Categories
Berita Semasa

Turki memohon supaya Zionis tidak menghalang armada “kebebasan”

Khamis , 27/05/2010 –Kerajaan Turki secara rasminya memohon dari kerajaan Zionis, pada hari Selasa (25-5), supaya membenarkan armada “kebebasan” yang sedang menuju ke Gaza, bagi mencapai matlamat mereka menghulurkan ribuan tan barangan bantuan kemanusiaan dimana kerajaan Turki juga turut menyertai misi bantuan ini, dan mereka mengulangi permohonan supaya kerajaan Zionis menghapuskan kepungan yang dikenakan keatas penduduk Gaza yang telah dikepung dalam tempoh empat tahun berturut-turut.

Menteri Luar Turki, Ahmed Dawood oglu, berkata pada sidang media semasa pertemuan (yang diadakan bersama) Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai proses perdamaian: “Kerajaan Turki berhubung (secara diplomatik) dengan kerajaan Zionis mengenai konvoi bantuan.”

Oglu menambah lagi “bertindak secara tenang adalah lebih diperlukan (memandangkan) ketegangan yang memuncak ketika ini … kepungan keatas Gaza mesti dihapuskan” lanjutnya lagi: “Kami percaya bahawa” Israel “akan menghadapi perkara ini secara matang dan bijaksana bagi berdepan dengan orang awam (yang bertindak memberikan bantuan kemanusiaan).

sumber : http://www.palestine-info.info/ar/
penterjemah :  arif
Categories
Berita Semasa

Pembongkar rahsia nuklear Zionis dipenjara 3 bulan lagi

Khamis , 27/05/2010 –Mordechai Vanunu, seorang rakyat Israel yang pernah dipenjarakan selama 18 tahun kerana membocorkan rahsia peralatan untuk menghasilkan senjata nuklear yang terletak di Dimona, dimasukkan lagi ke dalam penjara pada Ahad lepas kerana memohon supaya dibenarkan menjalankan hukuman khidmat masyarakat di kawasan kejiranan penduduk Palestin kerana bimbang dia akan diserang oleh pendatang haram Yahudi yang lain sekiranya dia melakukan kerja sukarelawan di kawasan kejiranan pendatang haram Yahudi.

Sebuah mahkamah rejim Zionis menolak permohonan Vanunu untuk melakukan khidmat masyarakat di kawasan kejiranan bukan pendatang haram Yahudi. Walaupun permohonan itu dibuat kerana kuatir akan keselamatan dirinya, dia dihukum penjara 3 bulan lagi.

Vanunu telah dibebaskan dari penjara sejak 6 tahun lalu, tetapi masih dikenakan hukuman tahanan di rumah. Dia kemudiannya dikenakan hukuman menjalankan khidmat masyarakat kerana bercakap kepada wartawan asing. Rejim Zionis bertungkus-lumus merahsiakan nama Vanunu di Negara-negara Barat. Dalam masa yang sama, kerajaan tejim Zionis terus enggan menandatangani perjanjian Penghasilan Nuklear Tidak Berbahaya dan tidak membenarkan kelengkapan penghasilan senjata nuklear di Dimona dibuka untuk pemeriksaan antarabangsa.

sumber : http://www.imemc.org
penterjemah :   salwa
Categories
Berita Semasa

Zionis mengesahkan pengusiran perwakilan “Mossad” di Australia

Rabu, 26/05/2010 – Sumber maklumat Ibriyyah mendedahkan bahawa diplomat Zionis yang telah diusir keluar oleh kerajaan Australia atas dakwaan mempunyai kaitan dengan pemalsuan passport-pasport yang digunakan dalam pembunuhan pimpinan tentera Gerakan Pembebasan Islam (HAMAS) Mahmoud al-Mabhouh, adalah merupakan Perwakilan Perisikan Luar Zionis (Mossad), di Canberra.

Sumber rasmi Zionis telah menyatakan penyesalannya pada pagi Isnin lalu (24/5), terhadap keputusan Australia mengusir Diplomat Zionis dengan katanya : “tindakan Australia ini tidak bertepatan dengan hubungan baik yang terjalin antara kedua-dua negara” sepertimana yang telah diungkapkan.

Kerajaan Australia mengumumkan bahawa mereka telah memerintahkan pengusiran seorang diplomat Zionis yang bekerja di Kedutaan Zionis di ibukota Canberra Australia atas dakwaan menyalahgunakan passport-pasport Australia dalam pembunuhan pimpinan tentera “Gerakan Hamas” Mahmoud al-Mabhouh di Dubai

sumber : http://www.palestine-info.info/ar/
penterjemah :   arif

Categories
Berita Semasa

Australia Usir Diplomat Zionis

Rabu, 26/05/2010 – Kerajaan Australia telah menghalau diplomat Zionis Israel yang bertugas di Australia kerana terdapat bukti diplomat ini telah menggunakan pasport Australia dalam pembunuhan pemimpin HAMAS, Mahmud Mabhuh di Dubai. Menteri Luar Australia, Stepen Smith menyatakan di parlimen Australia bahawa kerajaan Australia telah mengarahkan diplomat itu pulang ke Israel.   Dalam satu penyelidikan terhadap pembunuhan itu, Smith menyatakan terdapat 4 pasport Australia yang telah di gunakan.

sumber : COMES
penterjemah : Abu Awatif

Categories
Berita Semasa

Tentera Rejim Zionis (IOF) Lancar Kempen Penangkapan Besar-besaran di Al-Issawiyeh

Rabu, 26/05/2010 – Sejak pagi awal hari ini, sekumpulan besar polis, penjaga sempadan dan perisikan Israel, selain petugas majlis perbandaran Israel, cukai dan syarikat air Gihon melancarkan kempen penangkapan besar-besaran di “Al-Issawiyeh” desa di timur laut Baitulmuqaddis.

Hani Issawiya, ahli Jawatankuasa Kumpulan Bela Tanah Al-Issawiyeh , mengatakan bahawa bandar ini dikepung sejak pukul empat pagi, kemudian, beratus tentera Israel masuk ke kampung dan mencegah penduduk daripada mengerjakan solay subuh di masjid serta melarang pergerakan rakyat.

Untuk pengetahuan polis Israel telah bersedia untuk melaksanakan kempen yang serupa dengan yang berlaku di kem Shuafat awal tahun ini, termasuk serangan cukai, kempen penangkapan, dan menghantar notis roboh rumah.

sumber : The Palestine Telegraph
penterjemah :  ameen

Categories
Berita Semasa

Hizbullah Bersedia Menghadapi Ancaman Rejim Zionis

Rabu, 26/05/2010 – Sheikh Nabil Qaouk, wakil dari pihak Hizbullah di Selatan Lubnan menyatakan bahawa para pejuang parti itu akan tetap berwaspada menghadapi bom berskala besar tentera Zionis yang dijadualkan bermula Ahad ini.

“Para pejuang Hizbullah telah (diperintahkan) benar-benar bersedia untuk menghadapi manuver Israel pada hari Ahad ini. Beberapa ribu pejuang kita tidak akan pergi ke tempat pengundian (untuk menyertai pilihanraya di Selatan Lubnan) dan bersiap sedia (untuk sebarang kejadian) hari ini “,menurut agensi berita Al-Manar.

Walaupun para pemimpin Israel mengatakan bahawa latihan ini dirancang lebih awal dan tidak dimaksudkan sebagai suatu tanda untuk peperangan, Sheikh Qaouk mengatakan bahawa “Israel harus memutuskan untuk melakukan pencerobohan baru terhadap Lubnan, Israel tidak akan mempunyai tempat untuk bersembunyi”, kata Al-Manar.

sumber : http://www.imemc.org
penterjemah :  nurul

Categories
Berita Semasa

Zionis ugut armada ‘kebebasan’

Rabu, 26/05/2010 – Dr Sami Abu Zuhri, jurucakap rasmi HAMAS menegaskan keyakinannya bahawa armada ‘kebebasan’ yang membawa aktivis asing dan Arab bersama-sama dengan bantuan kemanusiaan ke Semenanjung Gaza yang dikepung akan tiba dengan selamat. Beliau juga menyifatkan ugutan Zionis mahu menyekat armada tersebut sebagai satu tindakan keganasan yang dilakukan oleh sebuah negara dan sebahagian daripada polisi sekatan yang diamalkannya.

Beliau berkata dalam satu kenyataan akhbar: “Kami yakin ugutan Zionis bahawa ia akan menyekat armada tersebut akan menemui kegagalan.” Beliau juga menambah: “Kita anggap tindakan mereka sebagai tindakan keganasan yang dilakukan oleh sebuah negara dan sebahagian daripada polisi sekatan yang zalim serta percubaan untuk menghalang usaha untuk memecahkan tembok sekatan Zionis terhadap masyaratakat antarabangsa.

Beliau juga menyeru masyarakat antarabangsa agar menjaga keselamatan para aktivis kerana tindakan mereka hanya mempunyai matlamat kemanusiaan yang mahu memecahkan sekatan tidak adil yang dikenakan. Beliau juga menarik perhatian bahawa pihak Zionis bertanggungjawab sepenuhnya terhadap keselamatan aktivis Arab dan asing yang berada dalam rombongan armada tersebut, terutamanya keselamatan tokoh-tokoh politik dan pegawai rasmi.

sumber : http://www.palestine-info.info/ar
penterjemah : muhajir

Categories
Berita Semasa

Anggota-anggota Parlimen Sweeden gesa perlindungan ke atas Pelayaran ke Gaza

Rabu, 26/05/2010 – Helen Pettersson, anggota Demokrasi Sosial di Parlimen Sweeden menghantar tuntutan bertulis kepada Menteri Luarnya, Carl Bildt supaya kerajaan Sweeden melakukan apa sahaja bagi melindungi kapal yang belayar ke Gaza dalam misi keamanan, kemanusiaan dan kedaulatan undang-undang.

Tuntutan Petterson adalah seperti berikut :

“Sebanyak 1.5 juta penduduk Palestin kini hidup dalam pengasingan di Semenanjug Gaza, dalam kesengsaraan yang maha dahsyat. Mereka kekurangan makanan, ubat-ubatan dan keperluan-keperluan asas yang lain seperti bahan binaan untuk membaiki rumah, sekolah dan bangunan-bangunan lain yang telah musnah akibat dibom semasa perang pada sambutan Krismas 2008. Bagi membaiki keadaan, Pelayaran ke Gaza merancang untuk mengikut jalan laut ke Gaza dengan membawa ubat-ubatan, alat penapis air laut, simen dan sebagainya demi untuk membantu mereka yang begitu memerlukan di sana. Pelayaran ke Gaza ini adalah bebas daripada unsur politik dan agama, serta didokong oleh organisasi-organisasi yang bukan mencari keuntungan yang sentiasa berusaha untuk menegakkan hak-hak kemanusiaan dan undang-undang umum antarabangsa. Kerajaan rejim Zionis kini telah mengancam untuk menghentikan Pelayaran ke Gaza dan akan menggunakan kekerasan jika ‘perlu’. Tidakkah Menteri Luar berhajat untuk melindungi inisiatif kemanusiaan ini?”

sumber : The Palestine Telegraph
penterjemah :  salwa

Categories
Berita Semasa

Forum Media : Penangkapan al-Fakhuri suatu keaiban

Rabu, 26/05/2010 – Forum Media Palestin menyatakan kebimbangannya terhadap penangkapan dan penyeksaan yang berterusan dilakukan oleh pasukan militer Mahmoud Abbas keatas penulis-penulis dan wartawan-wartawan di Tebing Barat dengan menekankan bahawa penangkapan dan penyeksaan tersebut akan meninggalkan kesan dan aib yang buruk ke atas para pelakunya.

Kenyataan tersebut dikeluarkan selepas dakwaan oleh pasukan yang disebut sebagai “Penyiasat” bagi Mahmoud Abbas di Hebron bertarikh 9/5/2010 keatas Hazim Khuder al-Fakhouri (37 tahun), yang merupakan suami kepada penulis terkenal, Luma Khatir, tanpa ada bukti kukuh atas dakwaan mereka ini mengikut apa yang dinyatakan oleh Badan penyiasatan tersebut, kecuali penulis Luma Khatir menganggapkan penangkapan suaminya ini sebagai tindakan untuk memberi tekanan keatasnya bagi menghentikan segala penulisannya yang menceritakan tentang realiti rakyat Palestin dan analisis beliau terhadap politik, sosial dan Media.

Forum media Palestin dalam sebuah kenyataan pada hari Ahad (23 Mei), bahawa mereka akan memberi sokongan penuh yang terdiri dari wartawan-wartawan, penulis-penulis dan para intelektual kepada penulis Luma Khatir dan ahli keluarganya. Mereka mengutuk tindakan pasukan militer Abbas di Tebing Barat yang melakukan penangkapan terhadap para wartawan dan ahli keluarga terdekat mereka secara tidak sah, dengan menegaskan bahawa para wartawan adalah dianggap sebagai pemacu kebebasan dalam berdepan dengan penjajah Zionis.

sumber : http://www.palestine-info.info/ar
penterjemah :  arif

Categories
Berita Semasa

Vanunu dipenjara lagi, tuduh Mossad dan Shin Bet cipta ‘tuduhan palsu’

Rabu, 26/05/2010 – Mordechai Vanunu memaklumkan wartawan sebelum memasuki dewan mahkamah bahawa Shin Bet dan Mossad dari Israel telah meletakkan tekanan yang terlalu berat ke atas beliau dan menuduh mereka cuba untuk menjerut beliau. Beliau menambah “apa yang Mossad Israel dan Shin Bet cuba buat selama saya dipenjara 18 tahun, tidak akan berjaya diperolehi selama 3 bulan mereka menahan saya di sini”

Menurut laman web akhbar “Yediot Aharonot”, Mordechai Vanunu telah dihukum 3 bulan kerana kekusutan atas terma untuk pembebasan beliau yang belum cukup 6 tahun serta hubungannya dengan wartawan luar pada 2007, yang membuatkan satu mahkamah mengeluarkan arahan tahanan 6 bulan yang dipendekkan kepada tiga beberapa bulan lalu.

Mordechai Vanunu yang hadir hari ini di mahkamah pusat di Jerusalem untuk menjalani tempoh hukuman selepas menolak khidmat awam menggantikan penjara. Lawan web tersebut juga menyatakan Vanunu, yang dituduh oleh Mossad Israel sebagai membocorkan maklumat tentang program nuklear Israel kepada pihak lawan, dan telah menjalani tahanan selama 18 tahun setelah didapati bersalah oleh mahkamah Israel, Vanunu dibebaskan pada 2004 dengan terma tidak berhubung dengan orang luar, Shin Bet menuduh beliau melanggar perjanjian dan dia bertemu dengan wartawan asing yang membawa kepada perbicaraan baru dan penahanan beliau selama 3 bulan.

sumber : The Palestine Telegraph
penterjemah :  aznil

Categories
Berita Semasa

Zionis Syaratkan Pembebasan Shalit Untuk Kapal Keamanan

Rabu, 26/05/2010 – Menteri Zionis, Yetzaq Herzog menegaskan kerajaan Zionis Israel tidak akan berganjak dengan keputusan menyekat konvoi keamanan untuk memasuki Gaza. Syarat utama yang ditetapkan bagi memasuki Gaza ialah pembebasan Giladh Shalit.

Herzog mendakwa objektif konvoi keamanan ini adalah untuk memberi tekanan dan provokasi terhadap kerajaan Zionis. Dalam pada itu, seluruh sukarelawan yang menyertai konvoi keamanan ini bertekad untuk meneruskan misi bagi menyerahkan bantuan yang di bawa.

sumber : COMES
penterjemah : Abu Awatif

Categories
Berita Semasa

Kem Musim Panas Terbesar UNRWA di Gaza Dibakar

Rabu, 26/05/2010 – Sekumpulan 40 orang yang bersenjata yang tidak dikenali salah satu kem musim panas terbesar yang diasaskan oleh UNRWA di Gaza, sumber-sumber tempatan melaporkan.

Adnan Abu Hasna, jurucakap UNRWA, mengatakan bahawa serangan terhadap kem itu terjadi di daerah Syeikh Al-Ajlan di timur Gaza, sumber media melaporkan.

“Kem yang rosak adalah di antara kem-kem yang mengatur perkhemahan musim panas bagi anak-anak sekolah Palestin,” tambahnya. Dia mencatatkan bahawa kem-kem UNRWA juga menawarkan program pendidikan dan aktiviti pendidikan jasmani.

sumber : The Palestine Telegraph
penterjemah : ameen

Categories
Berita Semasa

Pegawai Mesir ditangkap menyusup ke Gaza untuk kumpul maklumat

Rabu, 26/05/2010 – Menteri Dalam Negeri Palestin, Fathi Hammad al-Naqqab mendedahkan penangkapan seorang pegawai Mesir berpangkat tinggi oleh pihak keselamatan Palestin ketika pegawai tersebut sedang menyusup masuk ke semenanjung Gaza bagi menghimpukan maklumat tentang rakyat Palestin dan kerajaan serta beberapa tugasan lain. Beliau juga memaklumkan pihak keselamatan Palestin menghantar pulang pegawai terbabit ke Mesir sambil menuntut agar sebuah jawatankuasa keselamatan bersama ditubuhkan bagi menyelaraskan kerjasama di antara kedua-dua belah pihak, bukan melalui para pegawai yang menembusi dinding keselamatan Palestin.

Dalam temubual dengan Palestin Online pada hari Ahad (23/5), Hammad mengutuk tindakan Mesir yang beterusan menangkap dan menahan beberapa rakyat Palestin di dalam penjaranya serta melakukan penyeksaan terhadap mereka, tanpa sebarang kesalahan yang dilakukan sama ada kesalahan jenayah atau mengancam keselamatan Mesir. Beliau juga menyeru menyeru Mesir agar membebaskan semua tahanan Palestin di dalam penjara Mesir tanpa sebarang syarat.

Beliau juga menganggap tindakan yang dilakukan Mesir terhadap rakyat Palestin sebagai terkeluar daripada kerangka ajaran Islam, semangat perkauman Arab dan hak sebagai jiran. Beliau berkata Mesir sepatutnya menjalankan penyiasatan terhadap pihak Zionis tentang bagaimana mereka menyusup masuk ke dalam bumi Palestin dan bumi Mesir sendiri. Mesir juga sepatutnya menyokong perjuangan rakyat Palestin, bukan menghantar para pegawainya menyusup ke Gaza bagi menghimpunkan maklumat tentang pihak pejuang serta menyeksa rakyat Palestin yang ditahan bagi mendapatkan maklumat tentang Gaza.

sumber : http://www.palestine-info.info/ar/
penterjemah :  muhajir

Categories
Berita Semasa

Kempen Boikot Penempatan Bermula di Tebing Barat, Penduduk haram marah

Selasa, 25/05/2010 – Kumpulan penduduk haram Israel meminta kerajaan haram Israel untuk menghentikan rundingan dengan Palestin kerana kempen boikot produk penduduk haram dimulakan harinini di Tebing Barat.

Kempen ‘Rumah-ke-Rmah’ dilancarkan oleh Tabung kedaulatan Palestin Kebangsaan. Ratusan warga palestin memulakan kempen selasa pagi pergi rumah ke rumah di komuniti Palestin di Tebing Barat untuk meningkatkan kesedaran tentang produk penduduk haram dan menggalakkan penduduk

palestine henti menggunakannya Petani Palestin, produk tenusu dan industri minuman ringan akan mendapat faedah daripada kempen boikot produk penduduk haram.

sumber : http://www.imemc.org
penterjemah :  hasbullah

Categories
Foto/Video/Muzik

Kapal lifeline4gaza sudah berlepas menuju ke pelabuhan Antalya.

Mavi Marmara Menuju Gaza from Sahabat Al-Aqsha on Vimeo.

Pelepasan Mavi Marmara, kapal yang berisi bantuan kemanusiaan berlayar dari Istanbul-Turki menuju Gaza-Palestina. Video : Sahabatalaqsha.com & Hidayatullah.com