
Khamis, 01/10/2009 – Ezzat al-Rishq, anggota Biro Politik HAMAS mendedahkan bahawa para pegawai Mesir telah mencadangkan beberapa tarikh berhubung pemeteraian perjanjian perdamaian Palestin pada bulan hadapan. Beliau menganggap bahawa jaminan paling besar bagi meneruskan plan perdamaian ialah dengan memberhentikan segala tindakan General Dayton yang melatih militia Abbas di Tebing Barat berdasarkan pegangan keselamatannya yang menganggap regim Zionis sebagai jiran yang baik dan gerakan HAMAS sebagai musuh.













