Khamis, 18-01-2024 – Agensi Bantuan dan Kerja Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Pelarian Palestin (UNRWA) mengesahkan bahawa “apa yang berlaku di Gaza sepanjang 100 hari lalu adalah pemindahan terbesar rakyat Palestin sejak 1948.”
UNRWA berkata: “Seluruh generasi kanak-kanak mengalami trauma di Strip, dan beribu-ribu daripada mereka telah terbunuh, cacat dan yatim piatu.”
Tentera pendudukan meneruskan pencerobohannya terhadap Semenanjung Gaza, untuk bulan keempat berturut-turut, dengan sokongan Amerika dan Eropah, ketika pesawatnya mengebom sekitar hospital, bangunan, menara, dan rumah orang awam Palestin, memusnahkan mereka di atas kepala penduduk mereka, dan menghalang kemasukan air, makanan, ubat-ubatan, dan bahan api.
Angka kematian akibat pencerobohan Zionis yang berterusan ke atas Gaza meningkat kepada 24,100 syahid, di samping peningkatan jumlah korban kepada 60,834.
sumber : https://palinfo.com/ diterjemah oleh Ibn Zaq
Khamis, 18-01-2024 – Semenanjung Gaza kini berada dalam keadaan yang jauh lebih teruk daripada Perang Berlin pada 1945, kata Presiden Chile Gabriel Boric, Isnin lalu.
Melawat Guatemala untuk menghadiri upacara mengangkat sumpah Bernardo Arevalo, Boric memberitahu pemberita bahawa gencatan senjata adalah suatu keperluan mendesak.
“Gaza berada dalam keadaan yang jauh lebih teruk daripada Berlin pada 1945,” katanya, merujuk kepada kejatuhan Berlin selepas Perang Dunia II.
sumber : https://english.palinfo.com diterjemah oleh Dr Nurul
Khamis, 18-01-2024 – Seorang pemuda Palestin ditembak dan cedera pada petang Isnin akibat tembakan Israel di pos pemeriksaan tentera Qalandiya di utara Baitulmaqdis yang diduduki.
Persatuan Bulan Sabit Merah berkata bahawa kru perubatannya membawa seorang lelaki muda (28 tahun) ke hospital untuk menerima rawatan selepas dia cedera akibat tembakan peluru hidup Israel di bahagian bawah perut berhampiran pusat pemeriksaan tentera Qalandiya.
Sementara itu, empat rakyat Palestin cedera dan yang kelima ditangkap ketika rejim Zionis menyerbu bandar Nablus di utara Tebing Barat.
Sekatan Israel terhadap rakyat Palestin di Tebing Barat telah meningkat sejak 7 Oktober lalu termasuk penangkapan, perobohan rumah terhadap keluarga para syahid dan mereka yang dipenjarakan dan rejim zionis juga menembak rakyat dengan sengaja.
sumber : https://english.palinfo.com diterjemah oleh Ashraf
Khamis, 18-01-2024 – Gerakan Penentangan Islam, Hamas, menegaskan bahawa operasi Ra’anana, yang dilakukan oleh rakyat Palestin yang berani, adalah tindak balas yang lumrah terhadap pembunuhan beramai-ramai ala-Nazi dan pencerobohan berterusan Israel terhadap rakyat Palestin di Tebing Barat dan Semenanjung Gaza.
Dalam satu kenyataan pada hari Isnin, Gerakan itu berkata, “Rakyat kami dan pejuang pembebasan kami dari Rafah hingga Jenin akan terus mempertahankan rakyat kami, tanah kami, dan tapak suci kami daripada musuh kami, iaitu penjenayah Nazi.”
Pergerakan itu menambah bahawa “darah kanak-kanak dan orang awam yang tidak bersalah yang ditumpahkan oleh jentera perang Israel di Tebing Barat dan Semenanjung Gaza akan menjadi kutukan ke atas para pengganasnya yang melakukan penjajahan dan penerokaan, dan selama mereka menduduki tanah itu, tiada jaminan keselamatan ke atas mereka.”
sumber : https://english.palinfo.com diterjemah oleh Halimihali
Khamis, 18-01-2024 – Ezzat Al-Resheq, ahli biro politik Hamas menyelar niat Jerman untuk masuk campur sebagai orang Tengah bagi menyokong Israel di perbicaraan International Court of Justice (ICJ) yang dibawa oleh Afrika Selatan, ketika perang Israel ke atas Gaza telah memasuki seratus hari.
Keputusan itu menjadikan Jerman sama-sama dengan Israel bertanggungjawab ke atas jenayah moral dan kemanusiaan terhadap orang awam, kanak-kanak dan wanita Palestin.Resheq menyatakan penolakan sekeras-kerasnya terhadap pendirian Jerman menyokong perang pembersihan etnik dan pengusiran rakyat kami oleh Israel di Semenanjung Gaza.
sumber : https://english.palinfo.com diterjemah oleh Nur Idawati Md Enzai
Khamis, 18-01-2024 – Pasukan penjajah Zionis terus-terusan melakukan pembantaian ke atas Gaza hingga hari ke-100. Mereka melancarkan berpuluh-puluh serangan udara, tembakan artileri, dan peluru berpandu, serta melakukan pembantaian berdarah terhadap warga awam. Kejahatan mengerikan di wilayah penyerangan di Gaza itu adalah sebagai sebagian daripada kejahatan genosida, di tengah-tengah situasi kemanusiaan yang sangat buruk akibat pengepungan dan pengungsian lebih daripada 90% penduduk.
Koresponden Pusat Informasi Palestin melaporkan bahawa pesawat dan artileri penjajah meneruskan serangan dan pengeboman dengan kekerasan – pada hari Sabtu – di pelbagai bahagian di Tebing Gaza, mensasarkan kawasan perumahan, komuniti, kemudahan dan jalan, menyebabkan ratusan orang syahid dan tercedera.
Jurnalis Yazan Al-Zwaidi, jurukamera saluran Al-Ghad, turut terkorban di utara Gaza. Juga, empat penduduk syahid akibat pengeboman Israel di Beit Hanoun.
Sejumlah penduduk tercedera dalam pengeboman Israel di lingkungan Sheikh Ajlin dan jalan kedua di Sheikh Radwan di Gaza.
sumber : https://melayu.palinfo.com diterjemah oleh Siti Rahmah
Selasa, 16-01-2024 – Pada hari 95 pencerobohan Zionis di Semenanjung Gaza, “wartawan perang” dengan “komedi” hitam, Abdul Rahman Battah, digelar “Abboud Battah”, terus menyiarkan mesejnya dari Gaza yang teguh, yang ditunggu-tunggu oleh berjuta-juta orang di seluruh dunia, untuk menetahui tentang orang-orangnya kerana dia telah menjadi sebahagian daripada buku harian mereka, dan mendengar berita rakyat Gaza dan kesakitan yang mereka alami, dan impian ciri-ciri kebudak-budakannya yang tidak bersalah dan spontan yang mewakili impian anak-anak Gaza.
Palestin akan bebas daripada ketidakadilan dan penindasan dan akan menghentikan pencerobohan kejam. Dan menjadi “Abboud Battah” dengan semua tindakan spontan dan ucapan mudahnya menyentuh hati pengikutnya, kadang-kadang ketawa dan menangis pada masa-masa lain, jadi anda akan keliru dengan perasaan anda, dia membedil “keghairahan hati” dengan kata-katanya dan memainkan perasaan jiwa, menarik penerima sehingga mendengar kata terakhir adegan yang disiarkan di laman media sosial.
Seorang wartawan perang jenis khas Media Khaled Safi, berusaha untuk “memahami mesej Abboud”, dan mengulas mengenai video terakhir yang disiarkan dengan berkata: “Jadi fahami apa yang Abboud lakukan dengan video-video ini”, untuk mengesahkan pada masa yang sama bahawa Abboud memukul media Pendudukan dengan kuat melalui mesejnya yang dilancarkan dari utara Semenanjung Gaza secara berkala, Pendudukan mendakwa bahawa dia meninggalkan rakyat dari utara dan Abboud dengan senyuman biasa dari bumbung rumah mereka mengatakan sebaliknya.
Orang akan mempercayainya!”. “Abboud, dengan telefon bimbit peribadinya, internet rumahnya yang usang, keupayaannya yang hampir sifar, dan sumbernya yang tidak wujud, keluar dengan kata-kata spontan dan klip tidak lebih dari 90 saat meyakinkan berjuta-juta pengikut berita ketabahannya dengan ratusan ribu orang yang kekal bersamanya di utara,” kata Safi.
“Tidak seperti Pendudukan, yang mesin medianya tidak dapat meyakinkan peneroka haram tentang keadaan tentera mereka, dan penapisan tidak membenarkan sebarang maklumat mengenai mereka diterbitkan sepanjang masa,” katanya. Safi menyimpulkan dengan berkata: “Abboud Battah adalah wartawan perang jenis istimewa yang menangani generasi bahawa kuasa Pendudukan tidak dapat mencapai atau menguasai alatnya.”
Keputusan untuk menahan dan mendedahkan jenayah Pendudukan Battah dikenali dalam media sebagai “Abboud” sebagai aktivis yang telah menarik perhatian dan pengaruh ketika perang ke atas Gaza berterusan, menyebabkan kengerian dan tragedi kepada lebih daripada 2.3 juta orang yang tinggal di Semenanjung Mediterranean kecil itu. Battah, 16, memberitahu Agensi Berita Sanad: “Dia hidup seperti semua orang yang memutuskan untuk tinggal di rumah mereka dan tidak akan dipindahkan walaupun serangan, kemusnahan dan pengepungan.”
Budak Palestin itu menjelaskan bahawa dia mendapati dalam keadaan perang adalah peluang yang baik untuk menyerlahkan bakatnya dengan menonjolkan kengerian dan tragedi perang terhadap rakyat Palestin. “Melalui kerjanya, dia cuba menjelaskan kepada dunia bahawa semua kanak-kanak, wanita dan orang tua Palestin menderita akibat pengeboman udara, kemusnahan, keganasan dan kekurangan air dan makanan.” Untuk bulan keempat berturut-turut, Israel melancarkan salah satu peperangan paling sukar pada abad ke-21 terhadap Semenanjung Gaza yang dikepung selama 17 tahun.
Menurut Kementerian Kesihatan Gaza, lebih 23,000 rakyat Palestin terbunuh sejak permulaan perang Israel, termasuk lebih 9,200 kanak-kanak. Perang Israel juga telah memindahkan 1.9 juta orang dari kawasan kediaman mereka di Semenanjung Gaza, di tengah-tengah kemusnahan besar-besaran yang dianggarkan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di lebih daripada 60 peratus kediaman dan infrastruktur. Perjalanan perang ke atas Gaza telah menarik perhatian dunia dan video yang disediakan oleh aktivis Palestin telah menjadi tumpuan di seluruh dunia.
sumber : https://palinfo.com/ diterjemah oleh Juhari Sham Jusoh
Selasa, 16-01-2024 – Rejim Zionis meletupkan kediaman dua pejuang penentang Briged Hamas, Murad dan Ibrahim Nimr pada Selasa di bandar Sur Baher, tenggara Jerusalem. Menurut sumber tempatan, sejumlah tentera Israel menceroboh bandar Sur Baher pada pagi berkenaan dan mengepung rumah kedua-dua syahid berkenaan dan memaksa penghuni untuk mengosongkan bangunan sebelum memasang bahan letupan dan memusnahkan kediaman berkenaan.
Beberapa keluarga yang tinggal berdekatan kediaman berkenaan juga diarahkan meninggalkan kediaman mereka sebelum tentera zionis melaksanakan tindakan berkenaan. Pasangan adik-beradik berkenaan, Murad dan Ibrahim menjalankan operasi bersenjata di jalan berhampiran penempatan haram Ramot di Timur Jerusalem pada November lepas.
Empat penduduk Yahudi terbunuh dalam opeasi berkenaan. Pasukan Gerakan Hamas menyifatkan operasi berkenaan sebagai “tindakan heroik” dan “tindak balas semula jadi terhadap jenayah perang Israel di Gaza.”
sumber : https://english.palinfo.com diterjemah oleh Ezatul
Selasa, 16-01-2024 – Pertahanan Kanak-kanak Antarabangsa (DCI) menyatakan pasukan penjajah Israel telah membunuh sekurang-kurangnya 8,000 kanak-kanak Palestin di Jalur Gaza dan 121 orang kanak-kanak lain di Tebing Barat dan Jerusalem pada tahun 2023, dan menyebutnya sebagai “tahun pembunuhan” kanak-kanak Palestin.
Dalam kenyataan pada hari Selasa, DCI Palestin menambah bahawa jumlah kanak-kanak yang dibunuh dalam kempen pembunuhan Israel terhadap rakyat Palestin yang bermula pada 7 Oktober 2023 mungkin akan meningkat. Ini kerana ramai mangsa belum ditemui, malah Israel masih melancarkan serangan berterusan terhadap rakyat Palestin yang kini hidup dalam keadaan sukar terutamanya di Gaza.
DCI turut menyatakan bahawa kanak-kanak yang terbunuh tahun lalu di Tebing Barat dan Jerusalem menjadi sasaran tembakan peluru hidup oleh tentera atau peluru berpandu pesawat Israel.
sumber : https://english.palinfo.com diterjemah oleh Nur Azyyati Abdullah
Selasa, 16-01-2024 – Sekurang-kurangnya seramai 25 orang warganegara Palestin telah diculik oleh pasukan kependudukan Israel (IOF) dalam satu kempen serangan besar-besaran di Tebing Barat yang bermula Isnin malam dan berterusan sehingga Selasa pagi.
Ini menjadikan jumlah tahanan meningkat menjadi 5,755 orang Palestin telah diculik oleh askar Israel di Tebing Barat sejak Oktober 7, 2023.
Menurut Jawatankuasa Hal Ehwal Tahanan dan Bekas Tahanan Palestin (Palestinian Commission of Detainees’ dan Ex-Detainees’ Affairs) dan juga Pertubuhan Banduan Palestin (Palestinian Prisoner Society), kebanyakan tahanan adalah dari Bethlehem dan selebihnya dari Jenin, Qalqilya, Ramallah, Nablus, Tulkarem dan Jersusalem.
Jawatankuasa dan pertubuhan banduan menuduh IOF menyerang warganegara Palestin secara bertubi-tubi, mengeledah rumah-rumah mereka, memusnahkan harta benda, merampas kenderaan dan duit, menembak membabi-buta dan memusnahkan infrastruktur di Tebing Barat sewaktu serbuan mereka.
sumber : https://english.palinfo.com diterjemah oleh Aida
Selasa, 16-01-2024 – Jurucakap Briged Qassam Abu Obeida dari Pergerakan Hamas berkata para pejuang telah menyerang dan menghalang 1,000 kenderaan rejim Zionis Israel sejak 7hb Oktober.“
Kami telah memusnahkan dan menggagalkan 1,000 kenderaan tentera rejim Zionis dan kami telah melaksanakan ratusan operasi menentang penjajahan “ menurut beliau. Pada kemunculan pertama sejak beberapa minggu, menandakan hari ke-100 sejak meletusnya Perang. Abu Obeida berkata ramai tahanan rejim Zionis Israel telah terbunuh akibat serangan rejim Zionis Israel di Gaza.
sumber : https://english.palinfo.com diterjemah oleh Hairul Ahmad
Selasa, 16-01-2024 Pejabat media kerajaan menyatakan bahawa pasukan zionis Israel telah menggali 1,100 kubur di lingkungan pemakaman Al-Tuffah, sebelah timur Kota Gaza.
Dalam pernyataannya, pejabat tersebut mengatakan bahawa, “Tentera penjajah Israel menggali sekitar 1,100 kubur di lingkungan pemakaman Al-Tuffah. Peralatan ketenteraan penjajah digunakan untuk menggali kubur dan memindahkan mayat para syuhada dan orang mati dari kubur-kubur tersebut, kemudian menginjak-injak kubur berkenaan; melanggar hak asasi dan martabat mereka, tanpa mempedulikan kehormatan jasad yang mati atau kuburnya.”
Pejabat media menilai perkara yang terjadi sebagai kejahatan baru daripada rangkaian kejahatan penjajah Zionis selama perang genosida yang dilakukan terhadap rakyat Palestin di Gaza.
Pejabat media itu mengesahkan bahawa setelah menggali dan melibas kubur, tentera penjajah telah mencuri sekitar 150 jenazah para syuhada yang baru sahaja dikuburkan, mengeluarkan jasad-jasad dari kubur dan mengangkutnya ke lokasi yang tidak diketahui. Ini menimbulkan kecurigaan terhadap kejahatan lain, iaitu jenayah pencurian organ tubuh para syuhada.
sumber : https://melayu.palinfo.com diterjemah oleh Siti Rahmah
Rabu, 10-01-2024 – Tiga orang warga Palestin, termasuk seorang kanak-kanak kecil, ditembak mati oleh polis rejim pada petang Ahad apabila satu kemalangan kereta berlaku di pos pemeriksaan Beit Iksa dekat bandar Biddu di barat laut Baitulmuqaddis.
Menurut saksi mata, polis rejim melepaskan tembakan rawak ketika kemalangan itu berlaku, dan membunuh seorang kanak-kanak kecil, seorang lelaki dan isterinya.Pada mulanya, media Ibrani mendakwa polis rejim hanya melumpuhkan pemandu yang kononnya menyerang di pos pemeriksaan tersebut, tanpa menyatakan beliau dibunuh atau cedera.
sumber : https://english.palinfo.com diterjemah oleh Nur Idawati Md Enzai
Isnin, 08-01-2024 – Briged Al-Qassam, sayap bersenjata Hamas, berkabung di atas kesyahidan Sheikh Saleh Al-Aruri bersama-sama dengan sekumpulan komandernya, menekankan dalam satu kenyataan pada hari Rabu bahawa pembunuhan mereka adalah satu jenayah yang membawa kepada keperluan untuk memperluaskan perjuangan menentang pendudukan Israel di semua arena sebagai kewajipan semua umat Islam dan Arab.
Al-Aruri, Timbalan Pengerusi Biro Politik pergerakan Hamas, bersama dua komander briged Al-Qassam dan empat anggota Hamas telah mati syahid dalam serangan udara Israel ke atas sebuah bangunan di Selatan Beirut pada petang Selasa, kata kenyataan Al-Qassam, menggambarkan mereka sebagai “pahlawan” yang dibunuh dalam “jenayah pembunuhan yang dilakukan oleh pengecut.”
Briged-Briged itu memuji para syahid dan memuji usaha mereka dalam menghadapi pendudukan Israel dan mempertahankan tanah dan kesucian Palestin.
“Membunuh pemimpin kami adalah satu penghormatan besar yang akan meningkatkan tekad kami untuk meneruskan perjuangan kami sehingga pembebasan Palestin. Para syuhada adalah model peranan kami yang sangat dihormati,”kata kenyataan Al-Qassam.
sumber : https://english.palinfo.com diterjemah oleh Suwaibah
Isnin, 08-01-2024 – Pergerakan Penentangan Islam Hamas mengumumkan kematian syahid Saleh Al-Arouri, Timbalan Ketua Biro Politiknya, dan enam pemimpin Briged Al-Qassam dalam pembunuhan Israel dalam serangan dron ke atas sebuah bangunan di pinggir selatan Beirut pada petang Selasa .
Hamas meratapi Al-Arouri dan para pemimpin yang lain.
Pada petang Selasa, Gerakan Penentangan Islam Hamas mengeluarkan kenyataan di mana ia meratapi para syuhada, Sheikh Saleh Al-Arouri dan para pemimpinnya.
Gerakan itu berkata dalam kenyataannya kepada Pusat Maklumat Palestin: Dengan penuh bangga, dan penuh keimanan dan keazaman untuk meneruskan jalan para syuhada, kami meratapi rakyat Palestin kami di semua arena tanah air dan luar negara, negara Arab dan Islam kita dan pejuang- pejuang di dunia, pemimpin Mujahid, dan meninggikan negara yang agung: syuhada Sheikh Saleh Al- Arouri (Abu Muhammad) adalah timbalan ketua biro politik Gerakan Penentangan Islam Hamas, gerakan itu. Pemimpin di Tebing Barat.
sumber : https://palinfo.com/ diterjemah oleh Muhaimin