Categories
Berita Semasa

Polis Gaza: Seorang Pembunuh Arrigoni adalah Warga Jordan

Khamis, 21/04/2011 – Polis Gaza telah mendedahkan bahawa salah satu suspek dalam pembunuhan aktivis Itali Vittorio Arrigoni adalah warga Jordan. Polis telah mengeluarkan gambar dia dan dua rakannya kepada awam, bahawa mereka adalah “yang paling dikehendaki” untuk penculikan dan pembunuhan Arrigoni.

Mayat Arrigoni itu ditemui Jumaat pagi di sebuah rumah kosong di Gaza hanya beberapa jam selepas dia diculik oleh kumpulan yang mengaku sebagai Salafi Jihadis. Sebuah klip video telah dimuat dalam Youtube di mana Arrigoni diikat dan mata ditutup oleh penjenayah tersebut, yang menuntut kerajaan di Gaza melepaskan beberapa orang dari kumpulan mereka dari penjara.

Polis Gaza mengatakan dalam sebuah kenayataan, Abdurrahman Mohammed al-Bureizat alias Mohammed Hassan dari Jordan, Bilal al-Umari, dan Mahmoud Mohammed al-Salfiti dikehendaki di Gaza atas kesalahan penculikan dan pembunuhan.

Ganjaran disediakan untuk semua pegawai dan warga yang membantu penangkapan para pembunuh Arrogoni, kata juru bicara polis Gaza, Ayman al-Batniji.

Arrigoni, yang tinggal di Gaza selama tiga tahun membantu Palestin melalui kewartawanan dan aktiviti sosial, meninggalkan kesan yang mendalam dan seluruh Gaza sedang berduka dan kerajaan akan mengadakan pengebumian taraf tentera untuk menghormatinya.

Ratusan polis, pegawai, dan warga Gaza berdemonstrasi sambil melaungkan “mati keganasan” dan bendera Palestin dan Itali dikibarkan selama pengebumian diadakan Isnin dalam kemarahan dan kesedihan. Mayatnya akan diserahkan kepada keluarganya di sempadan Rafah.

Pengebumian tentera akan diadakan oleh Kementerian Dalam Negeri di Gaza.

“Kami melaksanakan tugas kami dan tugas terhadap kejadian pun. Inilah yang kami termampu sebagai ungkapan hormat kami untuk aktivis tersebut, “kata Kolonel Kamal Abu Nada di kenyataan eksklusif untuk PIC.

Dia menegaskan bahawa bukti baru yang dikumpulkan itu dalam kes ini akan diumumkan pada waktu yang tepat.

Sementara itu, kumpulan “kesepakatan nasional” Palestin telah meminta kumpulan pro-Palestin di luar negeri untuk meningkatkan usaha menyelesaikan pengepungan Gaza. Kumpulan ini sangat mengutuk pembunuhan Arrigoni, memastikan bahawa insiden itu terpencil yang tidak mempunyai kaitan dengan Palestin.

Arrigoni dibuang oleh Israel dari Tebing Barat sekitar tiga tahun yang lalu sebelum aktivis mendarat di Gaza melalui konvoi bantuan kemanusiaan Free Gaza.

Kematiannya tiba dalam masa yang sama ahli politik Israel meningkatkan usaha untuk menggagalkan aktivisme pro-Palestin, termasuk armada bantuan Gaza ke Gaza Mei ini.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : ameen

Categories
Berita Semasa

Gaza bersedih ucap selamat tinggal kepada Arigoni

Khamis, 21/04/2011 – Ratusan pegawai polis Palestin, para penduduk, badan-badan rasmi dan kerakyatan, pertubuhan-pertubuhan, dan puluhan persatuan belia, media dan hak asasi manusia serta peserta luar turun bersama mengeringi mendiang pejuang rakyat Plaestin berbangsa Itali, Victorio Arigoni, pada hari Isnin (18 April), yang menyaksikan suasanan sedih dan marah, sepanjang mendiang diiringi dari Hospital As-Syifa’ dekat bandar Gaza menuju ke Rafah sebelum diserahkan kepada keluarga beliau.

Para pengiring mengibarkan bendera Palestin dan Itali dan mengangkat gambar Arigoni sambil melaungkan ketidakpuasan hati terhadap jenayah yang merampas hak beliau, beserta slogan “mati mati pengganas”, “dengan nyawa, dengan darah kami tebusmu wahai Victorio” dan “dari Gaza penghargaan untukmu Victorio”, dengan rasa tidak puas hati serta marah dengan pembunuhan rakyat Itali yang tidak bersenjata ini.

Mereka yang turun berkata bahawa isu ini diibaratkan seperti menanam peluru beracun di tubuh isu Palestin, dan mendiang sukarelawan Arigoni akan terus diingati di dalam hati setiap rakyat Palestin.

sumber : http://www.palestine-info.info/ar/
penterjemah : Azleen

Categories
Berita Semasa

Mesir bersedia untuk benarkan bantuan ke Gaza

Khamis, 21/04/2011 – Menteri Luar Negara Mesir, Nabil al-Arabi telah mengesahkan semasa menerima kunjungan Gabungan Mesir-Antarabangsa untuk Akhiri Sekatan Gaza, bahawa Mesir telah benar-benar bersedia untuk membantu proses membawa bantuan kemanusiaan dan bahan-bahan pembinaan masuk ke Gaza, kata jurucakap Kementerian Luar Negara Mesir, Manha Bakhoum.

Menteri Luar Negara berkenaan telah membuat perjanjian politik dengan jelas bagi membawa barang-barang keperluan masuk ke Gaza melalui pintu sempadan Rafah selepas isu ini dibawa kepada Presiden Mesir dengan tujuan untuk mengambil tindakan yang perlu dan bersesuaian.

Dalam perkembangan lain, diplomat-diplomat Mesir menafikan laporan yang mengatakan bahawa urusan untuk membawa Arabi melawat Gaza dalam masa terdekat sedang dilakukan.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : salwa

Categories
Berita Semasa

Penduduk Zionis Memasuki Al-Aqsa Dengan Kawalan Tentera

Khamis, 21/04/2011 – Para penduduk Zionis, Isnin (18/4) memasuki Masjid Al-Aqsa Mubarak di bawah perlindungan tentera Zionis.

Sejumlah saksi mengatakan, tentera Zionis telah mengizinkan para penduduk dengan jumlah besar memasuki Masjid Al-Aqsa. Padahal mereka mengenakan peraturan yang sangat ketat kepada orang Islam Palestin yang ingin berjemaah di masjid Al-Aqsa.

Sementara itu beberapa sumber tempatan menyebutkan, ribuan penduduk Zionis saban hari melakukan tindakan bodoh di jalan-jalan dan pasar terhadap warga Al-Quds dan harta milik mereka. Ini berlaku ketika kumpulan Zionis berjalan menuju kawasan Al-Buraq untuk melakukan ritual ibadah Talmud dan amalan keagamaan Yahudi ketika hari kebesaran agama mereka.

Sebelumnya pasukan Israel membuat sekatan-sekatan militan di sepanjang jalan menuju Al-Quds. Sehingga seolah-olah Al-Quds menjadi wilayah terpisah dari Tebing Barat terjajah. Mereka juga menutup semua jalan menuju Al-Aqsa untuk merayakan hari kebesaran mengikut Talmud.

sumber : COMES
penterjemah : osman

Categories
Berita Semasa

Hamas bersetuju dengan tawaran sebuah negara Arab untuk menaja rundingan perpaduan kebangsaan

Khamis, 21/04/2011 – Ahli biro politik Hamas, Izzat al-Resheq berkata bahawa Hamas setuju untuk meminta sebuah negara Arab untuk menjadi tuan rumah kepada rundingan damai kebangsaan, namun katanya negara tersebut belum menerima persetujuan daripada Abbas.

Beliau memilih untuk tidak memaklumkan nama negara itu.

Resheq berkata, Hamas telah bertungkus-lumus untuk kesatuan rakyat Palestin serta bersetuju dengan strategi kebangsaan dalam usaha menentang penjajahan Israel, mengusahakan program untuk menamatkan kerjasama keselamatan dengan Israel dan ingin membebaskan semua tahanan politik seterusnya membentuk satu kerajaan kebangsaan yang melaksanakan pilihanraya dengan teratur mengikut syarat Jawatankuasa Kebangsaan Palestin, Jawatankuasa Perundangan Palestin dan juga pihak berkuasa Palestin.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : idawati

Categories
Berita Semasa

Ahli Parlimen Parlimen ditambah hukuman 6 bulan lagi tanpa sebarang pertuduhan

Khamis, 21/04/2011 – Pada malam Selasa lepas rejim Zionis telah menambah hukuman tahanan penjara bagi 2 orang penggubal undang-undang Palestin iaitu Hatem Qufeisha and Omar al-Barghouti bagi tempoh 6 bulan lagi. Hukuman ini dibuat tanpa sebarang pertuduhan rasmi ke atas merekas, kata Kumpulan Hak Asasi Manusia Tadhamon di Tebing Barat.

Hatem Qufeisha yang mewakili kawasan Al-Khalil dalam Majlis Perundangan Palestin (PLC), telah dihadapkan ke Mahkamah Tentera Ofer di Tebing Barat dan dijatuhkan hukuman selama 6 bulan lagi untuk kali kedua sejak beliau ditahan pada 18 Oktober 2010.

Sehingga kini, rejim Zionis sedang menahan 13 anggota PLC. Tahanan terbaru adalah Ahli Parlimen yang bernama Mohammed Mahir Badr yang dilakukan kira-kira 2 minggu lepas, kata Ahmed al-Beitawi, seorang penyelidik di Tadhamon.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : salwa

Categories
Berita Semasa

Ratusan rakyat Mesir kepung duta Israel di Iskandariah

Selasa, 19/04/2011 – Ratusan rakyat Mesir keluar bedemonstrasi pada hari Khamis, (14 April), di hadapan bangunan kedutaan Israel di Iskandariah (240 km barat laut dari Cairo), sambil melaungkan kritikan terhadap tindakan Zionis ke atas Gaza dan kepungannya, serta turut membantah pengharaman laman web “Intifadhoh Palestin ke-3” dekat laman sosial Facebook.

Sebilangan besar tentera dan pasukan keselamatan diperlukan untuk mengawal bangunan kedutaan Zionis di daerah Kufr ‘Abdah di Iskandariah, pintu masuk utama pejabat kedutaan uga ditutup, dan segala pergerakan keluar masuk tidak dibenarkan, pada waktu yang sama para pendemonstrasi melaungkan slogan menentang Zionis, dan mengumumkan sokongan mereka kepada “Intifadhoh ke-3” yang bakal keluar pada 15 Mei depan.

Menurut sumber akhbar “Quds Press”, para peserta demontrasi kebangkitan rakyat Mesir yang lepas turut serta dalam demonstrasi kali ini, yang menentang tebok kepungan Gaza dan keganasan berterusan ke atas kawasan itu oleh pihak musuh (Zionis), selain memprotes penutupan laman khas Facebook khas untuk Intifadhoh Palestin yang disifatkan sebagai “tindakan yang rasis dan tidak adil serta menunjukkan kepatuhan kepada politik Zionis, yang sepatutnya tidak dilakukan oleh Facebook yang pada asalnya bersifat universal.”

sumber : http://www.palestine-info.info/ar/
penterjemah : Azleen

Categories
Berita Semasa

Tentera IOF Langgar Keputusan Mahkamah, Runtuh Rumah Badwi di Nuwaimi’ah

Selasa, 19/04/2011 – Pusat Bantuan Undang-undang Jerusalemdan Hak Asasi Manusia mengatakan tentera penjajah Israel (IOF) melanggar keputusan mahkamah tinggi dan rumah-rumah milik warga Badwi di daerah Nuwaimi’ah berhampiran bandar Jericho diroboh.

Pusat ini menambah lagi pada Rabu bahawa ia menuntut biro pendakwaan Israel, penasihat perundangan IOF dan mahkamah tinggi untuk menjelaskan mengapa tentera Zionis melanggar keputusan mahkamah. Pusat ini mencatatkan bahawa tentera Zionis meroboh rumah, bumbung dan struktur lain milik keluarga Badwi tanpa arahan daripada kerajaan dan melanggar keputusan mahkamah tinggi itu yang memerintahkan pembekuan pada setiap tindakan terhadap keluarga dan harta benda mereka.

Badwi Nuwaimi’ah menerima amaran perobohan pada akhir tahun lalu dan awal tahun ini dan pusat Yerusalem yang mewakili mereka mengikuti semua prosedur undang-undang untuk menghalang setiap langkah bertujuan untuk meruntuhkan rumah-rumah mereka . Sementara itu, sebuah mahkamah tentera Israel mengeluarkan keputusan untuk menghancurkan sebuah gudang untuk unggas dan ternakan dan air telaga di desa Beera, barat daya bandar Al-Khalil.

Pusat kajian untuk tanah tersebut berkata pasukan IOF menyerbu desa dan memberikan pemilik satu minggu untuk menghapuskan gudang dan perigi dengan biaya sendiri. Dalam insiden berasingan, pasukan IOF menculik dua warga Palestin dari kota Al-Khalil pada waktu fajar Kamis dan mencuri perhiasan dan dua ribu syikal dari sebuah rumah di bandar IDNA.

Di desa burin, selatan bandar Nablus, penduduk Yahudi dan pasukan bersenjata pada Rabu malam menyerang desa dan menembak gas pemedih mata terhadap warga Palestin yang menyelamatkan diri dan tiada kecederaan dilaporkan.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : salwa

Categories
Berita Semasa

Lagi 900 unit rumah di Gilo, Baitulmaqdis

Selasa, 19/04/2011 – Jawatankuasa Perancangan dan Pembinaan rejim Zionis telah meluluskan pembinaan 900 unit rumah lagi di selatan penempatan haram Gilo yang terletak berhampiran dengan Kampung Walaja yang dihuni oleh rakyat Palestin di Baitulmaqdis.

Rumah-rumah itu akan dibina di atas tanah berkeluasan 228 dunum ataupun 56.34 ekar. Kawasan penempatan haram itu juga bakal dilengkapi dengan infrastruktur seperti jalan raya dan kemudahan-kemudahan awam. Jawatankuasa itu turut mengumumkan pelan baru pada Rabu lepas, hanya sehari selepas mereka meluluskan pembinaan 942 unit rumah di kawasan yang sama. Kedua-dua pelan itu menggambarkan pembinaan kira-kira 1900 unit rumah di selatan Gilo.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : salwa

Categories
Berita Semasa

Kumpulan Perubahan dan Reformasi mengecam tentera penjajah Israel untuk menahan MP Badar

Selasa, 19/04/2011 – Kumpulan Perubahan dan Reformasi telah mengecam kuasa pendudukan Israel kerana menahan MP Mohammed Badr dalam penahanan pentadbiran, menggambarkan sebagai petanda kepada ” kesombongan Zionis”.

Mereka turut sesal berkenaan pelanggaran Israel terhadap kekebalan parlimen Palestin dan ini berkemungkinan adalah dengan bantuan antarabangsa secara senyap.

Kumpulan negaranegara ini, dalam sebuah pernyataan pada hari Khamis, mengatakan bahawa penahanan ahli parlimen Israel setelah melepaskan mereka dari penjara adalah petanda kepada “mentaliti pengganas dan jenayah Zionis”.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : syuhada

Categories
Berita Semasa

Keluarga pesakit kanser merayu agar tahanan dibebaskan dari penjara PA

Selasa, 19/04/2011 – Keluarga tahanan Nabil Al-Natsha telah ditahan oleh pihak berkuasa palestin bahagian keselamatan telah merayu kepada organisasi hak asasi manusia dan kepimpinan Palestin agar campur tangan untuk membebaskannya kerana penyakit kanser yang dideritainya.

Keluarganya berkata, Natsha telah ditempatkan di sel terasing untuk 4 bulan di ibu pejabat keselamatan dan sangat memerlukan rawatan perubatan.

Sementara itu, militia PA daripada unit keselamatan menculik Sheikh Abdulkarim Halayka, 55 dari rumahnya di Kampung Al-Shyukh, timur kota Al-Khalil pada subuh Khamis.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : idawati

Categories
Berita Semasa

Farwana: 750,000 rakyat Palestin telah diculik oleh Israel sejak 1967

Selasa, 19/04/2011 – Menurut pakar hal ehwal banduan,Abdulnaser Farwana, Israel telah menculik hampir 750,000 rakyat Palestin sejak 1967 termasuk 12,000 wanita dan puluhan ribu kanak-kanak.

Laporan ini dikeluarkan pada Hari Banduan Palestin yang jatuh pada 17 April.

Farwana menegaskan di dalam laporan tersebut ynag Israel telah menculik ramai warga Palestin tanpa pengecualian seperti kanak-kanak, warga tua lelaki dan wanita, kanak-kanak perempuan, isteri, ibu, pesakit, golongan cacat, ahli akademik, ahli parlimen, menteri dan ramai lagi.

Beliau menambah bahawa penculikan itu berlaku setiap hari dan merupakan amalan rutin pihak kerajaan haram Israel. Sebahagian besar penculikan dan penahanan tersebut tidak ada hubungannya dengan alasan keselamatan, tetapi mereka bertujuan untuk penghinaan dan balas dendam.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : nurul

Categories
Berita Semasa

Tentera penjajah Israel usir tahanan Palestin ke Malaysia

Selasa, 19/04/2011 – Tentera Zionis Israel telah mengusir tahanan Palestin, Maher Odeh ke Malaysia daripada kembali ke bandar kelahirannya Ein Yabrud di Ramallah.

Odeh ditangkap pada 14 Mac tahun lalu dan selepas 45 hari pusingan soal siasat yang kejam dia ditahan di pusat tahanan tanpa sebarang dakwaan ke mahkamah. Pusat hak asasi manusia dan kajian tahanan Ahrar berkata penyiasat Israel gagal mengeluarkan pengakuan dari Odeh dan menawarkan pengasingan berkali-kali tapi dia menolak.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : hijjaz

Categories
Berita Semasa

PLO menandakan persetujuan untuk meneruskan perbincangan keamanan

Jumaat, 15/04/2011 – Jawatankuasa Eksekutif PLO telah mengisyaratkan bahawa mereka bersetuju untuk meneruskan perbincangan damai dengan Israel berdasarkan kenyataan yang dibuat oleh Perancis, Inggeris, dan Jerman bulan lepas.

Jawatankuasa Eksekutif yang disebut di Quartet mengambil kenyataan dari tiga negara Eropah itu dan untuk melaksanakan tugasnya dalam proses keamanan tanpa penangguhan lebih lanjut ” dalam meletakkan dasar-dasar yang jelas untuk proses itu”.

“Penerapan prinsip-prinsip ini akan membuka jalan bagi pelancaran baru dan handal dari proses perdamaian dan menyimpannya dari Israel,” kata setiausaha agung jawatankuasa Yasser Abed Rabbo dalam kenyataan pada hari Rabu.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : syuhada

Categories
Berita Semasa

Mesir tarik semula kontrak gas dengan Zionis

Jumaat, 15/04/2011 – Perdana Menteri Mesir, Essam Sharaf, mengarahkan pengkajian dan semakan semula kontrak gas yang dimeterai antara Mesir dan pelbagai negara termasuk kontrak yang pernah disepakati dengan entiti Zionis.

Kerajaan Mesir, telah menandatangani kontrak gas yang penuh knotroversi bersama Zionis pada tahun 2005 untuk membekalkan 1.7 billion meter padu gas setiap tahun selama 20 tahun, di mana harga yang dipersetujui adalah di antara 70 sen dan 1.5 dolar Amerika untuk setiap sejuta BTu. sementara harga kos pula adalah 2.65 dolar.

Menurut laporan media rasmi Mesir, penasihat Perdana Menteri Mesir, Ali Al-Simman, dalam kenyataannya pada hari Rabu (13 Mac) berkata : “Perdana Menteri (Mesir) menghendaki agar kajian dan semakan semula kontrak gas yang dipersetujui di antara Mesir dan beberapa buah negara, termasuk Jordan dan “Israel”, dan untuk meninggikan harga belian supaya memberi manfaat kepada rakyat Mesir.”

sumber : http://www.palestine-info.info/ar/
penterjemah : Azleen