Categories
Berita Semasa

Syeikh Raed Solah Cedera Parah

Selasa, 01/06/2010 – Syeikh Raid Solah, tokoh pembebasan Palestin, yang berada dalam kapal Mavi Marmara dalam misi konvoi Freedom Flotilla mengalami cedera parah setelah di serang oleh pasukan Israel. Beliau dilaporkan menjalani operasi rawatan akibat serangan tersebut.

Dilaporkan juga seorang lagi tokoh yang ikut tercedera akibat serangan Israel adalah Dr. Hani Sulaiman, Ketua Utusan dari Lubnan, yang bergabung dalam armada bantuan kemanusiaan tersebut.

Manakala Al Jazeera melaporkan, bahawa 15 aktivis dari Turki yang ikut serta bersama konvoi kemanusiaan tersebut meninggal dunia akibat serangan kejam Israel terhadap kapal Mavi Marmara, yang mengepalai perjalanan penyaluran bantuan untuk Gaza. Al Jazeera melansir, bahwa 15 relawan dari Turki yang ikut serta bersama “Armada Kebebasan” meninggal, disebabkan serangan brutal Israel terhadap kapal Mavi Marmara, yang memimpin perjalanan penyaluran bantuan untuk Gaza. (jzr/hc/tho/hp)

sumber : HALUAN Palestin

Categories
Berita Semasa

Polis Israel Dakwa Aktivis Flotilla Di Hantar Ke Penjara

Selasa, 01/06/2010 – Polis Israel mengatakan 16 aktivis pro-Palestin dari kapal-kapal bantuan kemanusiaan yang telah di serang pada awal pagi Isnin lalu telah dihantar ke penjara selepas konfrontasi yang menyayatkan berlaku di perairan laut antarabangsa. Puluhan aktivis lain akan dihantar pulang ke negara asal.

Juru bicara polis Israel, Micky Rosenfeld mengatakan para aktivis dibawa ke darat dan dipenjara di gurun selatan bandar Bersyeba selepas enggan memberi butir pengenalalan diri.

Komando Tentera Laut Israel telah menghentikan armada enam kapal tersebut pada awal pagi Isnin, telah mengakibatkan sekurang-kurangnya 16 meninggal dunia dan puluhan cedera.

Israel mengatakan akan mengusir kira-kira 700 aktivis dalam armada tersebut. Tetapi orang-orang yang menolak untuk bekerjasama akan dipenjara. Sekitar 80 aktivis telah dibawa ke pantai setakat ini. (AP / Haaretz / HP)

Categories
Berita Semasa

12 Rakyat Malaysia di atas Kapal Mavi Marmara

Selasa, 01/06/2010 – Berikut adalah nama-nama rakyat Malaysia yang menyertai Misi Talian Hayat Untuk Gaza (LL4G) yang berada di atas kapal penumpang “Mavi Marmara” milik IHH, Turki ketika diserang oleh komando laut Israel di perairan antarabangsa hari ini.

1. Tn Hj Noorazman bin Mohd Samsuddin, HALUANPalestin

2. Dr Mohd Arbai’e bin Syawal, HALUANPalestin

3. Dr Syed Muhammad Haleem bin Syed Hasan al-Haddad, HALUANPalestin

4. Ust Al-Hami Husain bin Suhaimi, HALUANPalestin

5. Mohd Nizam bin Mohd Awang, HALUANPalestin

6. Ust Hasanuddin bin Mohd Yunus, Aqsa Syarif

7. Tn Hj Jamuliddin bin Elias, Yayasan Amal

8. Dr Selamat bin Aliman, Jemaah Islah Malaysia (JIM)

9. Abdul Halim bin Mohd Redzuan, Muslim Care

10. Mustafa bin Mansur, MAPIM

11. Ashwat bin Ismail, Wartawan ASTRO

12. Shamsul Kamal Latif, Juru kamera ASTRO

Mustafa Mansur yang mewakili MAPIM menaiki kapal Mavi Marmara pada 29hb Mei setelah kapal Challenger II yang dinaiki beliau mengalami kerosakan di tengah perjalanan.

sumber : CMT-LL4G

Categories
Berita Semasa

JAWI telah mengarahkan masjid2 membuat solat hajat.

Selasa, 01/06/2010 – Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) telah memberi persetujuan untuk mengeluarkan arahan kepada masjid-masjid di sekitar Wilayah Persekutuan untuk melakukan solat hajat.

Wakil Dewan Pemuda Masjid di dalam CMT-LL4G, Ust Taqiudin, memaklumkan telah mengajukan kepada JAKIM permohonan agar masjid-masjid di seluruh negara melakukan solat hajat. Permohonan telah diterima oleh pihak JAKIM dan tindakan susulan akan dibuat.

Solehuddin Shuib
Setiausaha CMT-LL4G

Categories
Berita Semasa

Kenyataan Media HALUAN Malaysia

PEMBUNUHAN TERBUKA DI LAUT LEPAS

Dunia Menjadi Saksi Atas Kekejaman Dan Sikap Keganasan Israel Di Perairan Antarabangsa Laut Mediterranean

KUALA LUMPUR, Mei 31 – PERBUATAN jijik dan amat memalukan yang dilakukan oleh rejim Israel pada hari ini dengan mengarahkan komando tentera lautnya menyerang kapal misi kemanusiaan Lifeline for Gaza (LL4G) “MV Mavi Marmara” sehingga mengakibatkan 20 orang terbunuh dan puluhan lagi penumpang yang tidak bersenjata cedera terkena tembakan telah menzahirkan betapa kejam dan ganasnya rejim Israel yang terkutuk itu.

HALUAN Malaysia selaku ketua NGO delegasi Malaysia ke LL4G dengan ini mengajak seluruh lapisan masyarakat, tidak kira kaum ataupun agama, agar segera mengutuk dan mencela Israel atas sikap kurang ajar mereka ke atas pelayaran damai (Freedom Flotilla) yang membawa barangan keperluan hidup harian kepada penduduk Gaza yang semakin terhimpit dek tekanan ketenteraan, ekonomi dan kemanusiaan oleh rejim Israel di bawah pemimpin-pemimpin mereka yang mendapat dokongan kuat Amerika Syarikat dan Britain.

“Kami ingin menegaskan bahawa penindasan Israel ke atas rakyat Palestin dan kini pembunuhan terbuka di atas kapal penumpang “MV Mavi Marmara” dengan penggunaan peluru hidup ke atas penumpang yang sedang tidur telah menzahirkan sikap ganas Israel yang jelas menyalahi undang-undang antarabangsa dari segi hak asasi kemanusiaan mahupun undang-undang maritim antarabangsa yang menegaskan bahawa tiada suatu negara pun berhak bertindak sewenang-wenangnya di perairan antarabangsa. Jelaslah Israel telah bertindak ala samseng dunia. Kini satu dunia mengutuk Israel dan konco-konconya,” tegas Prof. Madya Dr. Abdullah Sudin Abdul Rahman, Presiden HALUAN Malaysia.

“Kami ingin menegaskan bahawa seluruh penduduk dunia yang diwakili oleh para sukarelawan yang terdiri daripada pelbagai bangsa dan agama dari lebih 50 buah negara yang berada di atas kapal tersebut itu, mengutuk sikap Apartheid yang ditunjukkan Israel itu sebagai satu tindakan yang amat kejam. Israel telah sedar bahawa modus operandinya selama ini untuk decimate ataupun meluluhkan bilangan rakyat sah warga Palestin daripada tanah tumpah darah mereka sendiri sebagai suatu tindakan bangsa yang bangkrap adab, akhlak, idea dan tamadun. Israel sudah tahu bahawa sudah ada gerakan antarabangsa yang kini sedang menjadi arus penentangan ke atas polisi luarnya yang amat menindas dan amat tidak berperikemanusiaan. Dakwaan mereka sebagai negara “underdog” yang dikepungi negara-negara Islam sudahpun lapuk dan kini Israel mahu mempamerkan yang ia mampu berlagak samseng di mata dunia untuk melangsungkan agenda kejinya itu. Ketahuilah, bahawa warga dunia tidak akan berpeluk tubuh terhadap sikap Apartheid Israel itu. Dunia TIDAK akan memaafkan Israel,” ujarnya lagi.

Pada bulan April yang lepas, Dr Abdullah Sudin Abd Rahman menegaskan di dalam suatu sidang akhbar bahawa penglibatan HALUAN di dalam misi LL4G ini adalah untuk “expose to the public the crimes which is being inflicted by the Zionist Israel regime and its allies upon the citizens of Gaza and the Palestinian Nation as a whole”. Kini, buktinya telahpun jelas lagi nyata.

Rejim Israel mengisytiharkan bahawa permusuhan mereka bukan hanya kepada orang Islam tetapi semua bangsa dan agama yang menentang agenda zionisnya. Sebab itulah tanpa rasa malu mereka telah memusnahkan masjid, gereja, hospital, sekolah, universiti, kompleks pentadbiran, stesen janakuasa elektrik, tadahan air minuman dan semua yang diperlukan untuk kelangsungan hidup.

Rejim ganas ini PERLU disekat oleh kita semua, rakyat Malaysia.

HALUAN dengan ini menegaskan bahawa kami melalui gabungan semua NGO dan badan-badan lain yang menentang sikap degil dan kejam Zionis Israel akan “Bersatu Untuk Palestin”. Kami menyeru semua lapisan rakyat Malaysia agar menulis surat atau emel kepada Duta Besar Amerika, Britain dan Mesir di Malaysia untuk menyatakan solidariti kita menentang sikap mereka yang menyokong bangsa dan negara Israel yang terang-terangan amat keji itu.

Akhirnya kami memohon dan merayu kepada seluruh rakyat Malaysia supaya berdoa dan bermunajat kepada Allah agar menyelamatkan semua sukarelawan yang menyertai LL4G dan menghancurkan Israel laknatullah.

Siaran Media

Hubungi: Encik Amran Baharum

Telefon: (+6) 019-225 4105 /251 4105

Web : www.lifeline4gaza.org

Emel : media@lifeline4gaza.org

Mei 31, 2010

Categories
Berita Semasa

Penyerahan memo bantahan ke Kedutaan US hari ini- 2 Jun 2010

Pihak CMT (Crisis Management Team) akan menghantar nota bantahan kepada Kedutaan Amerika Syarikat spt berikut:

Tarikh: 1 Jun 2010 (Selasa)
Masa: 11 pagi
Tempat: Kedutaan Amerika

Semua diarahkan untuk berkumpul di Surau Tabung Haji pada pukul 10 pagi. Kita akan bergerak ke Kedutaan Amerika dari sana. Sila bawa kain rentang dan sepanduk yang membawa message bantahan dan kutukan ke atas tindakan biadap rezim zionis Israel.

Tindakan dan arahan susulan akan dimaklumkan dari masa ke semasa.

Dr Hafidzi Mohd Noor
CMT LL4G

Categories
Berita Semasa

Senarai nama yang syahid

Salam,

Semuga Allah mengurniakan pahala syahid kepada mereka dan memasukkan mereka ke dalam syurga.

nama beberapa korban cedera sumber IHH: İmdat Avli, Mustafa Batıran, Rabiha Gümrükçü, Cevdet Öçenek, Erkan Baycıdan,

lanjutan, nama korban cedera. sumber IHH. Muhittin Yıldırım, Osman Çalık, Suat Koşmaz, Şahin İbrahim Güleryüz,

lanjut(3), nama korban cedera. Sumber IHH : Şükrü Peker, Mehmet Murat Yıldırım, Canip Tunç, Sadettin Furkan, Tuna Yücel

sumber
Dr Hadfizi Mohd Noor
CMT (Crisis Management Team)

Categories
Foto/Video/Muzik

Footage Serangan Rejim Zionis Terhadap Krew2 Kapal LL4G.

Categories
Berita Semasa

Kenyataan Media Pasukan Pengurusan Krisis dan Sokongan Keluarga Misi LL4G Malaysia

GESAAN KEPADA KERAJAAN DAN RAKYAT MALAYSIA MENGUTUK SERANGAN ISRAEL KE ATAS FLOTILA MISI BANTUAN KEMANUSIAAN LL4G KE GAZA

Perkembangan terkini flotilla Lifeline4Gaza;

1. Sebagaimana yang dimaklumi 7 buah kapal yang menyertai konvoi bantuan kemanusiaan antarabangsa ke Gaza sedang belayar menuju ke perairan Gaza melalui Laut Mediterranean. Konvoi ini diketuai oleh sebuah NGO daripada Turki iaitu Insani Yardim Vakfi (IHH). Maklumat terkini ialah kapal induk Mavi Marmara telah diserang oleh angkatan laut Israel. Akibat dari tindakan biadap ini 3 orang sukarelawan telah terkorban dan 30 lagi mengalami cedera parah.

2. Seramai 12 orang sukarelawan bersama-sama petugas media daripada Malaysia turut menyertai konvoi bantuan kemanusiaan ini. Mereka berada di atas kapal “Mavi Marmara”. Penyertaan mereka bersama konvoi ini adalah semata-mata atas dasar kemanusiaan.

3. Semua objektif dan pergerakan konvoi ini adalah berpandukan kepada Resolusi 1860 (2009) yang ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan undang-undang maritim lain yang berkaitan. Antara lain, Resolusi 1860 menyebut antara lain

a) menyeru kepada penghantaran bantuan kemanusiaan kepada Gaza termasuk makanan, minyak dan kemudahan perubatan,

b) menggalakkan usaha-usaha membuka laluan dan mekanisma lain bagi tujuan menyampaikan bantuan kemanusiaan yang berterusan,

c) menyeru semua negara untuk menyokong usaha-usaha di peringkat antarabangsa bagi memperbaiki keadaan kemanusiaan dan ekonomi di Gaza, dan

d) mengecam semua bentuk keganasan dan serangan terhadap masyarakat awam dan semua bentuk terorisma.

Semua rakyat Malaysia yang terlibat di dalam konvoi ini berpegang teguh kepada peraturan dan undang-undang antarabangsa dan pekerti mulia sesuai dengan aspirasi negara Malaysia.

4. Konvoi ini membawa kira-kira 10,000 tan barangan bantuan. Seramai lebih 540 orang menaiki kapal Mavi Marmara, termasuk ahli parlimen, ahli akademik, petugas media, ulamak, seorang kanak-kanak berumur kurang daripada satu tahun dan juga seorang warga emas berumur lebih daripada 80 tahun. Tidak ada sebarang bentuk senjata dibawa bersama konvoi ini walaupun untuk tujuan mempertahankan diri. Fakta ini jelas menunjukkan bahawa konvoi ini adalah benar-benar sebuah konvoi bantuan kemanusiaan yang akan disampaikan oleh sukarelawan-sukarelawan dari kalangan masyarakat awam.

5. Berdasarkan kepada fakta-fakta ini jelas Israel secara biadap telah melanggar undang-undang antarabangsa. Apatah lagi serangan ini berlaku di perairan antarabangsa dan dilakukan ke atas sebuah kapal bantuan kemanusiaan yang tidak bersenjata yang bertujuan aman. Tindakan Israel menginjak-injak prinsip kemanusiaan ini wajar mendapat kutukan dari seluruh masyarakat antarabangsa yang cintakan keamanan dan keadilan.

6. Kami dengan ini menyeru supaya kerajaan Malaysia di bawah pimpinan YAB Dato’ Seri Mohd Najid Tun Abd Razak dan juga Datin Seri Paduka Rosmah Mansor sebagai Penaung kepada Tabung Bantuan Kemanusiaan Palestin mengeluarkan kenyataan rasmi mengutuk tindakan biadap dan kejam regim Zionis Israel yang telah bertindak di luar batas kemanusiaan dengan menyerang sebuah flotila kemananan yang bertujuan semata-mata untuk menghulurkan bantuan kepada rakyat Gaza yang teraniaya dan dizalimi sekian lama.

7. Kami juga menyeru PBB supaya mengadakan persidangan tergempar untuk meluluskan resolusi bagi mengambil tindakan paling tegas ke atas Israel, termasuk mengheret pemimpin mereka ke muka pengadilan.

8. Kami juga menyeru kepada seluruh rakyat Malaysia untuk menyatakan bantahan dan kutukan paling keras ke atas Israel serta bersedia untuk menyokong apa-apa tindakan yang akan disusun seterusnya bagi menangani isu ini.

9. Kami juga menyeru kepada semua pemimpin-pemimpin politik, pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan dan rakyat seluruhnya supaya bergabung tenaga menyatakan sokongan kepada misi penghantaran bantuan kemanusiaan ke Gaza dan mengenakan tekanan ke atas Israel yang telah menyerang flotila Gaza sehingga menyebabkan kematian dan kecederaan di kalangan sukarelawan.

10. Kami seterusnya menyeru agar semua peringkat masyarakat dapat meneruskan doa dan solat hajat di masjid, surau, jabatan kerajaan, atau mana-mana tempat lain yang sesuai bagi memohon agar Allah SWT menjayakan misi bantuan ini dan memberikan kekuatan dan kesabaran kepada para sukarelawan.

Zulkifli Mohd Nani
Pengerusi
Pasukan Pengurusan Krisis dan sokongan keluarga misi LL4G Malaysia

Categories
Berita Semasa

Kematian mencecah 16 orang, Kapal Dirampas, 12 wakil Malaysia Berada Di Atas Kapal Mavi Marmara

Isnin , 31/05/2010 –Israel dilaporkan telah merampas 6 buah kapal konvoi Freedom Flotilla. Dilaporkan jumlah kematian meningkat kepada 16 orang dan lebih dari 30 orang cedera ketika pasukan Israel menyerang kapal-kapal Freedom Flotilla pada Isnin (31/5) pagi, menurut laporan dari Radio Tentera Darat Israel. Konvoi kemanusiaan itu diserang ketika menghampiri 65km dari pantai Gaza. Mereka juga berkata kapal-kapal itu sekarang sedang ditarik ke bandar Haifa Israel, bukan ke Asdod untuk mengelakkan wartawan menunggu di sana.

Wartawan Al Jazeera, Elshayyal Jamal yang berada dalam kapal Mavi Marmara, mengatakan bahawa tentera Israel telah menggunakan peluru hidup saat mereka memasuki dan merampas kapal.

Sumber dari Prees TV pula melaporkan Syeikh Raed Solah, pemimpin pembebasan Palestin yang turut menyertai konvoi tersebut dilaporkan syahid. Laporan awal mengatakan beliau cedera parah. Walaubagaimanapun media HALUAPalestin masih berusaha untuk mendapatkan pengesahan dari IHH akan laporan kesyahidan beliau.

Menurut wartawan Ayman Mohyeldin dari Al Jazeera yang melaporkan dari Baitulmuqaddis, berkata tindakan Israel itu mengejutkan.

“Semua gambar yang dipaparkan dari para aktivis di kapal-kapal menunjukkan dengan jelas bahawa mereka adalah warga awam dan bertujuan membawa misi kemanusiaan dengan bekalan perubatan di atas kapal. Tindakan Israel ini pasti akan mengejutkan masyarakat antarabangsa atas apa yang telah mereka lakukan.” katanya.

Saat ini ribuan masyarakat Turki mengadakan demonstrasi aman di hadapan kedutaan Israel.

Untuk makluman, seramai 12 orang wakil sukarelawan dari Malaysia berada dalam konvoi kemanusiaan tersebut di atas kapal Mavi Marmara yang diketuai oleh Sdr Noorazman Shamsudin dari HALUANPalestin bersama 4 orang lagi juga dari HALUANPalestin dan baki dari Yayasan Amal Malaysia, Jamaah Islah Malaysia (JIM), Al Quds As Sharif dan Muslim Care. Pihak Sekretariat Pengurusan Krisis-Lifeline4Gaz a (CMT-LL4G) Malaysia masih belum menerima sebarang berita akan situasi dan keadaan mereka di sana memandangkan jalur perhubungan dengan pihak kapal telah terputus.

Sementara itu Sekretariat Pengurusan Krisis-Lifeline4Gaz a (CMT-LL4G) akan mengadakan sidang media tergempar pada hari ini (Isnin, 31 Mei 2010) berhubung perkembangan serangan Israel terhadap Armada Bantuan Kemanusiaan Gaza atau Freedom Flotilla pada jam 3.00 petang bertempat di Hotel De Palma Inn, Seksyen 19, Shah Alam. Semua wakil media dijemput hadir. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi; Saudara Solehuddin Shuib, Setiausaha CMT-LL4G Telefon: 019 5511 600.

Marilah sama-sama kita berdoa agar diselamatkan sukarelawan NGO yang berada diatas kapal dan Allah swt sentiasa memberikan keselamatan dan kebaikannya kepada mereka. Walau apapun yang berlaku diharapkan mereka sentiasa ikhlas dan mendapat keredhaan dari Allah swt.

sumber : HALUAN Palestin

Categories
Foto/Video/Muzik

Footage Serangan Rejim Zionis.

Categories
Foto/Video/Muzik

Liputan terkini Gaza TV oleh John Herson. 20 orang aktivis dilaporkan terbunuh setakat ini.

Categories
Foto/Video/Muzik

Laporan Serangan Rejim Zionis dari Al Jazeera

Categories
Foto/Video/Muzik

Foto Terkini Komando Israel Sedang Menyerang Kapal LL4G.

sumber : al jazeera
Categories
Foto/Video/Muzik

Komen dari MP George Galloway tentang serangan terbaru rejim Zionis.