Categories
Berita Semasa

IOF lepaskan tembakan ke arah para petani Palestin di selatan Semenanjung Gaza

Isnin, 12-09-2022 – Tentera rejim zionis (IOF) melepaskan tembakan mesingan ke arah para petani Palestin yang bekerja di tanah mereka di selatan Semenanjung Gaza pada pagi Rabu.

Sumber tempatan menyatakan, tentera IOF yang mengawal di menara peninjau tentera melepaskan tembakan peluru hidup ke arah petani Palestin di bandar Khuza’a, selatan Khan Younis.

Para petani dan gembala Palestin yang bekerja di sepanjang kawasan sempadan Gaza setiap hari diancam serangan tembakan oleh tentera rejim.

sumber : https://english.palinfo.com
penterjemah : Nor idawati

.

Categories
Berita Semasa

Israel musnahkan perkampungan Araqib di Negev untuk kali ke-206

Jumaat, 09-09-2022 – Pihak berkuasa Israel pada pagi hari Rabu merobohkan semua khemah dan binaan di perkampungan badwi Palestin Araqib di padang pasir Negev untuk kali ke-206 berturut-turut, menyebabkan penduduknya kehilangan tempat tinggal.

Menurut sumber tempatan, pasukan polis Israel dan pekerja dari pihak berkuasa pembangunan badwi – yang bertanggungjawab untuk perobohan tersebut – menyerbu kampung itu dan memusnahkan semua khemah yang ada.

Akibatnya, berpuluh-puluh warga badwi termasuk kanak-kanak, kehilangan tempat tinggal dan terpaksa berhadapan dengan keadaan cuaca buruk di padang pasir untuk seketika sebelum mereka boleh memiliki rumah sementara baharu.

sumber : https://english.palinfo.com
penterjemah : Amrul Azmi Mizan

Categories
Berita Semasa

Sisa Kumbahan Peneroka Terus Musnahkan Tanah dan Alam Sekitar di Salfit

Jumaat, 09-09-2022 – Peneroka Yahudi di Tebing Barat membuang sisa air ke tanah pertanian Palestin di kawasan berbeza di Salfit pada hari Rabu, menyebabkan pencemaran udara, air dan tanah berskala besar.

Menurut petani tempatan, peneroka dari penempatan haram Leshem telah membuka longkang kumbahan dan membanjiri tanah milik Palestin di bandar Deir Ballut di barat Salfit, serta merosakkan berpuluh-puluh dunum tanah yang ditanam dengan pokok zaitun yang sedang berbuah.

Peneroka juga mencurahkan kumbahan dari penempatan haram Ariel dan Pedu’el ke kawasan tanah yang luas di kawasan lain Salfit, terutamanya di kawasan al-Matwi dan bandar Kafr ad-Dik dan Deir Ballut.

sumber : https://english.palinfo.com
penterjemah : Neina Mukhtar

Categories
Berita Semasa

Mahkamah Israel lanjutkan penahanan wartawan Lama Ghosheh

Khamis, 08-09-2022 – Mahkamah Israel pada Isnin melanjutkan dua hari tambahan penahanan wartawan Baitulmuqaddis Lama Ghosheh untuk menyoal siasat beliau.

Suami beliau, Yassin, berkata, pendakwa Israel meminta mahkamah melanjutkan penahanan sebanyak lapan hari, tetapi hakim meluluskan hingga Rabu hadapan, dan menambah yang isteri beliau ditahan atas tuduhan melakukan hasutan di media sosial.

Beliau menyatakan yang Ghosheh dipindahkan ke Hospital Hasharon pada Ahad malam dan kelihatan lemah di mahkamah.

sumber : https://english.palinfo.com
penterjemah : Nor idawati

Categories
Berita Semasa

Israel tahan pemuda Palestin di lintasan al-Karama

Khamis, 08-09-2022 – Rejim Israel pada hari Selasa menahan seorang pemuda Palestin ketika dalam perjalanan ke luar negara melalui lintasan sempadan al-Karama dengan Jordan.

Pengarah Persatuan Banduan Palestin di Jenin, Montaser Samour, memberitahu agensi berita WAFA bahawa Anan Jad, 29 tahun, dari kampung Barta’a di Jenin, telah ditangkap di persimpangan sempadan itu ketika dia dalam perjalanan ke Turki.

Dalam kejadian berkaitan, askar rejim memperhebat kehadiran mereka dan menubuhkan pusat pemeriksaan sementara di sekitar kampung Rummanah, Zabouba, al-Tayba, Ta’anak, dan Aneen di wilayah Jenin.

sumber : https://english.palinfo.com
penterjemah : Amrul Azmi Mizan

Categories
Berita Semasa

1922 pesakit di Gaza dihalang terima rawatan

Rabu, 07-09-2022 – Kementerian Kesihatan Palestin pada hari Rabu menyatakan bahawa seramai 1,922 orang pesakit di Semenanjung Gaza tidak dapat mengakses kemudahan kesihatan di Tebing Barat, al-Quds dan wilayah Palestin yang diduduki sejak tahun 1948 pada waktu yang tepat. Ini kerana pihak rejim Zionis menunda jadual perjalanan dan membatalkan kebenaran kepada mereka untuk melakukan perjalanan bagi mendapatkan rawatan.

Ia menambah bahawa pesakit kanser dan penyakit jantung menghadapi nasib buruk kerana kebenaran yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa rejim lewat diperolehi sehingga berbulan-bulan lamanya. Akibatnya, sejumlah pesakit meninggal dunia sejak awal tahun ini.

Kementerian tersebut menyatakan bahawa pesakit dengan kegagalan buah pinggang hidup dalam keadaan kemanusiaan dan kesihatan yang sukar disebabkan kekurangan ubat-ubatan yang boleh menyebabkan kematian akibat halangan pada saluran darah.

sumber : https://english.palinfo.com
penterjemah : Amrul Azmi Mizan

Categories
Berita Semasa

Khalil Awawda tamatkan mogor lapar

Jumaat, 02-09-2022 – Tahanan warga Palestin, Khalil Awawda menamatkan mogok lapar selama lebih 170 hari pada petang hari Rabu selepas mencapai perjanjian yang menetapkan pembebasannya pada 2 Oktober.

Dalam video yang tular di media sosial, Awawda berkata dia menangguhkan mogok laparnya dan menambah dia akan kekal di hospital untuk rawatan.

“Saya akan kekal di hospital untuk rawatan sehingga pulih sepenuhnya dan boleh berdiri dan berjalan semula,” katanya.

sumber : https://english.palinfo.com
penterjemah : Amrul Azmi Mizan

Categories
Berita Semasa

Ketegangan di Penjara Ramon Selepas Israel Serbu Sel

Jumaat, 02-09-2022 – Keadaan ketegangan yang tinggi telah berlaku di penjara Ramon sejak pagi hari Rabu apabila pasukan khas Israel menyerbu bahagian dan selnya dan memperlakukan dengan kejam tahanan Palestin.

Menurut Pejabat Media Asra, ketegangan berlaku di penjara Ramon selepas tentera Israel menggeledah sel dan menganiaya tahanan pada waktu pagi.

Dalam konteks berkaitan, Persatuan Tahanan Palestin (PPS) berkata bahawa kira-kira 1,000 banduan Palestin akan memulakan mogok lapar besar-besaran secara terbuka di penjara berbeza pada hari Khamis.

sumber : https://english.palinfo.com
penterjemah : Neina Mukhtar

Categories
Berita Semasa

Awawdeh memasuki hari ke 172 mogok laparAwawdeh memasuki hari ke 172 mogok lapar

Jumaat, 02-09-2022 – Keadaan kesihatan tahanan Palestin Khalil Awawdeh menjadi semakin kritikal apabila tiba hari Rabu iaitu hari ke 172 beliau mogok lapar sebagai bantahan ke atas penahanannya tanpa bicara.

Menghampiri bulan keenam mogok lapar, Awawdeh kini nyawanya dalam bahaya, dengan berat kurang daripada 35 kilogram.Para doktor di Assaf Harofeh Hospital dan kumpulan hak asasi tahanan memberi amaran yang Awawdeh, bapa kepada empat orang anak daripada kampung Idhna di tebing barat itu, boleh meninggal pada bila-bila masa.

sumber : https://english.palinfo.com
penterjemah : Amrul Azmi Mizan

Categories
Berita Semasa

Barghouti: Penentangan oleh rakyat kami semakin meningkat

Khamis, 01-09-2022 – Pegawai kanan Hamas Jasser al-Barghouthi berkata, kejadian tembakan hari ini di bandar Silwad, Tebing Barat mengesahkan yang penentangan rakyat Palestin semakin meningkat sehinggalah rejim zionis berundur dari tanah mereka.

Dalam kenyataan akhbar pada Isnin, Barghouthi menyifatkan yang operasi penentangan di Tebing Barat sebagai cara rakyat Palestin untuk mengembalikan kebebasan dan maruah mereka.

Beliau memberi amaran, sekiranya rejim zionis tetap melakukan jenayah ke atas rakyat Palestin, jumlah peluru yang ditujukan kepada kepala para tentera dan pendatang juga akan bertambah.

sumber : https://english.palinfo.com
penterjemah : Nor idawati

Categories
Berita Semasa

Pegawai penjara Israel serbu seksyen dua penjara Megiddo

Khamis, 01-09-2022 – Pegawai penjara Israel pada hari Isnin menyerbu dua buah bilik di seksyen dua penjara Megiddo, lapor Persatuan Tahanan Palestin (PPS).

Keadaan tegang berlaku di penjara berikutan serbuan penlgawai penjara, tambah PPS.

“Serangan ini adalah sebahagian daripada langkah penindasan yang semakin meningkat yang diamalkan oleh pentadbiran penjara Israel terhadap tahanan warga Palestin,” kata PPS dalam satu kenyataan akhbar, menekankan bahawa tahanan Palestin sedang bersiap sedia untuk memulakan mogok lapar terbuka sebagai protes terhadap tindakan pencabulan Israel yang berulang.

sumber : https://english.palinfo.com
penterjemah : Amrul Azmi Mizan

Categories
Berita Semasa

Awawdeh memasuki hari ke 169 mogok lapar

Selasa, 30-08-2022 – Keadaan kesihatan tahanan Palestin Khalil Awawdeh semakin kritikal pada Ahad, hari ke 169 mogok lapar sebagai tanda bantahan ke atas penahanannya tanpa bicara.

Menghampiri bulan keenam mogok lapar, Awawdeh berada dalam keadaan kesihatan yang membahayakan nyawa, dengan berat hanya 38 kilogram.

Para doctor di Hospital Assaf Harofeh dan kumpulan hak asasi memberi amaran yang Awawdeh, bapa kepada empat orang anak dari kampung Idhna di Tebing Barat itu boleh meninggal pada bila-bila masa.

sumber : https://english.palinfo.com
penterjemah : Nor idawati

Categories
Berita Semasa

Pegawai kanan Hamas bertemu Nasrullah

Selasa, 30-08-2022 –Delegasi pegawai kanan Hamas bertemu dengan Setiausaha Agung parti Hizbullah Lubnan, Hasan Nasrullah di Beirut pada hari Ahad.

Delegasi Hamas yang diketuai oleh Sheikh Saleh al-Aruri, timbalan pengerusi biro politiknya, berbincang dengan Nasrullah perkembangan terkini politik dan lapangan di Palestin, Lubnan, dan rantau ini secara amnya, menurut kenyataan parti itu.

Ia menambah bahawa konfrontasi yang dilancarkan baru-baru ini di Gaza, Tebing Barat dan Baitulmuqaddis telah dikaji dan dinilai bersama-sama dengan perkembangan masa depan yang diramal berlaku berdasarkan kepada konfrontasi tersebut.

sumber : https://english.palinfo.com
penterjemah : Amrul Azmi Mizan

Categories
Berita Semasa

Tiga Tahanan Meneruskan Mogok Lapar

Selasa, 30-08-2022 – Tiga tahanan di penjara penjajah Israel meneruskan mogok lapar.Tahanan yang tertua adalah Khalil Awawida (40 tahun) dari kota Itna di kota Hebron. Beliau telah melakukan mogok lapar selama sekitar 169 hari sebagai protes terhadap penahanan administratif yang dikenakan kepadanya.

Awawida menghuni di hospital “Asaf Harofeh” Israel, keadaan kesihatannya adalah kritikal dan kemungkinan berhadapan “kematian mengejut”. Seperti yang disebutkan oleh Persatuan Tawanan.

Baru-baru ini, penjajah Israel mengeluarkan keputusan untuk “membekukan” penahanan administratif kepada beliau yang tidak bermaksud menamatkan penahanannya melainkan terdapat keputusan baru untuk membebaskannya. Sehingga kini penjajah tidak mengizinkan pihak keluarga untuk mengunjunginya.

Tawanan lain iaitu Ahmed dan Adal Musa dari kota Al-Khader di Bethlehem meneruskan mogok lapar selama 22 hari sebagai protes atas penahanan mereka secara administratif.

sumber : https://melayu.palinfo.com
penterjemah : Osman

Categories
Berita Semasa

Tahanan Wanita Palestin Menderita Akibat Keadaan Tempat Tahanan

Isnin, 29-08-2022 – Peguam Suruhanjaya Hal Ehwal Tahanan dan Bekas Tahanan Hanan Al-Khatib pada hari Khamis mendedahkan butiran tentang keadaan mengerikan banduan wanita Palestin yang disoal siasat dan ditahan di penjara Israel berikutan lawatan beliau ke penjara Damon.

Al-Khatib memetik tahanan Donia Jaradat sebagai berkata bahawa dia telah ditangkap pada 7 Ogos 2022 selepas rejim Zionis menyerbu rumahnya di bandar Jenin di Tebing Barat tanpa memaklumkan alasan penangkapan.

“Walaupun tangan saya patah, saya digari semasa penahanan,” kata Jaradat, sambil menambah bahawa dia kemudiannya ditahan di penjara Al Jalame untuk siasatan selama 14 hari sebelum dipindahkan ke penjara Damon.

sumber : https://english.palinfo.com
penterjemah : Neina Mukhtar