Categories
Berita Semasa

Rejim Zionis terus menerus menceroboh rumah di Hebron.

Rabu , 08/09/2010 – Tentera Zionis Israel telah menceroboh rumah kedua milik penduduk Palestin bernama Salem Salaima berhampiran penempatan Israel, Kiryat Arba di sebelah timur Hebron, Tebing Barat. Tentera Israel telah mengambil alih rumah lain berdekatan penempatan tersebut atas milik penduduk bernama Numan Shabana di kawasan berhampiran dengan jalan Bani Naim.

Saksi tempatan mengesahkan sekitar 15 tentera Zionis Israel menyerang rumah pada waktu subuh dan menghalau pemilik keluar dari rumah mereka dan memaksa mereka untuk duduk di bilik bawah rumah terbabit.

sumber : The Palestine Telegraph
penterjemah : hijjaz

Categories
Berita Semasa

Munib Al-Misri mengkritik Abbas yang menyebelahi rundingan

Rabu , 08/09/2010 – Munib Al-Misri, Presiden Pertubuhan Persepakatan Nasional Palestin menegaskan bahawa sidang rundingan dua hala baru-baru ini tidak mencetuskan bibit positif dan tidak menunjukkan sebarang tanda “kejayaan” kerana ia melibatkan Zionis yang sememangnya sentiasa keras kepala untuk terus menjalankan proses Yahudinisasi dan membina petempatan haram, pada masa yang sama beliau juga mengkritik sikap terburu-buru Presiden Mahmoud Abbas yang memilih jalan rundingan, dan tidak memberi peluang kepada pencapaian persepakatan negara.

Misri berkata dalam satu kenyataan akhbar “Islam Times” terbitan hari Isnin (6 September), bahawa masaalah persepakatan Palestin berjalan lembab dan tidak menunjukkan sebarang peningkatan meskipun terdapat parti yang mengambil serius dengan persepakatan ini.

Kenyataan ini dikeluarkan beliau sewaktu diminta memberi pendapat tentang rundingan dua hala dan kesannya terhadap persepakatan dalam negara Palestin. Beliau menambah lagi bahawa adalah “sepatutnya lebih baik” untuk presiden Abbas memberi tumpuan kepada proses persepakatan yang buat masa ini lebih penting daripada sebarang rundingan.

sumber : http://www.palestine-info.info/ar/
penterjemah : Azleen

Categories
Berita Semasa

400 bungkus makanan diagihkan kepada keluarga-keluarga miskin di Gaza

Rabu , 08/09/2010 – Pertubuhan Islam di Semenanjung Gaza mengagihkan lebih 400 bungkus makanan kepada fakir miskin di Gaza. Setiausaha Agung pertubuhan itu, Nasim Yasin mengatakan pertubuhan tersebut akan meneruskan usaha membantu fakir miskin di Gaza menerusi perlaksanaan projek kebajikan ini.

Nasim turut menyatakan rasa terima kasih yang tidak terhingga kepada institusi-institusi dan para personaliti yang menyumbang bantuan kepada warga Palestin pada bulan yang mulia ini.

sumber : The Palestine Telegraph
penterjemah : idawati

Categories
Berita Semasa

Gaza : Gadis 16 tahun redah laut dan sekatan bagi sesuap makanan keluarganya

Selasa , 07/09/2010 – Setiap kali Subuh, seorang gadis berusia 16 tahun, Madeline Kalab akan meninggalkan rumahnya dan belayar ke laut Mediterranean dengan menggunakan sebuah bot kecil milik keluarganya.

Madeline mempunyai 2 orang adik lelaki dan keluarganya tinggal di Bandar Al-Sudanyiah, utara Genting Gaza. Gadis remaja itu mewarisi pekerjaan bapanya, Abu Kayed yang telah didiagnos mempunyai penyakit yang memaksanya berhenti kerja. Madeline terpaksa bekerja menggantikan bapanya bagi menyara keluarganya.

Ibu Madeline, Um Kayed turut bekerja sebagai tukang jahit untuk membantu anak gadisnya. Madeline bukan sahaja mecahkan tradisi penduduk Gaza, malah turut melanggar kebiasaan semulajadi serta sekatan rejim Zionis yang dikenakan sejak 4 tahun lalu.

sumber : Palestine News Network
penterjemah : salwa

Categories
Berita Semasa

Menteri Zionis tuntut lebih senjata untuk pendatang haram Yahudi

Selasa , 07/09/2010 – Menteri Dalam Negeri kerajaan rejim Zionis, Eli Yishai hari ini mengarahkan kerajaannya untuk memudahkan pemberian lesen memiliki senjata dan anggota keselamatan kepada pendatang haram Yahudi di Tebing Barat berikutan pembunuhan 4 orang pendatang haram Yahudi dalam “siri tembakan senjata api” yang dilakukan oleh puak penentang, briged Izz el-Deen al-Qassam yang merupakan sayap tentera Hamas pada Selasa lepas.

Menurut laporan di laman web sebuah akhbar rejim Zionis, “Yediot Ahronot”, resolusi ini dibuat berikutan pendedahan bahawa salah seorang yang terbunuh dalam kejadian itu telah ditarik balik lesen pemilikan senjatanya.

Yishai mengeluarkan arahan itu kepada pihak berkuasa rejim Zionis yang terbabit menjaga keselamatan pendatang haram Yahudi dan pembangunan alat penglihatan waktu malam dalam usaha untuk melengkapkan pendatang haram Yahudi dengan senjata api dan teropong malam, berikutan sasaran mereka untuk memelihara keselamatan dan penyelenggaraan pendatang haram Yahudi di Tebing Barat.

sumber : The Palestine Telegraph
penterjemah : salwa

Categories
Berita Semasa

Apakah Yang Dikata Dan Apa Tidak Dikata

Ahad, 05/09/2010 – Perdana Menteri Negara Haram Israel, Benjamin Netanyahu berkata kepada kerajaan campuran bahawa dia tidak menjanjikan untuk memanjangkan penggantungan separa dalam pembangunan tempat yang dijajah yang dijadualkan berakhir pada bulan September. (Walaubagaimanapun, penggantungan itu tidak meliputi sebahagian besar daerah penjajahan sekitar Baitulmuqaddis dan juga pembangunan yang ada di daerah lain seperti infrastruktur, sekolah, pembinaan rumah ibadat dan lain–lain. Dengan kata lain, tidak ada penggantungan di sana). Berdiri di sebelah Presiden Obama, dia menekankan bahawa topik yang akan dibahas dengan rakyat Palestin adalah bagaimana boleh mencegah serangan terhadap pendatang Israel di Tebing Barat.

Enam bulan lalu, Abbas, mendapat sokongan Obama, untuk bersetuju dalam perundingan dengan Netanyahu hanya jika penjajah Israel memenuhi kewajibannya pada pelan perancangan seluruh pembekuan penjajahan termasuk di Timur Baitulmuqaddis.

Abbas menyatakan bahawa keputusannya untuk mengemaskini perundingan secara langsung tanpa sebarang perjanjian separa pengantungan-penyelesaian menjelaskan: “Palestin tidak berkuasa menetapkan sebarang prasyarat perundingan” yang kemudiannya menambah di dalam ucapan utamanya kepada orang ramai “ kami tidak mahu perbezaan antara kami dan orang Israil menyebabkan wujudnya perbezaan dalam pelaksanaan perundingan tersebut.

sumber : Palestine News Network
penterjemah :  shuhada

Categories
Berita Semasa

Tentera Zionis Tahan Tujuh Orang Awam Di Tebing Barat dan Serang Gaza

Ahad, 05/09/2010 – Tentera Zionis menahan tujuh warga awam Palestin selepas menceroboh selatan Tebing Barat Khamis pagi lepas.  Sumber-sumber Palestin mengatakan pasukan mencari dan mengeledah rumah di Hebron dan kampung tetangga, semua tujuh orang tersebut dibawa ke pusat tahanan tentera, sumber tentera melaporkan.

Juga pada hari sama kereta kebal Israel dan jentolak menyerang daerah dekat kota Rafah, di Gaza selatan. Saksi mengatakan bahawa kereta kebal Israel dan jentolak menyerbu wilayah berhampiran sempadan Gaza Mesir. Sebelumnya pesawat pejuang Israel mengebom kawasan sasaran di Rafah menyebabkan kerosakan tetapi tiada kecederaan dilaporkan.

sumber : Palestine News Network
penterjemah : ameen

Categories
Berita Semasa

Pendatang Israel Bina Penempatan Baru di Hebron

Ahad, 05/09/2010 – Ratusan pendatang Israel mula membina penempatan baru pada malam semalam di perkampungan pertanian Baq’a, sebelah timur Hebron, Tebing Barat.

Seorang penduduk kampung bernama Mar’i Jaber (saksi tempatan), mengatakan terdapat sejumlah besar pendatang Israel mencerobohi kampung pada waktu petang dengan membawa simen, pasir, papan dan tangki air. Mereka membuat persediaan untuk memulakan pembinaan penempatan haram di kawasan pergunungan sebelah timur kampung tersebut.

Mar’i Jaber menerangkan bahawa kawasan tersebut yang meliputi keluasan beratus-ratus ekar merupakan hak milik seorang warga tempatan, Abdel Jawad Jaber. Penduduk-penduduk kampung tersebut kini hidup di dalam ketakutan. Mereka ingin tinggal di pergunungan pada waktu malam kerana bimbangkan serangan daripada pendatang Israel.

sumber : The Palestine Telegraph
penterjemah : idawati

Categories
Berita Semasa

Sayap-sayap Ketenteraan menjanjikan Zionis operasi yang lebih aktif dan berpengaruh di Barat.

Ahad, 05/09/2010 – Sayap-sayap ketenteraan dari parti-parti pertahanan Palestin memberi sokongan penuh kepada operasi Hebron dan operasi Ramallah, yang telah dijalankan oleh Briged As-Syahid Ezzuddin Al-Qassam (sayap ketenteraan Hamas) dan menyifatkan operasi itu sebagai, “tindak balas semula jadi yang setimpal dengan kekejaman yang dilakukan oleh pihak Zionis”, dan pada masa yang sama, “operasi ini bukanlah yang terakhir, tetapi ianya adalah sedikit percikan permulaan kepada kemaraan operasi yang akan datang”.

Jurucakap Briged Al-Qassam, Abu Ubaidah mengumumkan pada sidang media yang dihadiri 13 sayap-sayap ketenteraan dari parti-parti pertahanan Palestin, hari Khamis (2 September) yang lalu di Gaza, bahawa gabungan gerakan pertahanan Palestin telah masuk ke dalam peringkat yang lebih tinggi dan maju dalam perjuangan Jihad dan lapangan gerak kerja mereka menjadi lebih selaras dalam peringkat yang lebih tinggi, mendakan bahawa gerakan ini akan menjadi lebih aktif dan berkesan terhadap pihak musuh, Zionis.

Barisan sayap-sayap ketenteraan ini menolak tindakan salah PA Fattah di Ramallah yang menyertai rundingan sia-sia dan tidak bermanfaat kerana rundingan ini dijalankan hanya untuk menutup segala jenayah pencabulan pihak Zionis terhadap hak rakyat Palestin.

sumber : http://www.palestine-info.info/ar/
penterjemah : Azleen

Categories
Berita Semasa

Al Qassam Mengaku Bertanggungjawab Terhadap Serangan Di Auvar

Ahad, 05/09/2010 –Batalion Izzuddin Al-Qassam, sayap ketenteraan Hamas menyatakan bertanggungjawab kepada serangan terhadap warga Yahudi di penempatan Auvar di Tebing Barat. Ia merupakan serangan ketiga dalam tempoh tiga hari terakhir dimana aksi pertama menyebabkan kecederaan dan kematian empat orang penduduk Israel di Hebron.

Jurucakap Batalion Al-Qassam, Abu Ubaidah menjelaskan dalam sidang akhbar semalam (Khamis) bahawa Al-Qassam bertanggungjawab atas serangan tersebut. Abu Ubaidah menegaskan bahawa serangan tersebut bukan yang terakhir namun hanya percikan api dari kobaran api besar yang akan datang dengan izin Allah.

Sebelumnya, radio Israel memberitakan berlaku serangan di penempatan Yahudi di Auvar dan pasukan Israel sudah datang ke tempat kejadian untuk menyiasat.

sumber : COMES
penterjemah : osman

Categories
Berita Semasa

Tentera Zionis Israel (IOF) Menangkap Dua Aktivis Keamanan Ketika Tunjuk Perasaan.

Ahad, 05/09/2010 – Polis Israel menangkap dua aktivis keamanan dari luar dan juga dari Israel ketika berdemonstrasi di bandar Silwan, Selatan Masjid Al Aqsa. Demonstrasi ini turut disertai lebih dari dua ratus aktivis lain bersama-sama dengan penduduk Bandar. Ia bertujuan untuk mengutuk serangan rutin penjajah Israel terhadap mereka.

Saksi tempatan mengatakan bahawa terdapat beberapa pendatang Israel memandu kereta mereka ke arah penunjuk perasaan dan cuba melanggar mereka. Walaubagaimanapun, polis sempat campur tangan pada saat-saat akhir, tetapi tidak menahan sesiapapun di kalangan pendatang Israel itu.

Di sisi lain, tentera zionis Israel menyerang bandar Silwan pada waktu ‘sahur’ (subuh) hari ini dan menyerang rumah Abdul Karim Abu Sneineh, ahli jawatankuasa kampong. Serangan iu dibuat sebagai usaha untuk menangkapnya.

sumber : The Palestine Telegraph
penterjemah : shuhada

Categories
Berita Semasa

Warga Gaza Meninggal Akibat Terowong Runtuh

Ahad, 05/09/2010 – Seorang pemuda Palestin terbunuh akibat keruntuhan terowong menghubungkan jajahan Mesir dan selatan Semenanjung Gaza di kota Rafah.

Menurut Dr. Muawiya Hassanein, Pengarah Bahagian Ambulans dan Kecemasan Gaza, jenazah pemuda tersebut, Abdul Latif Abu Toyoor (16 tahun) dihantar ke hospital Abu Yousef Al Najjar. Terowong yang digunakan untuk penyeludupan barang-barang keperluan di antara Gaza dan Mesir sememangnya telah mengorbankan banyak mangsa. Namun begitu, penyeludupan memang sukar dielakkan kerana sekatan Israel di Semenanjung Gaza.

sumber : The Palestine Telegraph
penterjemah : idawati

Categories
Berita Semasa

Pilihan Warga Al Quds: Hancurkan Rumah Sendiri Atau Bayar Kos Tinggi Meroboh

Ahad, 05/09/2010 – Sumber tempatan di al Quds menegaskan bahawa pemerintah Zionis Israel di al Quds memberikan pilihan kepada warga Palestin, Nashri Abu Rajab (60) di Baldah Qadimah, al Quds, sama ada merobohkan rumahnya sendiri atau membayar kos yang sangat tinggi terhadap biaya merobohkan rumahnya jika dilakukan oleh pihak berkuasa kota al Quds.

Sumber tersebut menambah bahawa pihak mahkamah Zionis Israel di al Quds telah mengeluarkan keputusan merobohkan rumah keluarga Abu Rajab dengan alasan dibangunkan tanpa izin Israel dan harus membayar denda sangat tinggi.

Sumber tersebut menambah, keluarga Abu Rajab telah mendapat surat notis merobohkan rumahnya beberapa tahun lalu setelah mengubahsuai rumahnya yang diduduki sejak lebih dari 30 tahun yang lalu kerana sudah hampir roboh.

sumber : COMES
penterjemah : osman

Categories
Berita Semasa

4 rakyat Israel terbunuh dalam satu tembakan di selatan penempatan haram Yahudi di Tebing Barat

Khamis, 02/09/2010 – 4 orang warga Israel dalam satu tembakan di Jalan Nombor 60 kepunyaan pendatang haram Yahudi berdekatan penempatan haram mereka di Kiryat Arba, selatan Tebing Barat. Briged Al-Qassam, sayap tentera Hamas mengaku bertanggungjawab atas serangan itu.

Sumber rejim Zionis melaporkan bahawa dua lelaki dan dua wanita, seorang daripadanya sedang mengandung terbunuh apabila pihak Palestin melepaskan tembakan kepada mereka. Tentera rejim Zionis (IOF) berkata dalam laporannya bahawa serangan itu berlaku berhampiran pintu masuk ke penempatan haram Yahudi dan berdekatan dengan Kampung Bani Noa’am yang dihuni rakyat Palestin. Sehubungan itu, IOF menggeledah kampung itu untuk mencari suspek.

sumber : Palestine News Network
penterjemah : salwa

Categories
Berita Semasa

Ahli Parlimen Arab Israel: Israel Memberi ‘Kebenaran Untuk Membunuh’ Di Kapal Gaza

Khamis, 02/09/2010 – Haneen Zuabi, Ahli Parlimen Arab Israel yang terkenal dengan kelantangannya bersuara memberitahu jawatankuasa siasatan PBB terhadap tragedi armada flotilla bahawa komando-komando Israel telah diberi kebenaran untuk membunuh.

“Saya beritahu penyiasat PBB di Amman bahawa serangan Israel sememangnya ganas sejak mula dan mereka memang berniat untuk membunuh tanpa mencuba untuk mengelakkan pertumpahan darah,” Zuabi memberitahu AFP. Zuabi merupakan salah seorang penumpang Kapal Mavi Marmara yang cuba menembusi sekatan di Semenanjung Gaza apabila 9 aktivis warga Turki terbunuh dalam serbuan komando Israel.

“Saya dapat merasakan para penyiasat adalah serius dengan misi mereka. Mereka menanyakan soalan yang jelas dan saya juga memberi jawapan yang jelas. Saya menekankan bahawa komando-komando Israel itu memang berniat membunuh para aktivis yang tidak bersenjata.”

Israel pula mengatakan, komando tentera lautnya hanya bertindak ganas apabila mereka diserang sewaktu tiba di kapal. Namun, para aktivis bertegas bahawa tentera-tentera itu yang memulakan tembakan.

sumber : Yahoo! News
penterjemah : idawati