Categories
Berita Semasa

Kapal keamanan pertama belayar ke Gaza

Rabu, 12/05/2010 – Kapal pertama dalam armada antarabangsa untuk keamanan Gaza berlepas dari Ireland ke Gaza pada Rabu lepas, 12 Mei 2010, melalui Greece. Pelayaran kapal pertama ini akan diikuti oleh kapal-kapal yang lain yang dijangka belayar serentak pada 22 Mei ini dari pelabuhan-pelabuhan di Turki dan Greece. Kapal-kapal ini akan bertemu di perairan Cyprus sebelum sama-sama berlayar ke perairan Gaza.

Sumber pakatan antarabangsa mengesahkan bahawa motif pelayaran tersebut adalah kesungguhan dan keteguhan dalam menghadapi apa jua halangan serta ketegasan mempertahankan hak mereka untuk memasuki Gaza atas nama keamanan untuk membawa bantuan kemanusiaan. Pakatan antarabangsa tersebut dianggotai oleh Pergerakan Pembebasan Gaza (FGM), Yayasan Bantuan Kemanusiaan Turki IHH serta beberapa organisasi dari Malaysia, Greece, Ireland dan Eropah.

sumber : The Palestine Telegraph
penterjemah : salwa

Categories
Berita Semasa

Erdogan: Dunia akan terbakar jika al-Quds terbakar

Rabu, 12/05/2010 – Perdana Menteri Turki, Receb Tayyip Erdogan memberi amaran jika tindakan keras Zionis berterusan berlaku di bandar al-Quds yang akan menyebabkan keseluruhan rantau tersebut terbabit sama. Beliau juga memberi amaran bahawa usaha Zionis untuk menjejaskan kestabilan di rantau tersebut akan menyebabkan akibat yang tidak baik.

Amaran ini dikeluarkan oleh beliau ketika berucap semasa sidang luar biasa bagi jawatankuasa eksekutif Persatuan Parlimen Pertubuhan Negara Islam yang memulakan sidangnya di Istanbul pada hari Isnin (10/5).

Erdogan berkata sebab utama penubuhan Pertubuhan Negara Islam ialah kebakaran yang berlaku di Masjid al-Aqsa pada tahun 1969 sambil menegaskan kedudukan tinggi yang dimiliki oleh al-Quds dalam hati setiap muslim di dunia.

sumber : http://www.palestine-info.info/ar
penterjemah : muhajir

Categories
Berita Semasa

Rejim Zionis ceroboh Bait Omar di Hebron

Rabu, 12/05/2010 –Tentera rejim Zionis mengarah penjaga sempadan menyerbu kampung Bait Omar di utara Hebron di Tebing Barat. Mereka melepaskan tembakan yang bertalu-talu menyebabkan seorang ibu bersama bayinya selepas kereta mereka terbalik.

Jurucakap untuk projek perpaduan, Mohammed Ayad, mengatakan bahawa IOF menembak bom gas dan melepaskan tembakan ke arah warga Palestin secara tiba-tiba.

Beliau menambah bahawa penduduk kampung Al-Zaher terkejut serangan Israel ke atas mereka. Warga Palestin Sana Salamah, 28, dan suaminya cedera kemudian dipindahkan ke hospital selepas kereta mereka terbalik akibat tembakan tentera Israel yang bertalu-talu, beliau menambah.

Tentera rejim Zionis juga menghalang ambulan yang membawa ibu dan byai tersebut. Selain itu, tentera IOF memukul Mohammed Mokbel dengan kayu. Selain itu mereka menahan tujuh warga Palestin .

sumber : The Palestine Telegraph
penterjemah :  ameen

Categories
Berita Semasa

45 Rabi Ekstrim serbu Masjid al Aqsa


Rabu, 12/05/2010 –Seramai 45 rabi dari kumpulan pelampau Yahudi telah menyerbu Masjid al-Aqsa. Mereka juga mendapat perlindungan dari pihak keselamatan Zionis Israel. Rabi-rabi ini mendakwa memperingati 43 tahun penyatuan al-Quds. Walaupun proses perdamaian sedang berlangsung, kumpulan rabi ini tidak akan menyerah al-Quds dengan mudah.

Antara rabi yang terlibat dalam serbuan itu, menyatakan usaha mereka adalah untuk membuktikan hubungan erat orang Yahudi dengan tempat suci yang didakwa mereka.

sumber : COMES
penterjemah : Abu Awatif

Categories
Berita Semasa

75% Kanak-Kanak Palestin di Timur Jerusalem hidup bawah paras kemiskinan

Rabu, 12/05/2010 – Sebuah kumpulan hak asasi manusia Israel telah mengemukakan laporan Isnin lalu yang menyatakan hampir tiga perempat dari semua kanak-kanak Palestin yang tinggal di Timur Jerusalem adalah miskin.

Dalam 95,000 kanak-kanak Timur Jerusalem (lebih kurang 74%) hidup di bawah paras kemiskinan, dibandingkan dengan 45% kanak-kanak yang tinggal dia penempatan Yahudi.

Menurut laporan tersebut, yang bertajuk “Human Rights in East Jerusalem 2010” (Hak Kemanusian di Timur Jerusalem 2010), yang disediakan oleh Kesatuan Hak Asasi di Israel, hampir dua per tiga Keluarga-keluarga palestin hidup dalam kemiskinan, berbanding hampir satu pertiga keluarga-keluarga Yahudi.

sumber : The Palestine Telegraph
penterjemah : aznil

Categories
Berita Semasa

Kebakaran besar berlaku di salah sebuah gudang terbesar di Gaza.

Rabu, 12/05/2010 – Satu kebakaran besar berlaku di sebuah gudang menyimpan barang-barang yang diimport oleh peniaga Gaza dari Israel, yang terletak di “Mashav Shova” di dalam wilayah Israel hari ini. Ketua pembekal barang-barang bagi jawatankuasa Gaza, Raed Fattouh, mengesahkan bahawa gudang tersebut yang terletak di antara laluan komersial “Carney” dan “karem Abu Salem”, adalah sebuah gudang besar yang menyimpan barang-barang yang dibeli peniaga Palestin di Gaza seperti makanan, minyak, kereta, kasut, pakaian dan aluminium.

Fattouh menambah bahawa kebakaran itu menyebabkan kerosakan sekurang-kurangnya 10 kontena yang mengandungi barang bernilai ratusan ribu syikal, dan pihak bomba menghadapi kesulitan untuk memadamkan api, yang masih berjalan hingga saat ini.

sumber : The Palestine Telegraph
penterjemah :   rohiez

Categories
Berita Semasa

Israel buang rakyat Palestin ke Jordan

Rabu, 12/05/2010 – Penjajah Israel membuang seorang warga Palestin dari Hebron ke Jordan pada hari Sabtu. Pengarah media polis Hebron berkata kepada agensi berita Safa bahawa pasukan Israel menahan warga Palestin Morad Zahed, 27, di rumahnya di Hebron dan memaksanya untuk mengemas barang dan kemudian mereka menghantarnya ke sempadan Jordan dengan alasan tidak mempunyai kad pengenalan Palestin.

Dia menambah bahawa Israel menyatakan bahawa dia masuk Tebing Barat sepuluh tahun yang lalu dan tinggal di Hebron.

Israel telah membuang tiga warga Palestin dari Tebing Barat ke Gaza mendakwa bahawa mereka berasal dari Gaza. Israel memutuskan untuk mengusir orang-orang Palestin atau menahan mereka selama 7 tahun atau denda 7500 syikal (hampir $ 1900 USD).

sumber : The Palestine Telegraph
penterjemah :  ameen

Categories
Berita Semasa

Zionis ceroboh Jabalia

Selasa, 11/05/2010 – Tentera rejim Zionis melakukan operasi ketenteraan ke atas beberapa kawasan di Jabalia yang terletak di utara Bandar Gaza.

Menurut agensi berita WAFA, beberapa kenderaan milik tentera rejim Zionis menceroboh beberapa ratus meter ke dalam Bandar Jabalia yang terletak di sempadan kawasan Palestin yang telah dirampas Zionis. Menurut agensi berita WAFA lagi, kenderaan-kenderaan tersebut memeriksa kawasan itu dan melepaskan banyak tembakan ke arah harta benda penduduk tempatan. Tiada kecederaan dilaporkan dalam operasi itu.

sumber : The Palestine Telegraph
penterjemah : salwa

Categories
Berita Semasa

Hamas: Penjajah Zionis memberi tamparan baru kepada kumpulan Oslo

Selasa, 11/05/2010 – Gerakan Pembela Islam (HAMAS) menganggapkan projek pembinaan 14 unit rumah baru di kawasan “Ras al-Amud” merupakan tamparan baru Zionis Israel dan merupakan tindakan merendah-rendahkan Resolusi Jawatankuasa Pelaksana bagi Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO), dan Jawatankuasa Pemantauan Arab al-Quds (di bawah kelolaan Liga Arab), yang kedua-duanya telah memberi lampu hijau dan kata-kata persetujuan dengan Kumpulan Oslo untuk melaksanakan rundingan damai yang sia-sia.

HAMAS dalam satu kenyataannya pada hari Ahad (9-5)yang juga diberikan kepada Pusat Maklumat Palestin, berkata “Projek pembinaan 14 unit rumah baru oleh penjajah Israel di kota al-Quds ini dan dalam waktu yang sama rundingan damai yang dibuat secara sia-sia, telah membenarkan apa yang selalu HAMAS perkatakan sebelum ini, bahawa kembali kepada isu rundingan damai (bukanlah jalan penyelesaian dan ianya) adalah khidmat percuma kepada rejim zionis untuk mereka melakukan (lebih banyak) penjajahan dan melaksanakan penempatan (baru) mereka di Palestin”.

HAMAS menambah lagi, bahawa perkara ini akan memberi lorong (juga) kepada penjajah Israel untuk keluar dari kebuntuan mereka dalam berdepan dengan tanggapan masyarakat umum dunia yang melihat bahawa penjajahan zionis terhadap Palestin adalah merupakan serangan yang berunsurkan perkauman dan keganasan terhadap rakyat Palestin.

Dan HAMAS menyeru kepada Jawatankuasa Pelaksana bagi Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO), dan Jawatankuasa Pemantauan Arab al-Quds, supaya kembali kepada resolusi mereka dan berhenti dari bergantung kepada janji-janji Amerika yang palsu, dan amalan politik mereka yang (ternyata) gagal.

sumber : http://www.palestine-info.info/ar
penterjemah :  arif

Categories
Berita Semasa

Rejim Zionis serbu Hebron, tawan Penduduk Palestin

Selasa, 11/05/2010 – Tentera Rejin Zionis (IOF) hari ini telah menawan seorang penduduk Palestin setelah membuat serbuan ke atas bandar Hebron di Tebing Barat.

“Tentera rejim zionis menyerbu kawasan Al-Haras dan menggeledah beberapa rumah penduduk awam dan kemudiannya menawan seorang penduduk Palestin dari keluarga Al-Suori” sumber keselamatan memaklumkan agensi berita SAFA.

Sumber itu menambah bahawa Tentera Israel menyerbu kampung Yata dan Ezna dan menahan kereta orang awam untuk memeriksa kereta mereka.

sumber : The Palestine Telegraph
penterjemah :  aznil

Categories
Berita Semasa

Penyeksaan dalam penjara Mesir tidak dapat diterima

Selasa, 11/05/2010 – Ketua Jawatankuasa Pemerhati Hak Asasi Manusia di Dewan Perundangan menyeru para pemimpin Mesir agar menghukum para pegawai yang bertanggungjawab melakukan penyeksaan dan pembunuhan terhadap para tahanan Palestin dalam penjara Mesir. Beliau juga menyeru agar penilaian diadakan dengan cara yang lebih telus serta berusaha untuk membebaskan mereka.

Dr Yahya Musa, ketua jawatankuasa tersebut mendedahkan beberapa kejadian penyeksaan di samping kejadian penyeksaan enam anggota al-Jihad al-Islami dalam penjara Mesir. Beliau turut memaklumkan seorang nelayan Palestin turut diseksa di salah sebuah penjara Mesir sehingga menyebabkannya hilang akal.

Apa yang berlaku ini adalah suatu keaiban terhadap mana-mana kerajaan yang memerintah dan ini bukanlah suatu yang kita jangkakan berlaku daripada pihak Mesir. Bahkan apa yang berlaku ini mencemarkan imej kerajaan Mesir dan rakyatnya yang sejak sekian lama menyokong perjuangan rakyat Palestin. Oleh itu, adalah dituntut agar pimpinan Mesir mengkaji semula kedudukan ini dan menghukum para pegawai bertanggungjawab terhadap penyeksaan ini.

sumber : http://www.palestine-info.info/ar/
penterjemah :  muhajir

Categories
Berita Semasa

Israel: Abbas hanya bergantung kepada kami

Selasa, 11/05/2010 – Menteri Infrastruktur Zionis Uzi Landau mengatakan bahawa pemimpin Fatah di Ramallah tidak mampun menjalankan tugas mendokong proses perdamaian. HAMAS banyak menghalang proses damai yang dianjurkan oleh Fatah kerana natijah perdamaian itu amat bertentangan dengan kemahuan rakyat Palestin.

Uzi menyebut lagi bahawa Abbas hanya bergantung harap kepada kerajaan Zionis Israel. Kalau tidak di sebabkan Zionis Israel, Abbas dan Fatah sudah lama jatuh. Uzi menambah lagi tekanan Amerika terhadap Israel berkaitan pemberhentian projek penempatan baru Zionis banyak memberi harapan kepada Abbas dan Fatah dalam usaha mendapatkan konsesi.

sumber : COMES
penterjemah : Abu Awatif

Categories
Berita Semasa

8000 penumpang masih menunggu pembukaan sempadan Rafah untuk meninggalkan Gaza

Selasa, 11/05/2010 – Menurut Kementerian Dalaman terdapay 8000 penumpang yang telah mendaftar masih lagi menunggu sempadan Rafah dibuka selepas ditutup lebih dari dua bulan. Pihak mereka juga telah menerangkan di dalam laman sesawang, hingga ketika ini masih belum ada tanda – tanda Mesir akan membuka sempadan mereka.

Kementerian tersebut telah menyatakan bahawa pendaftaran akan dibuka pada hari Ahad bagi mereka yang ingin melakukan perjalanan dan masih lagi belum ,mendaftar dengan laman sesawang kementerian. Pihak berkuasa Mesir pernah membuka sempadan Rafah kali terakhir pada awal Mac.

sumber : The Palestine Telegraph
penterjemah :  bob

Categories
Berita Semasa

Tentera Zionis menyerang Jenin dan Tubas, 2 rakyat Palestin ditahan

Selasa, 11/05/2010 – Tentera Zionis telah menyerang beberapa bandar di barat Jenin di mana mereka melakukan operasi mencari dan menahan seorang penduduk di Qabatiya dan lagi di Tubas, sebuah bandar di Tebing Barat.

Berdasarkan sumber tempatan, operasi hanya tertumpu di bandar – bandar seperti Qabatiya, Barqeen, Al-Hasyemya, Kafr Dan dan Kafr Qod, tambahan lagi tentera Israel juga melakukan operasi di kawasan pertanian terbuka. Tentera zionis juga telah menutup jalan antara Barqeen dan Al-Shohada dan mengeledah kenderaan terutamanya milik petani.

sumber : The Palestine Telegraph
penterjemah :  bob

Categories
Berita Semasa

Penduduk haram Yahudi bakar masjid di Nablus

Selasa, 11/05/2010 – Penduduk haram Yahudi telah membakar sebuah masjid di Nablus Selatan Tebing barat pada Selasa lepas. Mengikut sumber Palestin, pegawai masjid telah menyalahkan penduduk haram Yahudi yang boleh mencetus gangguan terhadap proses damai di Timur Tengah.

Tentera Israel pula menyatakan terdapat laporan kebakaran di perkampungan Libban Al-Sharqia berhampiran Nablus. “Sebelum solat subuh kami melihat api sedang marak di dalam masjid dan kami terpaksa mengambil setengah jam untuk memadamkannya. Masjid tersebut telah musnah sepenuhnya” Majed Daragmeh, presiden majlis Al-Laban memberitahu kepada Nablus TV.

sumber : The Palestine Telegraph
penterjemah : bob