Categories
Berita Semasa

Zionis culik menteri Nizar Ramadhan

Jumaat, 03/06/2011 – Zionis pada petang Selasa (31 Mei) lalu menahan menteri di Majlis Legislatif Palestin, Nizar Ramadhan, yang berada dekat sempadan “Containers” yang memisahkan bahagian tengah Tebing Barat dengan selatannya, selepas penahanan Pengerusi Majlis, Aziz Duweik, dan beberapa menteri yang lain selama lebih satu jam.

Bahagian Ketenteraan Zionis telah menahan Dr. Aziz Duweik, Pengerusi Majlis Legislatif Palestin, beserta tiga orang menteri lain iaitu : Anwar Zaboun, Nizar Ramadhan, dan Basem Za’areer, dalam tempoh lebih daripada 4 jam. Zionis kemudian terus menahan Ramadhan tetapi membebaskan 3 yang lain.

Menurut sumber dari Parlimen Palestin, rejim Zionis menyerahkan kepada Dr. Duweik dan dua menteri yang lain, Za’areer dan Zaboun, waran arahan selepas menahan mereka lebih 4 jam di dalam penjara perseorangan.

sumber : http://www.palestine-info.info/ar/
penterjemah : Azleen

Categories
Berita Semasa

Laporan: Israel menahan 1,200 bawah umur sejak awal 2010

Jumaat, 03/06/2011 – Satu laporan yang dikeluarkan pada Selasa mendedahkan peningkatan mendadak dalam pertelingkahan antara polis Israel dan warga Palestin di Baitulmuqaddis, terutamanya di daerah Silwan dan Al-Issawiyya.

Laporan yang dikeluarkan oleh Organisasi Hak Asasi Israel (ACRI) itu melaporkan bahawa sejak awal 2010, polis telah menahan 1,200 rakyat Palestin yang disyaki membaling batu manakala 760 orang masih dalam tahanan. Lebih kurang satu pertiga daripada yang ditahan telah didakwa dan dipenjarakan sehingga tamat perbicaraan, menurut ACRI.

“Jurang besar di antara jumlah remaja yang disoalsiasat dan yang didakwa menimbulkan kesangsian rakyat Palestin, yang percaya bahawa kebanyakan penangkapan dan soalsiasat tersebut disengajakan untuk menakutkan para remaja,” demikian menurut laporan itu.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : idawati

Categories
Berita Semasa

Hamas: penafian tahanan politik oleh Dhamiri boleh merosakkan usaha penyatuan

Jumaat, 03/06/2011 – Penggubal Undang-Undang Hamas di Ramallah mengecam kenyataan Jurucakap perkhidmatan keselamatan Tebing Barat, Adnan al-Dhamiri yang menolak penahanan terhadap setiap orang yang mempunyai latar belakang politik atau kepartian.

Dalam sebuah pernyataan, mereka mendakwa tindakan itu tidak bertanggung jawab dan mengatakan bahawa kenyataan seperti itu akan “merosakkan” usaha rekonsiliasi nasional. Para ahli PLC menegaskan bahawa kenyataan terbaru Dhamiri itu bertentangan dengan yang sebelumnya dimana beliau menyatakan bahawa perkhidmatan keselamatan di bawah pemerintahan Fatah mempunyai tahanan politik dan bahawa mereka belum menerima keputusan presiden sama ada untuk melepaskan mereka ataupun tidak.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : nurul

Categories
Berita Semasa

Haneya ingatkan PBB tidak diam diri kezaliman Zionis

Jumaat, 03/06/2011 – PM Palestin, Ismail Haneya menegaskan bahawa kedatangan flotilla 2 adalah bertujuan untuk menunjukkan konsistensi Zionis-Israel yang mengadakan sekatan kepada bantuan yang untuk rakyat Palestin. Haneya turut mengingatkan Ban Ki Moon yang merupakan Setiusahagong PBB agar tidak mengabaikan kezaliman Zionis Israel terhadap rakyat Palestin. Haneya dengan tegas menyatakan negara Palestin tidak datang melalui US dan sekutu barat, tetapi dengan jihad dan pengorbanan rakyat Palestin.

Haneya turut mengucapkan tahniah kepada kerajaan Turki dan Mesir yang telah membuka lembaran baru perjuangan rakyat Palestin.

sumber : COMES
penterjemah : Abu ‘Umair

Categories
Berita Semasa

Israel Akan Gunakan Kekuatan Tentera Untuk Hentikan Freedom Flotilla

Jumaat, 03/06/2011 – Pihak media Israel edisi Selasa (31/5) menegaskan bahawa auotoriti Zionis Israel tidak hanya cukup melakukan usaha diplomatik untuk menghentikan “Freedom Flotilla 2”, yang akan berlayar menuju Semenanjung Gaza akhir bulan Jun ini, namun juga akan menggunakan kekuatan tentera terhadap mereka yang tidak mematuhi arahan Angkatan Laut Israel.

Akhbar Israel berbahasa Ibrani, Ha’aretz, dalam satu laporan yang disiarkan Selasa (31/5), mengatakan bahawa PM Israel Benyamin Netanyahu tidak menolak kemungkinan menggunakan kekuatan ketenteraan terhadap pihak yang melanggar perintah Angkatan Laut Israel dan tetap ingin menuju ke pantai Gaza. Pernyataan Netanyahu tersebut secara eksplisit ditujukan kepada para sukarelawan yang menyertai Freedom Flotilla 2, yang akan memulai perjalanan mereka menuju Semenanjung Gaza pada 20 Jun ini.

Laporan yang ditulis oleh penganalis militan, Amos Hariel menyebutkan bahawa Angkatan Laut Israel sudah melakukan persiapan untuk menghentikan Freedom Flotilla. Mereka melakukan latihan ketenteraan yang intensif untuk menguasai dan menghalang lebih kurang 15 buah kapal yang dijangka akan menyertai Freedom Flotilla 2. Laporan tersebut menyatakan bahawa Angkatan Laut Israel kali ini akan fokus pada prosedur pengendalian massa, namun tidak menolak kemungkinan penggunaan kekuatan tentera.

sumber : COMES
penterjemah : osman

Categories
Berita Semasa

Kabinet Israel dalam perbincangan merancang rampasan tanah Negev

Rabu, 01/06/2011 – Israel akan membincangkan minggu depan rancangan jangka panjang yang direka untuk menuntut tanah di padang pasir Negev, lapor Ynet Israel. Ynet berkata bahawa ia telah belajar bahawa jika rancangan tersebut diluluskan, Arab Badwi akan memperoleh pemilikan blok besar menyediakan tanah perumahan di bandar-bandar tetap yang akan diakui oleh negara Israel.

Tanah itu dianggarkan berjumlah 200,000 ekar, sedangkan Arab Badwi telah memiliki 1.1 juta ekar tanah di padang pasir.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : syuhada

Categories
Berita Semasa

Netanyahu Mengesahkan Jerusalem sebagai Ibu Negara Israel yang Kekal

Rabu, 01/06/2011 – Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu menekankan bahawa negaranya bersungguh dalam menjadikan Jerusalem sebagai ibu negara. Pengumman itu tiba beberapa hari selepas Netanyahu memberi ucapan yang mendapat sokongan adu daripada kongress Amerika Syarikat, yang mana Netanyahu mengumumkan Jerusalam sebagai ibu negara kekal negara Yahudi itu.

Dia berkata semasa mesyuarat kabinet yang diadakan pada Ahad bahawa penyatuan Jerusalem ialah satu asas penyatuan rakyat Israel, dan sokongan ke atas projek itu telah dipersetuju oleh Knesset dan Kongress. Gereja di bandar lama Jerusalem ialah tempat di mana mesyuarat itu dijalankan. Gereja itu terdapat masjid, dan sebuah menara yang dibina semula oleh kerajaan Mamluk, dan kemudian kerajaan Uthmaniyah menjadikan masjid di dalamnya.

Dalam sesi yang sama, Netanyahu mengumumkan pakej pelaburan bernilai 100 juta Dollar. Kenyataan itu tiba sehari selepas Majlis Keamanan Arab di bawah Liga Arab mengumumkan resolusi menyokong pihak berkuasa Palestin membawa kes kemerdekaan negara sendiri Palestin. Berdasarkan resolusi itu, sempadan Palestin diasaskan berdasarkan yang telah dipersetujui pada 1967 dengan ibu negaranya Baitul Muqaddis Timur.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : redz

Categories
Berita Semasa

Barisan Islam di Ramallah : kenyataan menentang usaha menangguhkan rekonsiliasi

Rabu, 01/06/2011 – Barisan Islam di bandar Ramallah mengecam kenyataan yang dikeluarkan oleh Adnan Ad-Dhomiri, jurucakap bagi Kementerian Keselamatan di Tebing Barat berkenaan isu tahanan politik di Penjara Kementerian Keselamatan, yang menafikan kewujudan sebarang tahanan di bawah tuduhan politik ataupun parti di penjara tersebut. Kenyataan ini dianggap sebagai memburukkan suasana dan usaha ke arah mencapa rekonsiliasi.

Kenyataan yang “ternyata bertentangan” dari Dhomiri itu adalah sesuatu yang mengejutkan, ditambah apabila terdapat kenyataan lain beberapa minggu sebelumnya yang menyatakan bahawa memang terdapat tahanan politik, dan pihak Kementerian Keselamatan belum menerima sebarang arahan rasmi untuk membebaskan mereka.

Barisan Islam dalam kenyataan kepada Pusat Informasi Palestin menyatakan : “kita sedia maklum bahawa tahanan Kementerian Keselamatan menurut definisi undang-undang Palestin yang sepatutnya diikuti adalah bermaksud mereka yang ditahan atas keselahan bekerjasama dengan Zionis dan menjalinkan hubungan bersama Israel, dan sebaliknya bukan mereka yang berjuang bersungguh-sungguh bersama-sama barisan Palestin untuk menentang Zionis.”

sumber : http://www.palestine-info.info/ar
penterjemah : Azleen

Categories
Berita Semasa

Pertempuran Letus Selepas Penduduk Haram Israel Lawat Makam Nabi Yusuf

Rabu, 01/06/2011 – Pertengkaran meletus awal pagi Isnin di Nablus setelah tentera Israel masuk makam Nabi Yusuf di timur Nablus di Tebing Barat yang dijajah . Para askar bergegas masuk untuk menawarkan perlindungan terhadap penduduk haram Yahudi yang pergi ke sana untuk melakukan ritual keagamaan.

Pemuda Palestin membalas pencerobohan mereka serangan dengan batu dan bom molotov menyebabkan tentera zionis mengejar mereka, saksi melaporkan. Mereka menambah bahawa lebih dari 40 kereta patrol Israel dan lebih dari sepuluh bas membawa penduduk haram Israel berkumpul di pos pemeriksaan Fourik Beit timur kota, dan beberapa lori yang membawa batu-batu sampai ke makam tersebut selepas tentera Israel mengawal semua wilayah dan pasukan keselamatan Palestin menarik diri.

Warga Palestin melaporkan bahawa tentera mengosongkan rumah mereka dan mereka ditahan di bilik untuk menggunakannya sebagai titik kawalan berhampiran lokasi operasi. Saksi mengatakan PIC bahawa penduduk datang dengan berjalan kaki ke makam – untuk pertama kalinya – pada pukul 03:00 pagi di bawah perlindungan tentera.

Warga Palestin menganggap insiden berkenaan adalah provokasi dan berkata para penduduk ingin menyampaikan mesej bahawa mereka akan masuk dan melakukan apa saja. Mereka membawa lori batu akan digunakan untuk membaiki dan menguatkan makam.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : ameen

Categories
Berita Semasa

Lagi pertelingkahan tercetus di Iraq Burin setelah serangan tentera rejim Israel

Rabu, 01/06/2011 – Tentera rejim Israel (IOF) bertelingkah dengan warga Palestin pada petang Isnin setelah menyerang kampung Iraq Burin di selatan kota Nablus di utara Tebing Barat.

Para peronda Israel telah dilempari batu setelah serangan mengejut mereka di kampung itu, kata ahli jawatankuasa tempatan Abdul-Raheem Qaddous. Beliau menambah bahawa tentera-tentera melepaskan peluru dan gas pemedih mata kepada penduduk tempatan.

Saksi-saksi mengatakan seorang lelaki yang dikenali sebagai Dhib Mustafa telah ditembak pada muka, dan IOF menghalang ambulans daripada menghampirinya. Penentangan-penentangan berulang dilaporkan di kampung itu berikutan serangan Israel dan pendatang Yahudi dari masa ke semasa.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : idawati

Categories
Berita Semasa

Pendatang Zionis Bakar Tanah Milik Penduduk di Nablus Selatan

Rabu, 01/06/2011 – Sejumlah pendatang Zionis membakar tanah milik warga Madama, tenggara Nablus, setelah sebelumnya menyerang penduduk Palestin pada Isnin lepas. Sumber menyebutkan, puluhan pendatang Zionis dari wilayah Yetsahar yang terletak berhampiran dengan wilayah Syuarah membakar beberapa hektar tanah pertanian. Mereka kemudiannya melarikan diri setelah warga Palestin yang dibantu pihak pertahanan sivil berusaha memadam api.

Kejadian ini hanya berselang 24 jam setelah serangan mereka terhadap makam Nabi Yusuf di timur Nablus. Mereka juga melakukan kekacauan dan kerosakan di sana.

sumber : COMES
penterjemah : osman

Categories
Berita Semasa

ICC: Israel menghabiskan lebih dari satu bilion dolar setahun untuk me’yahudi’kan kota suci

Rabu, 01/06/2011 – Suruhanjaya Islam Kristian mengatakan bahawa masjid Benteng Daud bukanlah yang pertama kali diubah oleh Israel menjadi sebuah tempat Yahudi. Kenyataan itu dikeluarkan selepas Israel merayakan pembukaan sebuah muzium yang dibina di atas runtuhan masjid.

“Israel telah mengambil alih masjid dan menukarkan penggunaannya agar sesuai dengan tujuan Israel dan rancangan mereka untuk me’yahudi’kan Baitulmaqdis dan menghapuskan identiti dan simbol-simbol Islam,” kata Setiausaha Agung ICC, Hassan Khater.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : nurul

Categories
Berita Semasa

Kerajaan Gaza gesa pinggirkan rejim Zionis secara politik

Selasa, 31/05/2011 – Kerajaan Palestin pimpinan Perdana Menteri, Ismail Haneyya yang mentadbir di Gaza menggesa komuniti antarabangsa supaya mengasingkan rejim Zionis kerana sikap perkauman yang diamalkannya sehingga menyebabkan harapan untuk membina penempatan bersama menemui jalan buntu.

Jurucakap kerajaan tersebut, Taher al-Nunu berkata dalam satu kenyataan pada hari Rabu lepas ucapan terbaru Netanyahu di hadapan Kongres Amerika Syarikat penuh dengan cerita bohong dan menghapuskan sebarang harapan yang menjadi tunggak kepada proses
perdamaian.

Menurutnya lagi, Netanyahu cuba untuk membakar api kemarahan para pemimpin Palestin sehingga membelakangkan perpaduan Negara dan sebagai cubaan mereka-reka pendapat masyarakat antarabangsa.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : salwa

Categories
Berita Semasa

Mesir buka sempadan Rafah

Selasa, 31/05/2011 – Kerajaan Mesir hari ini telah memutuskan untuk membuka pintu sempadan Rafah-Gaza. Pintu akan dibuka setiap hari kecuali Jumaat dan cuti rasmi, mulai 9.00am hingga 5.00pm. Kerajaan Mesir juga akan berjanji memberikan servis dan layanan yang terbaik kepada mereka yang menggunakan pintu masuk ini. Para pegawai Mesir yang bertugas di pintu itu telah dikecam hebat oleh masyarakat antarabangsa kerana tindakan zalim mereka ketika pemerintahan Hosni Mubarak.

Dengan terbukanya pintu Rafah ini, pelbagai manfaat yang dapat dirasai oleh pelbagai lapisan masyarakat Palestin dan Mesir.

sumber : COMES
penterjemah : Abu ‘Umair

Categories
Berita Semasa

Ucapan Netanyahu ‘menyesatkan’ – Anggota Knesset

Selasa, 31/05/2011 – Para anggota Arab dari badan perundangan Israel, Knesset, berkata bahawa Netanyahu memberikan ucapan di depan Kongres AS pada hari Selasa merupakan percubaan untuk menipu.

Netanyahu mempromosikan idea bahawa orang-orang Arab di Israel sedang berkogsi kegembiraan hak demokrasi penuh. Kenyataan itu datang pada saat ketika Netanyahu telah memimpin orang-orangnya dalam bentuk perkauman paling buruk, kata ahli Knesset Mohammed Baraka, yang memimpin Front Demokratik untuk Perdamaian dan Penyamarataan.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : syuhada