Categories
Berita Semasa

Pembentukkan Suruhanjaya Antarabangsa Untuk Siasatan Serangan Ke Atas Flotilla

Khamis, 24/06/2010 – Majlis Hak Asasi Manusia yang bernaung di bawah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu telah disahkan mendapat Suara Majoriti Selesa ke atas cadangan untuk membentuk suatu Suruhanjaya Siasatan Antarabangsa terhadap serangan yang dilakukan Rejim Zionis ke atas Freedom Flotilla pada 31 Mei yang lalu yang telah mengakibatkan puluhan manusia mati syahid dan cedera parah di Kawasan Perairan Antarabangsa.

Dan berkatanya “Kempen Kesatuan Eropah Demi Memberhentikan Sekatan Ke Atas Gaza” iaitu salah satu daripada pertubuhan yang bergabung dengan Freedom Flotilla dan merupakan pertubuhan yang sering mengambil bahagian di dalam perjalanan Perjumpaan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia : “Sesungguhnya Majlis Hak Asasi Manusia telah pun mengisytiharkan nama-nama untuk ke Misi Siasatan Antarabangsa iaitu pada hari Isnin (21/6) untuk menyiasat dan mengkaji segala fakta-fakta yang berkaitan untuk mengesahkan pencabulan Undang-Undang Antarabangsa yang berpunca daripada serangan Pihak Israel terhadap Kapal Konvoi Bantuan Kemanusiaan ke Gaza.

Dan pertubuhan tersebut menambah di dalam suatu kenyataan bertulis dan Pusat Informasi Palestin telah menerima satu salinan daripada kenyatan tersebut : “Sesungguhnya draf resolusi tersebut telah diutarakan oleh salah seorang daripada perwakilan Pakistan ( di atas nama Jemaah Perwakilan Bangsa Arab ) berdasarkan di atas permintaan Turki yang menjadi korban pada malam serangan tersebut yang mana telah mengorbankan 9 orang ahli konvoi warganya,dan draf resolusi tersebut telah dikeluarkan bersama-sama dengan nama-nama anggota suruhanjaya yang ditubuhkan itu,sambil memberitahu bahawa misi siasatan tersebut akan menggabungkan ahli-ahlinya yang terdiri daripada : Dino Criciotbs yang merupakan seorang peguam bertaraf antarabangsa dari Zimbabwe yang sekarang ini bertugas di Jabatan Awam Undang-Undang Antarabangsa di University Nottingham di dalam jurusan undang-undang,Puan Singh yang merupakan mantan Ahli Jawatankuasa Diskriminasi Terhadap Wanita dari India,dan Dmitry Rafik yang merupakan mantan Ahli Perwakilan Hak-Hak Asasi Manusia di Serbia,dan Anaguiborg Sólrún Zdzisladottir yang merupakan mantan Menteri Luar Iceland dan merupakan mantan Pegawai Tertinggi di Mahkamah Jenayah Antarabangsa di Canada.

sumber : http://www.palestine-info.info/ar
penterjemah :  putra duad

Categories
Berita Semasa

Laporan: Jumlah jutawan di Israel meningkat sebanyak 43% pada tahun 2009.

Khamis, 24/06/2010 – Pada hari Selasa yang lalu, firma perunding perniagaan Capgemini dan firma penasihat pengurusan kewangan Merrill Lynch telah mengumumkan bahawa bilangan jutawan Israel meningkat secara mendadak kepada 43% dalam tahun 2009, meskipun krisis ekonomi melanda dunia waktu itu. Pada masa yang sama, jumlah jutawan di seluruh dunia meningkat kepada 17%.

Peningkatan drastik ini meletakkan Israel sebagai negara ketiga yang mempunyai kadar kenaikan jumlah jutawan per kapita, selepas India dan Hong Kong. Hong Kong mengungguli kadar kenaikan jumlah jutawan tertinggi sebanyak 104%, sementara India mencatatkan peningkatan sebanyak 50.9%.Negara yang mempunyai jumlah jutawan terbanyak masih diungguli Amerika Syarikat, Jerman dan Jepun.

sumber :  Haaretz
penterjemah :  Intan

Categories
Berita Semasa

Zionis benarkan beberapa barang komoditi baru masuk Gaza

Khamis, 24/06/2010 – Ir. Raed Fattouh, Pengerusi Jawatankuasa Pembekalan Gaza berkata kerajaan haram Israel bersetuju hari ini untuk membenarkan kemasukan beberapa barang komoditi baru ke Semenanjung Gaza yang diisytiharkan sebagai ‘komoditi baru dibenarkan’ sejak beberapa hari lalu.

Fattouh berkata dalam satu kenyataan media, kira-kira 130 buah trak yang sarat dengan muatan bantuan kemanusiaan bagi sektor perdagangan dan pertanian memasuki Semenanjung Gaza melalui pintu sempadan Kerem Abu Salem. Bantuan tersebut termasuklah barangan keperluan yang tidak mencukupi seperti gas masakan dan diesel industri untuk kegunaan stesen janakuasa tenaga Gaza. Pintu sempadan komersil Karni masih lagi ditutup.

Kerajaan haram Israel telah mengisytiharkan senarai komoditi baru yang dibenarkan memasuki Gaza sebagai sebahagian daripada rancangan untuk melonggarkan sekatan ke atas Gaza. Antara yang tersenarai adalah kicap, mayonis, jarum jahitan, barang mainan kanak-kanak, enjin kereta dan barang kosmetik. Walaupunbagaimanapun, penduduk Palestin menganggap langkah ini sebagai mengetatkan lagi sekatan dan bukannya melonggarkannya. Mereka menggesa kemasukan bahan-bahan asas seperti simen, besi dan bahan-bahan industri.

sumber : The Palestine Telegraph
penterjemah :  salwa

Categories
Berita Semasa

Israel Pertahan Kepungan Gaza

Khamis, 24/06/2010 – Menteri Pertahanan Israel mengatakan bahawa kerajaan haram Isreal akan meminta Lebanon bertanggung jawab jika terdapat lebih kekerasan dalam halangan terhadap kapal-kapal bantuan untuk Gaza.

Perahu yang terdiri daripada aktivis dan bantuan akan memulakan perjalanan dalam beberapa hari dalam usaha ke Gaza selepas pihak berkuasa Lubnan memberikan izin untuk kapal itu belayar ke Cyprus. Kerajaan Haram Israel telah membuat kenyataan bahawa walaupun ia telah melonggarkan kepungan atas Gaza, ia akan tetap mempertahankan kepungan laut dan tidak akan membenarkan kapal ke dermaga di sana kerana takut mereka boleh membawa senjata untuk Hamas.

sumber : Yahoo! News
penterjemah :   farah

Categories
Berita Semasa

US Bimbang Rancangan Roboh Rumah di Baitulmuqaddis

Khamis, 24/06/2010 – Jabatan Luar Negeri Amerika Syarikat menyatakan rasa bimbang tentang rancangan Israel untuk merobohkan 22 buah rumah Palestin di Baitulmuqaddis Timur yang dijajah. Jurucakap PJ Crowley mengatakan itu adalah bentuk tindakan yang merosakkan kepercayaan dan meningkatkan risiko keganasan.

Rancangan itu sebahagian daripada projek pembangunan kembali di persekitaran Silwan yang masih dalam peringkat awal. Menteri Pertahanan Israel juga mengkritik Majlis Perbandaran Baitulmuqaddis pelan yang dibuat dalam masa yang buruk dan miskin “akal”.  Di bawah rancangan yang telah diluluskan pada hari Isnin, 22 rumah akan diroboh untuk memberikan ruang bagi sebuah taman pelancongan Israel. 66 bangunan lain dibina tanpa kebenaran Israel akan disahkan.  Hal ini sangat ditentang oleh orang Palestin, yang percaya akan memperketat kawalan Israel ke atas wilayah itu.

sumber : The Palestine Telegraph
penterjemah :  ameen

Categories
Berita Semasa

Barak desak PBB hentikan penubuhan badan siasatan flotilla.

Khamis, 24/06/2010 – Menteri Pertahanan Israel, Ehud Barak mendesak PBB untuk menangguhkan rancangan menubuhkan badan siasatan bebas yang disokong oleh pertubuhan antarabangsa berikutan serangan komando Israel terhadap konvoi kapal bantuan kemanusiaan yang melakukan perjalanan ke Gaza bulan lalu sehingga meragut nyawa sembilan rakyat Turki.

Berkata kepada wartawan selepas pertemuan dengan Ban Ki-moon, Barak meminta Setiausaha Agung PBB supaya menangguhkan rancangan untuk membentuk suruhanjaya siasatan serangan Israel terhadap kapal konvoi keamanan termasuk enam kapal pelancongan yang membawa bantuan dan aktivis keamanan ke Gaza.

Barak menambah, “Kami telah menyuarakan pandangan kami bahawa pada ketika ini dan selagi mana masih ada konvoi kapal laut lain sedang bersiap untuk belayar ke Gaza, mungkin cara yang terbaik adalah untuk meninggalkannya (siasatan PBB) di atas rak untuk beberapa ketika. ”

sumber : The Palestine Telegraph
penterjemah :  hijjaz

Categories
Berita Semasa

Kapal Bantuan Iran Akan Berangkat Ahad Ini.

Khamis, 24/06/2010 – Persatuan Bulan Sabit Merah Iran bertekad mengirim sebuah kapal yang membawa 1100 ton barangan bantuan kemanusiaan ke Gaza. Kapal yang akan bergerak Ahad ini (27/06) diberi nama “Kapal untuk Anak-anak Gaza”.

Jurucakap Persatuan Bulan Sabit Merah Iran, Abdul Rauf Habib Zada, menyatakan, Selasa (22/6), persatuannya akan mengirim sebuah kapal yang membawa 1100 ton bantuan kemanusiaan ke Gaza Ahad depan, terutama ubat-ubatan, makanan dan pakaian kanak-kanak. Beliau menyatakan bahawa kapal ini akan meninggalkan pelabuhan Bandar Abbas di Teluk, Ahad depan menuju laut tengah.

Beliau menambah, “Kapal ini hanya akan disertai 10 orang sahaja iaitu seramai 5 orang wartawan dan 5 sukarelawan kemanusiaan. Kapal ini memerlukan masa 14 hari untuk tiba di pantai Gaza.”

sumber : COMES
penterjemah :  osman

Categories
Berita Semasa

Pemuda Palestin ditahan selepas dibebaskan sebulan yang lalu w/pun telah menjalani hukuman 8 tahun.

Rabu, 23/06/2010 – Rejim Zionis telah menangkap/menahan seorang pemuda daripada bandar Nablus hari ini selepas/sejurus/setelah membebaskannya sebulan yang lalu/lepas. Pemuda tersebut telah menjalani hukuman 8 tahun di dalam penjara Israel selepas dibebaskan pada kali pertama. Sumber-sumber Palestin telah berkata bahawa Mazen Aldanbak, 34, merupakan ahli gerakan Fatah di Nablus. Kuasa pendudukan Israel telah membebaskannya pada Mei 18, 2010 selapas menjalani 8 tahun secara berturut-turut di dalam penjara (kuasa) pendudukan tersebut.

Sumber-sumber juga mengatakan/menambah bahawa pendudukan kuasa telah menyerbu rumah Aldanbak yang terletak di Nablus pada waktu fajar/subuh hari ni dan telah menahan Mazen Aldanbak.

sumber : The Palestine Telegraph
penterjemah :  Yusra

Categories
Berita Semasa

PBB akan mendesak penarikan semula sekatan Gaza

Rabu, 23/06/2010 – Penarikan penuh sekatan ke atas Gaza akan memberikan peluang wilayah itu untuk dibangunkan semula, demikian menurut agensi PBB yang bertanggungjawab ke atas pelarian Palestin pada hari Isnin, sehari selepas kerajaan haram Israel berkata akan mengundurkan kawalannya.

Kerajaan haram Israel, yang menutup laluan di perairan wilayah Gaza untuk menghalang Hamas daripada mendapatkan senjata, sedang dalam tekanan antarabangsa untuk membuka sekatan Palestin selepas tentera rejim Israel membunuh sembilan aktivis dalam serangan ke atas kapal bantuan Flotilla pada 31 Mei yang lepas.

Dalam undang-undang sekatan yang lepas, sebarang barang yang yang tidak termasuk dalam senarai yang dibenarkan diharamkan daripada dibawa masuk. Kerajaan haram Israel berkata buat masa ini semua barang akan dibenarkan masuk ke Gaza kecuali barang berkenaan termasuk dalam senarai yang diharamkan termasuk senjata dan bahan untuk membuat senjata.

sumber : Yahoo! News
penterjemah : noraliza

Categories
Berita Semasa

Semalam Hari Pelarian Antarabangsa

Rabu, 23/06/2010 –Pusat Biro Statistik Palestin (PCBS) mengeluarkan sebuah laporan berkaitan status pelarian-pelarian Palestin di seluruh dunia sempena Hari Pelarian Antarabangsa yang jatuh pada 20 Jun.

Taburan terkini sejumlah 4.8 juta penduduk Palestin yang menjadi pelarian (menurut laporan UNRWA) adalah seperti berikut : 41.6% di Jordan, 23.2% di Semenanjung Gaza, 16.3% di Tebing Barat, 10.0% di Syria dan 8.9% di Lebanon.

Di Tebing Barat dan Gaza, PCBS merekodkan bahawa 41.8% pelarian adalah di bawah umur 15 tahun dan hanya 2.8% daripada keseluruhan populasi adalah warga emas berusia di atas 65 tahun.

sumber : The Palestine Telegraph
penterjemah : salwa

Categories
Berita Semasa

Wanita Palestin di Bawah Pendudukan Israel

Rabu, 23/06/2010 – Pusat Pengajian dan Perundingan Al-Zayouna merupakan organisasi Lebanon yang terlibat dalam kajian strategik dan futuristik terhadap masyarakat Arab dan dunia Muslim, (memberi penekanan) terhadap isu Palestin. Pada awal tahun 2010, ia telah menerbitkan siri kedua iaitu “Am I Not a Human”. Sebuah laporan “The suffering of Palesinian Woman Under the Israeli Occupation”, diterangkan seperti di bawah.

Meskipun di bawah ‘penderitaan luar biasa’ yang dialami, wanita-wanita Palestin in isentiasa menujukkan kualiti daya tahan yang luar biasa. Hidup dalam keadaan tekanan dengan kemiskinan, kediaman yang telah diranapkan, tanah yang telah musnah atau diambil alih, kanak-kanak yang sakit, suami yang dipenjarakan, ibu bapa yang dibunuh dan bermacam-macam lagi, Namun, mereka masih meletakkan harapan, untuk memenuhi keperluan harian sosial mereka. Mereka berpartisipasi dalam politk dan harus juga bergelut sepanjang hari. Semenjak 1948 lagi, hak-hak kemanusiaan, keselamatan, kebebasan untuk bergerak dan berekspresi, persekitaran yang sihat dan selamat, juga pendidikan telah dinafikan. Mereka terpaksa menjadi pelarian di bumi sendiri malah di juga peringkat antarabangsa, membawa beban yang melampau kapasaiti upaya wanita biasa.

Di bawah pendudukan Israel ini, mereka terpaksa bergelut setiap hari untuk survival, dan juga bergelut untuk memberikan yang terbaik untuk keluarga dan anak-anak mereka – merekalah pasangan, ibu, penjaga, pejuang, jururawat, buruh dan guru.

sumber : The Palestine Telegraph
penterjemah :  faizul

Categories
Berita Semasa

Warga Palestin, Israel Kritik Pentadbiran Israel

Rabu, 23/06/2010 – Keputusan Israel untuk mengurangkan kepungan atas Gaza telah dikritik Palestin yang mengatakan itu tidak cukup dan Israel sebenarnya takut itu akan menguatkan lagi Hamas di wilayah itu. Pentadbiran barat, bagaimanapun, termasuk Amerika Syarikat, telah memuji langkah itu sebagai langkah ke arah yang benar.

Presiden Palestin Mahmud Abbas, yang telah terbatas kuasa di Tebing Barat sejak Hamas merebut kekuasaan di Gaza dan pasukannya digulingkan pada tahun 2007, mendesak Israel sepenuhnya mengangkat kepungan empat tahun di situ.

“Langkah-langkah ini sahaja tidak cukup, dan semua usaha harus diberi untuk meringankan penderitaan rakyat Gaza,” jurucakapnya Nabil Abu Rudeina berkata.

sumber : Yahoo! News
penterjemah :  farah

Categories
Berita Semasa

Rusia tuntut Zionis segera batalkan sekatan terhadap Gaza

Rabu, 23/06/2010 – Kementerian Luar Rusia menyeru regim Zionis agar membatalkan segera sekatan yang dikenakan terhadap Genting Gaza dengan mengambil langkah-langkah berkesan bagi mengurangkan tragedi dan kesengsaraan kemanusiaan yang berlaku di Gaza yang telah dikepung untuk tahun keempat berturut-turut.

Satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Kementerian Luar Rusia berkata, Menteri Luarnya, Sergei Lavrov melalui panggilan telefon telah meminta rakan sejawatannya dari regim Zionis, Avigdor Lieberman, agar segera membatalkan sekatan yang dikenakan terhadap Gaza itu. Melalui panggilan telefon itu juga, perbincangan turut dijalankan mengenai perkembangan terkini rundingan tidak langsung antara pihak berkuasa Ramallah dan regim Zionis.

Kenyataan tersebut juga mengatakan bahawa Lavrov yang menerima panggilan tersebut daripada rakan sejawatannya itu turut menegaskan kepentingan usaha secara kolektif bagi menggerakkan usaha rundingan di Timur Tengah berdasarkan peruntukan undang-undang antarabangsa, supaya rundingan-rundingan yang dijalankan dapat membawa kepada keamanan dan kestabilan bagi Israel dan juga negara lain di Timur Tengah.

sumber : http://www.palestine-info.info/ar/
penterjemah :  muhajir

Categories
Berita Semasa

Israel melancarkan kempen kebencian terhadap Arab

Rabu, 23/06/2010 – Lebih daripada setengah juta penduduk Palestin yang tinggal di wilayah yang diduduki sejak 1948 sangat gembira untuk hidup dengan tenang selama setahun dengan kurangnya gangguan daripada pendatang Israel, di mana dunia telah mengiktiraf pendatang-pendatang tersebut untuk menduduki wilayah ini dan mendiaminya serta mengganggu penduduk asal.

Penduduk Palestin yang telah menduduki wilayah ini sejak 1948 telah berjaya membuang imej rasis setelah sekian lama dituduh sebagai pencetus semangat perkauman yang meningkatkan serangan ke atas mereka oleh pendatang Israel, dan mereka tidak mahu lagi serangan itu berterusan.

Sejak tahun 2000, di mana mula tercertusnya Intifada II, yang telah mengorbankan 13 nyawa remaja Palestin di wilayah yang diduduki mereka sejak 1948, pendudukan mereka telah membuktikan kebenaran bahawa serangan dan semangat perkauman yang jelas ke atas penduduk minoriti Palestin yang tidak pernah berhenti sejak 1948.

sumber : The Palestine Telegraph
penterjemah : rahina

Categories
Berita Semasa

Parlimen Eropah menuntut penghentian kepungan keatas Gaza

Rabu, 23/06/2010 – Parlimen Eropah mengeluarkan resolusi bersama menuntut penghapusan segera kepungan yang dikenakan ke atas Semenanjung Gaza, serta (menuntut supaya) membuka laluan laut, di samping mengutuk pembunuhan Zionis ke atas aktivis keamanan antarabangsa yang berada di kapal armada, kebebasan dua minggu yang lalu.

Rami Abdoh, salah seorang ahli “kempen Eropah untuk menghapuskan kepungan atas Gaza,” berkata dalam satu kenyataan eksklusif yang dibuat pada petang Khamis (17-6) untuk “Pusat Maklumat Palestin”: “Parlimen Eropah mengeluarkan resolusi yang menuntut penghapusan segera kepungan keatas semenanjung Gaza dan membuka laluan laut, dengan majoriti 470 suara (yang menyokong) berbanding 56 suara yang membangkang. ”

sumber : http://www.palestine-info.info/ar
penterjemah :  arif