Categories
Berita Semasa

Dialog Nasional Palestin ditangguh ke pertengahan bulan depan.

Rabu,  29/04/2009 – Beberapa sumber memaklumkan bahawa dialog nasional Palestin yang berlangsung di Kaherah dan telah berakhir semalam (Selasa) ditangguhkan ke pusingan kelima yang akan diadakan pada pertengahan bulan hadapan.

Categories
Berita Semasa

Jenin : Remaja bergaduh mati ditikam.

Rabu,  29/04/2009 – Agensi berita Maan melaporkan pada hari Selasa malam satu pergaduhan antara remaja menyebabkan seorang remaja, Ahmad Ghazi Abu Al Rob, 18, ditikam hingga mati dan seorang lagi berusia 17 tahun cedera parah yang kini dirawat di Hospital Jenin.

Leftenan Radhi Aseeda menyatakan kekesalan atas kejadian tersebut dan pihaknya berjaya mengawal keadaan tersebut serta penikam tersebut berjaya diberkas.

sumber : http://www.imemc.org 
penterjemah :  anonymous

Categories
Berita Semasa

Perjumpaan Hamas-Fatah ditangguh sehingga 16 Mei depan.

Rabu,  29/04/2009 – Perbincangan dalaman antara Fatah dan Hamas telah ditangguhkan sehingga 16 dan 17 Mei dengan tujuan memberi peluang kepada kedua-dua pihak bagi membincang cadangan baru Mesir yang bertujuan menyelesaikan semua perkara tertangguh.

Categories
Berita Semasa

Empat Warga Palestin cedera akibat serangan Zionis berdekatan persimpangan Mintar.

Selasa,  28/04/2009 – Empat warga Palestin tercedera pada Isnin lalu berdekatan tempat perdagangan Mintar di timur bandar raya Gaza akibat serangan angkatan tentera Israel.

Categories
Berita Semasa

Hamdan: Abu Mazin memandulkan dialog nasional Palestin sebelum ia bermula.

Selasa,  28/04/2009 – Usamah Hamdan, wakil HAMAS di Lubnan berpendapat Mahmoud Abbas, Presiden Palestin yang sudah tamat tempoh pemerintahannya telah memandulkan dialog nasional Palestin dalam ucapannya hari ini. Beliau juga menambah isi-isi ucapan Abbas saling bercanggahan. Beliau seterusnya menegaskan bahawa perjuangan yang dilakukan HAMAS adalah hak yang diperakui dan dijamin oleh undang-undang, manakala perancangan Abu Mazin yang mahu menghentikan perjuangan tersebut tidak lahir daripada kelestarian nasional Palestin.

Categories
Berita Semasa

(Terkini) Israel akan mengebom Tehran ?

Selasa,  28/04/2009 – Sumber rasmi di Iran Ahad lalu melaporkan pihak perisikan Iran berjaya memahami apa yang disifatkan sebagai “sel pengganas yang dikaitkan dengan Israel”. Sumber itu berkata anggota sel itu sedang merancang untuk mengadakan siri pengeboman di Tehran ketika pilihan raya presiden Iran berlangsung.

Categories
Berita Semasa

Henti bincang bebas Shalit kerana Zionis teragak-agak.

Isnin,  27/04/2009 – Seorang penganalisis politik, Dr Anis al-Naqqash berkata bahawa keputusan kerajaan Zionis memberhentikan perundingan tentang pertukaran tentera Zionis yang ditawan Gel’ad Shalit adalah kerana keadaan teragak-agak yang sedang dilalui oleh kerajaan golongan kanan sekarang.

Categories
Berita Semasa

Al-Misri: Dialog tidak akan maju selagi tidak menerima pilihan pejuang.

Isnin,  27/04/2009 – Mushir al-Misri seorang pimpinan HAMAS dan anggota Majlis Perundangan Palestin bagi blok ‘Perubahan dan Reformasi’ menegaskan bahawa dialog Palestin-Palestin tidak akan maju seinci pun jika tidak menerima pilihan pejuang menentang penjajahan Zionis.

Categories
Berita Semasa

Mishal : Israel penghalang besar !

Jumaat,  24/04/2009 – Khalid Mashal, Ketua Biro Politik Hamas di Syria yang berbincang dengan ahli parlimen Britain melalui persidangan video pada Khamis lalu berkata Israel adalah penghalang terbesar kepada keamanan kerana mereka menggagalkan perbagai perjanjian damai termasuk inisiatif dari negara Arab.

Categories
Berita Semasa

5 tentera rejim Zionis cedera dan 20 rakyat Palestin ditangkap.

Jumaat,  24/04/2009 – Satu pergaduhan tercetus antara tentera Zionis Israel dengan rakyat Palestin di sini. Pergaduhan berpunca apabila tentera Zionis Israel menyerbu dan menyelongkar rumah rakyat Palestin. Di laporkan seramai 5 orang tentera Zionis Israel cedera dan 20 rakyat Palestin ditangkap. Akibat kejadian itu, Zionis Israel menutup jalan-jalan ke Kafr Qasim.

Turut berada di situ ialah kenderaan berat tentera yang digunakan untuk berdepan dengan rakyat Palestin.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/ 
penterjemah :  Abu Awatif

Categories
Berita Semasa

Amerika tidak layak memimpin proses perdamaian.

Khamis,  23/04/2009 – r. Yahya Musa wakil dewan perundangan dari Hamas menegaskan Amerika tidak layak untuk mengetuai proses damai. Negara itu juga tidak mempunyai kebolehan dan kepercayaan untuk memimpin kesepakatan diantara ZIonis-Israel dengan Palestin.

Categories
Berita Semasa

HAMAS nafi beri cadangan baru damai dengan Zionis.

Khamis,  23/04/2009 – Anggota Biro Politik HAMAS, Muhamamd Nasr menafikan wujud cadangan baru mengenai perjanjian perdamaian yang telah dicapai di Kaherah baru-baru ini dengan pihak Zionis. Beliau juga menegaskan HAMAS tetap berpegang teguh dengan syarat-syaratnya yang telah dipersetujui sebelum ini dengan perantaraan Mesir.

Categories
Foto/Video/Muzik

(Reminder) Seminar Berakhirnya Agenda Zionis.

Maklumat lanjut di sini

Categories
Foto/Video/Muzik

(Terkini) Lieberman diajak pula ke Mesir walaupun telah berkata “Mubarak can go to hell”.

Khamis,  23/04/2009 – Sumber Israel melaporkan Rabu lalu bahawa Ketua Perisikan Mesir, Omar Suleiman yang merupakan individu yang bertanggungjawab secara tidak langsung mengenai pertukaran tahanan dan perbincangan gencatan senjata dengan Hamas, telah menjemput Menteri Luar Israel, Avigdor Lieberman untuk melawat Mesir.

Categories
Berita Semasa

Isu “Mubarak can go to hell!” ?

Khamis,  23/04/2009 – Sumber Israel melaporkan Ketua Perisikan Mesir bersama ketua perunding negara itu bercadang untuk melawat Israel Rabu ini bagi mengadakan perbincangan dengan pegawai-pegawai Israel, namun akan cuba mengelak untuk bertemu dengan Menteri Luar Israel, Avigdor Lieberman.