Categories
Berita Semasa

Kapal Bantuan Mulakan Pelayaran Dari Iran Ke Gaza

Isnin, 21/06/2010 – Satu kapal kargo penuh dengan bantuan kemanusiaan telah belayar dari Iran menuju ke Gaza, manakala kapal lain merancang untuk bergabung pada akhir minggu ini. Armada Iran, yang di selia oleh Persatuan Bulan Sabit Merah Antarabangsa dan dibiayai oleh sumbangan swasta, mengikut jejak konvoi bantuan antarabangsa yang diserang oleh angkatan laut Israel dalam perjalanan ke Gaza dua minggu lalu, mengorbankan 9 pekerja bantuan.

Ini bukan pertama kali sebuah kapal dari Iran telah berusaha untuk memecahkan kepungan Israel di Gaza. Tahun lalu, semasa serangan Israel selama 3 minggu di Gaza di mana 1,400 orang terbunuh, sebuah kapal Iran berusaha untuk memasuki Gaza dari Laut Mediterranean, tetapi di bawa keluar oleh tentera Israel ketika di perairan antarabangsa.

Tentera Israel tidak menyerang kapal Iran pada waktu itu, tetapi telah mengancam akan menyerang kapal yang dalam perjalanan di perairan antarabangsa. Ini adalah taktik yang sama digunakan Israel menyerang armada bantuan antarabangsa dari enam kapal dua minggu lalu, di mana angkatan laut Israel dihantar dalam satu perempat daripada angkatan laut Israel dan naik ke kapal dengan menggunakan komando dari helikopter.

sumber : http://www.imemc.org
penterjemah : bob

Categories
Berita Semasa

Turki Tidak Akan Menghantar Duta Baru ke Israel

Isnin, 21/06/2010 – Surat khabar The Star di Turki melaporkan bahawa kerajaan Turki memutuskan untuk tidak menghantar duta besar baru ke Israel kecuali mereka bekerja sama dengan Jawatankuasa Siasatan Antarabangsa yang bertanggungjawab menyelidiki serangan Israel terhadap armada Flotilla di perairan antarabangsa.

Seorang pegawai kerajaan Turki menyatakan bahawa negaranya memutuskan untuk membekukan perjanjian ketenteraan dengan Israel, termasuk perjanjian untuk mengemas kini pesawat pejuang, kereta kebal, dan rudal. Perjanjian itu dijangka sekitar $ 7 bilion dolar.

Turki juga memutuskan untuk menunda latihan tentera bersama Israel, perjanjian untuk melatih juruterbang dan juga memutuskan untuk menghentikan kerjasama keselamatan dengan Tel Aviv.

sumber : http://www.imemc.org
penterjemah :  nurul

Categories
Berita Semasa

Mesir melarang pesawat Israel melintasi Taba

Isnin, 21/06/2010 – Pihak berkuasa Mesir telah pun menguatkuasakan peraturan menghalang pesawat-pesawat Israel melintasi ruang udara bandar Taba ketika hendark mendarat di Lapangan Terbang Eilat, yang mana ia dilihat suatu ketidakkonsistenan dalam perjanjian keamanan antara dua negara ini.

Menurut akhbar berbahasa Hebrew “Maariv” pada hari ini, antara perkara yang terkandung di dalam perjanjian yang ditandatangani Israel dan Mesir adalah untuk membenarkan pesawat-pesawat komersial Israel untuk menggunakan ruang udara bandar Taba untuk pendaratan di Lapangan Terbang Eilat, yang mana ia dikoordinasikan oleh menara kawalan Israel di Israel bersama dengan menara kawalan Mesir untuk memberi arahan penerbangan kepada pesawat-pesawat Israel.

Laman web mereka turut menyatakan bahawa pada minggu lepas, sebuah pesawat Israel melalui menara kawalan Israel yang berada di dalam perjalanan ke Lapangan Terbang Eilat, telah ditolak permohonannya untuk melintasi ruang udara Mesir, malah pihak berkuasa Mesir langsung tidak membenarkan pesawat Israel untuk memasuki ruang udara mereka. Laman web tersebut juga menyatakan Kementerian Komunikasi Israel telah memberi respon dan sedang menyiasat isu ini, terutamanya apabila Israel mengetahui bahawa Mesir kini berada di posisi yang baharu, bukan lagi seperti kejadian-kejadian sebelumnya. Ini adalah kerana Mesir kini mula menunjukkan tanda penentangan terhadap Israel dan berdiri bersama pendokong-pendokong kebebasan.

sumber : The Palestine Telegraph
penterjemah :  faizul

Categories
Berita Semasa

Mitchell akan bertemu dengan Ehud Barak.

Isnin, 21/06/2010 – Sumber Israel mengatakan bahawa wakil AS ke timur tengah, George Mitchell akan bertemu dengan Menteri Pertahanan, Ehud Barak dan pegawai Israel yang lain hari ini. Mitchell tiba di wilayah itu malam tadi dan sebagai pusingan awal lawatan beliau akan bertemu Presiden Mahmoda Abbasa dan pegawai PA yang lain sebelum menuju ke Mesir.

Jurucakap Jabatan Luar Negara AS mengatakan dalam pusingan ini Mitchell akan cuba untuk menekankan ke arah rundingan tidak langsung antara Israel dan Palestin.

sumber : The Palestine Telegraph
penterjemah :  hijjaz

Categories
Berita Semasa

Turki akan menghantar flotilla lagi ke Gaza.

Isnin, 21/06/2010 – Sebuah kumpulan pro-Palestin Turki mengatakan pada hari Rabu lalu, akan menghantar lagi kapal bantuan ke Gaza bulan depan, dalam usaha memecahkan kepungan Israel selepas bantuan-bantuan yang lepas menjadi sasaran serangan Israel pada bulan Mei.

Yayasan Hak Asasi Manusia dan Kebebasan dan Bantuan Kemanusiaan (ihh) berkata kepada ahli Parlimen Eropah yang ia telah mengumpulkan enam kapal untuk armada seterusnya dan mengajak orang lain untuk menyertai. Armada yang lalu tersekat dan disekat di pantai Gaza pada 31 Mei. Dalam serangan dan halangan oleh pasukan Israel, sembilan orang Turki ditembak mati oleh mereka.

sumber :  LL4G Malaysia
penterjemah : farah

Categories
Berita Semasa

Israel menahan 4 remaja Palestin di Hebron, Nablus

Isnin, 21/06/2010 – Tentera penceroboh Israel telah menahan empat remaja Palestin di Hebrob dan Nablus. Mereka yang ditahan adalah Mohamed Sabah Al-Hawaren, Esa Baher dan Sameer Abu Marya. Mereka semua adalah remaja berusia dalam lingkungan 16 tahun. Seorang lagi yang ditahan dalam operasi berasingan adalah Mohammed Khalil dari kampung Asera Al-Ablya.

sumber : The Palestine Telegraph
penterjemah : ahmad rusydan

Categories
Berita Semasa

Penduduk Ni’lim mengadakan tunjuk perasaan

Isnin, 21/06/2010 – Penduduk di Ni’lin telah mengadakan tunjuk perasaan membantah tindakan Israel merampas tanah mereka. Selepas sembahyang Jumaat, penduduk berarak dari masjid ke kawasan yang telah diistiharkan kawasan tentera oleh pihak berkuasa Israel.

Penunjuk perasaan berarak sambil mengibarkan bendera Turki, Palestin dan bendera negara-negara yang terlibat dalam penghantaran bantuan Gaza Freedon Flotilla baru-baru ini.

Pihak tentera Israel telah bertindak-balas menyerang penunjuk perasaan dengan gas pemedih mata dan peluru besi yang disaluti getah. Selain itu, pendatang haram Yahudi dari Hashmun’im berkumpul di kawasan berhampiran sambil melaung-laungkan slogan “Palestin berambus ke Jordan”.

sumber : http://www.imemc.org
penterjemah : ahmad rusydan

Categories
Berita Semasa

Amr Moussa meninggalkan Gaza selepas lawatan 12 jam

Isnin, 21/06/2010 – Amr Moussa, Ketua Setiausaha Liga Arab telah mengadakan lawatan ke Gaza selama 12-jam. Di sana beliau berjumpa dengan pihak berkuasa di Gaza dan wakil-wakil puak-puak di Palestin.

Sebelum berlepas pulang, beliau berkata negara-negara Arab akan berjumpa dalam bulan Oktober untuk membincangkang permasaalahan penduduk Palestin di Gaza. Jika tiada kemajuan dalam perbincangan tersebut, negara Arab perlu menimbang untuk menggunakan pendekatan yang pernah dibuat sebelum ini.

Beliau menambah, “Tiada keamanan tanpa Jerusalem dan tiada negara Palestin tanpa Jerusalem kerana Jerusalem adalah perkara paling penting dalam proses perbincangan dan Liga Arab mempunyai dana untuk mendokong kewujudan Jerusalem dan penduduknya”.

sumber : The Palestine Telegraph
penterjemah : ahmad rusydan

Categories
Berita Semasa

Terowong Runtuh, Seorang Terbunuh.

Isnin, 21/06/2010 – Seorang penduduk Palestin telah tebunuh apabila terowong di daerah Brazil, Bandar Rafah, selatan Semenanjung Gaza runtuh.

Menurut Dr Muawiya Hassanein, pegawai Hospital Gaza, Abdullah Baraka, 25 tahun meninggal dunia setibanya di hospital. Dengan kematian terkini itu, jumlah mangsa terowong runtuh telah meningkat kepada 156 orang semenjak 3 tahun lalu apabila Israel mula mengenakan sekatan ke atas Gaza.

sumber : The Palestine Telegraph
penterjemah :  ahmad rusydan

Categories
Berita Semasa

Perarakan Aman Sepanjang Zon Penimbal di Gaza

Isnin, 21/06/2010 – Ratusan warga Palestin berarak di Semenanjung Gaza untuk membantah “Zon Penimbal” yang dicipta Israeldi sebelah utara dan timur Semenanjung Gaza.

Perarakan dianjurkan oleh Jawatankuasa Menentang Zon Penimbal, bermula daripada bandar Beit Lahia ke kawasan Israel diratakan untuk membuat zon penimbal. Pembantah membawa bendera Palestin.

Perarakan berakhir dengan aman selepas ucapan penganjur yang menegaskan komitmen untuk membantah secara aman dan berterusan ke atas pembikinan zon penimbal untuk mengepung Gaza.

Israel meranapkan ratusan rumah warga Palestin di Utara da timur Semenanjung Gaza untuk membuat Zon Penimbal. Israel mendakwa zon itu adalam perlu bagi keselamatan mereka untuk mencegah pejuang Palestin melancarkan tembakan ke Israel.

sumber : http://www.imemc.org
penterjemah :  hasbullah

Categories
Berita Semasa

Kesatuan Eropah akan menghantar Angkatan Laut ke Gaza: Ashton

Isnin, 21/06/2010 – Kesatuan Eropah akan menghantar angkatan laut ke Gaza untuk membantu penghantaran barangan jika Israel menamatkan sekatan bagi Wilayah Palestin, kata ketua urusan luar , Rabu lalu.

Catherine Ashton berkata akan muingkin ada satu misi “opsyen Laut bagi CSDP (Common Defence and Security Defence Policy) ,” Menambah, opsyen sebegitu akan menjadi lebih sukar berbanding membantu mengawal lintasan darat ke Gaza.

Israel berada dalam tekanan tinggi untuk menamatkan sekatan yang telah dilakukan sejak 2007, selepas komandonya menyerang kapal bantuan flotilla membawa bantuan ke Semenanjung Gaza bulan lepas, turut mengakibatkan kematian sembilan aktivis Turki.

Kabinet Kesemalamat Israel melaporkan akan mempertimbangkan cadangan antarabangsa untuk mengurangkan sekatan pada Gaza, tetapi perbincangan tertutup untuk berakhir dengan jalan buntu.

sumber : Yahoo! News
penterjemah : hasbullah

Categories
Berita Semasa

Turki mempertimbangkan untuk memutuskan hubungan diplomatik dengan Rejim Zionis.

Isnin, 21/06/2010 – Negara Turki sedang mempertimbangkan untuk memutuskan terus hubungan diplomatiknya dengan Negara Rejim Zionis “Jika kalian tidak mengambil langkah terakhir perdamaian” selepas kekejaman yang mereka lakukan iaitu menyerang sukarelawan-sukarelawan antarabangsa di dalam Kapal Pengaman yang mana telah mengakibatkan kematian sembilan orang Turki dan telah mencederakan puluhan yang lain.

Dan berkatanya salah seorang senior Diplomasi Turki kepada AFP : “Sesungguhnya Negara Turki sedang merancang untuk membuatkan Israel tampil ke hadapan bagi meminta maaf kepada para syuhada’ Turki yang terkorban dan membayar pampasan kepada kaum keluarga sukarelawan-sukarelawan yang telah terkorban serta merangka kelulusan untuk menjalankan suatu Siasatan Antarabangsa ke atas insiden tersebut dan membebaskan tiga buah kapal Turki yang telah disita oleh Israel semasa serangan pihak Israel yang telah dilancarkan pada 31 Mei yang lalu.

Dan diplomasi tersebut yang meminta supaya namanya tidak disiarkan itu menegaskan bahawa : “Jika Israel tidak mengambil langkah-langkah tersebut maka Turki akan memutuskan terus hubungan diplomasinya dengan Israel sehingga ke peringkat Kuasa Usaha (Charge D’ Affaire ) mereka sepertimana yang telah diarahkan.Dan beliau menambah bahawa Ankara menginginkan supaya sekatan yang dikenakan ke atas Gaza hendaklah dibuka sambil menegaskan bahawa usaha-usaha untuk membuka sekatan yang dikenakan ke atas Gaza adalah masih tidak mencukupi”.

sumber : http://www.palestine-info.info/ar/
penterjemah :  putra duad

Categories
Berita Semasa

Delegasi Parlimen Indonesia akan berangkat ke Gaza

Isnin, 21/06/2010 – Ketua (Dewan Perwakilan Rakyat) DPR Indonesia, Marzuki Ali dan beberapa orang ahli parlimen akan mengunjungi Semenanjung Gaza pada 30 Jun ini untuk menyampaikan bantuan kepada Palestin dan menyatakan bantahan terhadap kezaliman penjajah Israel.

Pejabat berita Indonesia, Antara, Rabu (16/6) menyiarkan kenyataan Ketua Badan Kerja Sama Antara Parlimen (BKSAP) DPR RI Hidayat Nur Wahid bahawa kunjungan tersebut sudah diputuskan dan mendapatkan izin dari Menteri koordinator Kesejahteraan Rakyat yang turut serta ke Gaza.

Hidayat menjelaskan bahawa dijangkakan delegasi Indonesia itu akan tiba di Gaza pada 30 Jun untuk menyampaikan bantuan kepada Palestin.

sumber : COMES
penterjemah :  osman

Categories
Berita Semasa

Konsul Amerika minta kerajaan rejim Zionis minta siasatan ke atas insiden seorang rakyat Amerika ditembak di mata

Jumaat, 18/06/2010 – Semasa pegawai tentera sempadan Israel menembak seorang penunjuk perasaan aman berdekatan tempat pemeriksaan Qalandia pada 1 Jun lepas, ramai saksi yang memaklumkan bahawa tentera rejim Zionis telah melepaskan 3 pemacu gas pemedih mata yang berkelajuan tinggi tepat ke arah seorang penunjuk perasaan warganegara Amerika, Emily Henochowicz, 21. Tembakan itu tepat terkena muka gadis itu dan menyebabkan sebelah matanya buta. Sekarang ini, hanya selepas beribu-ribu desakan dibuat supaya siasatan dilakukan ke atas insiden itu, Konsul AS di Jerusalem pun meminta kerajaan rejim Zionis membuat penjelasan berkaitan insiden itu.

Aktivis-aktivis keamanan Amerika telah menghantar petisyen kepada kerajaan mereka berhubung insiden itu dan memaklumkan bahawa respon yang diterima adalah lemah dan seperti tidak bermakna. Namun, kata mereka lagi, ia adalah lebih baik daripada tiada respon langsung.

Henochowicz, 21 telah berada di Jerusalem sejak 6 minggu lalu bagi mengikuti program pertukaran pelajar di Akademi Seni dan Rekacipta Bezalel. Gadis itu merupakan belajar seni lukis dan berkata bahawa kecederaan pada matanya telah memusnahkan masa depan kerjayanya sebagai seorang pelukis. Bapa Henochowicz berasal dari Israel dan gadis itu mempunyai dua kerakyatan iaitu Israel dan AS.

sumber : http://www.imemc.org
penterjemah : salwa

Categories
Berita Semasa

Tentera rejim Zionis mungkin hukum anggotanya yang terlibat dalam pembunuhan Gaza

Jumaat, 18/06/2010 – Tentera rejim Zionis sedang mempertimbangkan kemungkinan akan mengenakan hukuman ke atas anggotanya yang disyaki menembak mati dua orang wanita yang sedang mengibarkan bendera putih semasa perang Gaza, kata sumber tentera rejim Zionis pada Rabu lepas.

Sekiranya anggota tentera tersebut didakwa, ia merupakan kali pertama dakwaan seumpamanya dilakukan ke atas tentera rejim Zionis atas sebab membunuh orang awam semasa perang yang berlaku selama 22 hari itu, yang bermula pada Disember 2008. Perang Gaza itu telah mengorbankan 1,400 penduduk Palestin dan hanya 13 orang Israel.

Kumpulan hak asasi manusia Israel, B’tselem merupakan yang pertama melaporkan kematian itu dan berkata bahawa tentera rejim Zionis itu telah melepaskan tembakan ke arah sekumpulan 30 orang awam tanpa sebarang amaran. Serangan itu mengorbankan Riyeh Abu Hajaj, 64 dan anaknya Majda Abu Hajaj, 37 yang berasal dari Juher a-Dik di Semenanjung Gaza.

sumber : Yahoo! News
penterjemah :  salwa