Categories
Berita Semasa

Rancangan Amerika di sebalik isu mencari jalan perdamaian

Khamis, 29/04/2010 – Kerajaan Palestin pimpinan Ismael Haniyeh sekali lagi menegaskan bahawa mereka menolak untuk melakukan perundingan atau kerjasama, secara langsung atau tidak langsung dengan kerajaan Fatah di Ramallah dan kerajaan penjajah Zionis, dengan menegaskan bahawa kerajaan Fatah (Pimpinan Mahmud Abbas) ini sebenarnya tidak mewakili rakyat Palestin dan dalam masa yang sama, beliau memberi peringatan tentang strategi dan rencana Amerika dalam membuat pemukiman di daerah tersebut.

sumber : http://www.palestine-info.info/ar/
penterjemah :   arif

Categories
Berita Semasa

Fatah harus pilih Palestin atau dana politik

Khamis, 29/04/2010 – Pemimpin Hamas Ismail Ashqar menyerukan gerakan Fatah untuk memilih samada mendahulukan Palestin atau dana politik kotor yang di dalangi oleh Salam Fayyad. Ashgar menyatakan, bilamana ada usaha ke arah perdamaian dan penyatuan, penangkapan politik terus hebat dilakukan terhadap pimpinan HAMAS. Semua gerak kerja kotor ini memang sengaja dirancang oleh Fayyad.

HAMAS bertegas supaya Fatah menyatakan pendirian mereka samada kepentingan politik Fatah atau mendahulukan rakyat Palestin. Sekiranya Fatah memilih untuk terus membela rakyat Palestin, Fatah akan kembali di hormati.

sumber : COMES
penterjemah : Abu Awatif

Categories
Berita Semasa

Kartun amaran dari Hamas buat Israel dikeluarkan.

Khamis, 29/04/2010 – Sayap bersenjata Hamas Ahad lalu menyiarkan kartun bagi memberi amaran Israel atas nasib askar mereka yang ditangkap dengan menuntut pertukaran dengan ratusan tahanan Palestin.

Kartun tiga dimensi selama tiga minit itu menggambarkan ayah kepada tentera yang ditahan, Gilad Shalit dilihat berjalan melalui jalan-jalan bandar yang kosong sambil membawa papan tanda yang memaparkan janji pemimpin Israel sebelum ini dan akan datang yang berjanji untuk membebaskan anak lelakinya.

Sehingga kartun tamat, askar itu dipaparkan berada dalam keranda dengan dibaluti bendera sebagai sebahagian daripada pertukaran tawanan sebelum ayahnya, Noam Shalit bangun dari mimpi dan menyedari masih ada waktu untuk membawa anaknya kembali dalam keadaan masih hidup.

sumber :  Yahoo! News
penterjemah :  hijjaz

Categories
Berita Semasa

Al-Zahhar: Shalit tidak akan dibunuh

Khamis, 29/04/2010 – Dr Mahmoud al-Zahhar, seorang pimpinan terkenal HAMAS menegaskan pendirian pergerakannya terhadap tentera Zionis yang ditawan, Gilad Shalit adalah sama dengan tawanan lain, iaitu bahawa mereka tidak akan membunuh mana-mana tawanan yang ditawan oleh mereka, sambil menjelaskan bahawa itu adalah pendirian berakhlak yang tetap dan dipegang secara beterusan oleh HAMAS.

Beliau menjelaskan semasa sidang akhbar khas yang diberikan kepada Pusat Media Palestin pada petang Selasa (27/4) bahawa mana-mana pentafsiran lain berkenaan hal ini adalah pentafsiran yang tidak mendapat tempat di sisi HAMAS, lagipun pendirian politik HAMAS dalam hal ini telah dijelaskan sebelum ini.

Beliau juga menyebut bahawa polisi menculik tentera Zionis adalah polisi yang menguntungkan HAMAS dan boleh digunakan untuk menukar tawanan itu dengan tahanan Palestin yang ditahan dalam penjara Zionis atau dihukum dengan hukuman penjara puluhan tahun. Beliau juga memaklumkan bahawa rundingan yang telah dilakukan oleh Yaseer Arafat dan penggantinya Mahmoud Abbas, tidak berjaya membebaskan tahanan-tahanan Palestin dalam penjara Zionis.

sumber : http://www.palestine-info.info/ar/
penterjemah :  muhajir

Categories
Berita Semasa

Tentera menahan enam warga Palestin sewaktu serangan yang mensasarkan masyarakat Tebing Barat.

Khamis, 29/04/2010 – Selasa lalu, tentera Israel telah menahan enam warga awam Palestin semasa pencerobohan tentera yang mensasarkan masyarakat Tebing Barat.

Menurut laporan beberapa sumber tempatan, pencerobohan dilakukan di bandar Nablus dan Ramallah, bahagian tengah dan utara Tebing Barat, termasuk juga kawasan Hebron di selatan.Radio tentera mengumumkan bahawa semua tahanan hari ini akan dipindahkan ke pusat kemudahan tahanan tentera untuk diinterogasi.

Tentera mendakwa bahawa pasukan mereka telah menemui dua AK47 machineguns di rumah salah seorang mangsa tahanan dari kota Hebron.

sumber : http://www.imemc.org
penterjemah : rohiez

Categories
Berita Semasa

Dr Bahar mengajak pasukan pertahanan menangkap lebih banyak tentera Israel sebagai tawanan perang


Khamis, 29/04/2010 – Timbalan Ketua Dewan Perundangan Palestin, Dr Ahmad Bahar, menyeru pasukan-pasukan pertahanan dan ketenteraan Palestin supaya melakukan penangkapan lebih ramai dari tentera penjajah Israel untuk dijadikan tawanan perang, sebagai langkah memaksa tentera Zionis membebaskan rakyat Palestin yang ditahan di penjara Israel.

Perkara ini ditegaskan oleh beliau ketika menghadiri upacara demontrasi lilinyang dilakukan oleh anak-anak dari keluarga tahanan, dengan tema “Lilin Menerangi Kegelapan” anjuran Kementerian Belia dan Sukan dengan kerjasama Jawatankuasa Tertinggi Kebangsaan bagi Pembebasan Tawanan Perang, yang berlangsung pada hari Isnin (26-4) di perkarangan Dewan Perundangan Palestin di Gaza dan disaksikan oleh Timbalan Menteri Kehakiman, Muhammad Farj al-Ghol, Menteri Belia dan Sukan Basem Naeem dan Ketua Umum Polis, Abu Ubaidah al-Jarrah.

sumber : http://www.palestine-info.info/ar
penterjemah : arif

Categories
Berita Semasa

7 cedera dalam Protes Mingguan Anti-Tembok Nil’in


Rabu, 28/04/2010 – 7 orang remaja tempatan cedera di Kampung Nil’in di tengah Tebing Barat semasa mengadakan protes mingguan anti-tembok pada Jumaat lepas.

Terdahulu, penduduk kampung bersama-sama penyokong antarabangsa dan rakyat Israel melakukan sembahyang Zohor di kawasan tanah berhampiran tembok yang dibina Zionis yang telah diisytiharkan sebagai zon militari tertutup oleh tentera rejim Zionis.

Kemudiannya para pemprotes berjalan ke gerbang tembok itu yang memisahkan para petani dengan tanah mereka. Tentera rejim Zionis menembak gas pemedih mata dan bom bunyi ke arah pemprotes.

sumber : http://www.imemc.org
penterjemah :  salwa

Categories
Berita Semasa

Tahanan teruskan mogok lapar

Rabu, 28/04/2010 – Jawatankuasa Tertinggi Kebangsaan bagi Membela Tahanan memaklumkan bahawa para tahanan mengadakan mogok lapar kali ketiga untuk bulan ini secara bersama pada hari Selasa (27/4). Ia adalah mogok terakhir daripada siri bantahan yang diisytiharkan oleh para tahanan pada bulan ini.

Riyad al-Ashqar, pengarah media jawatankuasa berkenaan menjelaskan dalam satu kenyataan akhbar pada hari Isnin (26/4) yang diterima oleh Pusat Media Palestin bahawa para tahanan bertekad untuk meneruskan bantahan mereka sekalipun mendapat ugutan daripada pihak pengurusan penjara Zionis yang cuba menggagalkan mogok tersebut dengan sebarang cara termasuk melakukan tekanan, memindahkan tahanan dan menyerbu sel-sel tahanan.

Beliau juga menerangkan bahawa pihak Zionis telah berusaha semenjak awal lagi untuk menggagalkan mogok tersebut, tetapi mereka tidak berjaya lalu mereka menggunakan ugutan. Kemudian mereka mengenakan hukuman bagi menghalang tahanan daripada meneruskan mogok tersebut. Di penjara Jalbu’, mereka menghalang tahanan daripada bersenam dan mengeluarkan beberapa kipas elektrik daripada bilik-bilik tahanan.

sumber : http://www.palestine-info.info/ar/
penterjemah :  muhajir

Categories
Berita Semasa

Tentera Rejim Zionis menahan 5 orang awam Di Tebing Barat

Rabu, 28/04/2010 – Lima orang awam Palestin yang ditahan oleh tentera rejim Zionis, pada waktu subuh hari Isnin dan malam Ahad semasa pencerobohan tentera rejim ke atas masyarakat Tebing Barat.

Sumber-sumber tempatan melaporkan pencerobohan berlaku di kampung-kampung yang terletak selatan dan utara Tebing Barat. Radio tentera rejim mengumumkan bahawa semua para tahanan dipindahkan ke pusat tahanan tentera untuk disoal siasat. Pihak tentera berkata lima orang tersebut berada di dalam senarai yang dikehendaki

sumber : http://www.imemc.org
penterjemah : ameen

Categories
Berita Semasa

Seorang pejuang Al Qassam syahid Isnin lalu.

Rabu, 28/04/2010 – Sumber perubatan Palestin pada Isnin pagi lalu melaporkan seorang pejuang Brigade Al-Qassam, sayap bersenjata gerakan Hamas telah terbunuh dalam pertempuran dengan tentera Israel yang mengepung sebuah rumah di bandar Beit AWWA, selatan Hebron di daerah selatan Tebing Barat .

Pejuang itu dikenalpasti sebagai Ali Al Sweity, 40. Namanya teratas dalam senarai individu yang dikehendaki Israel selama lapan tahun. Brigade Al-Qassam mengesahkan pejuangnya terbunuh dan berjanji untuk membalas dendam.

Sumber tempatan melaporkan Sweity berada di rumah saudaranya, Mahmoud Sweity yang kini ditahan oleh Israel.

sumber : http://www.imemc.org
penterjemah : hijjaz

Categories
Berita Semasa

Israel haramkan Mufti Besar Jerusalam dari meninggalkan negara

Rabu, 28/04/2010 – Menteri Dalam Negeri Israel, Elie Yishai telah mengetengahkan satu dikri pada hari Khamis untuk menghalang Sheikh Ikrima Sabri, Imam Masjidil Aqsa di Jerusalam dan ketua Jawatankuasa Tertinggi Islam dari meninggalkan negara sehingga 27 September 2010.

Yishai menyatakan perjalanan Sabri akan mendatangkan bahaya kepada keselamatan Israel, dan menuduh beliau sebagai penghasut.

Sheikh Sabri berkata yang keputusan tersebut menunjukkan sifat ketidaladilan, melanggar prinsip asas hak asasi manusia, melanggar hak kebebasan bersuara dan kebebasan bergerak.

sumber :  imemc
penterjemah :  bob

Categories
Berita Semasa

Tentera rejim Zionis tembak 7 rakyat Palestin di Jerusalem

Rabu, 28/04/2010 – Tentera rejim Zionis menembak 7 orang rakyat Palestin termasuk seorang anggota paramedik berdekatan sebuah khemah di kejiranan Al-Bustan di Jerusalem.

Anggota keselamatan khas Zionis dan polis rejim Zionis menembak pemuda-pemuda itu dengan peluru getah, mengakibatkan 4 orang cedera termasuk anggota paramedik itu ketika beliau sedang cuba untuk menghantar mangsa-mangsa yang cedera ke hospital.

Dalam kejadian pada pagi ini, seorang lagi rakyat Palestin cedera berhampiran khemah tersebut.

sumber : The Palestine Telegraph
penterjemah :  salwa

Categories
Foto/Video/Muzik

Ingat tarikh 8 Mei ini ! Kita ke Stadium Melawati Shah Alam !

Categories
Berita Semasa

Hamas : “Kejadian di Salwan, bukti kegagalan proses damai”

Selasa, 27/04/2010 – Hamas menganggapkan utusan dari Amerika Syarikat, George Mitchel bagi mencari jalan perdamaian antara Palestin dan Israel sebagai satu tindakan yang sia-sia. Kerana pada ketika ini, kumpulan perampas Zionis sedang melakukan demontrasi membantah pendudukan rakyat Palestin dan menuntut pengusiran rakyat Palestin secara keseluruhannya telah mendapat persetujuan dari Kementerian Dalam Negeri(kerajaan penjajah Israel) dan dalam masa yang sama, mendapat perlindungan dari pasukan polis dan tentera. Perkara ini menunjukkan strategi mereka membuat penempatan baru Yahudi dengan matlamat meyahudinisasikan Baytul Maqdis secara keseluruhannya.

sumber : http://www.palestine-info.info/ar/
penterjemah :  arif

Categories
Berita Semasa

Israel serang perkampungan di Nablus dan Hebron

Selasa, 27/04/2010 – Askar rejim Zionis(IOF) telah menyerang Kampung Aserat Al-Shmalia di Nablus,Tebing Barat hari ini.

Saksi mengatakan kepada agensi berita Safa bahawa IOF telah menyerang kampung tersebut dengan puluhan kenderaan tentera dan memusnahkan banyak rumah. Mereka menambah bahawa tentera Israel telah menceroboh masuk ke kawasan rumah mereka tetapi tidak ada penahanan dilaporkan.

sumber : The Palestine Telegraph
penterjemah :  nurul