
Khamis, 28/01/2010 –Perdana Menteri Palestin Ismail Haneyya menyeru supaya satu sidang antarabangsa diadakan bagi membincang isu-isu tahanan warga Palestin di Penjara Israel.

Khamis, 28/01/2010 –Perdana Menteri Palestin Ismail Haneyya menyeru supaya satu sidang antarabangsa diadakan bagi membincang isu-isu tahanan warga Palestin di Penjara Israel.

Rabu, 27/01/2010 –Dr. Aziz Dweik, jurucakap Majlis Perundangan Palestin (MPP) berkata pada Ahad lepas bahawa majlis itu masih menjalankan tugas-tugas parlimen seperti yang termaktub dalam asas perlembagaan.

Rabu, 27/01/2010 –Satu-satunya stesen janakuasa elektrik di Semenanjung Gaza akan dihentikan operasinya menjelang Khamis ini kerana tindakan kesatuan Eropah (EU) mengentikan pembiayaan penghantaran bahan bakar ke semenanjung itu, menurut Kenan Obeid, timbalan pengerusi badan tenaga Palestin.

Rabu, 27/01/2010 – Dr Sami Abu Zuhri, jurucakap Hamas, mengatakan bahawa gerakannya tidak takut pada pemilihan legislatif baru. Beliau mengatakan bahawa mereka yang kalah dalam pemilihan adalah orang yang takut akan berulangnya kegagalan mereka.
Jika integriti terjamin bersama dengan kesempatan yang sama rata untuk semua pihak maka Hamas akan menang lagi, Abu Zuhri menjelaskan.
sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : nurul

Rabu, 27/01/2010 – Pihak rejim Zionis pada Ahad lepas menghalang lawatan Menteri Kerjasama dan Pembangunan Belgium, Charles Michel (gambar) ke Semenanjung Gaza dengan alasan bahawa lawatan tersebut akan memberi pengiktirafan terhadap pemerintahan Hamas.

Selasa , 26/01/2010 – Hamas Isnin lalu mengucapkan takziah dan menyatakan simpati yang mendalam berikutan pesawat Habsyah yang terhempas di luar pantai Lubnan hanya selepas beberapa minit berlepas dari lapangan terbang antarabangsa Beirut.

Selasa , 26/01/2010 –Dr Aziz Duweik, Speaker Dewan Perundangan Palestin mengutuk kenyataan Presiden Mesir, Husni Mubarak yang menegaskan Mesir akan meneruskan pembinaan tembok keluli sepanjang sempadan dengan Semenanjung Gaza.

Selasa, 26/01/2010 – Tentera Israel hari ini mengarahkan dua beradik Palestin di Al-Khalil pada hari Ahad agar berhenti membina rumah mereka atas alasan tidak memiliki permit.

Selasa, 26/01/2010 –Seorang rektor salah satu institusi pengajian terkemuka di Norway menyatakan bahawa pihak universitinya akan menyokong diskusi positif pemboikotan universit-universiti Zionis-Israel.

Selasa, 26/01/2010 – Kempen antarabangsa Palestin bagi menamatkan pengepungan di Semenanjung Gaza memberi amaran kesan serius daripada tempoh panjang pemotongan bekalan kuasa di kebanyakan tempat di Gaza akibat kekurangan bahan bakar untuk mengoperasikan satu-satunya stesen janakuasa elektrik di situ.

Selasa, 26/01/2010 – Tiga aktivis solidariti asing cedera pada Sabtu lalu selepas puak Yahudi menyerang dan membaling batu ke arah mereka di timur bandar Al-Khalil.

Isnin , 25/01/2010 – Pejabat Speaker Dewan Perundangan Palestin mengutuk tangkapan yang dilakukan oleh militia Abbas terhadap 6 pegawai yang bertugas di pejabat wakil-wakil rakyat al-Harakah al-Islamiyyah di bandar Ramallah, sambil menegaskan tindakan tersebut menjadi isyarat jelas bahawa perdamaian nasional tidak ingin dicapai oleh pihak-pihak tertentu. Ia juga menjadi bukti terhadap langkah keselamatan buruk yang digunakan di Tebing Barat sekarang yang juga turut disifatkan sebagai tindakan ‘lanun yang jijik’.

Isnin, 25/01/2010 – Hasan Hussein, seorang penulis Palestin dan bekas pengarah dewan kebangsaan Palestin, menyatakan rasa terkejut dengan keputusan Mesir untuk membina sebuah dinding besi di sempadan dengan Gaza atas dasar kedaulatan.

Isnin, 25/01/2010 – Lebih daripada 100 ahli Viva Palestina Malaysia (VPM), sebuah pertubuhan NGO, pada hari minggu telah mengadakan acara Walkabout sekitar lima kilometer di sini untuk menyokong upaya menciptakan negara Palestin yang bebas .

Sabtu, 23/01/2010 –Ezzat al-Resheq, ahli biro politik Hamas berkata pada hari Selasa Mesir harus buktikan kemerdekaannya dengan membuka pintu sempadan Rafah serta tidak tunduk kepada kehendak Israel dengan membina tembok besi di sepanjang sempadan.