Categories
Berita Semasa

(Terkini) Rakyat Palestin tertekan dengan Tembok Annexation !

Rabu,  27/05/2009 – Pembinaan Tembok Annexation Israel di atas tanah keluarga Khatib telah menyebabkan 24 anggota keluarga itu berada di wilayah Israel Wall, di mana mereka dikawal dan ditahan dalam rumah. Tiada mana-man ahli keluarga itu terlibat dengan jenayah, tetapi tentera Israel mengawal mereka di bawah penahanan dalam rumah kerana tentera Israel telah membina tembok dengan keluarga tersebut berada dibahagian wilayah Israel.

Rumah dan tanah keluarga itu telah diberikan kepada peneroka Pisgat Ze’ev, dan keluarga itu tidak rela diri mereka “bertukar menjadi peneroka”. Untuk melawat saudara-mara dan rakan-rakan mereka di kampung Hizma, mereka terpaksa melalui pintu sempadan pemeriksaan Israel. Rakan-rakan dan saudara-mara yang telah diletakkan di sebelah Palestin pula sangat susah mendapatkan permit dan perlukan kebenaran untuk melawat keluarga Khatib yang terpinggir di Pisgat Ze’ev.

sumber : http://www.imemc.org 
penterjemah :  hijjaz79