Categories
Berita Semasa

Keluarga para tahanan menuntut anak lelaki mereka dibenarkan menerima pakaian musim sejuk

Selasa,01-10-2013 – Keluarga tahanan Palestin menyeru pihak berkuasa penjara Israel untuk membenarkan mereka memberikan pakaian musim sejuk kepada para anak lelaki mereka yang ditanan di dalam penjara sebelum kedatangan musim sejuk sebagai persediaan jika Israel lambat melakukannya seperti tahun-tahun terdahulu.

Bapa kepada seorang tahanan memberitahu Pusat Kajian Tahanan Palestin bahawa tahanan Palestin yang ditahan pusat tahanan Israel terutamanya di Naqab, Nafha, Raymond, Echel, dan Halikidar di Negev tidak diberikan pakaian panas dan selimut sejak 2007.
Keluaraga-keluarga tersebut menyuarakan kerisauan tentang kekurangan barangan keperluan yang semakin meruncing terutamanya untuk menghadapi malam-malam yang sejuk di gurun, serta menggesa Palang Merah menyediakan keperluan tahanan.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : nuridawati