Categories
Berita Semasa

Anggota-anggota Parlimen Sweeden gesa perlindungan ke atas Pelayaran ke Gaza

Rabu, 26/05/2010 – Helen Pettersson, anggota Demokrasi Sosial di Parlimen Sweeden menghantar tuntutan bertulis kepada Menteri Luarnya, Carl Bildt supaya kerajaan Sweeden melakukan apa sahaja bagi melindungi kapal yang belayar ke Gaza dalam misi keamanan, kemanusiaan dan kedaulatan undang-undang.

Tuntutan Petterson adalah seperti berikut :

“Sebanyak 1.5 juta penduduk Palestin kini hidup dalam pengasingan di Semenanjug Gaza, dalam kesengsaraan yang maha dahsyat. Mereka kekurangan makanan, ubat-ubatan dan keperluan-keperluan asas yang lain seperti bahan binaan untuk membaiki rumah, sekolah dan bangunan-bangunan lain yang telah musnah akibat dibom semasa perang pada sambutan Krismas 2008. Bagi membaiki keadaan, Pelayaran ke Gaza merancang untuk mengikut jalan laut ke Gaza dengan membawa ubat-ubatan, alat penapis air laut, simen dan sebagainya demi untuk membantu mereka yang begitu memerlukan di sana. Pelayaran ke Gaza ini adalah bebas daripada unsur politik dan agama, serta didokong oleh organisasi-organisasi yang bukan mencari keuntungan yang sentiasa berusaha untuk menegakkan hak-hak kemanusiaan dan undang-undang umum antarabangsa. Kerajaan rejim Zionis kini telah mengancam untuk menghentikan Pelayaran ke Gaza dan akan menggunakan kekerasan jika ‘perlu’. Tidakkah Menteri Luar berhajat untuk melindungi inisiatif kemanusiaan ini?”

sumber : The Palestine Telegraph
penterjemah :  salwa

Categories
Berita Semasa

Forum Media : Penangkapan al-Fakhuri suatu keaiban

Rabu, 26/05/2010 – Forum Media Palestin menyatakan kebimbangannya terhadap penangkapan dan penyeksaan yang berterusan dilakukan oleh pasukan militer Mahmoud Abbas keatas penulis-penulis dan wartawan-wartawan di Tebing Barat dengan menekankan bahawa penangkapan dan penyeksaan tersebut akan meninggalkan kesan dan aib yang buruk ke atas para pelakunya.

Kenyataan tersebut dikeluarkan selepas dakwaan oleh pasukan yang disebut sebagai “Penyiasat” bagi Mahmoud Abbas di Hebron bertarikh 9/5/2010 keatas Hazim Khuder al-Fakhouri (37 tahun), yang merupakan suami kepada penulis terkenal, Luma Khatir, tanpa ada bukti kukuh atas dakwaan mereka ini mengikut apa yang dinyatakan oleh Badan penyiasatan tersebut, kecuali penulis Luma Khatir menganggapkan penangkapan suaminya ini sebagai tindakan untuk memberi tekanan keatasnya bagi menghentikan segala penulisannya yang menceritakan tentang realiti rakyat Palestin dan analisis beliau terhadap politik, sosial dan Media.

Forum media Palestin dalam sebuah kenyataan pada hari Ahad (23 Mei), bahawa mereka akan memberi sokongan penuh yang terdiri dari wartawan-wartawan, penulis-penulis dan para intelektual kepada penulis Luma Khatir dan ahli keluarganya. Mereka mengutuk tindakan pasukan militer Abbas di Tebing Barat yang melakukan penangkapan terhadap para wartawan dan ahli keluarga terdekat mereka secara tidak sah, dengan menegaskan bahawa para wartawan adalah dianggap sebagai pemacu kebebasan dalam berdepan dengan penjajah Zionis.

sumber : http://www.palestine-info.info/ar
penterjemah :  arif

Categories
Berita Semasa

Vanunu dipenjara lagi, tuduh Mossad dan Shin Bet cipta ‘tuduhan palsu’

Rabu, 26/05/2010 – Mordechai Vanunu memaklumkan wartawan sebelum memasuki dewan mahkamah bahawa Shin Bet dan Mossad dari Israel telah meletakkan tekanan yang terlalu berat ke atas beliau dan menuduh mereka cuba untuk menjerut beliau. Beliau menambah “apa yang Mossad Israel dan Shin Bet cuba buat selama saya dipenjara 18 tahun, tidak akan berjaya diperolehi selama 3 bulan mereka menahan saya di sini”

Menurut laman web akhbar “Yediot Aharonot”, Mordechai Vanunu telah dihukum 3 bulan kerana kekusutan atas terma untuk pembebasan beliau yang belum cukup 6 tahun serta hubungannya dengan wartawan luar pada 2007, yang membuatkan satu mahkamah mengeluarkan arahan tahanan 6 bulan yang dipendekkan kepada tiga beberapa bulan lalu.

Mordechai Vanunu yang hadir hari ini di mahkamah pusat di Jerusalem untuk menjalani tempoh hukuman selepas menolak khidmat awam menggantikan penjara. Lawan web tersebut juga menyatakan Vanunu, yang dituduh oleh Mossad Israel sebagai membocorkan maklumat tentang program nuklear Israel kepada pihak lawan, dan telah menjalani tahanan selama 18 tahun setelah didapati bersalah oleh mahkamah Israel, Vanunu dibebaskan pada 2004 dengan terma tidak berhubung dengan orang luar, Shin Bet menuduh beliau melanggar perjanjian dan dia bertemu dengan wartawan asing yang membawa kepada perbicaraan baru dan penahanan beliau selama 3 bulan.

sumber : The Palestine Telegraph
penterjemah :  aznil

Categories
Berita Semasa

Zionis Syaratkan Pembebasan Shalit Untuk Kapal Keamanan

Rabu, 26/05/2010 – Menteri Zionis, Yetzaq Herzog menegaskan kerajaan Zionis Israel tidak akan berganjak dengan keputusan menyekat konvoi keamanan untuk memasuki Gaza. Syarat utama yang ditetapkan bagi memasuki Gaza ialah pembebasan Giladh Shalit.

Herzog mendakwa objektif konvoi keamanan ini adalah untuk memberi tekanan dan provokasi terhadap kerajaan Zionis. Dalam pada itu, seluruh sukarelawan yang menyertai konvoi keamanan ini bertekad untuk meneruskan misi bagi menyerahkan bantuan yang di bawa.

sumber : COMES
penterjemah : Abu Awatif

Categories
Berita Semasa

Kem Musim Panas Terbesar UNRWA di Gaza Dibakar

Rabu, 26/05/2010 – Sekumpulan 40 orang yang bersenjata yang tidak dikenali salah satu kem musim panas terbesar yang diasaskan oleh UNRWA di Gaza, sumber-sumber tempatan melaporkan.

Adnan Abu Hasna, jurucakap UNRWA, mengatakan bahawa serangan terhadap kem itu terjadi di daerah Syeikh Al-Ajlan di timur Gaza, sumber media melaporkan.

“Kem yang rosak adalah di antara kem-kem yang mengatur perkhemahan musim panas bagi anak-anak sekolah Palestin,” tambahnya. Dia mencatatkan bahawa kem-kem UNRWA juga menawarkan program pendidikan dan aktiviti pendidikan jasmani.

sumber : The Palestine Telegraph
penterjemah : ameen

Categories
Berita Semasa

Pegawai Mesir ditangkap menyusup ke Gaza untuk kumpul maklumat

Rabu, 26/05/2010 – Menteri Dalam Negeri Palestin, Fathi Hammad al-Naqqab mendedahkan penangkapan seorang pegawai Mesir berpangkat tinggi oleh pihak keselamatan Palestin ketika pegawai tersebut sedang menyusup masuk ke semenanjung Gaza bagi menghimpukan maklumat tentang rakyat Palestin dan kerajaan serta beberapa tugasan lain. Beliau juga memaklumkan pihak keselamatan Palestin menghantar pulang pegawai terbabit ke Mesir sambil menuntut agar sebuah jawatankuasa keselamatan bersama ditubuhkan bagi menyelaraskan kerjasama di antara kedua-dua belah pihak, bukan melalui para pegawai yang menembusi dinding keselamatan Palestin.

Dalam temubual dengan Palestin Online pada hari Ahad (23/5), Hammad mengutuk tindakan Mesir yang beterusan menangkap dan menahan beberapa rakyat Palestin di dalam penjaranya serta melakukan penyeksaan terhadap mereka, tanpa sebarang kesalahan yang dilakukan sama ada kesalahan jenayah atau mengancam keselamatan Mesir. Beliau juga menyeru menyeru Mesir agar membebaskan semua tahanan Palestin di dalam penjara Mesir tanpa sebarang syarat.

Beliau juga menganggap tindakan yang dilakukan Mesir terhadap rakyat Palestin sebagai terkeluar daripada kerangka ajaran Islam, semangat perkauman Arab dan hak sebagai jiran. Beliau berkata Mesir sepatutnya menjalankan penyiasatan terhadap pihak Zionis tentang bagaimana mereka menyusup masuk ke dalam bumi Palestin dan bumi Mesir sendiri. Mesir juga sepatutnya menyokong perjuangan rakyat Palestin, bukan menghantar para pegawainya menyusup ke Gaza bagi menghimpunkan maklumat tentang pihak pejuang serta menyeksa rakyat Palestin yang ditahan bagi mendapatkan maklumat tentang Gaza.

sumber : http://www.palestine-info.info/ar/
penterjemah :  muhajir

Categories
Berita Semasa

Kempen Boikot Penempatan Bermula di Tebing Barat, Penduduk haram marah

Selasa, 25/05/2010 – Kumpulan penduduk haram Israel meminta kerajaan haram Israel untuk menghentikan rundingan dengan Palestin kerana kempen boikot produk penduduk haram dimulakan harinini di Tebing Barat.

Kempen ‘Rumah-ke-Rmah’ dilancarkan oleh Tabung kedaulatan Palestin Kebangsaan. Ratusan warga palestin memulakan kempen selasa pagi pergi rumah ke rumah di komuniti Palestin di Tebing Barat untuk meningkatkan kesedaran tentang produk penduduk haram dan menggalakkan penduduk

palestine henti menggunakannya Petani Palestin, produk tenusu dan industri minuman ringan akan mendapat faedah daripada kempen boikot produk penduduk haram.

sumber : http://www.imemc.org
penterjemah :  hasbullah

Categories
Foto/Video/Muzik

Kapal lifeline4gaza sudah berlepas menuju ke pelabuhan Antalya.

Mavi Marmara Menuju Gaza from Sahabat Al-Aqsha on Vimeo.

Pelepasan Mavi Marmara, kapal yang berisi bantuan kemanusiaan berlayar dari Istanbul-Turki menuju Gaza-Palestina. Video : Sahabatalaqsha.com & Hidayatullah.com

Categories
Berita Semasa

Tentera rejim Zionis tahan 6 penduduk Palestin dalam serbuan pagi

Isnin, 24/05/2010 – 6 orang penduduk Palestin telah ditahan oleh tentera rejim Zionis (IOF) pada pagi Selasa lepas dalam satu sebuan yang mensasarkan penduduk di Tebing Barat. IOF telah menggeledah rumah-rumah di Kampung Hussan yang berdekatan Bailtullaham, selatan Tebing Barat dan menahan 3 orang lelaki Palestin sebelum pergi. Mereka turut menggeledah rumah-rumah di Kampung Taloza, Akroba dan al-Nasrawyiah, berdekatan Nablus di utara Tebing Barat dan menahan 3 orang lelaki Palestin di sana.

sumber : http://www.imemc.org
penterjemah :  salwa

Categories
Berita Semasa

Al-Masri : Tindakan Mengusir Abu Tayr dari al-Quds Seperti Bermain Dengan Api

Isnin, 24/05/2010 – Musyir al-Masri, Ahli Parlimen yang juga merupakan Setiausaha Sulit, mewakili kumpulan “Perubahan dan Reformasi” di Parlimen, Dewan Perundangan Palestin telah menegaskan bahawa, ketetapan penjajah Zionis untuk mengusir Ahli Parlimen al-Quds, Muhammad Abu Tayr dari al-Quds sepenuhnya, adalah seperti bermain dengan api, dan melampaui garisan merah serta menunjukkan sikap perkauman bangsa mereka dan pola pemikiran jenayah mereka yang cuba menghapuskan simbol-simbol (pimpinan rakyat) dari kota al-Quds, dengan menambah bahawa “bangsa Palestin akan terus berdiri teguh (berdepan dengan situasi ini).

Masri berkata demikian dalam sebuah kenyataan eksklusif yang dibuat untuk “Pusat Maklumat Palestin”, pada Khamis malam (20-5) : “Keputusan pengusiran (Abu Tayr) merupakan sebahagian rancangan dan siri dari siri-siri pengusiran kesemua penduduk Jerussalam, bermula dengan (pengusiran) simbol-simbol (pimpinan rakyat) dan menghapuskan mereka, bagi membenarkan perampas zionis menggantikan tempat mereka, dengan merujuk “ impian besar dari gerakan zionis adalah untuk mengosongkan penduduk asal Baytul Maqdis sebagai langkah mereka menjadikan Baytul Maqdis sebagai kota mereka yang kekal abadi”.

Musyir yang juga mewakili suara Gerakan Pembebasan Islam (HAMAS), mengingatkan penjajah zionis bahawa tindakan (pengusiran itu)hanyalah tindakan yang bodoh, dengan menegaskan bahawa implikasi dari keputusan tersebut adalah sangat bahaya dan pihak musuh perlu bertanggungjawab (atas perkara tersebut), dan rakyat Palestin akan terus berdiri teguh berdepan dengan situasi ini”.

sumber : http://www.palestine-info.info/ar/
penterjemah :   arif

Categories
Berita Semasa

Pejuang Palestin Bertempur dengan Tentera Israel di Utara Gaza

Isnin, 24/05/2010 – Satu kumpulan pejuang Palestin telah bertempur dengan tentera penceroboh Israel pada hari Selasa di bahagian utara Semenanjung Gaza

Brigade Salah Al Deen telah menyatakan di dalam sidang media bahawa kumpulan pejuang mereka telah berjaya menemukan pasukan Israel yang sedang menyamar cuba untuk menyusup masuk ke penempatan pelarian di Doghit berhampiran utara sempadan Semenanjung Gaza yang bersempadan dengan Israael.

Pejuang telah berjaya meletupkan dua bom buatan sendiri berhampiran pasukan penceroboh dan bertempur selama 10 minit sebelum pasukan Israel berundur, sebilangan tentera Israel cedera dalam pertempuran itu, Brigade Salah Al Deen melaporkan dalam sidang media.

sumber : http://www.imemc.org
penterjemah :  bob

Categories
Berita Semasa

Halau wakil rakyat al-Quds

Isnin, 24/05/2010 – Bekas Menteri Hal Ehwal Orang Tahanan, Ir. Wasfi Qabha berkata, pihak berkuasa Zionis mencari fasal dengan mengeluarkan arahan agar wakil rakyat yang telah dibebaskan daripada tahanan, Muhamamd Abu Tair dihalau, di samping beberapa orang wakil rakyat lain dari bandar al-Quds. Beliau mengutuk sekeras-kerasnya tindakan tersebut yang dianggap sebagai penghapusan pahlawan dan hero bandar al-Quds.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan pada hari Khamis (20/5) itu, beliau juga mengutuk percubaan beberapa kumpulan pelampau kanan Zionis melakukan kekerasan terhadap Abu Tair semasa beliau keluar dari balai polis Zionis tanpa pihak polis campurtangan bagi memberhentikan kekerasan tersebut.

Beliau juga menambah bahawa tindakan tersebut diambil bagi mengeluarkan para pimpinan, pejuang dan wakil rakyat dalam Majlis Perundangan bagi meningkatkan lagi siri jenayah dan pencerobohan Zionis yang bertujuan menjejaskan bandar al-Quds dan penduduk asalnya.

sumber : http://www.palestine-info.info/ar/
penterjemah :  muhajir

Categories
Berita Semasa

Israel Terus Halang Kemasukan Peralatan Perubatan ke Gaza

Isnin, 24/05/2010 – Penjajah Israel terus menghalang kemasukan peralatan perubatan ke Gaza sejak pertengahan Oktober 2009. Raed Fattouh, Ketua Jawatankuasa Kemasukan Barang ke Gaza, mengatakan bahawa sejak pertengahan Oktober 2009 sampai saat ini Israel menghalang kemasukan ubat-ubatan dan peralatan perubatan ke Gaza dari Tebing Barat dan luar negeri, seperti CT Scanner, peranti organ respirasi, alat permerhati jantung dan alat-alat penting yang lain menyalahkan penjajah Israel dan mereka yang bertanggung jawab bagi kehidupan rakyat di Gaza.

Fattouh mengatakan bahawa ketika dia meminta pihak Israel terhadap punca pencegahan ini, pihak Israel menggunakan dalih bahawa peralatan perubatan dan peranti sebagai satu “pelanggaran” keselamatan, menyatakan bahawa peralatan perubatan dan peranti boleh digunakan untuk tujuan yang lain.

Fattouh menambah bahawa pihak berkuasa Palestin dan Jawatankuasa Penyelarasan di Gaza meminta lembaga-lembaga antarabangsa, khususnya Pertubuhan Kesihatan Dunia, untuk campur tangan dan menyelesaikan masalah dan menekan penjajah Israel untuk membenarkan peralatan perubatan dan peranti. Fattouh juga merayu kepada pihak berkuasa Palestin, lembaga-lembaga antarabangsa dan penggubal undang-undang bagi campur tangan dan membolehkan kemasukan peralatan perubatan dan peranti untuk hospital di Gaza, yang sangat diperlukan.

sumber : The Palestine Telegraph
penterjemah : ameen

Categories
Berita Semasa

Media Buat Liputan Besar-Besaran Konvoi Keamanan Gaza

Isnin, 24/05/2010 – Puluhan wakil media antarabangsa telah membuat liputan kapal konvoi misi keamanan. Liputan telah dilakukan secara besar-besaran. Walaupun Zionis laknatullah telah melakukan pelbagai sekatan, peserta konvoi yang turut disertai oleh ahli parlimen dari 20 buah negara.

Ketua kempen keamanan, Dr Arafat madli menyatakan Zionis telah mengancam sebuah kapal yang membawa lebih dari 10 wakil media utama di Eropah. Ini merupakan satu tamparan kepada Zionis Israel. Menurut Dr Arafat, antara media besar yang menyertai kempen ini ialah Euro News, TV Bulgaria, Al Jazeera, Reuters, BBC, The Economist dan lain-lain.

Dengan adanya liputan media yang meluas ini, seluruh masyarakat dunia dapat melihat realiti keadaan di Gaza dan kezaliman Zionis Israel.

sumber : COMES
penterjemah : Abu Awatif

Categories
Berita Semasa

Pandangan Ikhlas di Gaza

Isnin, 24/05/2010 – Adalah sukar di Gaza untuk mencari teksi, dinding atau kemeja-t yang tidak disertai dengan lambang hati. Terdapat satu kecenderungan dengan cinta samada dengan kata – kata atau bentuk perhiasan. Sewaktu menanti teksi pada waktu pagi, saya dapat melihat sebuah kereta sorong yang masih lagi belum siap untuk menjual atau mengumpul apa – apa barangan di mana terdapat 50% pengangguran di tempat itu. Kereta sorong tersebut, yang nyata di lengkapi dengan lambang hati.

Sepanjang tahun, mereka tetap menjadi bunga – bunga yang berkembangan, walaupun jentolak Israel telah memecahkan sempadan dan menelanjangi apa yang sebelum ini dipenuhi buah – buahan, kekacang dan pohon zaitun. Di sana sekurang – kurangnya di penuhi dengan tumbuhan dan bunga yang hidup meliar, secara langsung telah menambah warna – warna yang diperlukan untuk ‘bertarung’ dengan warna kelabu konkrit dan bangunan yang dimusnahkan oleh Israel. Simbahan warna dan wangian ini juga mampu bertarung dengan jiwa yang ditawan di sini, yang mana hari – hari dilihat sama sahaja tanpa ada perbezaan dan harapan. Penduduk Palestin merupakan masyarakat yang cekap dalam mengutip secebis harapan dan kehidupan yang bergerak seiring dengan mereka untuk menongkah arus.

sumber : The Palestine Telegraph
penterjemah : bob