Categories
Berita Semasa

Abbas umukan kesediaan untuk serahkan tanah bersejarah Palestin

Khamis ,21/10/2010 – Presiden PA Fattah, Mahmoud Abbas mengumumkan kesediaannya untuk “bertolak ansur” dalam isu warisan bersejarah Palestin (tanah Palestin). Beliau menyatakan lagi bahawa segala konflik dengan Zionis akan ditamatkan, terutamanya penyelesaian isu pembahagian tanah antara kedua-dua pihak Palestin dan Zionis.

Abbas berkata, sebagai respon terhadap perutusan Menteri Luar Zionis, Avigdor Leiberman kepada PBB, yang menyatakan bahawa penolakan terhadap pengiktirafan negara Yahudi adalah dibuat oleh warga Palestin dalam negara itu sendiri, : “tuduhan Leiberman terhadap isu ini adalah tidak berasas kerana saya bersedia untuk mengumumkan pengakhiran bagi tuntutan tempat bersejarah dan menamatkan segala konflik untuk mencapai keamanan bersama”.

Tambah Abbas, presiden gerakan Fattah ini, dalam temubual TV 1 kepunyaan media Zionis malam kelmarin berkenaan keYahudian negara, “kami mengiktiraf Negara Israel, walaupun jika kamu mahu dikenali sebagai Negara Yahudi, kerana kamu bebas berbuat begitu dan kamu tidak perlu meminta kebenaran dari Mesir atau Jordan atau mana-mana negara lain sekalipun.

sumber : http://www.palestine-info.info/ar/
penterjemah : Azleen

Categories
Berita Semasa

Keluarga Rachel Corrie bertemu pembunuhnya di mahkamah

Khamis ,21/10/2010 – Perbicaraan akan diadakan pada Khamis untuk mendengar kenyataan para saksi kematian aktivis Amerika, Rachel Corrie yang dibunuh secara kejam dengan jentolak Israel di Rafah pada tahun 2003.

Mahkamah Israel mengambil keputusan untuk mendengar keterangan pemandu jentolak yang melanggar Corrie dan komander tentera yang bertanggungjawab di atas kejadian tersebut. Keluarga Corrie mengajukan dakwaan terhadap kerajaan haram Israel di atas kesalahan membunuh.

Mahkamah dalam perbicaraan terdahulu mengambil keputusan untuk membenarkan tentera-tentera yang terlibat dalam insiden tersebut untuk disoal siasat di sebalik tabir untuk menyembunyikan identiti mereka.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : idawati

Categories
Berita Semasa

Israel Rebut Masjid Ibrahimi dan Ibnu Rabbah

Khamis ,21/10/2010 – Zionis Israel hari ini berusaha untuk menggabungkan masjid Ibrahimi dan nasjid Bilal bin Rabbah dalam langkah menghapuskan peninggalan sejarah Islam. Tindakan Zionis itu telah melanggar hak-hak asasi rakyat Palestin dan sengaja memprovokasi umat Islam dan masyarakat Arab. Bahagian kebudayaan Palestin menolak keras cadangan dan langkah Zionis dan mendesak UNESCO dan PBB berperanan dalam melindungi tempat ibadah umat Islam dan simbul kebanggaan dan sejarah Islam

sumber : COMES
penterjemah : Abu ‘Umair

Categories
Berita Semasa

Kumpulan hak asasi manusia: Mogok lapar terbaru akan melakar sejarah dalam gerakan tahanan

Rabu, 20/10/2010 – Penyelidik hal ehwal tahanan, Fuad Al-Khafsh mengatakan mogok lapar tahanan Palestin dalam penjara Israel merupakan tonggak penting dalam sejarah gerakan tahanan selama pengorbanan mereka lakukan untuk beberapa dekad.

Khafsh, yang mengetuai Pusat Ahrar untuk Tahanan dan Hak Asasi Manusia berkata kepada Pusat Maklumat Palestin pada Isnin lalu bahawa gerakan tahanan Palestin memutuskan untuk terlibat dalam pertempuran baru dengan Perkhidmatan Penjara Israel untuk menghentikan kesombongan terhadap penghuni penjara dan mengambil semula hak-hak para tahanan .

Keadaan di dalam penjara semakin buruk sehingga tahanan merasakan sudah tiba masanya untuk menamatkan krisis, kata Khafsh .

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : hijjaz

Categories
Berita Semasa

HAMAS Mengutuk Tindakan Menculik Ahli Parlimen Kafisha daripada Rumahnya

Rabu, 20/10/2010 – Pergerakan HAMAS mengutuk sekeras-keras tindakan Israel yang menculik penggubal undang-undang Hatem Qufaisha daripada rumahnya pada pagi hari Isnin, dan membawanya ke tempat yang dirahsiakan, sambil menambah bahawa tindakan itu ialah satu tindakan yang membelakangi norma dan undang-undang antarabangsa.

Dalam satu kenyataan akhbar yang dikeluarkan pada Isnin, HAMAS menyatakan bahawa Israel bertanggungjawab sepenuhnya dalam hal ehwal keselamatan Qufaisha dan mendesak pembebasan segera Qufaisha.

Pergerakan itu menekankan bahawa perbuatan Israel itu ialah sebahagian daripada kempen penculikan yang dilancarkan Israel dan pihak berkuasa Palestin menentang Penggubal Undang-undang Palestin. Kempen ini bertujuan untuk melemahkan peranan aktif mereka dalam mempertahan rakyat Palestin dan semangat kebangsaan mereka.

HAMAS memanggil organisasi hak asasi manusia antarabangsa untuk mendesak pembebasan segera Ahli Parliman Qufaisha daripada tahanan Israel.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : redz

Categories
Berita Semasa

Konvoi Talian Hayat 5 ke Gaza Tertunda oleh Faktor Sampingan

Rabu, 20/10/2010 – Kelewatan berlepas Konvoi Talian Hayat 5 ke Gaza disebabkan oleh pemerasan yang dilakukan oleh pembekal kapal kargo, Pusat Maklumat Palestin memberitahu.

Dijadualkan berangkat hari Isnin pagi, perjalanan itu ditunda setelah awak-awak kapal menuntut gaji yang jauh lebih tinggi berbanding sebelum ini. Sumber-sumber mengatakan kepada PIC bahawa pembekal kapal meminta USD $ 140,000,berbanding sebelumnya disepakati sebanyak USD $ 70,000.

aktivis asing dan Arab telah diarahkan untuk bersedia untuk perjalanan sejak pagi kelmarin. Mereka dijadualkan akan berangkat menuju pelabuhan Syria Latakia jam 8:00 am GMT sebelum menuju ke pelabuhan Al-Arish Mesir.

Jawatankuasa penyelaras konvoi sektor Jordan Ala Burqan menyatakan penyesalan mendalam atas keputusan Mesir untuk menyekat aktivis dari masuk ke Jalur Gaza.

“Wail Al Saqa, Ketua Konvoi Talian Hayat Jordan ke Gaza, berlepas hari ini untuk bertemu dengan delegasi lain menuju Al-Arish Mesir walaupun Mesir menyekatnya dengan harapan bahawa perundingan dengan beberapa pihak Mesir akan membolehkan dia untuk masuk,” tambah Burqan.

Burqan meminta pihak berkuasa Mesir untuk memudahkan transit untuk konvoi ini dan memberikan izin kepada semua yang telah dilarang untuk menyertai dalam misi “meneyelamatkan Gaza dan saudara mereka”.

Pihak berkuasa Mesir mengumumkan mereka telah menolak 17 orang disenaraikan dalam konvoi. Kebanyakan mereka dari Jordan, termasuk 5 aktivis UKdan 2 aktivis Turki.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : ameen

Categories
Berita Semasa

Tahanan Wanita Menderita Sakit Kekurangan Immunisasi Di Penjara Israel

Rabu, 20/10/2010 – Yayasan Solidariti Hak Asasi Manusia Antarabangsa menyatakan bahawa seorang tahanan wanita Palestin, Kifah Auni Qutsy berasal kota Birah yang terperosok di penjara Israel menderita kekurangan immunisasi badan yang menyebabkan penyempitan pembuluh darah.

Ahmad Baitawi, salah seorang penyelidik yayasan tersebut menjelaskan bahawa akibat kekurangan immunisasi tahanan wanita tersebut mengalami keadaan yang mirip dengan Ghangrene, penyakit yang merontokan jari tangan disebabkan tidak sampainya darah ke jari.

Baitawi menjelaskan, Quts menderita Penyakit Alrinodz (penyempitan pembuluh darah jari) sejak 10 tahun lalu. Penyakit merebak dalam tubuhnya dari kawasan dada ke mulut dan gusi yang menyebabkan kerontokan pada gigi. Kemudian berpindah ke jari tangan yang menyebabkan kebekuan pada jari jemari. Beliau juga menderita penyakit lain seperti sesak nafas.

Baitawi menuntut pembebasan segera bagi tahanan wanita Kifah Quts kerana keadaan kesihatannya yang memerlukan rawatan segera dan serius, khususnya apabila menghampiri musim sejuk yang boleh membawa kesan lebih buruk.

Kifah ditangkap di rumahnya pada 1 Ogos 2010, kemudian dibawa ke pusat penyiasatan sebelum menjadi tahanan administratif selama 4 bulan. Beliau sudah menikah dan mempunyai seorang putera dan seorang puteri.

sumber : COMES
penterjemah : osman

Categories
Berita Semasa

Abbas bersedia untuk menyerahkan hak rakyat Palestin sebagai ganjaran atas penyelesaian

Rabu, 20/10/2010 – Presiden Palestin Mahmoud Abbas telah menyatakan kesediaan untuk mengumumkan penamatan konflik dengan Israel dan memberikan sebahagian besar daripada Palestin yang penuh bersejarah.

Abbas, yang berbicara dalam sebuah wawancara dengan Channel TV One Israel malam tadi, mengatakan bahawa ia bersedia untuk menyatakan penamatan tuntutan Palestin dan menamatkan konflik Palestin-Israel dalam isu penyelesaian damai dapat dicapai.

Abbas yang juga pemimpin puak Fatah, mengatakan bahawa ia mengakui Israel dan menyatakan bahawa Israel berhak untuk menyebut dirinya dengan panggilan apa sahaja sama ada Yahudi atau sebaliknya. Bagaimanapun, dia mencatat Israel tidak meminta Mesir atau Jordan atau negara-negara lain untuk mengenalinya sebagai “negara Yahudi”.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : syuhada

Categories
Berita Semasa

Israel membuat persiapan untuk pertemuan Abbas-Netanyahu

Selasa, 19/10/2010 – Sumber-sumber rasmi Israel telah menegaskan bahawa pertemuan antara Presiden Palestin Mahmoud Abbas dan PM Israel Benjamin Netanyahu mungkin di antara sela-sela waktu dalam forum negara-negara Mediterranean yang dijadualkan akan diadakan di Barcelona, Sepanyol.

Sumber dari pejabat Netanyahu berkata kepada media pada hari Ahad bahawa usaha untuk membawa kedua pemimpin itu bersama sedang berlangsung terutamanya selepas pertemuan puncak di Paris pada 21 Oktober yang turut mengumpulkan mereka dengan Presiden Perancis Nicolas Sarkozy dan Presiden Mesir Hosni Mubarak dibatalkan.

Jurucakap Hamas, Dr Sami Abu Zuhri mengatakan bahawa pertemuan puncak di Paris menunjukkan kedudukan sebenar kuasa Abbas, yang menyatakan penolakan terhadap perundingan tetapi secara senyap bergegas melakukan perundingan tersebut.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : syuhada

Categories
Berita Semasa

Hamdan: Lawatan perantara Jerman tidak membawa sebarang pembaharuan kepada perjanjian Shalit

Selasa, 19/10/2010 – Ketua Perhubungan Antarabangsa Hamas, Osama Hamdan menafikan laporan televisyen tentang kedatangan perantara dari Jerman telah berjaya mengurangkan jurang dalam rundingan pertukaran tahanan.

Hamdan berkata pada Ahad, perbincangan tentang perkembangan rundingan tersebut merupakan satu usaha oleh Netanyahu untuk mengelakkan tekanan dalaman daripada keluarga Shalit serta para penyokongnya.

“Terdapat perakuan daripada sumber dalaman Israel bahawa Netanyahu merupakan alasan penangguhan rundingan tersebut. Oleh itu, Netanyahu cuba untuk menampakkan seolah-olah rundingan berjalan lancar sedangkan dia merupakan dalang yang ingin merosakkannya,” beliau menambah.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : idawati

Categories
Berita Semasa

Pengkalan tentera Abbas dibiayai Amerika

Selasa, 19/10/2010 – Pengkalan yang menempatkan tentera Mahmud Abbas di Harsha Sa’adah dibangunkan dan dibiayai oleh Amerika dan sekutunya. Pengkalan itu turus mendapat kerjasama Zionis di mana pihak tentera Zionis-Israel di lihat membantu mengawasi pengkalan itu. Kawasan itu pernah menjadi markas tentera Zionis pada tahun 90an. Baru-baru ini, pengkalan tersebut menerima kunjungan komandan besar tentera Zionis-Israel.

sumber : COMES
penterjemah : Abu ‘Umair

Categories
Berita Semasa

Bahar rayu Jordan membantu Gaza dalam bidang perubatan

Selasa, 19/10/2010 – Dr. Ahmer Bahar, Timbalan Speaker I dalam Majlis Perundangan Palestin (PLC) merayu negara Jordan memberi bantuan kepada Genting Gaza dalam bidang perubatan serta menyeru masyarakat Arab dan Palestin bersatu menentang keangkuhan rejim Zionis.

“Kita mahukan masyarakat Arab dan Palestin bersatu-padu bagi membolehkan kita berdepan dengan keangkuhan rejim Zionis,” kata Dr. Bahar dalam satu acara yang dianjurkan oleh Kementerian Dalam Negeri di sebuah hospital milik Jordan pada petang Sabtu lalu. Satu delegasi perubatan dari Jordan turut hadir
acara itu.

Dr, Bahar merayu rakyat dan kerajaan Jordan segera menyahut seruan bagi memikul tanggungjawab dan menyelamatkan penduduk Gaza selepas diperangi oleh rejim Zionis. Beliau juga melahirkan rasa bangga dan gembira dengan kehadiran anggota perubatan dari Jordan di Gaza.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : salwa

Categories
Berita Semasa

Penduduk Zionis membasahi anggur Palestin dengan air sisa buangan

Selasa, 19/10/2010 – Penduduk Zionis membanjiri ladang anggur di kampung Palestin, Beit Ummar di bandar Al-Khalil dengan air sisa merosakkan tanaman seluas puluhan dunum Ahad lalu .

Sumber-sumber tempatan melaporkan para penduduk di penempatan berhampiran Etzion membuka saluran kolam sisa buangan di penempatan mereka Sabtu malam lalu sehingga membanjiri ladang anggur di utara Beit Ummar.

Sumber mencatatkan puluhan aktivis keamanan Palestin dan aktivis asing bergegas ke daerah itu dalam usaha untuk menyelamatkan tanaman yang jika rosak akan menyebabkan kerugian yang teruk kepada petani.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : hijjaz

Categories
Berita Semasa

Rejim Zionis Menolak untuk Membenarkan Pakar Perubatan untuk Melawat Tahan di Hospital Ramla

Selasa, 19/10/2010 – Majlis Tahanan Palestin berkata bahawa Badan Penjajah Israel (IOA) menolak untuk membenarkan pakar perubatan untuk melawat pesakit Palestin yang ditahan di Hospital Penjara Ramla, dan menganggap mereka bertanggungjawab sepenuhnya ke atas nyawa mereka.

Majlis Tahanan Palestin juga menambah dalam kenyataan mereka bahawa pesakit Palestin di hospital itu tidak diberi penjagaan kesihatan yang mencukupi dan nyawa mereka setiap masa bagai telur di hujung tanduk.

Mereka juga menenrangkan bahawa pihak berkuasa hospital memberhentikan rawatan biasa yang menyebabkan Suleiman Abu Drie, hilang kebolehan untuk bergerak kerana kecuaian perubatan. Dia juga menambah bahawa keadaan kesihatan Suleiman bertambah teruk dan pegawai penjara masih tidak membenarkan dia menjalani pemeriksaan perubatan yang sewajarnya untuk menentukan punca penakitnya.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : redz

Categories
Berita Semasa

“LifeLine 5” nyatakan ketiakpuasan hati terhadap keputusan Mesir.

Selasa, 19/10/2010 – Konvoi “LifeLine 5” yang sedang menuju ke Jalur Gaza dengan membawa misi kemanusiaan iaitu memecahkan tembok halangan Gaza sejak 5 tahun lagi menyatakan ketidakpuasan hati mereka terhadap Kerajaan Mesir yang menghalang 17 ahli untuk memasuki Mesir sebelum bertolak ke Gaza, dan memohon agar Kerajaan Mesir membuat pertimbangan semula ke atas perkara tersebut.

Antara mereka yang disenaraikan dan tidak dibenarkan memasuki Mesir, kesemua berjumlah 17 orang, kebanyakannya warga Jordan, adalah 5 warga Britain, bekas menteri Britain George Galloway, jurucakap rasmi “LifeLine 5″ Zehar Beirawi dan warga Turki yang pernah mengikuti konvoi Freedom Flotilla yang lepas.

Senarai nama yang dikeluarkan tersebut adalah amat mengejutkan dan mendapat tentangan kuat dari ahli konvoi, kerana senarai ini melibatkan individu yang tidak terlintas langsung di fikiran akan menyebabkan sebarang masaalah kepada Kerajaan Mesir seperti yang dituduh pihak berkuasa kerajaan tersebut, seperti contoh, Syeikh Ismael Nashwan, warga Jordan berdarah Palestin yang berumur 82 tahun, yang telah menyertai siri ‘LifeLine” yang lepas, di mana beliau juga hampir terbunuh dalam konvoi Freedom Flotilla tempoh hari.

sumber : http://www.palestine-info.info/ar
penterjemah : Azleen