Categories
Berita Semasa

Netanyahu Pertahan Kepungan Gaza, Serangan Armada

Sabtu, 05/06/2010 – Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu pada hari Rabu menolak kecaman antarabangsa atas serangan maut terhadap Armada Bebas Gaza yang membawa bantuan ke Gaza dan menyatakan bahawa pengepungan Jaluran Gaza ” diperlukan untuk mencegah serangan peluru berpandu terhadap Tel Aviv dan Yerusalem “.

“Israel adalah mangsa serangan kemunafikan antarabangsa,” katanya di tengah panggilan untuk membatalkan kepungan Israel di Gaza. Dia juga membela serangan maut hari Isnin terhadap armada tersebut yang berusaha untuk memberikan bantuan ke Gaza.

“Ini bukan ‘Kapal Cinta’,” “Itu adalah kapal benci” kata Netanyahu dalam satu penyampaian kepada rakyat Israel, merujuk kepada kapal yang diserang oleh komando yang menyebabkan kematian sejumlah aktivis.

“Ideanya adalah untuk memecahkan kepungan laut. Apakah itu, puluhan, ratusan kapal akan datang kemudian, dan di setiap kapal ratusan roket, peluru berpandu dapat dibawa,” katanya.

sumber : The Palestine Telegraph
penterjemah : ameen

Categories
Berita Semasa

Kemarahan bergema di Kota London.

Sabtu, 05/06/2010 – Penduduk Britain yang prihatin dan marah dengan kekejaman tentera rejim Israel merancang mengadakan demonstrasi besar-besaran di tengah-tengah kota London pada 5 Jun 2010. Emosi para aktivis pro-Palestine serta rakyat kebanyakan semakin membara berikutan kedegilan pihak berkuasa Israel yang masih menyekat kapal bantuan kemanusiaan ke Gaza serta pembunuhan kejam para aktivis keamanan di atas kapal Marvi Marmara baru-baru ini.

Pihak yang telibat dalam penganjuran demonstrasi ini adalah Friend of Al-Aqsa, British Muslim Initiative, Viva Palestina, Stop The War Coalition, CND dan Palestine Solidarity Campaign (PSC). Pertubuhan-pertubuhan ini adalah enam organisasi pro-Palestine yang terbesar di Britain.

Betty Hunter, Ketua Setiausaha PSC berkata, “Tindakan tidak bertamadun dan kejam tentera rejim Israel telah membangkitkan kemarahan rata-rata rakyat Britain untuk keluar menunjukkan penentangan mereka ke atas tindakan kerajaan Israel itu. Demonstrasi ini juga akan memberi peluang kepada semua orang untuk menunjukkan rasa tidak puas hati dan marah mereka ke atas pembunuhan kejam aktivis yang tidak bersalah dan sekatan haram ke atas Gaza.

Kata Lindsey German dari Stop The War Coalition, “Apa yang boleh kita pelajari dari kejadian baru-baru ini adalah, penggunaan kekerasan ketenteraan yang keterlaluan tidak mungkin sama sekali boleh membawa kepada keamanan atau keadilan. Tindakan tentera rejim Israel membunuh aktivis keamanan yang tidak bersalah serta melalukan sekatan haram ke atas Gaza hanya akan menjadi pemangkin kepada lebih banyak lagi keganasan. Hanya satu solusi untuk permasaalahan ini iaitu bumi Palestine mesti dibebaskan!.” Stop the War Coalition adalah organisasi anti peperangan yang terbesar di Britain.

Selain itu CND, organisasi yang paling lantang mengkritik keupayaan nuklear kerajaan Israel dan penggunaan kekerasan melampau oleh kerajaan Israel terhadap penduduk Palestine, berkata melalui pengerusinya, Kate Hudson:

“Penghalang utama keamanan dan kestabilan di Timur Tengah adalah keengganan kerajaan Israel melucutkan keupayaan persenjataan nuklear mereka. Ini boleh mengakibatkan berlaku perlumbaan persenjataan nuklear dan kegagalan kerajaan Israel menyelesaikan konflik di Palestine secara aman akan memburukkan lagi keadaan di sini.”

Dalam pada itu, menurut British Muslim Initiative, “Pembunuhan kejam aktivis kemanusiaan yang berlaku di perairan antarabangsa baru-baru ini merupakan satu jenayah perang. Justeru itu, rejim penjenayah perang Israel mestilah dikenakan tindakan yang sama seperti yang pernah dilakukan oleh masyarakat dunia terhadap rejim Apartheid di Afrika Selatan satu masa dahulu. Kami mendesak mereka yang bertanggungjawab di atas jenayah perang ini dihadapkan ke muka keadilan secepat mungkin!.” British Muslim Initiative adalah organisasi bebas di Britain yang menyuarakan pandangan masyarakat Islam di sini.

Sementara itu, jurucakap dari Viva Palestina di laporkan berkata, “Serangan Israel ke atas flotilla bantuan kemanusiaan baru-baru ini adalah pembunuhan berdarah yang sangat kejam seperti mana kejadian pembunuhan yang berlaku di Soweto dan Sharpville. Penindasan, serangan dan kekejaman ke atas Gaza mesti dihentikan!.” Viva Palestina adalah organisasi yang telah berjaya membawa masuk bertan-tan bantuan kemanusian ke Gaza melalui jalan darat sebelum ini. Ia menyokong penuh usaha demonstrasi yang akan di adakan pada hari sabtu nanti.

Akhir sekali, Ismael Patel, Pengerusi Friend of Al-Aqsa berkata, “Serangan ke atas kapal Marvi Marmara adalah sangat kejam dan masyarakat dunia bertanggungjawab memberikan keadilan kepada mereka yang terkorban dan cedera dalam kejadian ngeri itu. Kami menyeru kerajaan Britain mengetuai usaha murni ini.”

sumber : The Palestine Telegraph
penterjemah : ahmad rusydan

Categories
Berita Semasa

Israel Bebaskan Syeikh Raed Shalah dan rakan-rakan

Sabtu, 05/06/2010 – Polisi Zionis Israel mengumumkan pihaknya akan membebaskan Syeikh Raed Salah dan rakan-rakan yang ditahan oleh Zionis. Keputusan ini diputuskan oleh mahkamah rayuan di Eskolan. Sebelum ini mahkamah agung Israel telah mendakwa semua tahanan Palestin merancang untuk melakukan serangan ke atas Zionis Israel.

Di luar mahkamah, aktivis-aktivis gerakan Islam telah memenuhi kawasan itu bagi menyambut Syeih Raed. Di dapati juga rakyat Yahudi yang berhimpun dan mengutuk keputusan mahkamah itu.

sumber : COMES
penterjemah : Abu Awatif

Categories
Berita Semasa

Ecuador mengeluarkan Duta Besarnya Dari Israel

Sabtu, 05/06/2010 – Ketua Negara Ecuador, Rafael Correa, menyatakan bahawa beliau mengeluarkan Duta Besar negaranya dari “Israel” sebagai tanda protes terhadap pembunuhan yang dilakukan oleh rejim Zionis terhadap insan-insan tidak berdosa yang membawa bantuan kemanusiaan ke Gaza.

Presiden Correa berkata: “Duta Negara harus segera meninggalkan Tel Aviv, sebagai protes atas serangan terhadap armada kebebasan, yang menyebabkan pembunuhan dan mencederakan orang awam. Nicaragua memutuskan pada hari Rabu lalu untuk membekukan hubungan diplomatik dengan Israel.

Menurut jurucakap Presiden Daniel Ortega: “Nicaragua menghentikan hubungan diplomatik dengan kerajaan haram Israel berkuatkuasa serta merta”.

sumber : The Palestine Telegraph
penterjemah :  nurul

Categories
Berita Semasa

Sheikh Raed Salah: Israel mahukan saya mati

Sabtu, 05/06/2010 – Ketua Pergerakan Islamis di wilayah yang dijajah Palestin, Sheikh Raed Salah, mengesahkan bahawa tentera dari unit komando telah cuba untuk menghapuskannya semasa beliau berada di atas kapal armada yang cuba memecah kepungan di Gaza. Beliau menambah ketika berada di dalam mahkamah Israel, “Tentera Israel mencari saya dengan teliti dan melepaskan tembakan kepada sesiapa sahaja yang kelihatan sama seperti saya yang menunjukkan kesungguhan mereka untuk membunuh saya, yang akhirnya mereka yang tidak berdosa terbunuh serta merta.”

Media berbahasa Hebrew telah menwar-warkan yang Sheikh Raed Salah berada di dalam keadaan cedera parah dan di bawa ke hospital beberapa jam selepas serang pembunuhan beramai – ramai yang mana disangkal oleh isteri beliau dan yakin yang tercedrea adalah orang lain dan bukan suaminya.

Beliau menekankan bahawa tindakan seperti lanun terhadap armada kebebasan adalah satu jenayah, tambah beliau lagi ” menjadi hak kami untuk mempertahankan diri, dan menjadi tanggungjawab kami mempertahankan yang lemah”, merujuk kepada kapal yang berada di bawah seliaan Turki dan negara itu harus menyokong sesiapa sahaja yang berada di atas kapal tersebut.

sumber : Electronic Intifada
penterjemah :  bob

Categories
Berita Semasa

Peritiwa Serangan Mavi Marmara Membuka Mata Dunia

Sabtu, 05/06/2010 – Sewajarnya Kita menyatakan terimakasih kepada pihak pengendali dan peserta konvoi Armada Kebebasan (Freedom Flotilla). Mereka telah membangunkan lena panjang kita. Mereka mengingatkan kita tentang Semenanjung Gaza dan kekejaman Zionis dengan sekatan dan kurungan ‘penjara besar’ dalam keadaan kebanyakan kita melupakan isu ini kerana manipulasi berita selama tiga tahun sejak awal sekatan. Aksi berani peserta konvoi Kebebasan sekurang-kurangnya membongkar kebejatan sekatan yang berlaku melalui tajuk utama media di seluruh dunia. Pada ketika yang sama membongkar sikap negatif media rasmi Arab yang jelas bersekongkol menyokong sekatan terhadap Semenanjung Gaza. Merekalah yang menutup pintu masuk Semenanjung Gaza di Rafah dan memusnahkan terowong serta membina tembok besi untuk memutuskan bantuan ke wilayah tersebut.

Tindakan Arab jelas amat memalukan. Selama tiga tahun terakhir, sekatan Zionis dianggap sebagai perkara biasa yang boleh diterima dan bukan suatu yang pelik.Bahkan negara-negara Arab melihat pemberian bantuan kepada warga Semenanjung Gaza sebagai tindakan yang patut didakwa di mahkamah. Bahkan warga Palestin yang melakukan pelanggaran sekatan dianggap melakukan jenayah yang wajar dibawa ke mahkamah tentera. Sebagaimana yang dialami oleh Ustaz Majdi Husai yang terpenjara selama tiga tahun kerana memberikan sokongan dan dokongan kepada warga Palestin.

sumber : COMES
penterjemah : Abu Farouk

Categories
Berita Semasa

Zionis membuat kenyataan rasmi melakukan pembunuhan kejam ke atas aktivis “Armada Kebebasan”

Jumaat, 04/06/2010 – Rejim Zionis membuat pengakuan secara rasmi, melalui kenyataan Menteri pertahanannya, Ehud Barak, berkenaan pembunuhan secara kejam yang mengerikan terhadap para aktivis antarabangsa di atas armada “kebebasan”, pada waktu subuh, hari Isnin (31-5), dimana puluhan dari aktivis keamanan tersebut telah jatuh syahid dan cedera, dan beliau mengesahkan lagi bahawa tentera zionis telah melaksanakan apa yang telah diperintahkan kepada mereka.

Ehud Barak berbangga dengan tindakan tentera laut Israel, diatas kejayaan mereka melaksanakan operasi penangkapan armada “kebebasan”, yang telah menyebabkan sembilan belas orang terbunuh dan lima puluh yang lain cedera serta menahan beratus-ratus aktivis antarabangsa. Beliau menambah lagi bahawa “tentera laut Israel telah melakukan tindakan yang teliti atas tanggungjawab yang diberikan pada mereka dalam berurusan dengan penumpang armada kebebasan, “katanya.

Media Zionis menyiarkan kenyataan Barak, pada hari Rabu (2 / 6), yang dibuat untuk ahli unit komando, “Shalit 13” yang telah melakukan serangan terhadap armada kebebasan: “Aku datang untuk mengucapkan terima kasih kerajaan,” Israel “, dan untuk menyatakan pada kamu semua “Israel mengucapkan terima kasih atas kamu semua “.

sumber : http://www.palestine-info.info/ar
penterjemah :  arif

Categories
Berita Semasa

Khamenei:Serangan penjajah Israel, melukakan hati seluruh dunia

Jumaat, 04/06/2010 – Seyed Ali Khamenei, Pemimpin Tertinggi Republik Islam Iran pada hari Selasa (06/01), menyifatkan serangan jenayah Zionis ke atas konvoi bantuan kemanusiaan “kebebasan”, sebagai serangan terhadap hati nurani masyarakat di seluruh dunia, dengan menekankan bahawa isu Palestin hari ini bukan hanya permasalahan masyarakat Arab, atau permasalahan umat Islam semata-mata, tetapi ianya adalah masalah hak asasi manusia (yang perlu ditangani) dalam dunia kini.

Sayyid Khamenei berkata dalam sebuah kenyataan yang dikeluarkan pada hari Selasa (06/01), dan “Pusat Maklumat Palestin” menerima satu salinan, bahawa “mereka yang melindungi rejim Zionis, terutama Amerika, British dan Perancis perlu bertangungjawab secara serius terhadap kejahatannya.”

Beliau menegaskan lagi bahawa serangan rejim Zionis tersebut adalah “contoh perilaku kejam yang tiada belas kasihan, dimana masyarakat muslim telah merasai penderitaan di wiliyah ini, khususnya di tanah Palestin yang tertindas selama puluhan tahun.”

sumber : http://www.palestine-info.info/ar
penterjemah : arif

Categories
Berita Semasa

Kumpulan Pembangkang Yaman menyeru supaya menambah kapal “Kebebasan”

Jumaat, 04/06/2010 – Kumpulan Pakatan Pembangkang Yaman menyeru masyarakat arab, Islam dan juga pertubuhan-pertubuhan keamanan di seluruh dunia supaya menyusun dan mempersiapkan bot-bot dan kapal-kapal “kebebasan” yang lain bagi menghantar bantuan ke Gaza secara berterusan sebagai bantahan atas permusuhan zionis yang telah menyerang kapal –kapal “Kebebasan” sehingga terbunuh dan cedera puluhan dari aktivis-aktivis keamanan.

Kumpulan Pakatan Dalam sebuah kenyataan : Parti-parti kumpulan pakatan menyeru seluruh bangsa dari negara-negara arab dan Islam supaya melakukan persiapan bot-bot dan kapal-kapal bantuan kemanusian untuk rakyat Palestin, bagi menggerakkannya secara berterusan menuju ke Gaza untuk menghapuskan kepungan, sebagai meneruskan semangat para syuhada dan darah aktivis yang cedera dalam armada “kebebasan”, dengan menyifatkan serangan yang dilakukan ke atas armada di kawasan perairan antarabangsa sebagai “operasi pengganas, dan lanun”

Mereka juga meminta supaya kerajaan Mesir membuka laluan Rafah secara berterusan,dan membenarkan kemasukan bantuan kemanusiaan untuk disalurkan kepada mereka yang ’ter’kepung di Gaza, dan menyeru negara-negara Arab dan Islam yang mempunyai hubungan dan wakil diplomatik dengan Tel Aviv supaya menyingkirkan duta-duta Zionis dan memutuskan segala bentuk hubungan. ”

sumber : http://www.palestine-info.info/ar
penterjemah :  arif

Categories
Berita Semasa

Pesawat bawa mangsa korban Flotilla Gaza berlepas

Jumaat, 04/06/2010 – Rejim Zionis memaklumkan bahawa 5 buah pesawat telah berlepas menuju Turki dan Greece dengan membawa jenazah/ mayat 9 orang mangsa yang terkorban semasa tentera rejim Zionis menyerang kapal-kapal konvoi ke Gaza (flotilla Gaza).

Menteri Dalam Negeri rejim Zionis mengesahkan bahawa pesawat-pesawat itu turut membawa 503 orang aktivis flotilla Gaza untuk dihantar pulang.

Menurut seorang jurucakap, Sabine Haddad, sebuah pesawat lagi akan berlepas kemudian. Sementara itu, aktivis-aktivis yang dihantar pulang ke UK dan Ireland memberitahu bagaimana mereka ditembak bertubi-tubi di merata-rata tempat. Wanita-wanita yang menaiki flotilla Gaza itu pula dibelasah oleh tentera rejim Zionis.

sumber : Yahoo! News
penterjemah :  salwa

Categories
Berita Semasa

ECESG: Armada kebebasan 2 bersedia untuk belayar ke Gaza dalam masa seminggu

Jumaat, 04/06/2010 – ,”European Campaign to End Siege on Gaza” (ECESG), telah mengumumkan yang mereka sudah memiliki dana yang cukup untuk 3 buah kapal pertama bagi armada yang baru untuk ke Semenanjung Gaza, yang diberi nama “armada Kebebasan 2”, yang berkaitan dengan Armada Pertama yang terlibat dengan serangan lanun dan pembunuhan beramai oleh Israel terhadap aktivis keamanan yang berada di atas kapal.

Dr. Arafat Madi, Kempen presiden dan merupakan salah seorang kepada pengasas gabungan armada kebebasan berkata “tanggungjawab seterusnya adalah untuk melancarkan armada terbaru ke Semenanjung Gaza, melibatkan banyak kapal, yang membawa lebih banyak bantuan dan aktivis keamanan dari “Kebebasan 1″ yang mana membawa sepuluh ribu bahan bantuan beratus aktivis dari lebih 40 buah negara.”

Madi menambah, “berdasarkan pembunuhan beramai – ramai yang dilakukan oleh Israel terhadap aktivis di atas kapal di lautan antarabangsa, masyarakat Arab, Islam, Eropah dan barat telah meningkatkan lagi suara untuk membentuk satu armada yang besar dari “kebebasan 1”.

sumber : The Palestine Telegraph
penterjemah :  bob

Categories
Berita Semasa

Serangan Israel terhadap Konvoi Flottila merupakan jenayah kemanusiaan

Jumaat, 04/06/2010 – Dengan perasaan marah dan cemas yang mendalam, pagi ini, saya telah mendengar khabar tragis tentang pembunuhan aktivis keamanan, lelaki dan wanita, anggota masyarakat awam yang belayar ke Semenanjung Gaza untuk memecahkan pengepungan oleh Tentera Zioni- Israel. Serangan terhadap armada ‘Freedom’ – yang belayar jauh dari Cyprus beberapa hari lalu dengan membawa bantuan kemanusiaan seperti makanan, simen untuk pembinaan semula Gaza setelah serangan Israel “Cast Lead” pada tahun 2009 – berlaku di tengah laut terbuka antarabangsa dan merupakan pelanggaran undang-undang antarabangsa dan melanggar hak asasi manusia.

Israel sekali lagi menunjukkan bahawa satu-satunya tindakan yang boleh digunakan mereka hanyalah ketenteraan, sombong mengatasi undang-undang Antarabangsa, dan sedar mustahil bagi mereka untuk dihukum. Hujah bahawa dunia ingin membantu Hamas adalah masuk akal: yang terus dihukum adalah penduduk Gaza, dan semua orang Palestin melalui pendudukan tentera dan pengepungan, mereka bertanggung jawab untuk melindungi Palestin. Penulis Israel, David Grossman pernah berkata sewaktu demonstrasi menentang perobohan rumah rakyat Palestin oleh penduduk Israel di Syaikh Jarrah, Baitulmuqaddis Timur, bahawa Israel sekarang seperti “tanaman karnivor”, bahkan kini terpaksa makan dirinya sendiri.

Masyarakat antarabangsa harus mengambil pendirian yang tegas terhadap pembunuhan beramai-ramai warga awam yang dilakukan oleh Israel ini, dan tidak hanya bergantung kepada undang-undang antarabangsa sahaja bahkan harus bangkit menentang kebencian, keganasan, dan pelanggaran undang-undang dan kemanusiaan oleh Regim Zionis itu. Mereka juga harus terus konsisten menentang pengepungan Gaza sehingga wilayah terbabit kembali merdeka kerana tindakan ketenteraan regim terbabit tidak akan membawa sebarang erti kebebasan.

sumber : The Palestine Telegraph
penterjemah :  syed

Categories
Berita Semasa

Tentera Zionis Serbu Hospital Arab Di Jerusalem Timur

Jumaat, 04/06/2010 – Tentera Zionis dan anggota polis sempadan yang serbu masuk ke Hospital Al-Makassed di Baitulmuqaddis Timur dalam usaha untuk menculik seorang warga Palestin yang cedera tapi tidak dapat menculik pemuda terluka kerana puluhan pemuda bertahan dan memaksa mereka keluar.

Pemuda itu terluka dalam pertengkaran yang terjadi dengan tentera yang menceroboh bandar Silwan, di Baitulmuqaddis Timur, dan ingin menculik pemuda tersebut walaupun dalam keadaan berluka.

Polis Israel, tentera dan pasukan bawah tanah menceroboh Silwan sementara penduduk haram Israel juga menyerang kota itu dan membuka tembakan terhadap warga Palestin.

Sebahagian besar pertengkaran difokuskan di daerah Ayyoub Be’er, dan persekitaran Al Bustan. Tentera dan polis menembak peluru hidup, peluru getah berlapis dan bom gas dan beberapa kecederaan dilaporkan.

sumber : http://www.imemc.org
penterjemah :  ameen

Categories
Berita Semasa

Ireland beri amaran tidak ganggu kapal Rachel Corrie

Jumaat, 04/06/2010 – Kerajaan Ireland memberi amaran kepada Zionis agar tidak mengganggu perjalanan kapal Rachel Corrie yang akan tiba di Gaza. Rachel Corrie merupakan antara kapal konvoi keamanan. Presiden Ireland telah memaklum kepada Zionis agar kapal itu berjaya menurunkan bantuan di Gaza.

Kementerian Luar Ireland telah memaklumkan duta besar Israel di Dublin dan menunggu jaminan dari Zionis Israel agar kapal Rachel Corrie tidak diganggu. Ketika ini, gelombang kemarahan di Eropah ke atas Zionis Israel amat memuncak.

sumber : COMES
penterjemah : Abu Awatif

Categories
Berita Semasa

Aktivis 17 tahun di tahan di Baitullaham.

Jumaat, 04/06/2010 – Polis Israel telah menculik seorang aktivis keamanan Palestin berumur 17 tahun malam Rabu lalu di kampung Al Ma’sara , bandar Baitullaham di selatan Tebing Barat .

Saddam Ala Ed-Deen, 17 aktif dalam pergerakan keamanan dan membantah pembinaan Tembok Annex di kampung itu. Jawatankuasa popular membantah pembinaan tembok menyatakan Ala ‘Ed Deen diculik ketika sedang berjalan di salah satu jalan kampung dan dipindahkan ke pusat penahanan dan pengkalan tentera Etzion di selatan Baitullaham .

sumber : http://www.imemc.org
penterjemah :  hijjaz