Categories
Berita Semasa

Tokoh Hamas Seru Pihak Antarabangsa Hentikan Serangan Zionis

Isnin, 07-07-2014 – Pegawai Perhubungan Luar Negeri Hamas, Usamah Hamdan menegaskan, perjuangan Palestin akan terus menghadapi serangan zionis terhadap bangsa Palestina di Tebing Barat dan Gaza.Beliau menyeru kepada pimpinan Palestin dan Liga Arab serta dunia Islam dan masyarakat antarabangsa untuk menekan penjajah zionis agar menghentikan serangan mereka dan mengembalikan hak-hak Palestin kepada pemiliknya.

Dalam keterangan khusus kepada Quds Press, Hamdan menafikan bahawa Hamas mempunyai maklumat berkait dengan 3 orang tentera Zionis yang diculik, ditegaskan bahawa satu-satunya maklumat hanya bersumber dari penjajah zionis. Menurutnya, Hamas tidak memiliki sebarang maklumat berkaitan penculikan 3 tentera zionis tersebut, semua maklumat hanya berdasarkan sumber Israel sahaja.

Hamdan berpendapat, serangan Israel ke Gaza menggunakan maklumat tersebut sangat tak munasabah, tidak ada yang tahu bagaimana mereka diculik, hal ini tak boleh menjadi alasan serangan terhadap Palestin yang berlangsung sejak seminggu lalu.

sumber : COMES
penterjemah : Osman

Categories
Berita Semasa

Rejim Zionis Mengebom Rumah Suspek Selepas Menemui Mayat Tentera Mereka yang Hilang

Isnin, 07-07-2014 – Pasukan Penjajah Israel (IOF) meletupkan rumah Amer Abu Aysha dan Marwan al-Qawasmi selepas mereka berdua dikehendaki kerana dilaporkan terlibat dengan penculikan 3 orang tentera Israel yang ditemui mati oleh IOF pada Isnin.

Menurut saksi di tempat kejadian, sepasukan tentera Israel membuat sekatan di sekeliling rumah-rumah itu sebelum meletupkan bahan letupan yang telah dipasang pada awal operasi. Penghuni rumah-rumah itu juga telah dihalau keluar dengan kekerasan sebelum letupan.

RUmah-rumah yang terlibat terbakar selepas letupan. Menurut sumber perubatan, seorang bayi Palestin yang baru lahir yang berusia 50 hari cedera akibat letupan, manakala seorang remaja Palestin yang lain ditembak oleh IOF dalam pertembungan yang tercetus di kawasan yang sama.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : redz

Categories
Berita Semasa

Sekurang-kurangnya 43 Pelarian Palestin dibunuh di Syria pada Jun 2014

Isnin, 07-07-2014 – Kumpulan Tindakan Palestin Syria melaporkan sekurang-kurangnya 43 rakyat Palestin terbunuh dalam peperangan di Syria pada bulan lepas.

Pada Selasa lepas, kumpulan tersebut memaklumkan sebanyak 15 pelarian Palestin telah diseksa hingga mati di penjara Syria, manakala 16 pelarian telah ditembak.
Pertempuran yang berlaku di kawasan Syria yang lain turut mengorbankan 4 nyawa lagi.

Kumpulan tersebut turut melaporkan bahawa dua pemohon suaka politik berbangsa Palestin telah dibunuh dalam keadaan misteri manakala dua rakyat Palestin ditembak mati oleh penembak tepat Syria. Satu lagi pelarian dilaporkan mati selepas dia diculik.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : fauzan

Categories
Berita Semasa

Haneyya : Ugutan Israel Tidak Menakutkan Kami

Isnin, 07-07-2014 – Timbalan Pengerusi Biro Politik Hamas dan bekas Perdana Menteri Ismail Haneyya berkata “ugutan Israel terhadap Perlucutan Gaza dan Pergerakan Hamas tidak menakutkan kami dan kami akan membalas setiap serangan yang dilakukan terhadap rakyat Palestin.

Mengulas tuduhan Israel terhadap Hamas mengenai penculikan dan pembunuhan tiga penduduknya di Al Khalil, Haneyya berkata kepada agendi Berita Anadolu pada malam Isnin, ugutan Israel tidak menakutkan rakyat Palestin yang akan bertindak terhadap ugutan sedemikian dengan keazanan yang kuat.

Berikutan daripada berita yang disahkan yang menyebut tentang tiga penduduk Israel tang ditemui mati di Tebing Barat, Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu mengatakan Pergerakan Hamas yang bertanggungjawab di atas kematian mereka. Dia juga bersumpah bahawa “Hamas akan menerima akibatnya”.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : zihan

Categories
Berita Semasa

Menteri kerajaan bersepadu bertemu aktivis Miles of Smiles di Gaza

Isnin, 07-07-2014 – Menteri-menteri kerajaan bersepadu Palestin di Semenanjung Gaza bertemu dengan anggota-anggota konvoi bantuan Miles of Smiles di ibu pejabat kabinet, di mana dalam pertemuan itu mereka membincangkan kepentingan untuk meneruskan usaha menghentikan penjajahan yang berlaku Dalam sidang akhbar yang berlangsung pada hari Isnin berikutan perjumpaan tersebut, Menteri Keadilan Salim al-Sakka menyatakan harapan supaya lawatan ini menjadi lawatan terakhir yang berlaku semasa penjajahan Gaza.

AL-Sakka juga menyatakan penghargaan atas usaha dan pengorbanan anggota-anggota konvoi , dan menyatakan bahawa ini merupakan lawatan pertama yang dibuat sejak kerajan bersepadu ditubuhkan. Beliau juga berikrar bahawa penjajahan Israel ke atas Gaza akan berakhir dengan segera.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : nur syarira

Categories
Berita Semasa

Mashal memaklumkam Edorgan mengenai gerakan Israel

Isnin, 07-07-2014 – Ahad malam, Ketua Gerakan Hamas, Khaled Mashal menghubungi Perdana Menteri Turki, Recep Thayib Erdogan.

Sumber dari Hamas mmberitahu bahawa Mashal telah memaklumkan kepada Erdogan perkembangan terkini mengenai isu Palestin dan keadaan tragis di Tebing Barat, Semenanjung Gaza akibat penahanan, penindasan, ugutan zionis dan keadaan keluarga rakyat Palestin yang
kritikal. Mashal meminta Perdana Menteri Turki supaya bergerak pantas bersama masyarakat antarabangsa menghentikan penindasan zionis dan membebaskan Semenanjung Gaza.

sumber : http://www.palestine-info.info/ar/
penterjemah : nadhirah

Categories
Berita Semasa

Sekurang-kurangnya empat orang awam cedera dalam serangan udara oleh Israel di Gaza

Isnin, 07-07-2014 – Empat orang awam Palestin cedera dalam serangan baru udara Israel pada waktu subuh Selasa di tapak penentang yang berbeza di Semenanjung Gaza, menurut wartawan Pusat Maklumat Palestin (PIC) di Gaza.

Sumber tempatan dan keselamatan melaporkan bahawa pesawat pejuang Israel mengebom pada kira-kira 1:40 pagi di kebanyakan tapak penentang, dan letupan ganas turut menggegarkan semua kawasan di Gaza.

Lebih daripada 20 serangan udara yang mengsasarkan kawasan Khan Younis dan Rafah, dan serangan udara yang sama telah dilancarkan di Bandar Gaza dan kawasan lain di Gaza.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : mardhiah

Categories
Berita Semasa

Hamdan: Pejuang akan melindungi rakyat daripada keganasan Israel

Isnin, 07-07-2014 –Pengarah Hal-Ehwal Luar Hamas, Osama Hamdan berkata, pejuang Palestin akan menentang kekejaman berterusan Israel ke atas rakyatnya di Semenanjung Gaza dan Tebing Barat.

Hamdan menafikan dalam kenyataan akhbar kepada Quds Press yang gerakannya memiliki maklumat tentang keberadaan 3 orang pendatang Israel yang diculik.“Kami, dalam gerakan Hamas tiada sebarang maklumat tentang isu penculikan 3 pendatang dan segala maklumat yang ada sekarang adalah dari pihak Israel,” Hamdan menyatakan.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : nuridawati

Categories
Berita Semasa

25 rakyat Palestin diculik oleh IOF ketika subuh di Tebing Barat

Rabu , 02-07-2014 – Tentera rejim Israel (IOF) menculik 25 rakyat Palestin ketika Subuh Ahad dari pelbagai tempat di Tebing Barat, menjadikan jumlah rakyat Palestin yang ditahan kepada 600 orang. Operasi ketenteraan telah dilancarkan atas alasan adanya kemungkinan penculikan 3 tentera Israel. Seorang pelajar rakyat Palestin telah ditahan di rumahnya rentetan dari serbuan oleh rejim Israel di kampung Madama, selatan Nablus.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : nor idawati

Categories
Berita Semasa

IOF geledah rumah di kawasan Jenin

Rabu , 02-07-2014 – Angkatan Bersenjata Israel (IOF) menyerbu masuk bandar Taanach, Araqa, Anin dan Zbobh di kawasan barat Jenin pada waktu subuh Sabtu lepas dan menggeledah rumah-rumah dalam usaha untuk mencari tiga penduduk penempatan yang hilang.

Sumber tempatan melaporkan tentera-tentera IOF memecah masuk ke dalam bandar Araqa dan melakukan provokasi. Beberapa orang rakyat Palestin diinterogasi secara intensif ketika solat Jumaat oleh pihak berkuasa Israel. Pihak berkuasa Israel juga menyerbu masuk ke bandar Anin pada awal pagi lalu mendirikan pusat pemeriksaan di pintu masuk bandar itu bagi tujuan memeriksa kad pengenalan penduduk yang lalu-lalang.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : nor syarira

Categories
Berita Semasa

OCHA memberi amaran ke atas kesan operasi ketenteraan Israel di Tebing Barat

Rabu , 02-07-2014 – Pejabat PBB dalam urusan berkaitan Penyelarasan Hal Ehwal Kemanusiaan (OCHA) dan Pesuruhjaya Tinggi Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Hak Asasi Manusia (UNHCHR) telah menggesa Israel untuk menghormati undang-undang antarabangsa, dengan mengelak daripada menghukum individu di atas kesalahan yang mereka tidak lakukan atau mengenakan hukuman kolektif.

Dalam laporan mingguan yang diterbitkan pada hari Jumaat, OCHA berkata operasi besar-besaran tentera Israel, yang bermula pada 13 Jun di Hebron disyaki susulan penculikan tiga belia Israel, dan telah diteruskan dan diperluaskan di seluruh Tebing Barat, dengan objektif mencari dan melepaskan pemuda tersebut, dan pada masa yang sama juga melemahkan infrastruktur Hamas.

Menurut laporan tersebut lagi, kebanyakan operasi telah mencetuskan pertempuran di antara penduduk Palestin dan tentera Israel dalam berpuluh bandar-bandar, kampung-kampung dan kem-kem pelarian, di mana empat orang awam Palestin telah ditembak dengan peluru hidup dan dibunuh. Ini menjadikan jumlah rakyat Palestin terbunuh dalam selepas operasi 13 Jun tersebut meningkat kepada enam kes.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : fauzan

Categories
Berita Semasa

Kementerian Dalaman menafikan tuntutan Mesir terhadap Da’ish di Sinai

Rabu , 02-07-2014 – Kementerian Dalaman Palestin di Gaza menyangkal dakwaan Keselamatan Mesir bahawa pengganas di Negara Islam di Iraq dan Sham yang dikenali sebagai Da’ish telah menyusup ke Sinai melalui terowong Gaza.

Jurucakap Kementerian Iyad Bazam berkata pada hari Sabtu, bahawa dakwaan tersebut adalah pembohongan terang-terangan dan sebahagian daripada kempen berterusan untuk memburuk-burukkan Mesir terhadap Jalur Gaza. Bazam mengesahkan bahawa semua terowong antara Gaza dan Mesir tidak wujud selepas tentera Mesir memusnahkan semua terowong tersebut.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : mardhiah

Categories
Berita Semasa

529 tangkapan dalam tempoh 10 hari

Isnin , 30-06-2014 – Sekurang-kurangnya 529 penduduk Palestin telah ditahan sejak Israel menjalankan kempen tangkapan rawak sepanjang kependudukan di Tebing Barat pada Khamis petang, 12 Jun 2014.

61 tangkapan dilakukan pada Isnin lepas dibeberapa kawasan di Tebing Barat.Selebihnya, Pertubuhan Banduan Palestin (PPS) melaporkan 179 tangkapan dibuat di al-Khalil, manakala 87 tangkapat dilaporkan di Nablus. 75 warga Palestin juga ditahan di Bethlehem, manakala 52 tahanan dicatatkan di Jenin. 49 wraga Palestin telah ditahan di Ramallah, manakala 36 orang pula dari Jerusalem telah ditahan dan 23 orang dari Tulkarem, dan 13 lagi ditangkap di Qalqiliya. Selain itu 7 tangkapan dilaporkan di Tubas, dan 7 lagi di Salfit, manakala seorang di Jericho.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : fauzan

Categories
Berita Semasa

Russia Kecam Serbuan Israel Ke Pejabat TV Russia Di Ramallah

Isnin , 30-06-2014 – Kementerian Luar Russia mengecam keras serangan yang dilancarkan militan Israel terhadap Pejabat TV Russia berbahasa Arab, di kota Ramallah, Tebing Barat, Palestin.

Jurucakap Kementerian Luar Russia, Alexandre Lokasyivtis dalam keterangan akhbarnya menyatakan, Moscow mengecam tindakan ganas terhadap jurnalis, walau apapun motifnya.

Menurutnya, penggunaan kekerasan terhadap warga sivil tidak boleh dilakukan dalam apa jua keadaan. Alexandre menuntut militan Zionis mengembalikan peralatan komputer yang disitanya, termasuk file dan data milik TV Russia ketika melakukan serbuan, katanya.

sumber : COMES
penterjemah : Osman

Categories
Berita Semasa

Para pekerja Gaza akan meningkatkan protes

Isnin , 30-06-2014 – Para pekerja kesihatan Gaza mengugut untuk meningkatkan protes kerana tidak menerima gaji mereka, dan menggesa Pengerusi Mahmoud Abbas dan Perdana Menteri kerajaan perpaduan Rami Hamdallah agar membayar gaji mereka yang tertangguh untuk beberapa bulan.

Kesatuan perdagangan perubatan dan kesihatan menganjurkan perkumpulan protes di luar Kementerian di Bandar Gaza pada Selasa sempena mesyuarat mingguan kerajaan yang diadakan menerusi persidangan video.

Kerajaan perpaduan enggan membayar gaji 4000 orang pekerja Gaza dengan alasan mereka diambil bekerja selepas pembahagian. Pekerja Gaza sekarang telah diambil bekerja setelah pekerja kerajaan mengambil keputusan untuk menggantung kerja mereka bagi menekan kerajaan Hamas ketika itu.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : nor idawati