
“Semasa kamu melelapkan mata pada malam nanti, tanya diri kamu, apakah yang kamu telah lakukan untuk Palestin ?”
-Dr Azzam Tamimi, 9 Mei 2009, PWTC, KL , Malaysia

“Semasa kamu melelapkan mata pada malam nanti, tanya diri kamu, apakah yang kamu telah lakukan untuk Palestin ?”
-Dr Azzam Tamimi, 9 Mei 2009, PWTC, KL , Malaysia

Isnin, 11/05/2009 – Radio Tentera Israel Ahad lalu melaporkan yang Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu akan mengetuai delegasi ke Resort Mesir, Sharm Al Sheikh pada hari Isnin ini bagi bertemu Presiden Mesir, Hosni Mubarak.

Isnin, 11/05/2009 – Fathi Hammad, Menteri Dalam Negeri kerajaan Palestin menegaskan pasukan keselamatan berjaya memelihara infrastrukturnya meskipun telah menerima serangan sengit daripada Zionis sepanjang serangan terhadap Gaza baru-baru ini.

Jumaat, 08/05/2009 – Syeikh Ra’id Solah, ketua ‘al-Harakah al-Islamiyyah’ di Palestin yang terjajah, membongkar satu tragedi baru yang sedang disempurnakan oleh 5 buah kementerian Zionis yang aparteid itu, dan yang menjadikan bandar al-Quds sebagai sasaran.

Jumaat, 08/05/2009 – 16 orang awam Palestin telah diculik oleh tentera Israel semasa serangan yang dilakukan sebelum subuh Khamis lalu yang mensasarkan bandar Tebing Barat. Sumber tempatan berkata pencerobohan itu berlaku di bandar Ramallah, tengah Tebing Barat dan satu lagi di bandar Bethlehem, selatan Tebing Barat.
Pasukan tentera tersebut mencari dan menggeledah kediaman sebelum menculik lelaki di lokasi-lokasi penahanan yang tidak dikenalpasti, menurut laporan media tempatan.
sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : hijjaz79

Khamis, 07/05/2009 – Gerakan Hamas menafi keras tuduhan ZIonis-Israel yang menyebutkan Hamas meletakkan pejuangnya di sempadan bagi menghalang roket-roket yang dilepaskan ke arah Israel. Dr Ismail Ridwan, menyatakan segalah tuduhan itu palsu. Tuduhan itu jelas bagi menampakkan seolah-olah Hamas tunduk kepada Zionis-Israel. Dia menegaskan Hamas tidak akan menjadi pelindung Zionis-Israel. Pertemuan kumpulan-kumpulan pejuang Palestin hanya membincangkan hubungan sesama mereka dan bukan bersetuju untuk menamatkan serangan ke arah Zionis.
sumber : COMES
penterjemah : Abu Awatif

Khamis, 07/05/2009 – Pemangku speaker Dewan Perundangan Palestin, Dr Ahmad Bahr meminta kerajaan Britain ‘yang takbur’ memohon maaf terhadap tindakan yang diambilnya terhadap Yunus al-Astal seorang wakil rakyat Palestin, bahkan sebaliknya mengambil tindakan yang boleh menebus kesalahan bersejarahnya terhadap rakyat Palestin daripada mengeluarkan keputusan dan tindakan membabi buta serta berbentuk permusuhan.

Khamis, 07/05/2009 – Sumber perubatan Palestin di Gaza melaporkan pada hari Rabu bahawa 5 rakyat Palestin cedera dalam 2 serangan udara F-16 Israel di kawasan sempadan Rafah-Mesir yang dikatakan kawasan berterowong digunakan untuk membawa bahan-bahan makanan dan senjata ke Gaza.

Khamis, 07/05/2009 – Sumber perubatan Palestin di Hebron, selatan Tebing Barat pada Rabu malam lalu melaporkan askar Israel telah menembak dan membunuh seorang pemuda dekat Masjid Ibrahimi.

Rabu, 06/05/2009 – Kerajaan Palestin yang diketuai oleh Ismail Haneyya menyeru masyarakat antarabangsa agar berusaha untuk mengekang keganasan yang semakin memuncak dilakukan oleh para pemimpin regim Zionis. Ini perlu dilakukan bagi menghalang mereka melakukan jenayah yang lebih besar terhadap rakyat Palestin.

Rabu, 06/05/2009 – Duta Atta al-Mannan Bakheet, Penolong Setiausaha Jabatan Kemanusiaan OIC telah menyatakan bantuan konvoi yang terdiri daripada 40 buah trak bantuan, akan sampai ke Semenanjung Gaza pada Rabu ini.

Rakyat Palestin berdiri di luar rumah yang diperbuat daripada tanah liat di kem pelarian Rafah di selatan Jalur Gaza. Gambar ini bertarikh 29 April 2009 . Rejim Zionis melarang sebarang kemasukan barang binaan ke Gaza semenjak serangan terbaru mereka Januari lalu.
sumber gambar dari http://electronicintifada.net/

Selasa, 05/05/2009 – Kementerian Kewangan kerajaan Zionis menjangkakan akan berlaku defisit dalam belanjawan 2009 sebanyak 44.8 bilion shekel (10.8 bilion dolar) atau menyamai 6% daripada keseluruhan penghasilan tempatan, sambil menegaskan defisit itu berlaku kerana penurunan besar cukai yang dikutip kesan daripada krisis ekonomi global.

Khamis, 30/04/2009 – Dr Muhammad ‘Asqoul, Menteri Pendidikan dan Pengajian Tinggi menegaskan bahawa generasi yang sedang dilupakan hak mereka oleh penjajah Zionis merupakan generasi yang paling banyak menghadapi kesukaran dan paling bersedia berkorban dan berusaha apa sahaja demi mengembalikan hak mereka.

Khamis, 30/04/2009 – Akhbar Los Angeles Times berkata pada hari Isnin pihak pentadbiran Amerika mahu undang-undangnya digubal agar Hamas boleh dibawa berbincang dimana undang-undang yang sedia ada melarang sebarang perbincangan dengan Hamas sehingga Hamas ikitiraf negara haram Israel, meletakkan senjata, dan mengikitiraf semua perjanjian yang ditandatangani di antara PLO and Israel.