
Ahad ,11/01/2009 – Pada petang Sabtu (10/1/2009), satu serangan rejim Zionis di Semenanjung Gaza telah membunuh tujuh orang awam daripada sebuah keluarga, sumber-sumber di Gaza melaporkan.

Ahad ,11/01/2009 – Dr Yousef Al-Qaradawi, ketua cendiakawan Islam, berkata Mesir enggan menerima satu delegasi dari pertubuhan itu yang diaturkan untuk menemui Presiden Mesir, Hosni Mubarak dan menyatakan bahawa keadaan tidak sesuai untuk lawatan seumpama itu.

Rejim Zionis sehingga hari masih berdegil meneruskan serangan ke kawasan2 padat di Gaza. Jumlah terkini kematian adalah 765 orang sehingga hari ke 13 serangan. Kebisuan negara2 Arab masih menjadi persoalan. Aksi heroic Presiden Venezuela terus menjadi buah mulut. Senjata2 yang di haram kan oleh masyarakat antarabangsa terus digunakan untuk menyembelih rakyat Palestin. Pejuang2 Hamas terus komited untuk mempertahankan Gaza.
Ikuti temubual terbaru wartawan Pkini, Gunx bersama Maszlee Malik seorang tutor di University Durham UK dan juga penuntut peringkat Phd di universiti yang sama.




sumber foto : baithori
Mubarak perlu diajar !

oleh Maszlee Malek
Ramai yang terus mengutuk Israel…malah majoriti penduduk dunia, hatta penduduk AS yang kerajaan mereka menyokong penuh rejim tersebut. Pelbagai alasan tidak logik yang dikemukakan rejim Zionis di media-media barat tidak mendapat imbangan dari kenyataan di pihak Palestin sendiri. Malangnya, sudut yang terlindung di dalam siri ‘holocaust’ terhadap rakyat Gaza ini amat nyata. Rejim Husni Mubarak yang merupakan rakan utama Israel di dalam pembunuhan beramai-ramai rakyat Palestin dibiarkan sahaja.

Jumaat ,09/01/2009 – Tentera Israel berkata beberapa bedilan dari Lubnan telah mengenai sasaran di Nahariya dan Shlomi utara Israel berdekatan sempadan Lubnan yang mengakibatkan 5 orang Israel cedera. Hamas dan Hezbollah berkata mereka tidak terlibat dalam serangan ini.
Tentera Zionis mengarahkan penduduk di sekitar kawasan itu untuk berlindung buat seketika waktu untuk langkah-langkah keselamatan.
sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : juara786

Jumaat ,09/01/2009 – Beribu-ribu penduduk Palestin di Rafah meninggalkan tempat tinggal mereka selepas dipaksa oleh tentera Zionis selepas mendapat ancaman rumah-rumah mereka akan dibom. Media tempatan memberitakan jet Israel telah menjatuhkan notis yang berkata demikian untuk lari menyelamatkan nyawa mereka sebelum dibom atas alasan kononnya rumah mereka menjadi tempat perlindungan pejuang Hamas.
sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : juara786
Ucapan ini berlangsung pada 3/1/2009 di saksikan oleh ribuan penyokong anti- Zionis di kota London kerana membantah serangan rejim Zionis terhadap Gaza.

Khamis ,08/01/2009 – Hospital Shifa di Gaza, hospital terbesar di Semenanjung Gaza, merayu pada pihak antarabangsa untuk membekalkan hospital dengan peti ais bilik mayat setelah kesemua unitnya telah dipadatkan dengan jumlah mayat yang semakin bertambah.

Khamis ,08/01/2009 – Pesuruhjaya Tinggi untuk Pelarian (UNHCR) berkata bahawa badan itu belum lagi menerima apa-apa maklumbalas daripada pihak berkuasa Mesir di atas gesaannya untuk membuka laluan kepada penduduk Semenanjung Gaza melarikan diri dari peperangan yang sedang berlaku.

Khamis ,08/01/2009 – Pergerakan Hamas hari ini sangat menghargai langkah “berani” Presiden Venezuela , Hugo Chavez yang menghalau duta Israel ke Caracas sebagai bantahan pembunuhan beramai-ramai Israel di Semenanjung Gaza. Dalam satu siaran akhbar pergerakan itu berkata Chavez telah memulakan satu langkah di mana negara-negara Arab yang memelihara hubungan dengan Israel tidak berani melakukannya.

Khamis ,08/01/2009 – Kementerian Kesihatan Palestin di Gaza melihat seluruh hospital dan institusinya di Semenanjung Gaza menjadi sasaran serangan artileri Israel dan tidak ada jaminan perlindungan atas sebarang serangan. Pengarah Bahagian Kecemasan dan Darurat Kementerian Kesihatan Palestin, Dr. Muawiyah Husnain mengingatkan bahawa serangan Israel terhadap hospital as Shifa akan mengakibatkan ribuan syuhada (gugur).