Categories
Berita Semasa

Dokumen : Abbas terlibat dalam perang Gaza, Fatah hasut Zionis kerjakan Hamas.

Jumaat , 28/01/2011 – Menurut dokumen sulit yang disebarkan oleh stesen Al-Jazeera, Presiden Fatah, Mahmoud Abbas, telah sedia maklum tentang rancangan Zionis untuk menyerang Gaza sebelum serangan sebenar dijalankan selama 23 hari berturut-turut ke atas kawasan tersebut 2 tahun lalu yang mengorbankan hampir 1500 nyawa rakyat Palestin.

Sumber tersebut menyatakan bahawa Fatah turut terlibat dalam penarikan semula dokumen Goldstone yang mengandungi tuduhan terhadap pihak Zionis yang melancarkan jenayah perang Gaza ini.

Dalam pertemuan bersama wakil Amerika Syarikat ke Timur Tengah, George Mitchell, pada 21 Oktober 2009, wakil dialog PLO, Saeb ‘Ereqaat, menyatakan bahawa pengerusi Biro Politik dan Ketenteraan Zionis, Amos Gil’ad, “telah bertemu Abu Mazen (Mahmoud Abbas) sebelum serangan (ke atas Gaza) dan bertanya hal ini kepada beliau.. Namun Abu Mazen menjawab bahawa beliau tidak akan pergi ke Gaza dibelakang kereta kebal Israel.”

sumber : http://www.palestine-info.info/ar
penterjemah : Azleen

Categories
Berita Semasa

Rakyat Palestin tidak terikat dengan rundingan yang tidak sah

Jumaat , 28/01/2011 – Kumpulan-kumpulan rakyat Palestin yang bertemu di Gaza pada Selasa bersetuju bahawa tidak wajib mematuhi hasil rundingan yang mengorbankan hak-hak mereka.

TV Al-Jazeera mendedahkan 1,600 fail dokumen mengandungi tentang kompromi perunding-perunding Palestin dalam isu Baitulmuqaddis, Masjid Aqsa dan hak warga Palestin untuk kembali.

Kumpulan-kumpulan yang dijemput oleh Gerakan Jihad Islam di Gaza merumuskan bahawa Abbas dan para pengikutnya tidak layak untuk berunding bagi pihak rakyat Palestin. Oleh itu, persefahaman yang dicapai seperti yang tertera di dalam dokumen tersebut adalah tidak boleh digunapakai, Ayman Taha dari Hamas memberitahu PIC.

sumber : http://www.palestine-info.co. uk/en/
penterjemah : idawati

Categories
Berita Semasa

Bekas Pimpinan Shin Bet: Kerjasama dengan PA kena pada waktunya

Jumaat , 28/01/2011 – Pendudukan BaitulMaqdis– Bekas pemimpin Perisikan Israel, Ami Ayalon mengatakan bahawa tanpa koordinasi keselamatan dengan pihak berkuasa Palestin, operasi keganasan yang dilancarkan tidak akan pernah gagal.

“Buat masa kini, penyelarasan keselamatan telah berubah dari kerjasama perisikan kepada kerjasama dua hala,” mantan pemimpin Shin Bet berkata kepada Radio Israel Rabu lalu. Menurut dokumen berdasarkan catatan pertemuan antara Palestin dan Israel, penyelarasan keselamatan telah mencapai tahap “maju”.

sumber : http://www.palestine-info.co. uk/en/
penterjemah : nurul

Categories
Berita Semasa

Kerajaan Haneyya: Laporan Jazeera membuktikan PLO tidak lagi dipercayai ntuk memegang hak-hak kebangsaan

Khamis , 27/01/2011 – Kerajaan Palestin Ismail Haneyya menyatakan penolakan mutlak atas beberapa siri konsesi yang ditawarkan oleh pasukan perundingan PLO dengan Israel seperti didedahkan oleh rangkaian TV Al-Jazeera.

Kerajaan dalam pertemuan mingguan yang mengatakan bahawa rakyat Palestin terkejut pada jumlah konsesi pada saat-perbincangan rahsia, menambah bahawa kebocoran membuktikan bahawa kepimpinan PLO tidak boleh dipercayai lagi untuk memegang hak-hak rakyat dan kebangsaan.

Ia menekankan penolakan mengakui setiap inci dari Baitulmuqaddis yang diduduki secara haram, dan menggariskan bahawa hak para pelarian untuk pulang adalah hak asasi bagi setiap pelarian itu sendiri untuk membuat memutuskan.

sumber : http://www.palestine-info.co. uk/en/
penterjemah : syuhada

Categories
Berita Semasa

Abbas Berharap Mesir Campur Tangan dalam Krisis Dalaman

Khamis , 27/01/2011 – Dokumen rahsia yang dibocorkan al-Jazeera pada Isnin telah memalukan presiden de facto Palestin, Mahmoud Abbas. Berdasarkan dokumen itu, perunding Palestin menyerahkan sebahagian besar kawasan Baitul Maqdis kepada Israel.Abbas mengharapkan Mesir campur tangan dengan pemimpin Qatar, Hamd bin Khalifa al-Thani untuk menghentikan apa yang digelarnya sebagai cubaan untuk memburukan imej Pihak Berkuasa Palestin di hadapan negara Arab.

Mesir telah memberikan Abbas sokongan dan cuba menyelesaikan krisis dan bekerja dengan Abbas untuk membuktikan bahawa maklumat yag dibocorkan itu merupakan penipuan ke atas PA, walaupun Ahli PLO dan Fatah serta media antarabangsa telah mensahihkan dokumen itu.

Rakha Ahmed Hassan, timbalan menteri luar Mesir membincangkan kebarangkalian campur tangan Arab untuk menaikkan ketegangan antara Qatar dan PA selepas pegawai Palestin berkata bahawa Doha bersalah tentang kebocoran maklumat itu.

Dia berkata bahawa dokumen itu boleh menimbulkan keraguan ke atas strategi yang digunakan untuk melakukan rundingan.Abbas yang melawat presiden Mesir, Hosni Mubarak ketika dokumen itu disiarkan, berkata bahawa dia tidak menawarkan konsesi rahsia kepada Israel.Dia berkata bahawa semua perbicaraannya dengan pihak Israel telah dijelaskan kepada negara-negara Arab seperti mana yang telah didokumenkan.

sumber : http://www.palestine-info.co. uk/en/
penterjemah : redz

Categories
Berita Semasa

MP Abdel Razek bakal diadili

Khamis , 27/01/2011 – Mahkamah tentera Israel Jalama akan memulakan sidang pada hari Rabu ini untuk mendengar kes MP Hamas, Dr Omar Abdel Razek setelah dua minggu pusingan soal siasat yang kejam telah selesai.

Kempen antarabangsa bagi pembebasan ahli parlimen Palestin yang diculik menyebut bahawa persidangan tersebut adalah tidak relevan. Ini menjelaskan bahawa kuasa pendudukan Israel (IOA) telah melanggar undang-undang antarabangsa dengan penculikan tersebut. Kempen tersebut menghuraikan, tempat yang sesuai bagi wakil-wakil rakyat tersebut berada adalah di bawah kubah parlimen dan bukan di bawah tanah tentera penjajah Israel.

sumber : http://www.palestine-info.co. uk/en/
penterjemah : nurul

Categories
Berita Semasa

Lawatan Hamas ke Persatuan Bulan Sabit Merah Bethlehem berhasil

Khamis , 27/01/2011 – Satu lawatan oleh ahli-ahli parlimen Hamas kepada wakil baru Bulan Sabit Merah di Bethlehem menjanjikan sesuatu yang baik untuk kebaikan warga Palestin.

Joel Mehner merupakan wakil Bulan Sabit Merah yang baru di Baitulmuqaddis semenjak sebulan lepas.
Beliau disambut mesra pada Selasa oleh ahli-ahli Parlimen Bethlehem, Khalid Tafish, Mahmoud Al-Khatib dan Anwar Zaboun.
Mereka memberikan taklimat ringkas tentang pembangunan di wilayah Tebing Barat serta isu-isu utama berkaitan rakyat Palestin di wilayah itu.

sumber : http://www.palestine-info.co. uk/en/
penterjemah : idawati

Categories
Berita Semasa

Lieberman kritik Olmert kerana tidak eksploitasi kebaikan kompromasi PA

Khamis , 27/01/2011 – Menteri Luar rejim Zionis, Avigdor Lieberman mengkritik kerajaan sebelum ini pimpinan Ehud Olmert kerana tidak mengeksploitasi kebaikan kompromasi yang diberikan oleh pihak berkuasa Palestin (PA) pimpinan Abbas.

Radio Hebrew memetik Lieberman sebagai berkata pada Isnin lepas bahawa dokumen-dokumen yang didedahkan oleh stesen TV Al-Jazeera pada malam Ahad lepas berkaitan rundingan-rundingan yang pernah dilakukan bersama PA di Ramallah menunjukkan bahawa perunding-perunding rejim Zionis gagal mencapai kata sepakat walaupun mendapat “kompromasi yang baik” daripada Abbas dan pasukannya.Pejabat bekas Presiden Olmert meragui ketepatan semua dokumen itu tetapi tidak menafikan kesemuanya.

sumber : http://www.palestine-info.co. uk/en/
penterjemah : salwa

Categories
Berita Semasa

Liberman, anggota sayap kanan lakar peta Negara Palestin sementara

Khamis , 27/01/2011 – Menteri Luar rejim Zionis, Avigdor Lieberman menggugat Presiden Palestin, Mahmoud Abbas dengan mereka sendiri peta yang kononnya merupakan negara sementara Palestin dalam lingkungan kawasan yang hanya merangkumi 42% daripada kawasan Tebing Barat, kata seorang pegawai kanan di kementerian itu.

Peta yang dilakar Lieberman itu pastinya akan mendinginkan lagi suasana di kawasan Palestin yang dijajah rejim Zionis dengan sedikit perubahan, tambah pegawai itu lagi.

Menurutnya lagi, Lieberman tergesa-gesa mengambil langkah tanpa bersekutu dengan pihak lain kerana beliau yakin bahawa kerajaan rejim Zionis patut mengambil inisiatif dengan mencadangkan Negara Palestin dengan sempadan-sempadan sementara.

sumber : http://www.pa lestine-info.co. uk/en/
penterjemah : salwa

Categories
Berita Semasa

Sabri: Al-Aqsa bukan untuk rundingan

Rabu , 26/01/2011 – Sheikh Ekrema Sabri, ketua kuasa tinggi Islam dan penceramah Al-Aqsa, telah memperbaharui perintah-Nya melarang pertukaran tanah di setiap penempatan dengan Israel.

Sabri dalam satu kenyataan kepada PIC pada hari Isnin berterima kasih terhadap Al-Jazeera atas penerbitan dokumen-dokumen rahsia kerana ia menghalang lebih banyak konsesi dan kesilapan yang terjadi dalam proses perundingan.

Dia menggariskan bahawa Masjid Al-Aqsa bukanlah untuk perundingan, menolak gagasan pembentukan jawatankuasa di Al-Aqsa di mana negara-negara Islam yang bukan Arab dan bukan Arab juga Israel hadir dalam pembentukannya.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : syuhada

Categories
Berita Semasa

MP Attal Ditahan Selepas Perbicaraan Tentera

Rabu , 26/01/2011 – Mahkamah Tentera Israel di Ofer pada Ahad menjatuhkan hukuman enam bulan penjara ke atas Ahli Parlimen Mohamed Attal.  Rejim Israel menculik Attal tiga minggu lalu daripada rumahnya di Addaheriya, selatan bandar al-Khalil.

Kempen antarabangsa untuk membebaskan ahli parlimen daripada tahanan Israel mengutuk tindakan rejim Israel menahan Attal dan mendesak parlimen antarabangsa untuk bertindak menghentikan tindakan melampau Israel ke atas ahli parlimen Palestin.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : redz

Categories
Berita Semasa

HAMAS: Keselamatan Mesir, Arab ialah kedalaman strategi kami

Rabu , 26/01/2011 – Hamas menunjukkan kebimbangan tentang satu kenyataan daripada menteri dalaman Habib Adly yang menuduh Tentera Islam di Gaza (Army of Islam) bertanggungjawab dalam letupan di sebuah gereja di Alexanderia.

Pergerakan itu berkata dalam satu kenyataan pada Ahad bahawa keselamatan Mesir dan Arab ialah keutamaan Hamas, yang menganggap kedalaman strategi Hamas bergantung kepada keselamatan Mesir dan Negara Arab. Hamas tidak akan pernah melakukan sesuatu yang memusnahkan keselamatan itu.

“Hamas mengetuai penentangan terhadap rejim Israel dalam Palestin dan tidak akan dan tidak membenarkan penentangan dengan pihak lain di luar Palestin.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : redz

Categories
Berita Semasa

11 ditahan dalam pertelingkahan dengan tentera Israel di Silwan

Rabu , 26/01/2011 – 11 warga Palestin termasuk 7 berusia bawah umur dipukul dan ditahan pada Isnin dalam pertelingkahan dengan tentera Israel di timur Baitulmuqaddis, daerah Silwan.

Tentera-tentera menyembur gas pemedih mata dan peluru getah ke arah orang awam, sumber tempatan mengatakan. Mereka juga memukul seorang lelaki berusia 70 tahun dan menyembur gas pada mukanya dalam serangan itu, demikian laporan dari Pusat Maklumat Wadi Al-Hulwa.

Mereka turut menahan seorang aktivis Silwan, Moussa Awda, 53 tahun dan 7 orang remaja berusia 10 hingga 14 tahun. Gas pemedih mata juga disembur secara rawak ke arah kediaman orang awam.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : idawati

Categories
Berita Semasa

Dokumen Rasmi: Fatah Lepas Tangan Hak Pelarian Untuk Kembali Ke Palestin

Rabu , 26/01/2011 – Sejumlah dokumen rahsia yang disiarkan televisyen Aljazeera, Isnin (24/1) menunjukkan tindakan juru runding gerakan Fatah yang menyerahkan hak kembali pelarian kepada penjajah Zionis.

Dalam memo dalaman pihak otoriti Fatah bertarikh 24 Julai 2008 menyebutkan, presiden, Mahmud Abbas menawarkan jumlah yang sangat rendah bagi para pelarian yang boleh pulang ke tanah kelahirannya di Palestin 48, setelah beberapa proses perundingan dengan Israel bermula.

Dalam surat yang ditujukan kepada pihak Zionis pada tahun 2007 disebutkan, pihak Palestin bersedia melepaskan hak kembali dan cukup mengembalikan 10 000 pelarian Palestin setiap tahun, dalam jangka sepuluh tahun. Ini bererti hanya 100 000 pelarian yang disetujui Fatah untuk kembali ke tanahairnya di Palestin 48.

sumber : COMES
penterjemah : osman

Categories
Berita Semasa

Tahanan di penjara PA mengisytiharkan mogok lapar

Selasa , 25/01/2011 – 13 tahanan di penjara PA Junaid di Nablus telah menyatakan niat mereka untuk terus mogok lapar pada Isnin besok sebagai langkah untuk menuntut pembebasan mereka.

Sumber hak asasi manusia menyatakan kepada PIC pada hari Ahad bahawa 13 tahanan politik di Junaid berkata wakil terhadap jawatankuasa bebas untuk hak asasi manusia bahawa mereka menuntut pembebasan mereka kerana mereka dihukum di bawah keputusan mahkamah tentera yang digunakan di awal bahagian dalaman.

Sumber menyatakan bahawa tahanan berkata sekurang-kurangnya mereka harus mempunyai perbicaraan kembali di bawah mahkamah undang-undang dan mahkamah keadilan dan bukan di mahkamah tentera. Mereka juga menuntut perbaikan keadaan tahanan dan memberikan rawatan perubatan bagi mereka yang memerlukan.

sumber : http://www.palestine-info.co. uk/en/
penterjemah :syuhada