




Selasa, 24/03/2009 – Pusat Kajian Al Ahrar bagi banduan-banduan melaporkan keputusan jawatankuasa menteri Israel yang memburukkan keadaan tahanan2 Hamas termasuk banduan-banduan wanita yang menyokong pergerakan Hamas menyatakan berdasarkan surat2 yang ditulis oleh tahanan2 mengesahkan bahawa pentadbiran penjara Israel akan mengambil langkah-langkah untuk menghukum mereka.

Sumber-sumber keselamatan Lebanon melaporkan pada hari Isnin , pemimpin kanan bagi PLO bagi pergerakan Fateh terbunuh bersama dengan empat yang lain dalam satu letupan yang mengambil tempat di kem pelarian AL MIA MIA, luar bandar raya Sidon , selatan Lubnan.
Isnin, 23/03/2009 – Jabatan tahanan kerajaan Palestin menegaskan bahawa tindakan yang dilakukan Israel menekan tahanan Hamas dan meningkatkan siksaan termasuk dengan memasukkan tahanan gila ke sel adalah bukti kebuntuan, kebingunan dan tekanan mereka dalam menghadapi ketegaran Hamas. Tindakan Israel itu tidak akan berjaya melumpuhkan sikap tegar fraksi-fraksi pejuang Palestin yang ingin kesepakatan perjanjian pertukaran tahanan sesuai dengan syarat-syarat mereka.
Isnin, 23/03/2009 – Kesyahidan Syeikh Ahmad Yasin bukan satu peristiwa yang berlalu begitu sahaja. Bahkan ia adalah peristiwa besar yang mendapat perhatian mereka yang berjiwa merdeka di seluruh dunia. Ia juga menjadikan umat Islam dan bangsa Arab menyedari tentang bahaya sebenar yang dicernakan oleh regim Zionis terhadap bumi Palestin.

Isnin, 23/03/2009 – Pemimpin Hamas Dr. Mahmod Zehar menegaskan bahawa antara keutamaan Hamas adalah menjaga keamanan Mesir dan segala bahaya yang menimpa Mesir akan mendatangkan kesan kepada Palestin. Beliau turut memuji Mesir kerana telah menjadi orang tengah yang baik dalam rundingan pertukaran tahanan Palestin dengan tentera Zionis-Israel Gilad Shalit.
Berkenaan kesepakatan dengan kumpulan-kumpulan di Palestin, beberapa persetujuan telah disepakati.
sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : Abu Awatif

Jumaat, 20/03/2009 – Sejumlah 21 orang rakyat Palestin termasuk empat MP terpilih telah diculik pada Khamis lalu sepanjang serangan awal pagi yang mensasarkan penduduk Palestin di Tebing Barat. Menurut sumber-sumber Palestin, tentera itu telah menyerang bandar raya Ramallah, Nablus, Tulkarem, Bethlehem, Hebron dan Jericho.

Jumaat, 20/03/2009 – Ismail Haneyya, Perdana Menteri Palestin menegaskan perdamaian dan penamatan keadaan perpecahan di Palestin adalah matlamat tetap HAMAS yang mahu dicapainya. Manakala keadaan perpecahan yang berlaku sekarang hanyalah suatu yang sementara.

Khamis, 19/03/2009 – Satu lagi perintah yang membenarkan hukuman secara kolektif terhadap Warga Palestin di mana Mahkamah Agung Israel memberi kebenaran kepada pihak berkuasa Israel untuk memusnahkan rumah penduduk Palestin di Timur Baitulmuqaddis yang membawa kepada serangan terhadap jentolak di bandar itu pada Julai 2008.

Khamis, 19/03/2009 – Jurucakap HAMAS, Fauzi Barhoum mendedahkan semua fraksi Palestin bersetuju membentuk kerajaan sementara perpaduan nasional sebelum mengadakan pilihanraya umum.

Khamis, 19/03/2009 – HAMAS mendakwa regim Zionis bertanggungjawab sepenuhnya terhadap kegagalan perjanjian berkenaan pertukaran tawanan, sambil menegaskan Zionis membelakangi segala nilai dan neraca kemanusiaan. Zionis juga mengeksploitasi sokongan antarabangsa kepadanya juga dokongan sekutunya Amerika Syarikat, di samping pendirian memalukan yang ditunjukkan oleh beberapa kerajaan negara Arab.

Khamis, 19/03/2009 – Seorang pimpinan HAMAS, Dr Khalil Abu Lailah menyifatkan kenyataan regim Zionis bahawa HAMAS berpendirian keras dalam perjanjian pertukaran tawanan sebagai dusta dan palsu. Beliau menegaskan pendirikan HAMAS tidak pernah berubah semenjak penawanan Gel’ad Shalit, seorang tentera Zionis.

Khamis, 19/03/2009 – Ketua Biro Politik HAMAS, Khalid Mesh’al menghargai dan mengalu-alukan pendirian kerajaan Bahrain yang menyokong rakyat Palestin semasa serangan Zionis terhadap Semenanjung Gaza baru-baru ini.

Jumaat, 13/03/2009 – Peserta-peserta Seminar Bangsa-bangsa Bersatu untuk membantu Rakyat Palestin, telah membuat analisis mengenai kerosakan akibat dari peperangan Israel-Gaza. Kos dianggarkan menghampiri $1.9 bilion, Agensi Akhbar Palestin, WAFA, melaporkan.

Jumaat, 13/03/2009 – Fawzi Barhoum menegaskan semua fraksi yang mengadakan dialog di Kaherah mempunyai peluang cerah untuk proses perdamaian nasional dan menyeru mereka untuk merebut peluang tersebut bagi menyelesaikan segala perpecahan dalaman yang berlaku serta menggabungkan diri dalam arus perdana dunia secara bersama.