Categories
Berita Semasa

Kanak-Kanak Palestin Cedera Akibat Tembakan Rejim Zionis di Ramallah

Jumaat, 13-01-2023 – Seorang kanak-kanak Palestin cedera akibat tembakan Israel di Ramallah, manakala sebuah rumah dan beberapa bangunan dirobohkan oleh pihak berkuasa Israel di Salfit dan Jerusalem pada pagi Selasa.

Menurut sumber setempat, seorang kanak-kanak berusia 12 tahun cedera terkena peluru getah dan penduduk yang lain cedera akibat terdedah kepada gas pemedih mata ketika pertempuran ganas dengan Rejim Zionis di bandar Silwad, timur Ramallah.

Keadaan kesihatan kanak-kanak yang cedera itu dilaporkan stabil selepas dikejarkan ke hospital tempatan.

sumber : https://english.palinfo.com
penterjemah : Neina Mukhtar

Categories
Berita Semasa

Zionis Ceroboh Sempadan Had Gaza

Jumaat, 13-01-2023 – Rejim Zionis melancarkan pencerobohan kecil-kecilan di kawasan sempadan selatan Semenanjung Gaza pada Selasa pagi.

Menurut sumber tempatan, empat jentolak perisai diiringi kenderaan tentera mara dari pos tentera ke kawasan sempadan timur Bandar Khan Yunis.

Jentera berat itu mula menggali dan meratakan tanah pertanian, yang terletak beberapa meter dari pagar sempadan.

sumber : https://english.palinfo.com
penterjemah : Huzaifah AJ

Categories
Berita Semasa

Ahli keluarga dari Gaza melawat saudara-mara di penjara Raymond

Jumaat, 13-01-2023 – Beberapa keluarga dari Semenanjung Gaza dapat melawat saudara-mara mereka di penjara Raymond Israel.

43 orang ahli keluarga dari Gaza menaiki bas Palang Merah menuju penjara Raymond untuk melawat ahli keluarga mereka yang ditahan.Sejak lebih dua bulan lalu, Israel melarang keluarga tahanan Gaza melawat saudara-mara mereka di penjara atas alasan yang tidak diketahui.

sumber : https://english.palinfo.com
penterjemah : Nor idawati

Categories
Berita Semasa

Hamas mengecam penghinaan pendatang Yahudi terhadap tanah perkuburan Kristian di Jerussalem

Rabu, 11-01-2023 – Pergerakan Hamas telah mengecam penodaan tanah perkuburan Kristian Protestan di Baitulmaqdis yang diduduki secara haram oleh pendatang Yahudi ekstremis baru-baru ini.

Serangan ke atas Tanah Perkuburan Protestan yang bersejarah berlaku pada Ahad lalu dan ditemui pada petang Selasa.

Dalam satu kenyataan pada hari Rabu, jurucakap Hamas Abdul-Latif Qanu menyifatkan serangan pendatang Yahudi ke atas tanah perkuburan itu sebagai “tingkah laku perkauman dan jenayah yang melanggar semua undang-undang ilahi dan norma antarabangsa.”

sumber : https://english.palinfo.com
penterjemah : Norshuhada Samudin

Categories
Berita Semasa

Hamas: Rakyat Palestin akan menentang kerajaan rejim fasis baru

Rabu, 11-01-2023 – Gerakan Hamas Movement menyelar kerajaan rejim baru berikutan sokongan Knesset Israel terhadap kerajaan yang diketuai oleh Benjamin Netanyahu pada Khamis.

63 ahli Knesset memberikan undi percaya manakala 54 lagi menentangnya. Netanyahu seterusnya mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri bagi penggal keenam.

Dalam kenyataan akhbar, jurucakap Hamas  Abdul Latif Al-Qanou menekankan yang undi percaya Knesset menyebabkan pentingnya rakyat Palestin untuk bersatu mempertahankan tanah dan tempat suci Palestin daripada kerajaan fasis Netanyahu.

sumber : https://english.palinfo.com
penterjemah : Nor idawati

Categories
Berita Semasa

Tentera Penjajah Israel: Berlaku Peningkatan Serangan Pejuang Palestin Di Tebing Barat Pada Tahun 2022

Rabu, 11-01-2023 – Data yang dikeluarkan oleh tentera penjajah Israel untuk tahun 2022 menunjukkan adanya peningkatan operasi serangan pejuang Palestin di Tebing Barat “yang diduduki” hingga lebih dari 100%.

Khamis, 29 Disember, laman web Hebrew Walla menyiarkan artikel berkaitan tentera penjajah mengatakan bahawa wilayah Tebing Barat menjadi medan tempur bagi 285 aksi serangan tembakan oleh pejuang Palestin sepanjang tahun 2022, dibandingkan dengan 61 pada tahun 2021, 31 pada tahun 2020 dan hanya 19 pada tahun 2019.

Menurut data, jumlah kematian akibat operasi melonjak pada 2022. 31 orang penduduk maut dalam operasi bersenjata, dibandingkan dengan 4 pada 2021, 3 pada 2020 dan 5 pada 2019.

Data tentera penjajah menunjukkan bahawa pada tahun 2022 terjadi 7589 operasi lempar batu, dibanding 3805 pada tahun 2021. Berlaku juga peningkatan bom molotov, iaitu sebanyak 1268 pada tahun 2022, dibandingkan dengan 1022 pada tahun 2021.

sumber : https://melayu.palinfo.com
penterjemah : Osman

Categories
Berita Semasa

IPS pindahkan tahanan, Abul Haija ke penjara lain

Rabu, 11-01-2023 – Perkhidmatan Penjara Israel (IPS) telah memindahkan seorang tahanan Palestin, Jamal Abul-Haija yang sedang menjalani beberapa hukuman penjara seumur hidup, ke penjara lain.

Menurut sumber tempatan di Jenin, Abul-Haija yang merupakan seorang pegawai kanan Hamas berusia 61 tahun telah dipindahkan dari selnya di penjara Hadarim ke penjara Gilboa, tanpa sebab yang diketahui.

Abul-Haija telah menjalani sembilan hukuman penjara seumur hidup sejak ditangkap pada 26 Ogos 2002.

sumber : https://english.palinfo.com
penterjemah : Amrul Azmi Mizan

Categories
Berita Semasa

Warga Palestin Alami Kesukaran Bernafas Ketika Serangan Rejim Zionis di Jenin

Jumaat, 06-01-2023 – Puluhan rakyat Palestin mengalami masalah pernafasan ketika serbuan oleh Rejim Zionis di barat laut bandar Jenin Tebing Barat pada petang Selasa.

Sumber setempat melaporkan bahawa tentera rejim melepaskan bom gas pemedih mata ke arah warga Palestin selepas menyerbu perkampungan Rummanah, sambil menambah bahawa pertempuran dilaporkan berlaku antara pemuda Palestin dan tentera rejim.

Dalam perkembangan berkaitan, askar rejim melepaskan bom gas pemedih mata dan bom tangan mengejut ke arah warga Palestin selepas menyerbu pintu masuk timur kem Aidah di utara bandar Bethlehem Tebing Barat, yang telah mencetuskan pertempuran.

sumber : https://english.palinfo.com
penterjemah : Neina Mukhtar

Categories
Berita Semasa

Serbuan Ben-Gvir ke al-Aqsa satu perkembangan yang berbahaya

Jumaat, 06-01-2023 – Liga Ahli Parlimen Al-Quds telah menegaskan bahawa serbuan Itamar Ben-Gvir ke dalam masjid al-Aqsa merupakan fasa berbahaya dalam percubaan Israel mengubah status quo Baitulmuqaddis.

Dalam satu kenyataan akhbar pada hari Selasa, liga tersebut berkata bahawa pencerobohan yang merupakan sebahagian daripada rancangan Yahudisasi Israel di masjid Al-Aqsa akan membawa kepada peningkatan ketegangan di rantau itu, menjadikan Israel bertanggungjawab atas kesan mencemarkan tapak suci itu.

Liga tersebut juga menegaskan bahawa penodaan terhadap masjid Al-Aqsa ini adalah hasil daripada tindakan berdiam diri masyarakat antarabangsa terhadap jenayah Israel yang berulang-ulang melanggar semua undang-undang dan konvensyen antarabangsa.

sumber : https://english.palinfo.com
penterjemah : Amrul Azmi Mizan

Categories
Berita Semasa

Hamas berkabung atas kematian Adam Ayyad

Jumaat, 06-01-2023 – Gerakan Hamas berkabung atas kematian syahid Adam Ayyad, 16 tahun yang ditembak mati pada pagi Selasa oleh tentera rejim zionis (IOF) di kem pelarian al-Deheisha, Bethlehem.

“Rakyat kami, yang tabah menghadapi jenayah rejim akan terus berjuang mempertahankan tanah dan tempat suci, terutamanya Baitulmuqaddis dan Masjid Aqsa, serta mengembalikan hak sepenuhnya dan mencapai kebebasan juga kemerdekaan,” Hamas berkata pada Selasa.

“Kami menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga syahid Ayyad, saudara-saudaranya dan mereka yang menyayanginya. Kami juga menyeru rakyat Palestin untuk tabah berjuang dan meningkatkan penentangan terhadap musuh kita zionis dan menyekat jalan-jalan yang digunakan oleh para pendatang dan pelampau zionis,” tambah Hamas.

sumber : https://english.palinfo.com
penterjemah : Nor idawati

Categories
Berita Semasa

Hamas: Rakyat Palestin akan menentang kerajaan rejim fasis baru

Rabu, 04-01-2023 – Gerakan Hamas Movement menyelar kerajaan rejim baru berikutan sokongan Knesset Israel terhadap kerajaan yang diketuai oleh Benjamin Netanyahu pada Khamis.

63 ahli Knesset memberikan undi percaya manakala 54 lagi menentangnya. Netanyahu seterusnya mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri bagi penggal keenam.

Dalam kenyataan akhbar, jurucakap Hamas  Abdul Latif Al-Qanou menekankan yang undi percaya Knesset menyebabkan pentingnya rakyat Palestin untuk bersatu mempertahankan tanah dan tempat suci Palestin daripada kerajaan fasis Netanyahu.

sumber : https://english.palinfo.com
penterjemah : Nor idawati

Categories
Berita Semasa

Tentera Penjajah Israel: Berlaku Peningkatan Serangan Pejuang Palestin Di Tebing Barat Pada Tahun 2022

Rabu, 04-01-2023 – Data yang dikeluarkan oleh tentera penjajah Israel untuk tahun 2022 menunjukkan adanya peningkatan operasi serangan pejuang Palestin di Tebing Barat “yang diduduki” hingga lebih dari 100%.

Khamis, 29 Disember, laman web Hebrew Walla menyiarkan artikel berkaitan tentera penjajah mengatakan bahawa wilayah Tebing Barat menjadi medan tempur bagi 285 aksi serangan tembakan oleh pejuang Palestin sepanjang tahun 2022, dibandingkan dengan 61 pada tahun 2021, 31 pada tahun 2020 dan hanya 19 pada tahun 2019.

Menurut data, jumlah kematian akibat operasi melonjak pada 2022. 31 orang penduduk maut dalam operasi bersenjata, dibandingkan dengan 4 pada 2021, 3 pada 2020 dan 5 pada 2019.

Data tentera penjajah menunjukkan bahawa pada tahun 2022 terjadi 7589 operasi lempar batu, dibanding 3805 pada tahun 2021. Berlaku juga peningkatan bom molotov, iaitu sebanyak 1268 pada tahun 2022, dibandingkan dengan 1022 pada tahun 2021.

sumber : https://melayu.palinfo.com
penterjemah : Osman

Categories
Berita Semasa

IPS pindahkan tahanan, Abul Haija ke penjara lain

Rabu, 04-01-2023 – Perkhidmatan Penjara Israel (IPS) telah memindahkan seorang tahanan Palestin, Jamal Abul-Haija yang sedang menjalani beberapa hukuman penjara seumur hidup, ke penjara lain.

Menurut sumber tempatan di Jenin, Abul-Haija yang merupakan seorang pegawai kanan Hamas berusia 61 tahun telah dipindahkan dari selnya di penjara Hadarim ke penjara Gilboa, tanpa sebab yang diketahui.

Abul-Haija telah menjalani sembilan hukuman penjara seumur hidup sejak ditangkap pada 26 Ogos 2002.

sumber : https://english.palinfo.com
penterjemah : Amrul Azmi Mizan

Categories
Berita Semasa

Haneyya tekankan kepentingan perjuangan dan kesatuan Palestin

Jumaat, 30-12-2022 – Ketua biro politik Hamas Ismail Haneyya menekankan kepentingan perjuangan dan kesatuan Palestin bagi menghadapi kerajaan rejim zionis yang baru.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pada petang Rabu, Haneyya memberi amaran tentang polisi dan aliran rejim baru.

Pembinaan penempatan yang semakin bertambah akan ditentang dengan perjuangan, beliau menambah.

sumber : https://english.palinfo.com
penterjemah : Nor idawati

Categories
Berita Semasa

Jawatankuasa keluarga akan adakan lebih banyak mogok menuntut pembebasan syuhada

Jumaat, 30-12-2022 – Jawatankuasa keluarga para syuhada yang jenazahnya ditahan menggesa penganjuran lebih banyak mogok bagi menuntut pembebasan jenazah syuhada tersebut oleh negara penceroboh Israel.

Dalam kenyataan akhbar pada hari Rabu, ahli jawatankuasa Fatima Mansour menuduh kerajaan penceroboh Israel menjalankan dasar jenayah sistematik terhadap syuhada Palestin melalui kedegilan mereka menahan mayat para syuhada.

Fatima juga berkata bahawa kerajaan Israel cuba memberikan tekanan psikologi kepada keluarga para syuhada tersebut.

sumber : https://english.palinfo.com
penterjemah : Amrul Azmi Mizan