Categories
Berita Semasa

Tahanan Mogok Lapar Menderita di hospital Israel

Selasa ,16-07-2013 – Tahanan yang mogok lapar di Hospital Soroka menegaskan bahawa keadaan penahanan mereka di hospital Israel meningkatkan penderitaan mereka kerana pihak berkuasa Israel menggunakan pelbagai kaedah untuk memberi tekanan kepada mereka.

Persatuan Tahanan Palestin (PPS) berkata dalam satu kenyataan bahawa peguam yang melawat tahanan di Hospital Soroka menegaskan bahawa keadaan mereka adalah sangat serius.

Dia menambah bahawa tahanan menuntut untuk kembali ke klinik penjara Ramle kerana tidak tahan kaedah penindasan terhadap mereka di hospital Israel.

Terdapat 12 pegawai penjara dan pegawai-pegawai di dalam bilik tahanan yang mogok lapar, mereka sengaja makan dan minum depan mereka dalam usaha untuk memberi tekanan psikologi.

Kedua-dua Jordan tawanan Munir Mar’i dan Alaa Hammad, yang telah melancarkan mogok lapar sejak Mei 2, berkata bahawa penderitaan mereka terus selama 24 jam dan pada malamnya pegawai penjara menghalang mereka daripada tidur.

Tahanan juga telah digari sepanjang hari, yang telah memburukkan lagi penderitaan mereka dan menyebabkan mereka mengalami masalah kesihatan yang lebih serius.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : ameen

Categories
Berita Semasa

Dokumen Rahsia Tentang Peranan Fatah Provokasi Hamas di Mesir

Selasa ,16-07-2013 – Sebuah dokumen rahsia menunjukkan peranan gerakan Fatah yang dipimpin Ketua Otoriti Ramallah, Mahmud Abbas yang berada di belakang tuduhan-tuduhan terhadap gerakan Hamas yang didakwa campur tangan dalam krisis dalaman Mesir.

Dalam dokumen yang diterbitkan media Mesir ini menjelaskan tentang surat dari Jamal Muhaisin, anggota Jawatankuasa Pusat Gerakan Fatah dan organisasi di wilayah luar negeri, yang ditujukan kepada Samih Barzaq, Ketua Setiausaha Jawatankuasa serantau, iaitu sebuah jawatankuasa khusus yang menguruskan kerja pengkaderan gerakan Fatah di luar Palestin.

Surat ini menunjukkan permintaan Muhaisin untuk pendokumentasian seluruh laporan yang disiarkan media massa Mesir berkenaan dengan dakwaan campur tangan gerakan Hamas dalam urusan dalaman Mesir.Beliau juga meminta memanjangkan aporan-laporan tersebut kepada pihak media dan perisik.

Dokumen ini menunjukkan arahan dan langkah-langkah yang harus dilakukan oleh anggota jawatankuasa serantau untuk sasarannya gerakan Hamas dan menyiarkannya di media massa Mesir.

sumber : COMES
penterjemah : Osman

Categories
Berita Semasa

Rejim Zionis merancang untuk merobohkan empat buah rumah di selatan Nablus

Selasa ,16-07-2013 – Rejim Zionis memberi notis perobohan kepada empat keluarga di kampung Aqraba, selatan Nablus, pada Ahad lalu.

Bilal Abdulhadi, Timbalan Pengerusi Majlis Perbandaran Aqraba, memberitahu bahawa IOA memaklumkan empat rakyat di Gunung Akar ke barat daya kampung itu bahawa mereka perlu mengosongkan rumah mereka. Beliau berkata bahawa IOA mendakwa pembinaan rumah mereka adalah di kawasan C dan telah dibuat tanpa kebenaran.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : nurul

Categories
Berita Semasa

Israel menahan lima warga Palestin secara paksa di West Bank

Isnin ,15-07-2013 – Rejim Zionis telah menahan dua lelaki pada hari Rabu dari di bandar Bethlehem dan al-Khalil di selatan West Bank. Sumber tempatan melaporkan bahawa IOF menahan seorang pemuda dari bandar Obaidiya berdekatan Bethlehem, dan seorang lagi di bandar Harmalah di persimpangan Karama. Di Al-Khalil pula, tentera ISrael menahan seorang remaja berumur 19 tahun berdekatan sekolah Cordoba setelah menyerang remaja tersebut.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : hafizah

Categories
Berita Semasa

Penyelaran ke atas perjumpaan di antara pemimpin PA dan ahli politik Israel

Isnin ,15-07-2013 – Jawatankuasa Popular Penentangan di Palestin mengkritik perjumpaan yang diadakan di antara pemimpin pihak berkuasa Palestin (PA) dan Fatah bersama pemimpin parti pelampau Yahudi.

Jawatankuasa itu menyatakan bahawa perjumpaan sedemikian melanggar kehendak rakyat yang menolak polisi berbaik-baik dengan Israel.

Kenyataan itu turut menambah, “pada masa Israel semakin meningkatkan serangan ke atas rakyat Palestin dan rakyat Palestin pula menggesa agar aktiviti penempatan diberhentikan serta membebaskan para tahanan, kami terkejut dengan perjumpaan tersebut.”

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah :nur idawati

Categories
Berita Semasa

Tebing Barat saksi ketegangan akibat kenaikan harga pada bulan Ramadan

Isnin ,15-07-2013 – Tebing Barat menyaksikan keadaan tegang akibat gaji yang rendah dan kenaikan harga barang terutama di bulan Ramadan.

Munther Sabha, penduduk Tebing Barat, memberitahu wartawan bahawa persediaan untuk bulan Ramadan telah bertukar menjadi beban ekonomi berikutan kenaikan harga. “Setiap tahun kuasa membeli berkurangan manakala gaji adalah sama,” katanya. Penyelidik ekonomi, Munir al-Kuni berkata: “rakyat menanggung bil atas dasar ekonomi kerajaan, termasuk kenaikan tambah nilai cukai (VAT) tanpa menawarkan pengecualian cukai bagi komoditi untuk golongan miskin.”

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : nurul

Categories
Berita Semasa

Barghutsi Masuk Hari ke 70 Mogok Lapar di Penjara Israel

Isnin ,15-07-2013 – Sumber pihak Hak Asasi Manusia Palestin menyebutkan bahawa keadaan kesihatan tawanan pemimpin Al-Qossam, Abdullah Barghutsi yang berasal dari Jordan telah memasuki hari ke 70 dalam tindakan mogok lapar secara berturut-turut.

Persatuan tawanan, Rabu (10/7) mengumumkan, kumpulan doktor menghentikan memasukkan air ke badan Barghutsi setelah masalah kesihatan yang dialaminya serta kerosakan hati dan anggota badan yang lain.

Sementara itu, pemerintah Zionis tetap menahan Barghusti dalam keadaan terikat di katilnya di hospital, walaupun keadaan kesihatannya terus menurun. Dalam suratnya, Barghutsi menyebutkan, apa yang dilakukanya adalah tindakan mogok demi kemuliaan Jordan. beliau tidak mahu menimbulkan masalah kepada umum atau politik Jordan. Mogok laparnya adalah demi bangsa Jordan.

Beliau menolak berhenti dari tindakan mogok lapar sehingga tuntutanya tidak dipenuhi, iaitu beliau dibebaskan dan kembali ke negaranya, Jordan. Barghutsi adalah tawanan terlama. Beliau merupakan seorang jurutera operasi Izzudin Al-Qossam di Tebing Barat. Beliau ditahan sebanyak 67 kali seumur hidup, dilarang dikunjungi kedua orang tuanya sejak 13 tahun lalu dan baru 10 tahun berada dalam penjara yang diasingkan.

sumber : COMES
penterjemah : Osman

Categories
Berita Semasa

Pergerakan Islam mengutuk pembunuhan penunjuk perasaan secara aman Mesir

Khamis ,11-07-2013 – Pergerakan Islam Palestine mengutuk sekears-kerasnya pembunuhan beramai-ramai terhadap penunjuk perasaan secara aman Mesir, di hadapan premis pengawal presiden di Kaherah Isnin lepas.

Pergerakan Islam tersebut berkata dalam kenyataan mereka di dalam laman sesawang, bahawa pimpinan rampasan kuasa Mesir seolah-oleh hilang sifat perikemanusiaan mereka bila melepaskan tembakan kepada penyokong keadilan ketika mereka mendirikan solat.

“Peluru-peluru pengkhianat yang dilepaskan lewat hari ini telah melenyapkan perasaan takut dan gusar penududk Mesir yang cuba untuk memngembalikan semula revolusi pemerintahan” ujar pergerakan tersebut, dengan harapan bahawa insiden tersebut akan memberi petanda baik bahawa rampasan kuasa akan berakhir.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : hafizah

Categories
Berita Semasa

Peneroka tenggelamkan tanah Palestin dengan air sisa kumbahan di Baitullaham

Khamis ,11-07-2013 – Peneroka penempatan Beitar Illit yang dibina di atas tanah Palestin di barat Baitullaham telah menenggelamkan kira-kira 100 dunum tanah pertanian Palestin dengan air sisa kumbahan di Kampung Wadi Fukin Ahad lalu.

Tanah tersebut menjadi tidak sesuai untuk kegunaan pertanian kerana dipam dengan air kumbahan secara berterusan oleh peneroka .

Persatuan Penduduk Desa Wadi Fukin dalam satu kenyataan meminta pihak berkuasa untuk campur tangan bagi menghentikan ‘serangan peneroka terhadap penduduk kampung itu’.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : hijjaz

Categories
Berita Semasa

Rejim Zionis musnahkan khemah dan berek di Lembah Jordan

Khamis ,11-07-2013 – Tentera rejim Israel (IOF) menyerbu pada Isnin di Lembah Jordan di Tubas di mana mereka memusnahkan khemah dan pondok milik para petani Palestin.

Hampir 20 kenderaan tentera dan jentolak menyerbu kawasan itu dan memusnahkan sejumlah khemah dan bangunan pertanian di Al-Hadidia, Tubas di Tebing Barat, sumber tempatan melaporkan. Sumber menambah bahawa tentera rejim Israel mengugut para penduduk untuk mengosongkan kampung Atouf untuk tujuan penempatan.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : idawati

Categories
Berita Semasa

Mursi: Saya Akan Kembali Kepada Rakyat Yang Telah Memberikan Amanah

Khamis ,11-07-2013 – Presiden Mesir, Muhammad Mursi yang dijatuhkan kudeta militan, mengirimkan pesan kepada jutaan penyokongnya dan pendemontrasi yang menolak kudeta. Mursi menegaskan keyakinannya kembali kepada rakyat yang telah memilihnya.

Akhbar Kebebasan dan Keadilan Mesir menyiarkan, Presiden Mursi menyampaikan pesan kepada Dr. Sholah Sultan, Setiausaha Agung Majlis Tinggi Urusan Islam, yang membacakan pesan Mursi di hadapan pendemonstrasi di hadapan pejabat garda republik, tempat dimana Mursi ditahan.

Mursi menyeru kepada penyokongnya untuk tetap teguh. Beliau menyatakan, antara kekalahan dan kemenangan adalah sabar sesaat dan beliau yakin akan kembali kepada rakyat yang telah memeberikannya amanah.

sumber : COMES
penterjemah : Osman

Categories
Berita Semasa

200 peneroka Israel membanjiri masjid al-Aqsa

Khamis ,11-07-2013 – Hampir 200 peneroka Israel menyerbu masjid al-Aqsa di bawah perlindungan polis Israel untuk provokasi terang-terangan kepada rakyat Palestin dan pelajar-pelajar yang mula melaungkan ‘Takbir’.

Sejak awal pagi, 5 kumpulan peneroka tersebut menyerbu masjid al-Aqsa dari pintu Mughrabi, termasuk belia, kanak-kanak, mentor dan tentera yang dalam pakaian seragam mereka. Mereka menjerit dan ketawa dengan kuat dan menunjukkan sikap tidak menghormati tempat itu.

Peneroka Israel mula bertindak liar dengan memasuki masjid al-Aqsa sebagai sebahagian daripada rancangan
Israel untuk ‘mengotorkan’ tempat suci itu.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : nurul

Categories
Berita Semasa

24 Ribu Bayi Lahir di Gaza Dalam tempoh 6 Bulan Terakhir

Selasa ,09-07-2013 – Sumber rasmi pemerintah Zionis menyebutkan, lebih daripada 24 ribu bayi lahir di Gaza. Sementara jumlah kematian bayi dalam tempoh waktu tersebut sekitar 2051 kes.

Sumber rasmi, dari bahagian umum di kementerian dalam negeri Palestin menyebutkan, jumlah kelahiran baru di Gaza dalam tempoh enam bulan terakhir mencapai 24073 kelahiran.

Beliau menyatakan, 51,27 % atau sekitar 12343 adalah bayi laki-laki. Sementara 48,72 % adalah bayi perempuan atau sekitar 11730 bayi perempuan. Ini bererti dalam enam bulan terakhir purata kelahiran adalah seramai 132 bayi baru setiap hari. Sementara itu, jumlah kematian bayi selama tempoh tersebut hanya 2051 kes. 53,92% bayi laki-laki dan 46,07 % bayi perempuan.

sumber : COMES
penterjemah : Osman

Categories
Berita Semasa

Khudari menuntut PBB campur tangan dalam hal sekatan Gaza

Selasa ,09-07-2013 – Ahli Parlimen Jamal Khudari mengutus surat kepada Setiausaha Agung PBB Ban Ki-moon dan ketua Parlimen Eropah Martin Schulz, menyeru mereka agar mengambil tindakan menghentikan sekatan Gaza.

Khudari, ketua Jawatankuasa Popular menentang pencerobohan, merayu kepada Ban dan Schulz agar segera campur tangan dan memberikan tekanan kepada Israel untuk membuka laluan ke Gaza secara berkala dan membenarkan kemasukan segala barangan dan keperluan untuk tujuan import eksport bagi menyelesaikan krisis di Gaza.

“Sekatan Israel di Gaza telah mencecah 7 tahun. Hampir dua juta rakyat Palestin hidup di dalam kesusahan dan semakin memburuk sejak penutupan laluan-laluan tersebut”

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : idawati

Categories
Berita Semasa

Peneroka membuang dinding arkeologi di Masjid Ibrahimi

Selasa ,09-07-2013 – Pendatang Yahudi, telah memindahkan dinding di dalam koridor Masjid Ibrahimi di bandar al-Khalil di selatan Tebing Barat yang diduduki secara haram dan mencuri batu itu. Kerja –kerja itu dilakukan di bawah perlindungan tentera Israel.

Taysir Abu Sneineh, Ketua Pengarah Kementerian Wakaf di al-Khali, memberitahu Quds Press bahawa tukang cuci di Masjid Ibrahimi yang ditemui semalam mengatakan bahawa pendatang, dengan sokongan tentera pendudukan Israel, telah memindahkan dinding purba dalam masjid dan emmindahkan batunya ke destinasi yang tidak diketahui

Abu Sneineh menganggap bahawa perbuatan ini merupakan serangan terang-terangan di Masjid Ibrahimi dan bertujuan untuk menukar ciri-ciri masjid ini dan mengikut cara Yahudi itu, di bawah perlindungan dan sokongan daripada kerajaan Israel.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : syuhada