Categories
Berita Semasa

Obama : Ada kemungkinan kemajuan dalam rundingan damai Timur Tengah tahun ini

Selasa, 15/06/2010 – Presiden Barack Obama memberi jaminan sepenuhnya untuk meransang kemajuan dalam rundingan damai Timur Tengah pada tahun ini, walaupun ianya dicemari oleh serangan rejim Zionis ke atas armada bantuan ke Gaza.

Beliau yang menerima kunjungan bekas Presiden Palestin, Mahmoud Abbas ke Rumah Putih pada Rabu lepas memberi janji sepenuhnya campurtangan AS dalam krisis terbaru dan berikrar untuk membawa rejim Zionis dan Palestin keluar daripada jalan buntu ke arah perjanjian damai.

Beliau turut mendedahkan bahawa AS akan menyalurkan bantuan sebanyak AS$400 juta kepada Gaza dan Tebing Barat yang meliputi bantuan perumahan, pendidikan dan infrastruktur. Bantuan ini adalah sebahagian daripada komitmen AS untuk memperbaiki kehidupan harian penduduk Palestin.

sumber : Yahoo! News
penterjemah :  salwa

Categories
Berita Semasa

Obama cadang pendekatan baru di Gaza

Selasa, 15/06/2010 – Presiden Barack Obama berkata situasi di Timur Tengah adalah “tidak akan berterusan” dan pendekatan yang lebih baik diperlukan untuk menyelesaikannya. Dia membuat ulasan selepas pertemuan dengan pemimpin Palestin Mahmoud Abbas di White House. Dia menambah bahawa proses damai Timur Tengah tahun ini bakal berjaya. “Kedua-dua belah pihak harus mecipta satu keadaan yang baik untuk sebuah kedamaian yang sebenarnya,” kata Obama.

Obama menegaskan bahawa Israel harus menghentikan pembangunan pemukiman haram di wilayah Palestin. Dia menambah Amerika Syarikat sentiasa komited untuk melihat usaha damai bergerak selama-lamanya. “Kami akan terus bekerjasama dengan anda serta orang-orang Israel,” kata Obama kepada Abbas.

Abbas menegaskan kepada Presiden Obama pengepungan rakyat Palestin harus dihentikan. Tambahan USD 400 juta dalam bantuan akan diberikan ke Gaza oleh Amerika Syarikat, seminggu selepas serangan berdarah Israel ke atas konvoi Keamanan Flotilla. Sebelum ini Israel mendakwa kepungan diperlukan untuk mengelak senjata daripada jatuh ke tangan Hamas di Gaza.

sumber : Yahoo! News
penterjemah :  syed

Categories
Berita Semasa

(Penting) Jadual Roadshow Bekas Tahanan Israel di Kapal Mavi Marmara.

[JB | 15 Jun | 9 pm] Masjid Jamek Bandar Baru Uda

Dr Mohd Arba’ie Shawal (HALUAN) dan Ustaz Hasanuddin (Aqsa Syarif) selepas solat Isya’.

[GOMBAK | 16 Jun | 7:30pm] Surau Darul Falah, Taman Berjaya

Noorazman Mohd Samsuddin.

[SKUDAI | 16 Jun | 9pm] Padang Awam Taman Mutiara Rini

Dr Mohd Arba’ie Shawal (HALUAN) dan Ustaz Hasanuddin (Aqsa Syarif)

[SKUDAI | 16 Jun | 9am] Dewan Sultan Iskandar, UTM

(Untuk Kakitangan UTM) Dr Syed Mohd Haleem, Dr Arba’ie Syawal dan Ust Hasanuddin Oleh: UTM, HALUAN, Aqsa Syarif

[BANGI | 17 Jun | 7:30pm] Surau Abdul Rahman Auf

Jalan 3/29. Bandar Baru Bangi. Dr Syed Mohd Haleem.

[SKUDAI | 17 Jun | 9pm] Masjid Jamek Al-Falah Kg Maju Jaya

Dr Arbai’e Shawal dan Wakil PGPO Oleh: HALUAN, AJK Masjid, Gerakan Belia 4B

[KLANG | 17 Jun | 7:30pm] Masjid An-Naim, Jalan Kebun

Noorazman Mohd Samsuddin & M Nizam b M Awang.

[KOTA TINGGI | 18 Jun | 8pm] Masjid Bandar Mas

Dr Mohd Arbai’e Syawal. Oleh: JK Masjid Bandar Mas, HALUAN

[LARKIN | 19 Jun | TBA] Kompleks Belia Dan Sukan

Di Dewan Besar. Noorazman Mohd Samsuddin & Dr Mohd Arbai’e Syawal

[PP | 19 Jun | 9 pm] Kompleks Pendidikan An-Nahdoh

Ustaz Al-Hami Husain dan Dr Syed Muhd Haleem. Program kerjasama Biro Haluan Palestin dengan Yayasan An-Nahdhoh. Lokasi

[SUBANG JAYA | 20 Jun | Malam] Surau Baiturrahman Putra Heights

Noorazman Mohd Samsuddin. Maklumat Lanjut: Ust Fakhruddin 012-654-9344

[MELAKA | 21 Jun| 8:30pm] Multimedia University MOSQUE

Noorazman Mohd Samsuddin. Ceramah “Gaza Flotilla, Behind The Enemy Line”

[DAMANSARA | 23 Jun | 1pm] Wisma Bank Islam

Noorazman Mohd Samsuddin.

[PUTRAJAYA | 24 Jun | 2pm] Blok D7, JAKIM

Perkongsian bersama JAKIM. Noorazman, Dr Syed Mohd Haleem dan Dr Selamat.

[USJ | 25 Jun | 7:45pm] Surau Al Madaniah

Noorazman Mohd Samsuddin. Selepas Maghrib.

[MELAKA | 25 Jun | 1:30pm] Masjid Universiti Teknikal Malaysia

Khutbah Jumaat oleh Noorazman Mohd Samsuddin.

[PASIR GUDANG | 25 Jun | 8pm] Masjid Jamek Pasir Gudang

Dr Mohd Arba’ie Syawal. Oleh: JK Masjid & HALUAN

[KL | 25 Jun | 9am] Parlimen Malaysia

Ceramah LL4G oleh Dr Syed Mohd Haleeem.

[KULAI | 26Jun ] Masjid Tmn Kota Putri Kulaijaya,

Dr Mohd Arba’ie Syawal dan Ust Hasanuddin Oleh: Penghulu Kg sri Paya, HALUAN, MPKu

[CHERAS | 26 Jun | 7:30pm] Masjid Al-Mukhlisin, Alam Damai

Noorazman Mohd Samsuddin.

[CHERAS | 27 Jun | 7:45] Surau Al Amin Bdr Tun Hussein Onn

Noorazman Mohd Samsuddin. Seleps maghrib.

Categories
Berita Semasa

Serangan pengganas… Saya tidak fikir begitu

Isnin, 14/06/2010 – Pada 22 Julai 2008, saya sedang berjalan pulang dari Gim YMCA di King David Street di Jerusalem ketika saya menyaksikan apa yang dikatakan sebagai satu serangan pengganas. Seorang lelaki Palestin dimana Israel dengan melulu menuduh beliau sebagai seorang pengganas sedang memandu sebuah jentolak ( ini adalah insiden jentolak kedua dalam sebulan, bukan pertama) telah ditembak mati oleh ORANG AWAM Israel dan seorang pegawai pengawal sempadan yang tidak bertugas. Kejadian ini berlaku selang 100 meter dari saya.

Reaksi warga Israel adalah sangat menakjubkan, lari berkeliaran, menangis dan menjerit “Lihat dengan apa yang kita hadapi setiap hari”, “ Pengganas-pengganas ini tidak akan berhenti”. Dengan kenyataan diatas, Israel akan membuat anda percaya bahawa mereka adalah mangsa keganasan. Perlu diingat bahawa terdapat banyak kamera dan wartawan dari rangkaian penyiaran terbesar di seluruh pelusuk dunia. Saya amat terperanjat bagaimana mereka dapat menukarkan insiden seperti ini kepada sebuah tangisan yang menyedihkan bagi meminta bantuan dunia.

Lelaki Palestin yang berumur 22 tahun itu, tanpa sebarang rekod jenayah sedang memandu jentolaknya ke sebuah lorong dan melanggar beberapa meja dan kerusi kafe, melanggar beberapa buah kereta, tanpa membunuh sesiapa. Di Amerika Syarikat, sebagai contoh, lelaki ini akan dikenalpasti mempunyai masalah mental, kemungkinan tekanan perasaan, dan akan diberi rawatan perubatan untuk memastikan beliau pulih sepenuhnya . Ini adalah langkah yang terbaik yang sepatutnya untuk diambil.

selanjutnya di sini

sumber : The Palestine Telegraph
penterjemah : noraliza

Categories
Berita Semasa

German dan Itali menuntut penyertaan dalam penyiasatan

Isnin, 14/06/2010 – German dan Itali mengumumkan bahawa mereka mahukan perunding antarabangsa dari Timur Tengah turut serta dalam mencapai siasatan yang “telus dan adil” mengenai serangan Israel terhadap konvoi bantuan yang menghala ke Gaza.

Menteri Luar Jerman, Guido Westerwelle dan rakan sejawatan dari Itali, Franco Frattini, setelah selesai mesyuarat di Berlin, kedua-duanya memberi jaminan bahawa mereka mahukan satu penyiasatan antarabangsa dan Frattini menambah “ini adalah untuk kebaikan Israel sendiri” seandainya siasatan ini dijalankan.

Perancis dan Britain juga mendesak Israel untuk menerima penyiasatan antarabangsa terhadap insiden tersebut. Bagi pihak Israel, seorang pegawai Israel memberitahu semalam bahawa pihak Israel akan berunding dengan Amerika dan beberapa negara lain tentang merangka penyiasatan yang akan dikendalikan terhadap serangan Israel ke atas kapal-kapal konvoi bantuan menuju ke Gaza.

sumber : The Palestine Telegraph
penterjemah :  noraliza

Categories
Berita Semasa

Universiti di Korea membatalkan penganugerahan Doktor Kehormat untuk Peres

Isnin, 14/06/2010 – Salah sebuah universiti di Korea Selatan telah mengambil keputusan untuk membatalkan penganugerahan Doktor Kehormat untuk Presiden Israel, Shimon Peres. Pihak berkuasa Korea juga telah mengambil tindakan untuk mengurangkan masa lawatan Peres hari ini atas kezaliman tentera Israel terhadap “konvoi kebebasan”.

Sebagaimana dipetik dari agensi sumber berita Korea, “Yonhap” – Korea Selatan telah berusaha untuk membatalkan sepenuhnya lawatan Peres sebagai tanda protes kepada kezaliman tentera Israel terhadap konvoi aktivis kedamaian di perairan antarabangsa, Namun begitu, banyak campur tangan telah diterima sehingga memberi tekanan kepada pentadbiran Korea untuk menerima lawatan Peres. Agenda lawatan dikurangkan sejajar kepada desakan antarabangsa yang memuncak terhadap tentera Israel kerana serangan terbaru mereka keatas konvoi bantuan kemanusian yang membawa makanan dan ubatan ke Gaza yang telah ditawan hampir 4 tahun. Agensi tersebut memetik dari satu sumber dari Kedutaan Israel di Seoul menyatakan penganugerahan Doktor Kehormat kepada Presiden Israel di Universiti Korea telah pun dibatalkan.

Berpuluh-puluh penduduk Korea Selatan telah melancarkan demonstrasi di Seoul bagi membantah Presiden Simon Peres, dan menggelar beliau sebagai “pembunuh” sepanjang lawatan beliau ke ibu negara Korea.

sumber : The Palestine Telegraph
penterjemah :  noraliza

Categories
Berita Semasa

Syahidnya Tawanan Penjara el-Ramla, Mohamed Abidin

Isnin, 14/06/2010 – Pusat Kebebasan Hal Ehwal Tawanan telah mengesahkan bahawa Mohamed Abdel-Salam Abidin (37 tahun), yg berasal dari daerah al-Tur, Baitulmuqaddis, dan merupakan tawanan di Penjara el-Ramlah telah gugur syahid pada hari Khamis (06/10), ketika Jawatankuasa Tertinggi Kebangsaan bagi Membebaskan Tawanan 2010, mengeluarkan kenyataan bahawa rejim Zionis bertanggung jawab atas kematiannya yang berlangsung dalam “keadaan misteri”.

Menurut sumber yang diambil dari dalam penjara Israel sendiri, Abidin telah syahid di penjara el-Ramlah, akibat penyiksaan yang dilakukan oleh kakitangan pentadbiran penjara, disamping keadaan kesihatannya yg buruk dan langsung tidak dipedulikan oleh para doktor di dalam penjara ini.

Sumber tersebut menjelaskan lagi bahawa pegawai penjara Zionis telah mengeluarkan kenyataan (kononnya) tawanan telah membunuh diri di dalam tahanan mereka, dalam usaha mereka untuk memutarbelitkan fakta, dan mengelak dari rasa bertanggungjawab di peringkat antarabangsa dan dari persoalan yang timbul dari pusat hak asasi manusia antarabangsa.

sumber : http://www.palestine-info.info/ar
penterjemah :  arif

Categories
Berita Semasa

Konflik Kerajaan Fatah Di Pembuangan Undi Pilihanraya Bandar Di Tebing Barat

Sabtu, 12/06/2010 – Kerajaan Salam Fayyadh (yang tidak berundang-undang) telah bertindak menangguhkan Pilihanraya Bandar Penduduk Tebing Barat secara tiba-tiba pada hari Khamis 10/6/2010 yang mana pilihanraya tersebut telah pun dijadualkan pada tarikh 17 Julai yang lepas,perkara itu terjadi adalah disebabkan konflik dalaman yang kronik di dalam pengurusan rangka kerja Pergerakan Fatah dan kerana takutkan kekalahan mereka di dalam pilihanraya ini,yang mana perkara ini akan menjadi suatu tamparan yang hebat kepada Fatah.

Konflik dalaman tersebut telah pun timbul ketikamana proses pilihanraya tersebut hampir berjalan – yang mana pilihanraya tersebut telah pun diboikot oleh dua buah Gerakan Islam iaitu Hamas dan Jihad Islami- kerana terdapat cubaan daripada orang-orang yang berpengaruh di dalam Fatah di dalam membuat senarai pemilih tanpa campurtangan Pergerakan Hamas dan juga telah mengenepikan keputusan Majlis Pusat yang telah memberikan amaran kepada anggota Fatah agar tidak terlibat di dalam pilhanraya dalam keadaan bebas daripada mana-mana campurtangan pihak lain.

Bahkan amaran tersebut tidak dihiraukan langsung oleh para pemimpin Pergerakan Fatah itu sendiri,yang mana Peguam Ghassan Syak’a dan salah seorang daripada pemimpin yang terkemuka di dalam pergerakan mereka telah memberitahu secara rahsia kepada teman-teman yang rapat dengan mereka bahawa dia berniat untuk menjadi Pencalonan Pilihanraya Bandar Nablus walaupun pergerakan tersebut telah pun memilih Amin Maqbul sebagai pencalonan bagi pergerakan tersebut di dalam Pilihanraya Bandar.

sumber : http://www.palestine-info.info/ar
penterjemah : putra duad

Categories
Berita Semasa

Lieberman: Israel Tidak Harus Angkat Kepung Gaza Hingga Hamas Benar Palang Merah Lihat Shalit

Sabtu, 12/06/2010 – Menteri Luar Negeri Avigdor Lieberman mengatakan hari Khamis bahawa Israel tidak harus mengangkat kepungan di Semenanjung Gaza kecuali Hamas bersetuju sebagai tukaran ihsan seperti membolehkan wakil-wakil Palang Merah untuk melawat tawanan Gilad Shalit.

Lieberman mengatakan Amir Oren dan Gabriela Shalev, duta besar Israel untuk Amerika Syarikat dan PBB, bahawa tidak ada alasan untuk menukar syarat ini dengan menganggap bahawa sampai Hamas bersetuju dengan permintaan minimum ini.

Selama perbincangan mereka di New York, Lieberman juga menekankan pentingnya perhubungan Israel dengan orang-orang Yahudi Diaspora kerana hubungan seperti itu penting bagi kewujudan Israel.

Lieberman membuat ulasan tersebut ketika permohonan para penyokong Shalit bergema minggu lalu, di tengah tekanan antarabangsa pada Israel untuk mengakhiri pengepungan selepas serangan berdarah terhadap armada bantuan Gaza.

sumber :  haaretz
penterjemah :  ameen

Categories
Berita Semasa

HAMAS kutuk kenyataan Abbas di Washington

Sabtu, 12/06/2010 – HAMAS mengutuk keras kenyataan yang dikeluarkan oleh Presiden Mahmoud Abbas yang sudah tamat tempoh pemerintahannya di Washington yang mengatakan: “Bahawa kami tidak akan menafikan hak bangsa Yahudi terhadap bumi Palestin yang dijajah.” HAMAS menganggap kenyataan tersebut sebagai kompromi politik yang tidak pernah berlaku sebelum ini dan keserasian merbahaya dengan pandangan Zionis sendiri terhadap bumi Palestin yang bersejarah itu yang melihat keperluan untuk menjadikan Palestin dan tanah suci lain sebagai bumi Yahudi. Ini akan memberikan kekuatan kepada polisi menghalau yang dijalankan oleh Zionis terhadap rakyat Palestin.

HAMAS dalam kenyataan yang dikeluarkan pada hari Khamis (10/6) dan diterima oleh Pusat Media Palestin menegaskan: “Kami menganggap kenyataan tersebut sebagai payung yang menaungi Zionis dan menggalakkan lagi mereka melakukan lebih banyak jenayah dan kezaliman terhadap rakyat kita, iaitu dengan giat lagi melakukan proses menyahudikan al-Quds, membina penempatan baru, mengetatkan kepungan terhadap rakyat Palestin di Gaza.

HAMAS juga menegaskan polisi gopoh dan memberikan apa sahaja benda bernilai kepada Zionis secara percuma tidak akan mendatangkan apa-apa manfaat dan tidak akan menjayakan perdamaian, bahkan akan mendorong Zionis lebih keras dan zalim.

sumber : http://www.palestine-info.info/ar
penterjemah : muhajir

Categories
Berita Semasa

Noam Chomsky : Serangan keatas kapal bantuan adalah perkara biasa bagi rejim Zionis.

Sabtu, 12/06/2010 – Serangan keganasan Israel ke atas armada Kebebasan yang membawa bantuan kemanusiaan ke Gaza telah mengejutkan dunia. Perampasan kapal di perairan antarabangsa dan membunuh penumpang, tentu saja merupakan satu kesalahan yang serius.

Tetapi kesalahan itu bukanlah sesuatu perkara yang baru. Selama beberapa dekad, Israel telah merampas banyak kapal-kapal bantuan kemanusiaan antaranya Cyprus dan Lebanon serta membunuh atau menculik penumpang-penumpang kapal tersebut, dan mereka di tahan di salah satu penjara-penjara yang ada di Israel.

selanjutnya di sini

sumber : The Palestine Telegraph
penterjemah :  didie

Categories
Berita Semasa

Zionis akui halang makanan masuk Gaza

Sabtu, 12/06/2010 – Terdapat sumber dari organisasi keamanan dan hak asasi manusia melaporkan Zionis Israel akui menghalang kemasukan makanan ke Gaza. Tujuan utama Zionis Israel mengambil tindakan itu semata-mata untuk memberi tekanan ke atas HAMAS.

Bekalan makanan ke Gaza telah putus sejak 4 tahun dulu. Zionis Israel laknatullah langsung tidak mengendahkan undang-undang antarabangsa dan yang terbaru flotila keamanan yang membawa bekalan makanan telah di serang.

sumber : COMES
penterjemah : Abu ‘Umair

Categories
Berita Semasa

Aktivis Korea Selatan protes kunjungan Peres

Sabtu, 12/06/2010 – Para penunjuk perasaan mengutuk Presiden Shimon Peres sebagai ‘pembunuh’ di dalam demonstrasi pada hari Khamis di ibukota Korea Selatan ketika Peres mengadakan perbincangan dengan rakan sejawatnya Lee Myung-Bak.

Sekitar 50 aktivis berkumpul di luar kedutaan Israel untuk memprotes serangan maut ke atas armada bantuan ke Gaza. Sebahagian dari mereka merosakkan bendera Israel dengan mencetak dengan warna darah.

Empat buah bas yang dipenuhi dengan polis anti rusuhan berada di dalam siap sedia, namun tidak ada sebarang pertempuran berlaku. Lawatan tersebut telah mencetuskan kontroversi kerana serangan Israel telah membunuh sembilan aktivis Turki dan mencetuskan kecaman di seluruh dunia.

sumber : Yahoo! News
penterjemah :  bob

Categories
Berita Semasa

Obama mahu Israel memberi kerjasama.

Sabtu, 12/06/2010 – Presiden AS, Barack Obama meminta Israel bekerjasama dengan semua pihak bagi mencari penyelesaian di Gaza disamping mengumumkan Amerika Syarikat akan menyalurkan bantuan baru berjumlah $ 400 juta untuk Palestin.

Ketika majlis pertemuan dengan Presiden Palestin Mahmoud Abbas, Obama menyeru Israel agar menghentikan kegiatan pembukaan penempatan baru di tanah Palestin bagi mengelakkan tindakan yang boleh mencetuskan konfrontasi.

Abbas melawat Rumah Putih di tengah-tengah reaksi antarabangsa terhadap Israel selepas pasukan komandonya menyerang kapal bantuan Turki ketika menuju Semenanjung Gaza yang dikuasai Hamas pada 31 Mei lalu. Sembilan warga Turki maut.

sumber : Yahoo! News
penterjemah : hijjaz

Categories
Foto/Video/Muzik

(Eksklusif) Rakaman Video Yang Berjaya Diseludup Keluar Semasa Serangan Ke Atas Mavi Marmara

Israeli Attack on the Mavi Marmara, May 31st 2010 // 15 min. from Cultures of Resistance on Vimeo.

Pengarah CulturesofResistance, Ian Lee yang turut sama dalam konvoi telah berjaya menyeludup keluar rakaman ini daripada pihak rejim Zionis walaupun sebahagian besar rakaman dari pihak media yang lain telah di rampas.

Rakaman penuh tanpa edit dapat di lihat di sini