Categories
Berita Semasa

Para tahanan di penjara Raymond mengugut untuk meningkatkan protes

Isnin,18-11-2013 – Satu unit khas Israel telah menyerbu bahagian 4 dan 6 penjara Raymond pada Selasa dan melancarkan kempen carian yang panjang, Kesatuan Tahanan Palestin (PPS) berkata.

PPS berkata bahawa 20 ahli unit itu menyerbu bilik nombor 59 di bahagian 4 dan bilik 21 di bahagian 6 di penjara Raymond dan menggeledah hak milik peribadi tahanan, sebahagiannya dimusnahkan untuk memprovokasi tahanan.

Jurucakap PPS Amina al-Tawil mengesahkan bahawa rejim Israel telah meningkatkan serangan ke atas tahanan Palestin yang berada di penjara Raymond rentetan protes mereka atas kesyahidan seorang tahanan Hassan al-Torabi yang sakit dan juga kerana polisi pengabaian perubatan Israel.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : nur idawati

Categories
Berita Semasa

Resheq: Rundingan bersama pihak berkuasa Israel adalah jenayah yang harus dihentikan

Isnin,18-11-2013 – Ahli Biro Politik Gerakan Hamas, Ezzat Resheq menganggap bahawa rundingan berterusan dan kordinasi keselamatan dengan Israel adalah satu jenayah yang harus dihentikan.

Resheq berkata, “Pihak berkuasa sedang mengusurkan cadangan untuk membina 20 ribu unit baru di Tebing Barat
di dalam rundingannya bersama pihak Berkuasa Palestin”. Beliau menegaskan agar dihentikan dengan segera sebarang rindungan atau kawalan keselamatan bersama pihak berkuasa Israel itu.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : nurul

Categories
Berita Semasa

FHI menuntut rejim Israel (IOA) membebaskan Akram Al Fosaisy dengan segera

Isnin,18-11-2013 – Kerajaan Palestin mengutuk kenyataan Pengerusi Pihak Berkuasa Palestin, Mahmoud Abbas di Kaherah baru-baru ini yang menimbulkan kebencian dan kemarahan penduduk asal dan kebanyakan rakyat Palestin.

Kerajaan berkata lagi dalam satu kenyataan pada hari Selasa 12/11 selepas mesyuarat mingguan bahawa sesiapa yang mengeluarkan kenyataan seperti ini terhadap rakyat tidak sesuai untuk kepimpinan.

Abbas mengutuk Hamas semasa sesi lawatannya ke Mesir dua hari lepas serta menegaskan bahaya Hamas selepas kejatuhan Ikhwanul Muslimin di mesir, dan beliau juga mengarahkan penutupan terowong antara Gaza dan Mesir yang menjadi sumber utama keperluan asas penduduk.

sumber : http://www.palestine-info.info/ar/
penterjemah : nurfarhana

Categories
Berita Semasa

FHI menuntut rejim Israel (IOA) membebaskan Akram Al Fosaisy dengan segera

Jumaat,15-11-2013 – Sahabat Kemanusiaan Antarabangsa (FHI) menyatakan kebimbangan terhadap keadaan kesihatan tahanan Palestin di penjara Israel, Akram Al Fosaisy yang semakin teruk. Organisasi itu menuntut IOA membebaskannya segera.

Organisasi hak asasi manusia telah mengesahkan bahawa nyawa Akram Yousef Muhammad Al Fosaisy (30 tahun) berasal dari Ethna dekat Hebron di Tebing Barat sangat terdedah kepada bahaya semenjak terlibat dalam mogok lapar selama 45 hari. Beliau memulakan kempen mogok lapar sebagai protes terhadap polisi penahanan tanpa bicara sebagai tambahan kepada tiada tuduhan atau penjatuhan hukuman oleh rejim Israel.

Sejak September 28, 2000, rejim telah mengeluarkan lebih kurang “22000” penahanan tanpa bicara terhadap rakyatPalestin. Statistik terkini menunjukkan bahawa hampir “150” rakyat Palestin ditahan tanpa bicara di penjara Naqab, Majedo, Ramon and Owfer, demikian menurut organisasi itu.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : idawati

Categories
Berita Semasa

Pertempuran di Bandar Lama Hebron Selepas Serangan Israel ke atas keluarga Palestin

Khamis,14-11-2013 – Pertempuran tercetus di lorong timur masjid Ibrahimi di Hberon selepas solat isya’ hari sabtu di antara penduduk Israel yang baru pulang dari sambutan sabtu yang diadakan di kawasan masjid ibrahimi dan penduduk Palestin.

Sumber Palestin menyatakan bahawa ramai penduduk Israel semasa kembali ke penempatan mereka di Kiryat Arba menyerang keluarga Palestin ( seorang wanita, suami dan tiga orang anaknya) , ketiga adik-beradik itu ditimpa cedera sedikit, mereka ialah Ala, 3 tahun, Bader,
5 tahun, Muhammad Jaber, 7 tahun, kesan dipukul oleh penduduk Israel. Emak mereka menjerit meminta bantuan. Beberapa ketika sahaja, berlakulah pertempuran yang ganas antara dua pemuda Palestin yang cuba menolong wanita Palestin dan anaknya.

Saksi- saksi berkata bahawa banyak kenderaan tentera zionis Israel tiba di tempat kejadian bagi melindungi rakyat Israel dan mengejar pemuda Palestin namun tiada penangkapan dilaporkan

sumber : http://www.palestine-info.info/ar/
penterjemah : nadhirah

Categories
Berita Semasa

2 pelarian Palestin meninggal di kem Syria

Khamis,14-11-2013 – Kumpulan Tindakan untuk Rakyat Palestin di Syria berkata bahawa 2 pelarian Palestin meninggal pada Sabtu akibat konflik berterusan di Syria.

Dalam kenyataan akhbarnya, kumpulan itu memberitahu pada Ahad bahawa kanak-kanak itu Qais Ajou meninggal akibat tembakan udara yang menyasarkan kawasan Masjid Quds di kem Daraa manakala Mahmoud Alaa El Din dari kem pelarian Yarmouk meninggal selepas makan bersama keluarganya, di mana makanan itu mengandungi racun tikus.

Ia menyatakan beberapa peluru mortar juga menyasarkan kem Daraa, tidak menyebabkan kecederaan, bekalan elektrik terus terputus, juga kekurangan bekalan makanan, tepung dan bahan api.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : nur idawati

Categories
Berita Semasa

Lagi tangkapan 7 rakyat Palestin di Ramallah

Khamis,14-11-2013 – Tentera Zionis Israel (IOF) menyerbu tiga buah kampung di timur dan barat Ramallah pada waktu subuh Ahad dan menahan tujuh rakyat Palestin.

Saksi dan sumber-sumber tempatan memberitahu Akhbar Quds bahawa tentera rejim Zionis menyerbu kampung di Kufur Nima dan Ras Karkar barat Ramallah dan timur Silwad di samping bandar itu sendiri.

Mereka berpendapat bahawa empat rakyat Palestin yang ditahan di Kufur Nima , semua daripada mereka adalah tahanan dibebaskan , yang ditahan dua setengah tahun hingga enam tahun di dalam penjara Israel.

Saudara salah seorang tahanan dipetik pegawai mengiringi tentera sebagai berkata bahawa kampung itu akan menyaksikan beberapa siri serbuan dan tangkapan. Sementara itu, seorang pemuda Palestin telah ditangkap di Karkar Ras dan satu lagi di bandar Ramallah pada waktu subuh manakala ketiga ditahan dalam Silwad pada jam lewat malam pada hari Sabtu selepas konfrontasi dengan orang-orang muda di bandar , penduduk tempatan laporkan.

Sumber-sumber tidak tahu di mana tahanan telah dibawa tetapi berkata mereka yang mungkin ditahan di penjara Ofer berhampiran Ramallah.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : ameen

Categories
Berita Semasa

Pendatang Yahudi memecah masuk ke dalam Kota Lama al-Khalil dan menyerang rakyat Palestin

Khamis,14-11-2013 – Pendatang Yahudi pada malam Sabtu menyerbu Kota Lama al-Khalil di Tebing Barat yang diduduki, dan menyerang penduduk Palestin dan harta mereka.

Sumber tempatan melaporkan bahawa berpuluh-puluh pendatang yang dilindungi oleh tentera Israel menyerbu kawasan-kawasan perumahan dan pasaran Kota Lama, di mana mereka menyerang harta rakyat dan melaungkan slogan-slogan perkauman terhadap rakyat Palestin.
Konfrontasi ganas tercetus di Jaber kejiranan timur Masjid Ibrahimi pada malam Sabtu di antara belia Palestin dan pendatang dari Kiryat Arba yang telah kembali ke penempatan mereka selepas mengadakan sambutan di Masjid Ibrahimi.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : norsyuhada

Categories
Berita Semasa

Pendatang Yahudi bakar berpuluh-puluh pokok Palestin

Khamis,14-11-2013 – Pendatang Yahudi telah menyalakan api dan membakar berpuluh-puluh pokok dan anak pokok zaitun di selatan Baitullaham pada subuh Ahad lalu.

Ahmed Salah, penyelaras jawatankuasa popular terhadap penempatan di bandar Al-Khader berkata, peneroka daripada penempatan Efrat telah menyalakan api dalam kebakaran itu. Beliau berkata 20 pokok yang berbuah dan 70 anak pokok zaitun yang dimiliki oleh petani Palestin berhampiran Al-Khader musnah dalam kebakaran tersebut.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : hijjaz

Categories
Berita Semasa

Livni : Konflik dengan Palestin menyukarkan Pakatan Israel Arab

Isnin,28-10-2013 – Menteri di Badan kehakiman, Tzipi Livni menegaskan mengenai keperluan untuk menyambung dan menggiatkan usaha-usaha “Tel Aviv” dalam usaha memajukan rundingan dengan pihak Palestin dan seterusnya mengeratkan perjanjian dengan pihak Arab, mengikut pertimbangnnya.

Dan Livni berkata lagi sewaktu penyertaannya dalam sidang diplomat Zionis ditauliahkan ke negara-negara di dunia yang diadakan pada hari Khamis, 24/10 di bandar Herzliya ” kita mesti meneruskan usaha untuk membendung ancaman Iran serta kemajuan dalam rundingan dengan Palestin pada masa yang sama.”

Livni menjelaskan lagi bahawa konflik yang berterusan dengan Palestin menghalang Negara-negara Arab terancam dengan kerjasama Iran dengan entiti Zionis secara terbuka dan menambah lagi negara-negara ini merupakan harapan masyarakat untuk bekerjasama menangani fail nuklear Iran dalam perkongsian itu.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : nur farhana

Categories
Berita Semasa

Bantahan duduk tanda kesatuan dengan pelarian Palestin dan Syria di Gaza

Isnin,28-10-2013 – Jabatan Pelarian Gerakan Hamas telah menganjurkan bantahan duduk tanda kesatuan bersama pelarian Palestin dan Syria yang lemas di luar pantai Malta kerana melarikan diri dari Syria.

Jawatankuasa popular dan wakil kumpulan Palestin serta sejumlah pelarian Palestin yang lari dari Syria menyertai bantahan itu. Ketua Jabatan Pelarian, Isam Odwan menyatakan bahawa 300 badan pelarian Palestin dan Syria yang lemas di dalam bot yang tenggelam awal minggu lepas masih berada di lautan Itali itu. Beliau menyatakan negara-negara Arab bertanggungjawab melindungi pelarian Palestin dan Syria itu.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : nuridawati

Categories
Berita Semasa

Rombongan Pertama Jamaah Haji Gaza Tiba di Rafah

Isnin,28-10-2013 – Menteri Wakaf dan Urusan Agama Kerajaan Palestin di Gaza, Dr. Ismail Ridwan menegaskan bahawa kumpulan pertama jamaah haji Gaza tiba di sempadan Rafah. Setakat ini, kerajaan Mesir sudah memberi jaminan untuk para jemaah haji dibenarkan masuk ke Gaza. Jemaah haji akan tiba di Kaherah dan menaiki bas ke sempadan Rafah. Pihak berkuasa sudah usahakan agar jemaah haji diuruskan dengan cepat.

Dalam pada itu, pihak berkuasa Gaza sudah bersedia menerima ketibaan balik jemaah haji.

sumber : COMES
penterjemah : Abu Umair

Categories
Berita Semasa

Abu Zuhri: Tiada persiapan lawatan Mishaal ke Iran

Isnin,28-10-2013 – Pergerakan Hamas berkata tidak ada persiapan untuk lawatan pengerusi biro politik Hamas, Khaled Mishaal ke Iran.Jurucakap Hamas, Sami Abu Zuhri dalam satu kenyataan Khamis lepas berkata tidak ada tarikh untuk lawatan sebelum ini supaya ia dibatalkan seperti digemburkan oleh beberapa media.

Akhbar Al-Quds Al-Arabi berpangkalan di London telah menerbitkan laporan untuk wartawan di Ramallah yang menyatakan Tehran telah memohon maaf kerana tidak dapat menerima Mishaal pada masa ini. Akhbar itu mendakwa pegawai-pegawai Iran telah menangguhkan lawatan memandangkan kesibukan mereka pada waktu itu.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : hijjaz

Categories
Berita Semasa

Rashiq: Berita Rancangan Kunjungan Misy’al Ke Teheran Dalam Waktu Terdekat Ini Tidak Benar

Jumaat,25-10-2013 – Hamas menafikan khabar angin mengenai kunjungan Khalid Misy’al dalam waktu terdekat ini ke ibu kota Iran, Teheran.

Menurut anggota biro politik Hamas, Izzat Rashiq, dalam waktu dekat ini belum ada agenda mahupun rancangan kunjungan Abul Walid (Khalid Misy’al) ke Teheran. Rashiq menambah, isu yang disiarkan oleh beberapa media berkenaan rancangan Misy’al ke Teheran dalam waktu dekat ini adalah tidak benar, katanya.

sumber : COMES
penterjemah : Osman

Categories
Berita Semasa

Tentera Israel menangkap anak2 ahli Parlimen Abu Gehisyeh dari Hebron

Jumaat,25-10-2013 – Pihak Zionis telah menahan Muadz, anak ahli parlimen Muhammad Mutlak Abu Gehisyeh dari bandar Idhna, barat bandar Hebron, selatan Tebing Barat petang kelmarin, Rabu (16/10).

Abu Gehisyeh berkata kepada wartawan ” Pusat Media Palestin” bahawa anaknya Muadz dalam perjalanan untuk sambutan di bandar Dura bersama isteri dan anaknya sewaktu pihak tentera memberhentikannya dan memeriksa keretanya serta kemudian menahannya.

Dan beliau berkata lagi, seorang anggota polis dari Pusat Tahanan Etzion, utara Hebron menghubungi keluarganya dan memberitahu bahawa Muadz berada di sana dan akan dipindahkan ke Penjara Ofer dalam tempoh dua hari akan datang.

sumber : http://www.palestine-info.info/ar/
penterjemah : nur farhana