al-Khudri, seorang ahli parlimen merangkap Ketua ‘Jawatankuasa Kebangsaan bagi Membenteras Kepungan’ mengumumkan adalah dijangkakan gerombolan kapal yang digelar sebagai ‘gerombolan kebebasan’ akan tiba ke pantai Gaza pada pagi 27 Mei ini.

Beliau berkata dalam satu kenyataan akhbar bertulis pada hari Ahad (16/5) yang diterima oleh Pusat Media Palestin bahawa pada 21 Mei, 3 buah kapal akan bergerak dari Istanbul ke Antalya. Beliau menambah, manakala pada 24 Mei, 8 buah kapal lagi akan bergerak; 3 dari Antalya dan 5 dari Greece yang akan bertemu dengan kapal Rachel Corrie yang bergerak dari Ireland pada titik tertentu sebelah pantai pelabuhan Larnaca, Cyprus.

Seterusnya beliau menambah, “Dari sana, kesemua kapal akan bergerak pada 26 Mei dengan mengibarkan bendera Palestin dan negara-negara simpati yang menyertai gerombolan tersebut bagi menembusi kepungan laut, dan akan tiba pada pagi 27 Mei di pantai Gaza.” Beliau juga memaklumkan bahawa semua pihak termasuk semua institusi kerajaan Palestin, jawatankuasa bertindak menentang kepungan dan seluruh lapisan masyarakat Palestin telah bersedia bagi menyambut kedatangan bilangan kapal terbesar dalam sejarah bagi menembusi dan meruntuhkan kepungan atau sekatan laut oleh regim Zionis.

sumber : http://www.palestine-info.info/ar
penterjemah : muhajir

Categories
Berita Semasa

Abu Zuhri: Israel cemas Hamas di terima dunia luar

Selasa, 18/05/2010 – Pemimpin HAMAS , Dr Sami Abu Zuhri menyatakan Zionis berasa cemas apabila HAMAS yang digambarkan sebagai pengganas, telah membuat lawatan ke Rusia bertemu dengan presiden Dmitri Mededev. Zionis turut menghantar delegasi mereka ke Rusia bagi membantah keputusan Rusia itu.

Dalam pertemuan khusus itu, Khaled Mesh’al telah mewakili HAMAS bersama presiden Syria, Basyar Asad. Dalam satu kenyataan media bersama, Khaled, Dmitri dan presiden Turki telah menegaskan perlunya proses demokrasi dan politik yang bebas di Palestin.

sumber : COMES
penterjemah : Abu Awatif

Categories
Berita Semasa

Lebih 200 Pesakit Palestin Tiba di Mesir melalui Sempadan Rafah

Selasa, 18/05/2010 – Pihak berkuasa Mesir mengumumkan semalam kedatangan lebih daripada 200 pesakit Palestin dan sejumlah teman mereka yang datang dari Gaza melalui Rafah untuk menerima rawatan di Institut Nasser dan Hospital Palestin di Kaherah , dan hospital khusus yang lain.

Dalam hal ini, Pengarah Besar Kesihatan di Utara Sinai, Dr Tarek Mahlawi, menegaskan bahawa penubuhan jawatankuasa penilaian perubatan bagi pesakit yang datang untuk rawatan daru Gaza, dan mengenalpasti keperluan rawatan mereka dan hospital yang tepat untuk mereka.

Dr Tarek juga berkata terdapat 4 klinik tetap dan 3 klinik bergerak, di samping sekitar 15 ambulans untuk membawa pesakit Palestin. Di samaping itu, puluhan pesakit Palestin juga kembali ke Gaza melalui Rafah, selepas pulih dirawat di hospital Mesir.

Sempadan Rafah dibuka selama 3 hari bermula dari semalam untuk membenarkan pesakit meninggalkan Gaza ke Mesir dan juga untuk membiarkan orang-orang terkandas dengan visa dan kes kemanusiaan untuk meninggalkan Gaza.

sumber : The Palestine Telegraph
penterjemah : ameen

Categories
Berita Semasa

Israel menghalang pemikir Noam Chosmky dari memasuki Tebing Barat

Selasa, 18/05/2010 – Kuasa Pendudukan Israel hari ini mencegah pemikir dan saintis Amerika, Noam Chomsky, dari memasuki wilayah Palestin melalui persimpangan Allenby. MP, Dr Mustafa Barghouthi, Setiausaha Agung Gerakan Inisiatif Kebangsaan Palestin, mengutuk Israel kerana mencegah Dr Noam Chomsky dari memasuki wilayah Palestin selepas beliau ditahan oleh pihak berkuasa pendudukan Israel di jambatan selama lima jam dan terus pergi dari Jordan . Barghouthi mengatakan bahawa kuasa penjajahan Israel memberitahu Chomsky bahawa keputusan mereka adalah untuk mengelakkan beliau yang berasal dari kedudukan yang tinggi di Israel dan khususnya di kementerian Dalam Negeri kerana pada pandangan dan pendapat beliau, kunjungannya ke wilayah Palestin dengan niat untuk memberikan kuliah di Bir Zeit University, menekankan bahawa prosedur ini dengan jelas menggambarkan sifat perkauman Israel, walaupun terhadapa individu seperti Chomsky.

Chomsky dijadualkan untuk bertemu dengan Dr Mustafa Barghouti hari ini sebagai tetamu melawat Gerakan Inisiatif Nasional Palestin dan Universiti Bir Zeit, di mana beliau akan melakukan kuliah besok. Keputusan Israel untuk menghalang Chomsky dari memasuki wilayah Palestin datang hasil dari kempen tendensius terhadap Chomsky oleh pelobi Yahudi di Amerika Syarikat, dan le yang “B’nai B’rith” organisasi Yahudi untuk menggambarkan beliau sebagai “Anti -Semit Yahudi. ”

sumber : The Palestine Telegraph
penterjemah : rohiez

Categories
Berita Semasa

Rejim Zionis serbu selatan Gaza, tiada kecederaan.

Selasa, 18/05/2010 – Tentera Rejim Zionis hari ini menyerbu kawasan terhad di timur Bandar Gaza Jentolak Israel merosakkan tanah pertanian berdekatan sempadan Palestini 1948. Mereka menembak ke arah harta penduduk , tiada kecederaan dilaporkan.

Menurut agensi berita SAFA , dua jentolak, dua kereta kenal dan sebuah lagi kenderaan menjajah 200 meter ke dalam kawasan, Kenderaan dilancarkan daripada pengkalan tentera Nahal Oz military di timur kawasan Al-Shjayah .

sumber : The Palestine Telegraph
penterjemah :  hasbullah

Categories
Berita Semasa

Vanunu Dihukum Tiga Bulan

Selasa, 18/05/2010 – Sumber Israel melaporkan whistleblowernuklear, Mordechai Vanunu, telah dihukum, Selasa, penjara 3 bulan selepas dia enggan melakukan khidmat masyarakat di barat Baitulmuqaddis, takut gangguan daripada yahudi fundamentalis.

Yet, Pendakwaraya Israeli berpendapat lebih dari itu dengan mendakwa Vanunu masih boleh mendatangkan keburukan kepada keselamatan negara haramnya.

Mahkamah Tinggi Israeli di Baitulmuqaddis menolak permohonan Vanunu untuk melakukan khidmat masyarakat di Timur Baitulmuqaddis, tetapi mahkamah bertegas supaya perkhidmatannya patut dilakukan di Barat Baitulmuqaddis.

sumber : The Palestine Telegraph
penterjemah :  hasbullah

Categories
Berita Semasa

Israel tawan 2 penduduk Palestin di Tubas

Isnin, 17/05/2010 – Tentera Rejim Zionis hari ini telah menawan dua penduduk Palestin dari Kem Pelarian Al-Farea di Bandar Tubas di utara Tebing Barat setelah mereka membuat dua pendaratan dari sebuah helikopter.

Sumber keselamatan melaporkan Tentera Israel telah menahan Yousef Abu Syam, 18 dan Ahmad Maya, 32, selepas membuat serbuan keatas rumah mereka di kem Al-Farea.  Tentera Rejim Zionis membuat dua pendaratan dari sebuah helikopter dan melancarkan tindakan ketenteraan di Tubas, tambah sumber tersebut.

sumber : The Palestine Telegraph
penterjemah : aznil

Categories
Berita Semasa

Zionis tahan 11 orang remaja lelaki Palestin di Salfit

Isnin, 17/05/2010 – Tentera rejim Zionis (IOF) hari ini menahan 11 orang remaja lelaki Palestin dari kampung Hares yang terletak di barat Salfit, Tebing Barat. Sumber Palestin berkata bahawa IOF menyerbu kampung tersebut pada pagi ini, menggeledah beberapa buah rumah dan menahan 11 orang Palestin.

Menurut laporan agensi berita WAFA, mereka yang ditahan ialah Rabea’ Kleeb, 18, Hani Swaf, Qosai Soliman, Mazoz Kleeb, dan Mohammed Jehad Dawoud yang masih belajar di sekolah menengah. Turut ditahan ialah Hasan Slama, 19, Fadi Swaf, Samer Swaf, Bhaa Soltan, 19, Mohammed Jwdat Dawoud dan Saker Soliman

sumber : The Palestine Telegraph
penterjemah :  salwa

Categories
Berita Semasa

Kem Pelarian baru untuk penduduk Palestin yang dihalau keluar dari Tebing Barat

Isnin, 17/05/2010 – Kerajaan Palestin di Semenanjung Gaza yang diketuai oleh Pergerakan Hamas membuat keputusan untuk membina satu kem pelarian baru diTerminal Erez yang terletak di sempadan Gaza-Israel. Kem itu akan menempatkan penduduk-penduduk Palestin yang dihalau keluar dari Tebing Barat baru-baru ini.

Penduduk-penduduk Palestin itu dihalau keluar dari Tebing Barat yang dijajah rejim Zionis berdasarkan undang-undang baru mereka, nombor 1650 di mana rejim Zionis membenarkan dirinya menghalau keluar penduduk Palestin yang tinggal di Tebing Barat tanpa kad pengenalan diri Tebing Barat atau permit untuk tinggal.

Rejim Zionis mengawal sepenuhnya pengeluaran kad pengenalan dan permit terbabit, oleh itu mereka mempunyai kuasa penuh untuk menolak permohonan untuk mendapatkannya, termasuklah permohonan yang dibuat secara pukal oleh sesebuah keluarga.

sumber : http://www.imemc.org
penterjemah :  salwa

Categories
Berita Semasa

Hamdan Menyeru Masyarakat Antarabangsa Menilai Kembali Pendirian Mereka

Isnin, 17/05/2010 – Osman Hamdan, Ahli Biro Politik bagi Gerakan Pembebasan Islam (HAMAS), menganggapkan pendirian Rusia yang diketuai oleh Presidennya, Medvedev, yang telah bertindak bertemu dengan pimpinan HAMAS di Damsyik, dan beliau mengajak masyarakat dunia supaya tidak melupai peranan HAMAS (dengan kata lain, mengiktiraf kewujudan HAMAS), telah membentuk langkah kemajuan (bagi gerakan Hamas) dan peluang untuk masyarakat dunia menilai kembali pendirian mereka terhadap Gerakan HAMAS (yang selama ini pendirian mereka lebih kepada mengikuti telunjuk Yahudi Zionis), disamping mengharapkan Eropah berjaya melepasi kebuntuan yang dicipta sendiri (oleh mereka), khususnya dalam permasalahan berkaitan Palestin.

Hamdan berkata dalam laporannya kepada siaran “al-Jazeera” “Ketidakpuasan dan kebencian Zionis terhadap pertemuan yang berlaku antara Ketua Biro Politik HAMAS, Khaled Meshaal, dan Presiden Rusia, Medvedev, menggambarkan keresahan yang dilalui oleh Israel selepas krisis terbaru dengan Amerika Syarikat, disamping keresahan eropah terhadap perilaku Israel, sedangkan kedua-keduanya membentuk bersama-sama dengan Rusia dan PBB Jawatankuasa Quartet Antarabangsa yang khusus bagi kawasan Timur Tengah.

HAMAS menjelaskan lagi bahawa Presiden Medvedev semasa pertemuan dengan Mesyaal, mengungkapkan hasratnya untuk membebaskan tahanan askar Zionis, Gilad Shalit. Tetapi dalam masa yang sama, beliau juga memahami pendirian HAMAS menuntut supaya dibebaskan tahanan-tahanan Palestin di penjara-penjara Israel. Pemimpin HAMAS menambah lagi dengan katanya, bagi pihak HAMAS, gerakan ini boleh memulakan kesepakatan membuat pertukaran (tawanan perang)dengan baik, tetapi bagi pihak Zionis (sendiri), mereka (sebenarnya) tidak mampu menyempurnakan kesepakatan ini dengan baik.

sumber : http://www.palestine-info.info/ar
penterjemah :  arif