Categories
Foto/Video/Muzik

Liputan Terkini Oleh Gaza TV.

Categories
Berita Semasa

Update Rasmi Serangan Rejim Zionis Terhadap Kapal Konvoi LL4G.

Maklumat terkini; 2 syahid & 30 cedera atas kapal penumpang utama Mavi Marmara. Tentera Israel sudah mula menaiki kapal. ayuh kita doakan mereka antara 2 kemenangan, SYAHID atau MENANG DAN SAMPAI KE TEMPAT TUJUAN!

1. Press conference oleh Crisis Management Team (CMT) berkenaan serangan terbaru ini di Hotel DePalma, Shah Alam (seksyen 19) 3.00pm. boleh hadir dan ramaikan!

2. BERSIAP SEDIA JIKA DIKERAH UNTUK DEMO ESOK ATAU DALAM WAKTU TERDEKAT INI!

LIVE STREAM DI:

http://www.livestream.com/insaniyardim?utm_source=lsplayer&utm_medium=embed&utm_campaign=footerlinks

Qayyim Hafidzi

AQSA SYARIF HQ

Categories
Berita Semasa

UPDATE RASMI : 2 orang syahid dan 30 cedera parah dalam serangan terkini rejim Zionis terhadap kapal konvoi LL4G !

sumber dari :

Dr hafidzi Mohd Noor
Crises Management Team LL4G

Categories
Foto/Video/Muzik

Rakaman Astro AWANI (28 Mei 2010) mengenai konvoi LL4G.

Categories
Berita Semasa

Pertempuran berlaku di Hebron

Isnin, 31/05/2010 – Sebuah kenderaan tentera rejim Zionis (IOF) berjaya dibakar oleh sekumpulan remaja Palestin awal hari ini, semasa IOF menjalankan serbuan ke atas Bandar Beit Amer yang terletak di utara Hebron, Tebing Barat, 2 remaja ditahan IOF dalam kejadian itu.

Seorang jurucakap Draf Keamanan Palestin, Mohamed Ayad Awad berkata bahawa IOF telah menahan Ibrahim Mohamed Ibrahim Moqbel,21 dan Ameen Saadi Mohammed Bahr,19.

Beliau menegaskan bahawa pertempuran itu terjadi berhampiran sebuah masjid di Bandar Lama sehingga ke sebuah kem tentera rejim Zionis di bandar itu. Remaja-remaja Palestin berjaya membakar sebuah kenderaan milik IOF. Dalam isu berkaitan, IOF yang disertai oleh 3 jip tentera telah menyerbu tengah Bandar Hebron awal pagi ini dan menyebabkan huru-hara.

sumber : The Palestine Telegraph
penterjemah :  salwa

Categories
Berita Semasa

Mesir membenarkan konvoi Kemanusiaan Emirati memasuki Gaza

Isnin, 31/05/2010 – Sumber keselamatan berkata penguasa Mesir dan Palang Merah Mesir kedua-duanya bersedia untuk menerima konvoi besar bantuan daripada Emeriah Arab Bersatu kepada rakyat Palestin.

Menurut sumber al-Arish, konvoi bantuan UAE itu tiba rabu untuk sampai ke bandar El Arish dan akan diterima oleh Palang Merah Mesir untuk bersedia dimuatkan ke lori dan meninggalkan Bandar El Arish untuk memasuki Semenanjung Gaza pada khamis melalui pelabuhan komersil Awja .

On the other hand, Penguasa Mesir juga menyiapkan persediaan di Pelaburan El Arish untuk menerima kapal ‘Freedom to Gaza’, Jikalau berlakunya penolakan oleh tentera laut rejim zionis, atau konvoi dihalang untuk memasuki pelabuhan Gaza.

sumber : The Palestine Telegraph
penterjemah :  hasbullah

Categories
Berita Semasa

Israel Anggap Armada Bebaskan Gaza sebagai “Langkah Provokatif”

Isnin, 31/05/2010 – Ketua Penyelarasan dan Perhubungan di Beit Hanoun sempadan antara Gaza dan wilayah 1948, Moshe Louis, berkata hari ini bahawa Armada Bebaskan Gaza untuk mematahkan pengepungan Gaza hanyalah sebuah langkah provokatif saja.

Halaman diterbitkan harian akhbar Israel “Yediot Ahronot” melaporkan tuntutan Moshe’s: “Gaza tidak memerlukan bantuan kemanusiaan dan sumbangan oleh masyarakat dunia, kerana kepungan Israel tidak pada makanan dan penghantaran makanan.”

Dia menyatakan bahawa Presiden Biro Penyelarasan Penjajah itu membenarkan kemasukan makanan dan bantuan ke Gaza, sementara mencegah masuknya bahan-bahan yang boleh digunakan untuk membuat senjata, bom dan peluru berpandu.

Tentera Israel menyatakan bahawa 100 trak memasuki Gaza selama beberapa hari terkini, yang membolehkan kemasukan 1200 tan ubat-ubatan dan peralatan perubatan sejak bulan lepas, dan 155 tan makanan dan 2900 tan pakaian, kasut dan hampir 17 juta liter bahan bakar .

sumber : The Palestine Telegraph
penterjemah :  ameen

Categories
Berita Semasa

Kapal Eropah tiba di pelabuhan Greek “Rhodes” Rabu

Isnin, 31/05/2010 – Kargo dari Eropah tiba di pelabuhan “Rhodes” di Greece, pada Rabu malam (26 / 5), didahului dengan tiga kapal penumpang, termasuk “The boat 8000”, dalam persiapan untuk menyertai dengan rombongan Freeline for . Kapal Greek-Sweden akan membawa bantuan kemanusiaan ke Gaza yang dianggarkan lebih daripada 2.5 juta dolar, dibiayai oleh kempen Eropah, termasuk bangunan prefabrikasi, ubat-ubatan, tanaman desalinasi air dan bahan bangunan.

Rami Abdo, ahli kempen “Eropah untuk Pembebasan Gazamemberitahu bahawa persiapan besar-besaran sedang dilakukan untuk berangkat dari dari pantai Cyprus ke Gaza , di mana bakal tiba awal minggu depan bersama lebih dari sepuluh ribu tan bantuan dan berjaga-jaga daripadan ancaman tentera Zionis. Beliau turut menjelaskan dalam sebuah kenyataan hari ini, bahawa pelancaran mendapat liputan seluruh dunia.

Armada “Kebebasan” terdiri daripada sembilan kapal yang: Sebuah kapal kargo yang dibiayai oleh Kuwait mengibarkan bendera Turki dan Kuwait, kargo Sebuah kapal yang dibiayai oleh Algeria, dan kapal kargo yang dibiayai oleh Eropah dari Sweden dan Greece, dan 6 kapal mebawa penumpang, salah satu perahu bernama ” The boat 8000″ bersempena jumlah tahanan Palestin di penjara-penjara Israel. Armada ini dilengkapi dengan membawa 750 peserta dari lebih daripada 60 negara, 44 pegawai kerajaan, ahli parlimen dan politik dari Eropah dan Arab.

Armada turut membawa lebih dari 10 ribu tan ubat-ubatan, bahan bangunan, kayu, 100 rumah cetakan ke puluhan tempat perlindungan rakyat Palestin yang kehilangan tempat tinggal mereka sepanjang perang Israel di Gaza pada awal 2009, ia juga membawa 500 kenderaan elektrik untuk OKU, terutama sejak perang terakhir yang mengakibatkan hampir 600 orang kurang upaya di Gaza.

sumber : The Palestine Telegraph
penterjemah :  mujaheed929

Categories
Berita Semasa

Ulama Palestin menghukum kafir ke atas mereka yang bersekongkol dengan pihak musuh

Isnin, 31/05/2010 – Kesatuan Ulama Palestin menegaskan bahawa, apa juga usaha samaada dengan cara melakukan perisikan atau kerjasama atau menzahirkan penentangan terhadap kaum muslimin adalah merupakan isu besar dalam syariat Islam dan merupakan gambaran kepada mereka yang menjadikan kuffar sebagai wali. Perbuatan tersebut boleh menyebabkan status keimanan pelakunya berubah ke daerah kekufuran secara terang-terangan, di samping menegaskan, sesiapa yang mati dalam keadaan melakukan perbuatan tersebut, dia mati dalam keadaan kafir, dia tidak dimandikan, dan tidak dikafankan, tidak dilakukan solat keatasnya dan tidak ditanam di tanah perkuburan Islam.

Kesatuan Ulama Palestin menyenaraikan dalam satu kenyataan bertulis, dimana “Pusat Maklumat Palestin” turut menerima satu salinan pada hari Rabu (26-5), beberapa nas dari ayat-ayat al-Quran dan Hadith-hadith Nabi s.a.w yang menunjukkan pendapat ahli fuqaha dalam tajuk pengintipan dan perisikan keatas kaum muslimin, yang dilakukan atas kemaslahatan pihak musuh.

Kesatuan Ulama Palestin menegaskan lagi bahawa “wajib memerangi mereka yang bekerja dan berpakat dengan pihak musuh, untuk membersihkan saf kaum muslimin dan melindungi masyarakat Islam dari segala kejahatan dan pengkhianatan”.

sumber : http://www.palestine-info.info/ar/
penterjemah :   arif

Categories
Berita Semasa

Tentera Israel Menahan 3 Rakyat Palestin di Hebron

Isnin, 31/05/2010 – Tentera Rejim Zionis telah menahan 3 rakyat Palestin di Bait Omar dan bandar Nuba di Hebron.

Berdasarkan sumber keselamatan, Tentera Rejim Zionis  telah menahan Bilal Shrof, 25, dari bandar Ezna, Ibrahem Mokbvel, 17, dan Ameen Bhar, 19, dari bandar Bait Omar. Mereka juga telah menyerbu dan menyelongkar rumah – rumah milik Hassan Al-Shrof dan Abed Al-Hafez Al-Shrouf di bandar Nuba.

sumber : The Palestine Telegraph
penterjemah :  bob

Categories
Berita Semasa

Gaza adakan raptai sambut konvoi keamanan

Isnin, 31/05/2010 – Pihak berkuasa di Gaza telah mengadakan raptai di pelabuhan Gaza bagi bersiap sedia menyambut ketibaan Konvoi Keamanan yang dijadualkan tiba tidak lama lagi. Polis dan tentera turut terlibat dalam latihan ini.

Tujuan latihan ini ada persiapan menyambut konvoi keamanan dengan lebih tersusun dan memberi jaminan keselamatan. Mereka turut menyediakan tempat tinggal bagi sukarelawan. Program-program untuk sukarelawan turut disusun.

sumber : COMES
penterjemah : Abu Awatif

Categories
Berita Semasa

Laluan Konvoi LL4G ke Gaza.

Categories
Berita Semasa

Alhamdulillah, Kami Akhirnya Berlayar Ke Gaza

Jumaat, 28/05/2010 – Selepas tertangguh selama 2 hari, kapal Mavi Marmara akhirnya meninggalkan Pelabuhan Yeni Antalya tepat jam 00:30 pagi (5:30 pagi waktu Kuala Lumpur) menuju ke Laut Mediterranean. Suasana di atas kapal penuh ceria, di mana peserta bersorak dan bertasbih sambil melaungkan takbir. Sesungguhnya masa menunggu selama 2 hari adalah terlalu lama bagi kami yang sekian lama bersiap sedia untuk melihat bumi Gaza.

Perjalanan daripada Kepez Arena bermula dari jam 5 petang lagi. Puluhan buah bas membawa peserta-peserta konvoi yang diiringi oleh kereta-kereta dan kibaran bendera. Kanak-kanak, remaja dan warga emas, semua melambai-lambai tangan kepada rombongan bas ini, ada yang menjerit-jerit dengan kata-kata sokongan, ada yang menitiskan airmata. Bandar Antalya bagaikan menyambut satu pesta perayaan, sehinggakan bunga-bungaan ditabur sepanjang perjalanan daripada Kepez Arena hingga ke Pelabuhan Yeni.

Sambutan di Pelabuhan Yeni begitu meriah sekali. Pelbagai lapisan rakyat menyambut ketibaan bas membawa peserta konvoi dalam suasana penuh sesak. Jalan masuk ke pelabuhan dipenuhi dengan kibaran bendera dan tembakan bunga kertas bewarna-warni ke udara. Berbagai-bagai lagu berbahasa Turki dinyanyikan, setiap mereka yang hadir tidak mahu ketinggalan melaungkan takbir dan bersalaman dengan peserta konvoi.

Kira-kira 560 orang peserta konvoi menaiki kapal Mavi Marmara ini. Kapal penumpang ini diiringi oleh dua buah kapal kargo, di mana mereka akhirnya akan bergabung di perairan Cyprus dengan 6 buah kapal lain yang belayar dari Eropah. Kapal-kapal ini dijangka tiba di perairan Gaza pada hari Sabtu.

Dalam pada itu, Zionis Israel terus mengeluarkan ancaman kepada konvoi ini. Israel dikatakan akan menghalang kemasukan konvoi ini walaupun dengan menggunakan kekerasan dan tindakan ganas. Dalam masa yang sama, penganjur utama konvoi iaitu Insani Yardim Vakfi (IHH) dan peserta-peserta konvoi terus menzahirkan kecekalan mereka untuk memastikan bantuan kemanusiaan ini sampai ke Gaza. Dalam satu sidang media yang diadakan di Kepez Arena sebelum mereka bertolak ke Pelabuhan Yeni, semua perserta bersatu dalam ikrar mereka untuk melancarkan kempen dan demonstrasi besar-besaran di seluruh dunia sekiranya Israel bertindak ganas terhadap konvoi ini.

Presiden IHH, Bulent Yildirim berkata bahawa mereka tidak akan membiarkan konvoi ini diganggu oleh Israel. “Hari ini kita akan berlepas, semoga Allah memerlihara perjalanan kita. Kita jumpa lagi di Gaza”, kata Bulent disambut dengan sorakan dan takbir.

Dalam ucapan mereka di sidang media tersebut, wakil-wakil konvoi daripada Vatican, Malaysia, Indonesia, Algeria, Kuwait, Pakistan, Palestin, Yaman, Belgium dan berbagai negara lain lagi turut melafazkan janji keazaman dan kecekalan mereka untuk sampai ke Gaza.

sumber : (Mohd Nizam/LL4G)

Categories
Berita Semasa

Gaza adakan raptai sambut konvoi keamanan

Jumaat, 28/05/2010 – Pihak berkuasa di Gaza telah mengadakan raptai di pelabuhan Gaza bagi bersiap sedia menyambut ketibaan Konvoi Keamanan yang dijadualkan tiba tidak lama lagi. Polis dan tentera turut terlibat dalam latihan ini.

Tujuan latihan ini ada persiapan menyambut konvoi keamanan dengan lebih tersusun dan memberi jaminan keselamatan. Mereka turut menyediakan tempat tinggal bagi sukarelawan. Program-program untuk sukarelawan turut disusun.

sumber : COMES
penterjemah : Abu Awatif

Categories
Berita Semasa

Tentera Israel Menahan 3 Rakyat Palestin di Hebron

Jumaat, 28/05/2010 – Tentera Israel telah menahan 3 rakyat Palestin di Bait Omar dan bandar Nuba di Hebron.

Berdasarkan sumber keselamatan, Tentera Israel telah menahan Bilal Shrof, 25, dari bandar Ezna, Ibrahem Mokbvel, 17, dan Ameen Bhar, 19, dari bandar Bait Omar.Mereka juga telah menyerbu dan menyelongkar rumah – rumah milik Hassan Al-Shrof dan Abed Al-Hafez Al-Shrouf di bandar Nuba.

sumber : The Palestine Telegraph
penterjemah : bob