Categories
Berita Semasa

Zionis tahan 11 orang remaja lelaki Palestin di Salfit

Isnin, 17/05/2010 – Tentera rejim Zionis (IOF) hari ini menahan 11 orang remaja lelaki Palestin dari kampung Hares yang terletak di barat Salfit, Tebing Barat. Sumber Palestin berkata bahawa IOF menyerbu kampung tersebut pada pagi ini, menggeledah beberapa buah rumah dan menahan 11 orang Palestin.

Menurut laporan agensi berita WAFA, mereka yang ditahan ialah Rabea’ Kleeb, 18, Hani Swaf, Qosai Soliman, Mazoz Kleeb, dan Mohammed Jehad Dawoud yang masih belajar di sekolah menengah. Turut ditahan ialah Hasan Slama, 19, Fadi Swaf, Samer Swaf, Bhaa Soltan, 19, Mohammed Jwdat Dawoud dan Saker Soliman

sumber : The Palestine Telegraph
penterjemah :  salwa

Categories
Berita Semasa

Kem Pelarian baru untuk penduduk Palestin yang dihalau keluar dari Tebing Barat

Isnin, 17/05/2010 – Kerajaan Palestin di Semenanjung Gaza yang diketuai oleh Pergerakan Hamas membuat keputusan untuk membina satu kem pelarian baru diTerminal Erez yang terletak di sempadan Gaza-Israel. Kem itu akan menempatkan penduduk-penduduk Palestin yang dihalau keluar dari Tebing Barat baru-baru ini.

Penduduk-penduduk Palestin itu dihalau keluar dari Tebing Barat yang dijajah rejim Zionis berdasarkan undang-undang baru mereka, nombor 1650 di mana rejim Zionis membenarkan dirinya menghalau keluar penduduk Palestin yang tinggal di Tebing Barat tanpa kad pengenalan diri Tebing Barat atau permit untuk tinggal.

Rejim Zionis mengawal sepenuhnya pengeluaran kad pengenalan dan permit terbabit, oleh itu mereka mempunyai kuasa penuh untuk menolak permohonan untuk mendapatkannya, termasuklah permohonan yang dibuat secara pukal oleh sesebuah keluarga.

sumber : http://www.imemc.org
penterjemah :  salwa

Categories
Berita Semasa

Hamdan Menyeru Masyarakat Antarabangsa Menilai Kembali Pendirian Mereka

Isnin, 17/05/2010 – Osman Hamdan, Ahli Biro Politik bagi Gerakan Pembebasan Islam (HAMAS), menganggapkan pendirian Rusia yang diketuai oleh Presidennya, Medvedev, yang telah bertindak bertemu dengan pimpinan HAMAS di Damsyik, dan beliau mengajak masyarakat dunia supaya tidak melupai peranan HAMAS (dengan kata lain, mengiktiraf kewujudan HAMAS), telah membentuk langkah kemajuan (bagi gerakan Hamas) dan peluang untuk masyarakat dunia menilai kembali pendirian mereka terhadap Gerakan HAMAS (yang selama ini pendirian mereka lebih kepada mengikuti telunjuk Yahudi Zionis), disamping mengharapkan Eropah berjaya melepasi kebuntuan yang dicipta sendiri (oleh mereka), khususnya dalam permasalahan berkaitan Palestin.

Hamdan berkata dalam laporannya kepada siaran “al-Jazeera” “Ketidakpuasan dan kebencian Zionis terhadap pertemuan yang berlaku antara Ketua Biro Politik HAMAS, Khaled Meshaal, dan Presiden Rusia, Medvedev, menggambarkan keresahan yang dilalui oleh Israel selepas krisis terbaru dengan Amerika Syarikat, disamping keresahan eropah terhadap perilaku Israel, sedangkan kedua-keduanya membentuk bersama-sama dengan Rusia dan PBB Jawatankuasa Quartet Antarabangsa yang khusus bagi kawasan Timur Tengah.

HAMAS menjelaskan lagi bahawa Presiden Medvedev semasa pertemuan dengan Mesyaal, mengungkapkan hasratnya untuk membebaskan tahanan askar Zionis, Gilad Shalit. Tetapi dalam masa yang sama, beliau juga memahami pendirian HAMAS menuntut supaya dibebaskan tahanan-tahanan Palestin di penjara-penjara Israel. Pemimpin HAMAS menambah lagi dengan katanya, bagi pihak HAMAS, gerakan ini boleh memulakan kesepakatan membuat pertukaran (tawanan perang)dengan baik, tetapi bagi pihak Zionis (sendiri), mereka (sebenarnya) tidak mampu menyempurnakan kesepakatan ini dengan baik.

sumber : http://www.palestine-info.info/ar
penterjemah :  arif

Categories
Berita Semasa

Israel Kepada Syria; “Tiada Cadangan Untuk Menyerang Kamu”

Isnin, 17/05/2010 – Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, telah meminta Menteri Luar Sepanyol yang dalam lawatan, Miguel Angel Moratinos, untuk menyampaikan mesej kepada Syria yang menyatakan bahawa Israel tidak berhasrat untuk menyerang Damsyik.

Moratinos bersetuju untuk menyampaikan mesej tersebut dan yakin Presiden Syria, Bashar Asad, berminat untuk berdamai dengan Israel dan memiliki hubungan yang rapat dengan Barat.

Bulan lepas, Netanyahu menyatakan bahawa laporan tentang serangan ketenteraan Israel ke atas Syria adalah palsu dan lebih kepada “penipuan oleh Iran dan parti Hezbollah di Lebanon untuk mengalih perhatian antarabangsa dari Iran”.

sumber : http://www.imemc.org
penterjemah :  bob

Categories
Berita Semasa

Projek merobohkan rumah Palestin diteruskan

Isnin, 17/05/2010 – Menteri Keselamatan Dalam Negeri Israel, Yitzhak Aharonfitch bergabung suara dengan Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu dan Menteri Luar Negeri Avigdor Liberman untuk mengesahkan bahawa kini pembekuan kerja-kerja pemusnahan rumah di Baitulmuqaddis sudah berakhir.

Sambil menambah bahawa perundingan secara tidak langsung tidak menunjukkan sebarang hasil yang positif maka pengumuman pelancaran kerja-kerja pemusnahan semula dilakukan. Aheronfitch menegaskan bahawa Israel akan mula memainkan peranan aktif dalam menghancurkan rumah-rumah Palestin selepas tempoh pembekuan yang sangat singkat, mendakwa bahawa mereka akan menghancurkan rumah-rumah yang dibina secara tidak sah mengikut perkiraan mereka.

Menurut surat khabar harian yang diterbitkan oleh Israel ;Ha’aretz Menteri menekankan kepada Knesset semalam bahawa selama dua bulan terakhir Israel menghentikan kegiatan memusnahkan perumahan, untuk memberikan kesempatan kepada perundingan tidak langsung, yang dilakukan oleh pentadbiran AS dan Utusan Khusus untuk Timur Tengah, George Mitchell, yang disasarkan ialah pembaharuan perundingan antara Israel dan Palestin, sehingga tidak mendapat sebarang bantahan untuk meneruskan kerja-kerja pemusnahan keesokannya dan menyatakan terdapat banyak rumah-rumah yang dibina secara tidak sah.

sumber : The Palestine Telegraph
penterjemah : rohiez

Categories
Berita Semasa

Kapal Perpaduan Rachel Corey Belayar ke Gaza

Isnin, 17/05/2010 – Pegawai rasmi komunikasi antarabangsa di Jawatankuasa Kerajaan Memecah Sekatan atas Gaza, Ahmad al-Najjar Ayesh, mengatakan bahawa kapal laut barang Ireland “Rachel Corey” dari pelabuhan “Dandalk” akan memulakan perjalanan ke Jalur Gaza yang dikepung. Ratusan warga Ireland menyaksikan perlepasan kapal itu yang diletakkan minyak zaitun Palestin di bahagian depannya sebagai tanda bermulanya perjalanan, setelah memuatkan jumlah barang bantuan yang akan dihantar ke pantai Gaza yang disekat sejak 4 tahun.

“Najjar” mengatakan bahawa gerakan “Free Gaza” telah membeli kapal dari pihak berkuasa kastam Ireland selepas disita oleh Tentera Laut Ireland kerana pelanggaran undang-undang tenaga kerja yang dilakukan oleh pemiliknya, dan penamaan kapal “Rachel Corrie” adalah untuk mengenang aktivis hak asasi manusia Amerika Rachel Corrie yang mati dilanggar dan ditanam hidup-hidup oleh bulldozer Israel di bandar Rafah di bahagian selatan.

sumber : The Palestine Telegraph
penterjemah : ameen

Categories
Berita Semasa

50 Ulama Jordan Wajibkan Boikot Zionis

Isnin, 17/05/2010 – Lebih dari 50 orang ulama Jordan telah bersepakat mengeluarkan fatwa menyatakan kewajipan memboikot Zionis. Mereka yang tidak memberi komitmen dianggap tunduk kepada Zionis. an ulama Jordania mengeluarkan fatwa wajibnya memboikot ekonomi Zionis. Mereka menyebutkan, tidak komitmen dengan fatwa ini berarti telah loyal pada musuh-musuh Allah.

Para sarjana di universiti turut menyatakan memboikot ekonomi Zionis ada kewajipan syar’ie. Pimpinan Ikhwan Muslimin, Syeikh Ibrahim Zaid dan beberapa tokoh ulama manhaj salaf turut mendokong fatwa yang diputuskan.

sumber : COMES
penterjemah : Abu Awatif

Categories
Berita Semasa

Al-Risyq: Pertemuan (tiga pemimpin) Mengesahkan Kegagalan Pilihan Untuk Menghapuskan Gerakan “Hamas”

Jumaat, 14/05/2010 – Seorang ahli biro politik bagi Gerakan Pembebasan Islam (HAMAS), Izzat al-Risyq menyifatkan sidang kemuncak tiga pemimpin yang menghimpunkan dua presiden, iaitu presiden Syiria Basyar al-Asad dan Presiden Rusia Dmitry Medvedev, dan Ketua Biro Politik HAMAS Khaled Meshaal di Damsyik, sebagai satu pertemuan bersejarah dan membuktikan kepada dunia tentang kegagalan pilihan untuk membanteras Gerakan HAMAS dan menghapuskannya dari medan Politik Palestin, Arab dan di peringkat antarabangsa.

Al-Risyq menjelaskan dalam laporan kepada “al-Quds Press” yang diterbitkan pada hari Rabu (12-5) bahawa pertemuan tiga pemimpin tersebut adalah penting, memandangkan pertemuan seperti ini (belum pernah diadakan lagi sebelum ini) dan merupakan pertemuan kali pertama (buat pemimpin tersebut),beliau berkata “ kami dalam Gerakan HAMAS menganggapkan pertemuan tiga penjuru ini sebagai pertemuan paling bersejarah dan merupakan pertemuan yang sangat penting. Ini adalah kali pertama pertemuan antara Medvedev dan Meshaal, walaupun kami telah berkunjung ke Rusia sebanyak 3 kali, dan sidang kemuncak ini menegaskan bahawa HAMAS merupakan sebuah gerakan utama dalam memainkan peranan penting mengadili konflik yang timbul dan menegaskan tentang kegagalan dasar politik Amerika dan kegagalan syarat-syarat Jawatankuasa Kuartet yang bermatlamat untuk menghapuskan Gerakan HAMAS, serta menegaskan bahawa sesiapa yang tidak mengetahui tentang peranan gerakan HAMAS akan membuat kesimpulan bahawa dasar politiknya adalah gagal.

Beliau menambah lagi “sidang kemuncak ini memberi peluang untuk mengukuhkan hubungan antara HAMAS dan Rusia dan menegaskan bahawa Rusia tertarik dalam mengembangkan dan meningkatkan peranan mereka di Timur Tengah, dan kami di HAMAS menguatkan peranan Rusia ini dan mengajak untuk mengembangkan peranan tersebut, kerana kita memerlukan kesimbangan dalam hubungan dan kami percaya bahawa sidang kemuncak ini belum pernah terjadi sebelum ini dengan kekuatan gerakan-gerakan pembebasan dalam masyarakat yang terdiri dari negara Syiria dan juga gerakan HAMAS (sendiri), dan sudah pastinya sidang kemuncak seperti ini akan dapat membina hubungan serta persaudaraan, dan dapat merealisasikan segala resolusi dan cadangan di peringkat Antarabangsa dan mengukuhkan hubungan ini untuk memberi khidmat kepada permasalahan Palestin dan permasalahan bangsa arab”.

sumber : http://www.palestine-info.info/ar
penterjemah : arif

Categories
Berita Semasa

Isu penangkapan seorang aktivis oleh Israel.

Jumaat, 14/05/2010 – Pihak berkuasa Israel akhirnya mengaku mereka telah menahan seorang aktivis hak asasi manusia Arab-Israel yang terkenal selama beberapa hari dan menuduhnya sebagai perisik bagi gerila Hizbullah Lebanon.

Israel kini berada menerima tekanan dalaman yang kuat untuk mengeluarkan butiran kes terhadap Amir Makhoul selepas perintah yang dikeluarkan oleh mahkamah telah menghalang media daripada melaporkan butiran kes itu. Butiran yang merangkumi identitinya, menggusar para penyokong demokrasi di Israel selepas kes sama melibatkan seorang wartawan Israel yang ditahan di rumah rahsia bulan lepas.

Mr Makhoul Ittijah, pengarah pertubuhan bukan kerajaan Palestin (NGO) ditangkap dalam serangan pada waktu subuh di rumahnya di bandar Haifa Israel pada Khamis pekan lalu.

sumber : The Palestine Telegraph
penterjemah : hijjaz

Categories
Berita Semasa

Puak pelampau rejim Zionis mulakan “the march of flags”

Jumaat, 14/05/2010 – Puluhan ekstrimis Yahudi melakukan upacara keagamaan dan sembahyang di sekitar Masjid Al-Aqsa di ketika ini walaupun telah diberikan amaran, serta mengabaikan protes dari pengawal keselamatan yang mereka lakukan untuk polis Israel.

Seorang pengawal keselamatan mengesahkan bahawa 95 puak pelampau Yahudi berkeliaran di pelantaran Masjid Al-Aqsa dilindungi oleh polis Israel, dan tak lama selepas memasuki kawasan masjid, mereka mula melakukan upacara keagamaan berhampiran gerbang “Alqtanin” dan “Majles” yang merupakan gerbang utama ke masjid, yang mencetuskan kemarahan para pengawal keselamatan. Mereka kemudiannya menelefon polis untuk memberi arahan agar menghentikan tindakan puak pelampau tersebut, namun pihak polis rejim Zionis menafikan bahawa adanya upacara keagamaan disitu serta mengusir mereka setelah berakhirnya “sesi provokasi” tersebut.

sumber : The Palestine Telegraph
penterjemah : nurul

Categories
Berita Semasa

Zionis cadang bangunkan 12000 unit perumahan baru

Jumaat, 14/05/2010 – Satu cadangan baru membangunkan sebanyak 12000 unit perumahan di selatan al-Quds. Kawasan baru itu akan di beri nama Givat Yael dan dibangunkan oleh Penny&Danny Cohen. Penempatan ini bakal memuatkan 45000 pendatang haram Zionis. Menurut Dr Hassan Khater, projek itu di bina atas tanah seluas 2500 hektar.

sumber : COMES
penterjemah : Abu Awatif

Categories
Berita Semasa

Pelajar al-Quds diugut Shin Bet

Jumaat, 14/05/2010 – Agensi Shin Bet dilaporkan telah menggugut pelajar perubatan Palestin untuk menyertai perkhidmatan perisikan Israel dengan menawarkan permit kemasukan ke al-Quds (Jerusalem).

Agensi perisikan itu dituduh cuba menggugut dua pelajar di tahun lima di unversiti hospital Palestin di bandar, akhbar Israel berbahasa Ingeeris, Haaretz melaporkan di laman sesawang mereka pada Rabu yang lepas.

Agen Shin Bet yang menggelarkan dirinya sebagai “Kapten Biran” telah bertanggung jawab untuk mengawasi universiti tersebut dan mengarahkan dua pelajar terbabit untuk melaporkan pergerakan dan aktiviti pelajar lain sebagai balasan untuk memperolehi pembaharuan permit kemasukan mereka, sebagaimana dilaporkan oleh Haaretz.

sumber : The Palestine Telegraph
penterjemah : bob

Categories
Berita Semasa

Tentera Rejim Zionis menyerang Al-Qrara

Jumaat, 14/05/2010 – Tentera Rejim Zionis menyerbu kawasan terhad Al-Qrara , di timur laut Khan Younis, tengah Semenanjung Gaza. Menurut agensi berita SAFA , lima jentolak dan empat keretakebal menceroboh 150 meter ke dalam kawasan Al-Qrara berdekatan dengan ‘Sempadan Palestin 1948’, berdekatan lintasan Sofa .

Jentolak meranapkan tanah tanaman dan Tentera Rejim Zionis menembak ke arah penari dan penduduk awam, tiada kecederaan dilaporkan, sumber menambah.

sumber : The Palestine Telegraph
penterjemah : hasbullah

Categories
Berita Semasa

Erdogan: Kami berusaha dengan negara-negara lain untuk menghapuskan kepungan Gaza

Khamis, 13/05/2010 – Perdana Meneteri Turki, Rajab Tayyib Erdogan memaklumkan bahawa Turki akan bekerjasama dengan negara-negara lain untuk menghapuskan kepungan zalim yang dikenakan keatas Gaza, dengan menjelaskan bahawa usaha tersebut juga akan bergerak kearah membangunkan kembali apa yang telah dimusnahkan oleh alat peperangan Zionis sejak 15 bulan yang lalu.

Perkara ini muncul dalam pertemuan Erdogan dengan delegasi berkedudukan tinggi yang mengadakan “Kempen Eropah Untuk Menghapuskan Kepungan ke Atas Gaza” dan Pusat “KEMBALI” rakyat Palestin yang juga turut serta dengan beberapa Pertubuhan Masyarakat Eropah, pada hari Isnin (10/5).

Erdogan menekankan penolakannya terhadap kepungan yang berlaku ke atas Gaza, dan beliau berkata dalam pertemuan tersebut “ Turki bekerjasama dengan beberapa Negara yang lain untuk menghapuskan kepungan (keatas Gaza),dan perkara tersebut (sebenarnya) menjadi keutamaan bagi dirinya dan Negara Turki sendiri”.

sumber : http://www.palestine-info.info/ar
penterjemah :  arif

Categories
Berita Semasa

Rakyat Mesir: Tolak Rundingan Abbas dengan Zionis

Khamis, 13/05/2010 – Rakyat Mesir rata-ratanya menolak rundingan yang dijalankan oleh Abbas dengan Zionis. Abbas dikatakan telah banyak melakukan rundingan tidak rasmi dengan Zionis Israel. Mohammed Ibrahim, menyebutkan pelik dengan tindakan Abbas yang mahu meneruskan rundingan dengan Zionis Israel. Dalam waktu yang sama pelampau-pelampau yahudi terus-menerus menceroboh al-Aqsa dan membina kuil-kuil mereka. Menurut Fawzi al Misri pula, beliau bertegas agar rakyat Palestin bangkit bersatu dan menjauhi tindakan sia-sia seperti berunding dengan Zionis.

Ramai yang melahirkan rasa kecewa dengan sikap pemimpian Arab yang diam seribua bahasa dan tidak bertindak membantu keadaan di Palestin. Lebih malang lagi bersekongkol dengan Amerika Syarikat.

sumber : COMES
penterjemah : Abu Awatif