
Selasa, 29/06/2010 –Anggota Gerakan Pembebasan Gaza (FGM) sedang mengumpul testimoni dan bukti dengan menghubungi para aktivis yang menaiki kapal Turki yang diserang oleh tentera rejim Zionis (IOF) ketika sedang menuju ke Gaza, semasa bersama konvoi bantuan kemanusiaan “Freedom Flotilla”.
Salah seorang ahli FGM, Audrey Bomse memaklumkan bahawa testimoni-testimoni itu dikumpul daripada para penumpang yang telah diculik oleh IOF serta mengesahkan bahawa anggota FGM sedang mengumpul bukti-bukti penting untuk memfailkan saman.
Penganjur Freedom Flotilla merancang untuk memfailkan saman itu di Mahkamah Antarabangsa di The Hague bagi membawa kerajaan haram Israel dan pegawai-pegawainya yang bertanggungjawab dalam serangan maut itu ke muka pengadilan.
sumber : http://www.imemc.org
penterjemah : salwa

Selasa, 29/06/2010 –Seramai 20 orang penduduk Palestin cedera pada pagi Ahad lepas ketika bertempur dengan anggota polis rejim Zionis yang menceroboh kawasan kejiranan Silwan yang terletak di Timur Jerusalem, kata sumber Palestin. Sumber itu turut melaporkan bahawa berdozen-dozen tentera rejim Zionis (IOF) dan unit pengawal sempadan menceroboh kawasan kejiranan itu bagi membantu pendatang-pendatang haram Yahudi. Mereka melepaskan tembakan secara rambang ke arah orang awam dan melepaskan bom pemedih mata sehingga mengakibatkan sekurang-kurangnya dua orang cedera. Tidak lama kemudian, lebih banyak kecederaan dilaporkan selepas IOF melepaskan tembakan peluru getah ke arah penduduk tempatan sementara berpuluh-puluh orang lagi menderita kerana tersedut gas pemedih mata yang dilepaskan.
sumber : The Palestine Telegraph
penterjemah : salwa

Selasa, 29/06/2010 –Tentera rejim Zionis (IOF) menceroboh masuk kawasan kejiranan di kota Hebron, namun tidak ada penahanan dilaporkan. Menurut sumber tempatan, IOF menceroboh masuk persekitaran Hebron dan berkeliaran di jalan-jalan utama dan persimpangan jalan. IOF menceroboh dan menyerang persekitaran Hebron dengan alasan untuk mencari warga Palestin yang ‘dikehendaki’.
sumber : The Palestine Telegraph
penterjemah : nurul
Iran : Kapal kami di halang Mesir.

Selasa, 29/06/2010 –Bulan Sabit Merah Iran mengatakan pada hari Ahad bahawa selain sekatan yang dikuatkuasakan oleh Israel, Mesir turut melarang kapal bantuan Gaza-terikat dari memasuki Terusan Suez, yang menyebabkan perjalanan tertunda.
“Keberangkatan kapal telah ditunda kerana sekatan lebih dikenakan oleh rejim Zionis terhadap gerakan bantuan ke Gaza dan juga pencegahan kapal dari menggunakan Terusan Suez, walaupun terdapat koordinasi dengan badan-badan antarabangsa,” kata Bulan Sabit Merah dalam sebuah kenyataan fax ke AFP.
Kenyataan itu mengatakan perjalanan ke Semenanjung Gaza telah ditunda walaupun kapal bersedia untuk belayar dari pelabuhan selatan Bandar Abbas demi wilayah Palestin.
sumber : Yahoo! News
penterjemah : farah

Selasa, 29/06/2010 –Penduduk Gaza menderita dalam kegelapan dan berikutan ketiadaan elektrik dalam tempoh yang amat panjang melebihi daripada dua hari. Syarikat pembekal elektrik di Semenanjung Gaza, meminta semua negara-negara Arab mengambil sikap positif yang berkesan untuk membantu menyelesaikan situasi sulit yang dihadapi penduduk Gaza ini sejak pusat janakuasa Gaza berhenti sepenuhnya menghasilkan tenaga elektrik.
Salam kenyataan tersbut, syarikat itu mendesak negara-negara Arab membiayai bahan api yang diperlukan bagi membantu satu-satunya pusat janakuasa Gaza beroperasi semula atau sekurang-kurangnya menyumbang ke arah itu sambil menunjukkan defisit sebanyak 60% daripada sebahagian jumlah sebenar keperluan tenaga elektrik wilayah Gaza iaitu 300 megawatt. Hanya 137 megawatt dibekalkan setelah penamatan janakuasa dilakukan.
Syarikat itu juga menyatakan jumlah tenaga yang tertinggal pada kesemua meter dan keperluan Semenanjung Gaza akan sampai pada tahap kecemasan yang mencerminkan secara matematiknya kuantiti sedia akan diedarkan kepada semua pihak dengan kemampuan memberikan bekalan setiap daerah hanya 6 jam sehari (atau kurang) dengan ketiadaan elektrik selama 14-21 jam antara tempoh tersebut. Syarikat itu menekankan bahawa mengurangkan tempoh kuasa akan menyebabkan risiko yang akan menjangkau semua sektor di Gaza terutama sekali sektor air, perkhidmatan kesihatan, kemudahan perubatan dan perkhidmatan asas kemanusiaan.
sumber : The Palestine Telegraph
penterjemah : hijjaz

Selasa, 29/06/2010 –Agensi PBB untuk pelarian Palestin pada hari Ahad dinyatakan telah digesa untuk menyelesaikan kuasa memperdalam ’krisis’ di Genting Gaza kawalan Hamas.
”Ia adalah satu tragedi yang tertinggi di antara krisis-krisis lain di Genting Gaza, kita sekarang di dalam krisis elektrik,” John Ging, Pengarah UN Relief of Works Agency (UNRWA) di Gaza berkata.
”Ianya adalah keadaan yang tidak dapat diterima di sini pada waktu ini, dan ia perlu diselesaikan dengan segera. Ia adalah masalah Palestin, dilakukan oleh Palestin, dan menyebabkan rakyat Palestin lain menerima kesannya. Jadi, lebih baik kita menyelesaikannya cara Palestin,” katanya memberitahu wartawan.
sumber : Yahoo! News
penterjemah : faizul

Selasa, 29/06/2010 –Persatuan Bulan Sabit Merah Iran, Ahad (27/6) mengumumkan bahawa mereka terpaksa menunda penghantaran kapal bantuannya ke Gaza apabila kerajaan Mesir menghalang konvoi Iran melalui Terusan Suez.
Persatuan Bulan Sabit Merah dalam penjelasanya mengatakan, pengiriman bantuan dari Iran ditunda akibat peraturan yang dikuatkuasa pemerintah Zionis terhadap kapal-kapal yang menuju Gaza. Ini menyebabkan kapal Iran dilarang melewati Terusan Suez. Sementara itu, pihak berkuasa Terusan Suez menyatakan bahawa pihaknya akan mengizinkan kapal Iran melalui Suez, namun belum dinyatakan waktunya.
sumber : COMES
penterjemah : osman

Selasa, 29/06/2010 –Beberapa sumber media berbahasa Ibrani mendedahkan beberapa perincian baru tentang proses rundingan bagi pertukaran yang dijangkakan akan berlaku antara ratusan tahanan Palestin dengan tentera Zionis yang ditawan oleh HAMAS di Genting Gaza, meskipun secara rasminya pihak Zionis mengumumkan ia akan mengenakan syarat yang ketat setelah Gel’ad Shalit memasuki tahun kelima berada dalam tahanan.
Sumber-sumber itu memetik daripada ‘sumber kerajaan’ bahawa persetujuan pertukaran itu akan merangkumi beberapa pejuang Palestin yang dikatakan terlibat dalam pembunuhan kira-kira seratus orang Yahudi. Sumber itu juga mengisyaratkan bahawa rejim Zionis bersedia untuk membebaskan mereka dengan syarat mereka terus pergi ke Genting Gaza atau ke luar negara, tetapi bukan ke Tebing Barat.
Tetapi pejabat Perdana Menteri, Benjamin Netanyahu enggan memberikan sebarang komen tentang perkara ini. Akhbar Yediot Aharonot menyebutkan bahawa persetujuan itu tidak merangkumi tawanan yang bertanggungjawab dalam operasi berani mati, begitu juga tidak merangkumi Marwan al-Barghuthi, setiausaha gerakan Fatah di Tebing Barat.
sumber : http://www.palestine-info.info/ar
penterjemah : muhajir

Selasa, 29/06/2010 –Perkhidmatan Penjara rejim Zionis menghalang tahanan Palestin daripada menyelesaikan pengajian mereka di universiti dan merampas buku-buku mereka.
Yaser Abu Baker, ketua tahanan penjara Palestin di Penjara Askalan, Israel memaklumkan bahawa keadaan tahanan di dalam penjara adalah sangat menyayat hati berikutan tindakan pentadbiran penjaran yang menetapkan peraturan-peraturan zalim.
Perkhidmatan Penjara rejim Zionis telah memulakan kempen merampas buku-buku tahanan penjara dan setakat ini mereka telah merampas sebanyak 300 buah buku. Hanya Al-Quran sahaja yang dibenarkan dibaca.
sumber : The Palestine Telegraph
penterjemah : salwa

Selasa, 29/06/2010 –Menteri Pertahanan Israel, Ehud Barak, menyatakan di sini semalam (Rabu) akan bersama-sama dengan Timur Tengah untuk mempercepatkan proses keamanan, susulan serangan maut terhadap bantuan flotilla.
Barak memberikan komen sedemikian apabila beliau membincangkan isu tersebut bersama Hillary Clinton, untuk review keputusan Israel untuk mengurangkan kepungan di Gaza dan mencari jalan untuk menghidupkan semula rundingan Israel-Palestin.
“Kami dengan penuh komitmen akdan bekerjasama dengan Setiausaha dan akan mencari jalan untuk mempercepatkan proses keamanan di Israel dan akan mengenepikan semua karenah dan permasalahan untuk tempoh semasa”, Barak memberitahu wartawan.
sumber : Yahoo! News
penterjemah : faizul

Selasa, 29/06/2010 –Amat sukar untuk mencari orang Arab atau Palestin yang bermastautin di Amerika Syarikat untuk tidak menyokong rakan-rakan Amerika mereka untuk membawa sepanduk keadilan untuk Palestin dan menggerakkan polisi AS terhadap konflik tersebut. Malah Professor Universiti Columbia yang disegani; Professor Edward Said juga menyatakan sokongan dan menyokong sentiment ini dalam spectrum yang luas. Pada tahun 2002, Perhimpunan Al-Awda di New York beliau juga memberi ucapan penuh bertenaga kepada uma manusia untuk bercakap tentang Palestin, di mana sahaja, kepada sesiapa sahaja; pasaraya, berhampiran water cooler di pejabat, taman-taman permainan, dengan ahli Persatuan Ibu Bapa dan Guru, di dalam bas, dan di perhentian bas – di mana sahaja.
Meskipun dengan hasrat untuk memelihara solidarity rakyat Amerika, terdapat satu jurang antara aspirasi dan pemahaman yang diperlukan untuk merealisasikannya – rakyat Palestin, bangas-bangsa lain, dan berjuta lagi rakyat Amerika yang terpinggir, yang terpaksa bersaing sesama mereka dengan hambatan struktural yang sama dan pernyataan yang jitu terhadap maruah kemanusiaan mereka. Pemahaman terhadap musuh dan pengesahan terhadap kemanusian adalah pasak utama terhadap solidarity.
Siapakah yang mungkin akan menjadi sekutu efektif Palestin di AS? Siapakah yang akan berpendapat, bahawa diskrimiasi terinstitusi adalah sama dengan rakyat Palestin kelas kedua di tanah Palestin. Komuniti manakah di AS adalah diprofil secara ras, dipenajara secara sistematik, dan dikelaskan sebagai miskin oleh pertemuan faktir institusi, kekurangan akses kepada penjagaan kesihatan, dan perumahan yag terkawal?
sumber : Electronic Intifada
penterjemah : faizul

Isnin, 28/06/2010 – Badan kepimpinan parti Likud yang diterajui perdana menteri Zionis, Benjamin Netanyahu, Khamis (24/6) menjelaskan akan meneruskan perluasan kawasan di Tebing Barat, setelah mendapat kata sepakat dari wakil parti.
Dalam keteranganya, wakil parti Likud yang terdiri daripada 2500 orang membenarkan kesepakatan untuk meneruskan peluasan penempatan di Tebing Barat. Beliau menambah, pihaknya bersetuju meneruskan perluasan penempatan di seluruh wilayah Eretz Israel (Israel Raya), terutama di Nagev, Jalil, Al-Quds, Yahuda dan Samara.
sumber : COMES
penterjemah : osman
Zionis menyamar Hasbara!
Isnin, 28/06/2010 – Twitters dibayar untuk menyebarkan propaganda perang pasukan internet Israel dilancarkan. Sokongan penuh ghairah untuk Israel disajikan pada bahagian internet, laman sembang, forum, blog, dan facebook, twitters mungkin tidak semua yang tampaknya.
Kementerian luar negeri Israel dilaporkan membentuk sebuah pasukan yang menyamar khas pekerja dibayar yang akan melakukan pelayaran ke internet 24 jam sehari menyebarkan berita positif tentang Israel.
Anak muda Israel memahami Internet, terutama lulusan baru dan tentera ditarik dengan kemampuan bahasa, sedang direkrut untuk mengaku sebagai pelayar internet biasa, sementara mereka memberikan garis kerajaan tentang konflik Timur Tengah.
“Untuk semua maksud dan tujuan internet adalah sebagai teater dalam konflik Israel-Palestin, dan kita harus aktif di teater, kalau tidak kita akan kalah,” kata Ilan Shturman, yang bertanggungjawab untuk projek tersebut.
Kewujudan pasukan perang “internet” muncul ke permukaan ketika dimasukkan dalam perbelanjaan jabatan luar negeri tahun ini dimana $150,000 telah diberikan untuk tahap pertama pembangunan, dengan diharapkan dana yang meningkat tahun depan.
Pasukan ini akan diletak di bawah sebuah jabatan besar sudah berurusan dengan Israel apa istilah “hasbara”, diterjemahkan sebagai “penjelasan awam” tetapi biasanya bermaksud propaganda. Itu termasuk bukan sahaja perhubungan awam kerajaan tetapi lebih kepada urusan rahsia perkhidmatan dengan organisasi swasta dan inisiatif yang mempromosikan cerita Israel di bahan cetak, di TV dan di internet.
Dalam usaha mereka untuk memperindah pekerjaan dan membunuh anak-anak dan untuk menghalalkan pengepungan Gaza dan kelaparan semua orang pelarian etnik disembunyikan, Zionis mewujudkan pasukan besar dalam internet menyamar sebagai “pelayar” untuk membersihkan kekejaman Israel dan mencuci darah yang ditumpahkan oleh penjajah Zionis!
Pada saat Zionis menghancurkan Palestin persekitaran dengan mengeringkan Tasik Tiberia, dengan mengambil air bawah tanah Palestin, mencabut pohon Palestin (para penduduk Zionis tumbang atas 14000 pohon zaitun pada tahun 2009 sahaja) mereka pura-pura menjadi pecinta alam dan mengaku diri mereka sebagai Nabi Hijau.
sumber : The Palestine Telegraph
penterjemah : ameen

Isnin, 28/06/2010 – Kapal Iran berasingan ke Gaza melalui Laut Kaspia selepas Mesir menolak permintaan Israel untuk menghalang kapal di Terusan Suez. Salah seorang penyelenggara dari armada bantuan Iran ke Gaza, mengumumkan hari Khamis bahawa acara tersebut telah dibatalkan kerana “ancaman Israel.”
Sebuah kapal Iran berasingan membawa 60 aktivis Iran sedia untuk belayar ke Gaza melalui Laut Kaspia, mengikut Radio Tentera Darat. Ini setelah media melaporkan Lubnan beberapa hari yang lalu bahawa Mesir telah menolak permintaan Israel untuk menhalang kapal-kapal Iran dari melalui Terusan Suez menuju Mesir.
sumber : Haaretz
penterjemah : farah