Categories
Berita Semasa

150 Juta Dolar sumbangan Amerika kepada kerajaan Fatah

Khamis, 06/05/2010 – Melihat kepada hampirnya usaha rundingan damai yang dibuat secara tidak langsung di kawasan Tebing Barat antara kerajaan Fatah dan kerajaan penjajah Zionis, Amerika Syarikat telah bertindak mengemukakan bantuan kewangan secara langsung bagi mengimbangi kewangan pemerintahan tahun 2010, dengan jumlah bantuan sebanyak 150 juta Dolar Amerika, dan jumlah ini telah berjaya disalurkan oleh pihak Washington kepada kerajaan Fatah.

Dengan jumlah bantuan ini, Amerika Syarikat telah menyalurkan lebih 650 Juta Dolar Amerika, sebagai bantuan sokongan yang dibuat secara langsung bagi mengimbangi pemerintahan kerajaan Palestin (Fatah) dalam tempoh tiga tahun yang terakhir ini.

Menurut Biro Maklumat dari Konsulat Amerika Syarikat, “Atas permintaan kerajaan Palestin, Amerika Syarikat telah meluluskan juga 75 juta dolar pada bulan Disember 2009, dengan menunjukkan bahawa bantuan ini akan dapat “menyokong” usaha “Presiden” Mahmud Abbas dan “Perdana Menteri” Salam Fayad, sepertimana yang ia telah ungkapkan.

sumber : http://www.palestine-info.info/ar
penterjemah : arif

Categories
Berita Semasa

3 pelajar perempuan mencipta tongkat elektronik untuk golongan cacat penglihatan di Nablus

Khamis, 06/05/2010 – Tiga pelajar perempuan yang tinggal di sebuah kem pelarian Palestin di Nablus, Tebing Barat, mencipta sebuah tongkat elektronik untuk membantu golongan buta untuk mengelak dari sebarang halangan semasa berjalan dengan menggunakan sistem inframerah dan loceng kecil sebagai peringatan agar mereka waspada.

Noor Al-Urda, salah seorang daripada tiga pelajar tersebut mengatakan, “Projek kami adalah berunsur sains dan teknologi. Kami cuba untuk memanfaatkan teknologi di persekitaran kami untuk memberikan bantuan pada golongan. Dengan terciptanya kayu elektronik untuk golongan buta ini, ia akan memudahkan pergerakan mereka.

Seorang lelaki tua dari Nablus yang cacat penglihatannya,Fatih Kandil menggunakan tongkat elektronik tersebut dan mengatakan bahawa tongkat itu sangat membantu dan besar manfaatnya.

sumber : The Palestine Telegraph
penterjemah : nurul

Categories
Berita Semasa

Rejim Zionis membuat sekatan dan tangkapan di Hebron.

Khamis, 06/05/2010 – Pasukan penceroboh Israel telah menahan seorang penduduk Palestin dari kampung Al-Samouh, selatan Hebron dan membuat dua sekatan di pintu masuk bandar hari ini.

Rejim Zionis  tiba di jalan Al-Samouh dan menggeledah rumah Abed Allah Okail yang mana dia telah ditahan dan dibawa ke tempat yang tidak diketahui.

Sumber keselamatan melaporkan pasukan Israel membuat sekatan di Halhoul serta menghalang dan mengherdik penduduk yang ingin keluar. Mereka juga membina sekatan antara Dorah dan Al-Zahriah mana mereka menghentikan kenderaan penduduk selama berjam-jam.

sumber : The Palestine Telegraph
penterjemah : hijjaz

Categories
Berita Semasa

Warga Palestin melakukan protes di Erez

Khamis, 06/05/2010 – Dua warga Palestin dari Tebing Barat yang telah diusir oleh Israel ke Semenanjung Gaza telah melakukan protes hari ini di persimpangan Erz (Bait Hanoon).

Ahmed Abu Shalouf dan faried Shaban memprotes sebagai tanda menolak arahan Israel yang mengusir warga Palestin dari Tebing Barat ke Gaza dan cuba kembali ke rumah.

Persatuan Wa’d untuk baduan dan bekas banduan mengatakan bahawa Ahmed Abu Shalouf telah menetap bersama keluarganya di Beer Sheva iaitu di bair Al-Sabea selama 15 tahun sebelum diusir Gaza.

Fadi Al-Azazma, 19, yang dilahirkan di Gaza, telah diusir dari Hebron ke Semenanjung Gaza pada bulan lepas.

sumber : The Palestine Telegraph
penterjemah :  rohiez

Categories
Berita Semasa

Rejim Zionis tahan remaja di Hebron

Khamis, 06/05/2010 – Tentera rejim Zionis (IOF) telah menahan dua orang remaja dari Bandar Seir yang terletak di Timur Laut Hebron pada awal pagi ini dan membawa mereka ke suatu tempat yang tidak diketahui.

Menurut sumber tempatan, mereka yang ditahan adalah Murad Muhammad Mteir Motawer, 19, dan Waheed Nawaf Eid Jaradat, 19, selepas rumah mereka diserbu.

Dalam kes yang sama, mahkamah tentera rejim Zionis di Ofer menjatuhkan hukuman penjara selama 2 ½ tahun dan denda sebanyak NIS 1000 terhadap Tha’er Nedal Oweiwi.

sumber : The Palestine Telegraph
penterjemah : salwa

Categories
Berita Semasa

Zionis larang perjalanan pemimpin terkenal

Khamis, 06/05/2010 – Eyat Burnat (gambar), seorang pemimpin aktivis terkenal yang membantah tembok Zionis telah dilarang oleh tentera Zionis daripada menyeberangi sempadan Tebing Barat ke Jordan pada Sabtu lalu.

Burnat merupakan ketua jawatankuasa tempatan yang membantah pembinaan tembok pemisah dan penempatan haram Yahudi di tengah Tebing Barat, di perkampungan Bil’in. penduduk Kampung Bil’in telah mengadakan protes anti-tembok pada setiap minggu sejak 5 tahun lepas.

“Ini merupakan satu lagi penganiayaan Zionis terhadap kami. Pihak tentera telah menahan saya selama 3 jam dan mengarahkan saya supaya pulang ke rumah. Apabila saya tanya mengapa, alasan mereka adalah atas sebab-sebab keselamatan,” kata Burnat kepada IMEMC.

sumber : http://www.imemc.org
penterjemah : salwa

Categories
Berita Semasa

Pelampau Zionis minta 48 ahli Parlimen yang berkunjung ke Libya di hukum

Rabu, 05/05/2010 – Michael Ben-Ari salah seorang ahli parlimen Knesset Zionis yang di kira pelampau telah memohon agar 48 ahli parlimen Arab yang berkunjung ke Libya di hukum. Kumpulan pelampau in juga memohon agar Ahmad Taybi ketua pakatan Arab dicabut keanggotaannya di Kneeset. Seorang lagi wakil Arab di Knesset Muhammad Barkah, telah menyeru agar sidang parlimen seterusnya diboikot. Ini kerena sikap “double standard” golong pelampau Zionis ini tidak lagi mengikut undang-undang.

Mereka berasa hairan mengapa perlu dihukum atas alasan ke Libya. Sedangkan Israel sendiri mempunyai hubungan dengan Libya samada secara rasmi atau tidak.

sumber : COMES
penterjemah : Abu Awatif

Categories
Berita Semasa

Ben-Eliezer: Netanyahu disambut dengan “sambutan yang meriah dan besar-besaran” di Mesir

Rabu, 05/05/2010 – Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu dan rombongannya yang mengadakan lawatan singkat ke Mesir telah disambut dengan “sambutan besar besaran” oleh pihak kerajaan Mesir pimpinan Presiden Mubarak dengan majlis sambutannya diadakan di Resort Sharm el-Syeikh.

Menteri Zionis, Binyamin Ben-Eliezer berkata : “delegasi Zionis yang dipimpin oleh Netanyahu telah disambut dengan sambutan yang hangat dan besar-besaran pada hari ini di Sharm el-Syeikh” dan Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu telah menerangkan beberapa pendiriannya terhadap Presiden Mesir Hosni Mubarak sekitar satu jam setengah tersebut.

Ben-Eliezer telah menghadiri perbincangan secara bersama dengan Netanyahu dan Presiden Housni Mubarak. Selain itu, Ben-Eliezer juga mengadakan perbincangan berkaitan dengan keselamatan dan keamanan antara pihak Israel, iaitu beliau dan juga Penasihat “Keselamatan dan Keamanan Negara “ Zionis, Ozi, dan juga pihak kerajaan Mesir iaitu dengan Menteri Luar Mesir, Ahmed Aboul Gheit dan Ketua Umum Perisikan (Mesir) Omar Suleiman untuk membincangkan pelbagai topik dan diantaranya ialah berkaitan dengan askar Israel yang ditawan di Gaza, Gilad Shalit.

sumber : http://www.palestine-info.info/ar
penterjemah :  arif

Categories
Berita Semasa

Israel merobohkan empat buah rumah di sebuah kampong di Al Araqeeb

Rabu, 05/05/2010 – Israel meruntuhkan empat buah rumah dengan menggunakan jentolak di sebuah kampung yang tidak dikenal pasti di Al-Araqeeb, yang terletak antara bandar Rahat dan Beersyeba di wilayah yang mula diduduki pada tahun 1948, termasuk dua rumah milik warga tempatan Salim Abu Mdegim.

Perobohan rumah-rumah tersebut berlaku berhampiran dua khemah tempat duduk yang dibuat oleh Al-Araqeeb, jawatankuasa yang mempertahankan serangan yang autoritarian di kampung dengan alasan pembangunan haram.

Polis Israel memasuki desa tersebut dan menutup semua pintu masuk untuk mengelakkan orang awam masuk, sebelum membiarkan jentolak menghancurkan rumah-rumah dan khemah.

Beberapa orang saksi melaporkan bahawa Jawatankuasa telah mengambil langkah-langkah segera untuk membela penduduk terlibat dan membantu mereka mengelakkan perobohan tersebut kerana mereka mempunyai hak untuk hidup di tanah mereka sendiri.

Hari ini, ada tersebar mengenai mogok umum di semua wilayah yang mula diduduki pada tahun 1948 untuk memprotes perobohan penduduk tempatan dengan alasan ianya dibina tanpa kebenaran pembinaan. Mogok ini melibatkan sekolah, institusi masyarakat dan semua tempat komersial.

sumber : The Palestine Telegraph
penterjemah :  rohiez

Categories
Berita Semasa

Netanyahu buat rundingan sulit

Rabu, 05/05/2010 – Perdana Menteri Israel, Beniamyin Netanyahu mengarahkan rundingan tidak langsung yang akan diadakan beberapa hari lagi merupakan rahsia dan kenyataan kepada media tentang apa yang berlaku dalam rundingan untuk mencapai perjanjian tidak akan diberikan jika ia benar-benar terjadi.

Menurut sumber, Netanyahu juga meminta baik Amerika Syarikat mahupun Palestin agar tidak membocorkan apa sahaja maklumat kepada media mengenai kemajuan rundingan sehingga mereka dapat mencapai kesepakatan di luar daripada media dan pendedahan mesyuarat itu mungkin menghalang tercapainya persetujuan akhir.

Netanyahu meminta anggota kerajaan dan para pekerja di pejabatnya menjaga kerahsiaan semua perincian yang berkaitan dengan perundingan, mahupun mengalihkan maklumat kepada media dan ini juga ditunggu dari pihak Palestin dan Amerika Syarikat

sumber : The Palestine Telegraph
penterjemah : hijaz

Categories
Berita Semasa

Penjaga sempadan Mesir bunuh 2 penceroboh

Rabu, 05/05/2010 – Sumber keselamatan melaporkan bahawa seorang pendatang Eritrea dan seorang lagi pendatang negara Afrikayang tidak dikenalpasti ditembak mati oleh polis Mesir semasa cuba untuk menyusup ke Israel melintasi sempadan antarabangsa.

Sumber tersebut mengatakan bahawa pendatang Eritrea yang berusia 35 tahun, meti di pos No.13, selatan sempadan Rafah dengan Gaza, sementara pendatang Afrika yang tidak dikenalpasti itu mati di pos berikut.

Penjaga sempadan Mesir mengesahkan bahawa mereka telah menggagalkan pencerobohan lima pendatang Eritrea dan seorang pendatang Afrika Selatan di salah satu kawalan pos. Jumlah kematian pendatang Afrika yang ditembak mati di sepanjang sempadan Mesir adalah 8 orang setakat ini.

sumber : The Palestine Telegraph
penterjemah : ameen

Categories
Berita Semasa

11 syahid dan 285 ditahan bulan lalu

Rabu, 05/05/2010 – Laporan yang dikeluarkan oleh Yayasan Solidariti Hak Asasi Manusia Sedunia pada hari Isnin (3/5) menunjukkan 11 orang warga Palestin telah syahid di Tebing Barat dan Semenanjung Gaza akibat pencerobohan yang dilakukan regim Zionis sepanjang bulan lalu; 6 di Tebing Barat dan 5 di Gaza.

Antara yang syahid di Tebing Barat ialah 2 orang kanak-kanak di bawah umur 18 tahun. Mereka yang syahid ialah dua kanak-kanak adik-beradik, Juna Ali Husain Fuqaha’, 5 tahun dan kakaknya, Maassah, 6 tahun dari Jenin, Tubash. Kedua-duanya syahid setelah sebuah jib tentera Zionis yang dipandu laju merempuh traktor yang dinaiki keluarga terbabit dari arah belakang. Juga yang syahid seorang perempuan Samr Saif Ridwan, 21 tahun dari al-Laban, dekat Ramallah. Beliau syahid akibat mengalami kecederaan serius selepas dirempuh dengan sengaja oleh seorang Yahudi yang tinggal di penempatan yang kemudian melarikan diri. Seorang lagi, al-Musinn Muhammad Dhamin Abdul Karim ‘Aliyyat, 62 tahun dari kampung Deir Dha’if dekat Jenin yang syahid akibat serangan jantung setelah terlalu lama menunggu di sekatan tentera berdekatan Tubash semasa dalam perjalanannya ke Jordan. Dia juga warganegara Perancis.

Seterusnya, seorang tahanan bernama Ra’id Abu Hammad, 27 tahun dari al-‘Izriyyah dekat bandar al-Quds. Beliau syahid dalam penjara Bi’r al-Sab’ dan beliau dikurung secara bersendirian semenjak setahun setengah yang lalu. Seterusnya Ali Ismail Ali al-Suwaiti, 45 tahun dari Beit ‘Awa, dekat dengan bandar al-Khalil yang dibunuh oleh tentera Zionis setelah rumahnya dikepung dan dirobohkan. Beliau adalah anggota ‘Briged al-Qassam’ HAMAS dan sangat dikehendaki oleh pihak Zionis.

sumber : http://www.palestine-info.info/ar/
penterjemah :  muhajir

Categories
Berita Semasa

Haniyeh mengajak bangsa Arab menyokong usaha kebaikan (Fatah dan Hamas) dan bukan bermaksud rundingan damai

Selasa, 04/05/2010 – Perdana Menteri Palestin, Ismael Haniyeh mengajak bangsa arab supaya menyokong usaha untuk memperbetulkan segala perselisihan faham (antara Fatah dan Hamas) dan bukan bermaksud melakukan rundingan damai. Beliau meluahkan rasa penyesalannya terhadap keputusan Pemantau Jawatankuasa Tinggi Arab yang telah memberi maksud rundingan damai secara tidak langsung antara kerajaan Fatah dan Kerajaan Zionis.

Haniyeh berkata dalam kunjungannya ke Jabatan Tenaga Kerja pada hari Ahad (2-5). “Amat mendukacitakan keputusan yang telah dikeluarkan oleh Pemantau Jawatankuasa Tinggi Arab – yang telah memantau perkembangan isu Palestin dan telah membuat keputusan dimana, keputusan tersebut -amat berbahaya dan berpihak kepada resolusi zionis, melalui dasar membangunkan kota dan penempatan baru Yahudi, disamping strategi untuk menghapuskan penempatan Palestin.

Perdana Menteri berkata rundingan damai ini tidak banyak berbeza dengan yang sebelum ini dan ianya sama sekali tidak akan berlaku pembaharuan atau memberi kebaikan kepada rakyat Palestin, malah ianya akan membuahkan natijah yang baru kepada strategi yang telah dirancang oleh bangsa Yahudi dan merugikan strategi yang telah dirancang oleh bangsa arab sendiri (dalam isu Palestin).

sumber : http://www.palestine-info.info/ar/
penterjemah :  arif

Categories
Berita Semasa

Briged Al-Aqsa dedahkan pengkhianatan Dahlan

Selasa, 04/05/2010 – Briged Syuhada Al-Aqsa mengkritik dan memdedahkan kerja-kerja jahat yang dilakukan oleh Muhammad Dahlan. Dahlan juga merupakan pemimpin Fatah dan boneka kepada Amerika Syarikat. Banyak bukti yang menunjukkan kerja-kerja jahat Dahlan, antaranya :

– Mengupah pembunuh upahan untuk membunuh pimpinan Fatah, Muhammad Abu Sya’ban dan As’ad Shaftawi

– Terlibat dalam kerja memecahbelahkan kumpulan di Gaza dan menyalurkan maklumat-maklumat HAMAS ke Amerika Syarikat

– mendapat bantuan kewangan jutaan dollar bagi mematikan HAMAS di Gaza

Dalam kenyataan itu juga, Briged Al-Aqsa menegaskan Dahaln tidak mewakili sesiapa kecuali dirinya sendiri.

sumber : COMES
penterjemah : Abu Awatif

Categories
Berita Semasa

Israel sekat seramik untuk proses baiki Masjid Al Aqsa

Selasa, 04/05/2010 – Sheikh Azzam Khatib, Pengarah Pejabat Wakaf di Jerusalem, menegaskan bantahn mereka ke atas tindakan Israel menghalang kemasukan bahan-bahan yang diperlukan untuk pemulihan Masjid Al-Aqsa dan gangguan di seluruh urusan dengan mendakwa kedaulatan sepenuhnya ke atas Masjid Aqsa.

Khatib membuat kenyataan atas dasar Israel yang terus dalam menyekat kemasukan 168 buah kotak yang mengandungi seramik berwarna yang diperuntukkan untuk pembaikan Masjid Al-Aqsa, yang disumbangkan oleh kerajaan Turki, dan menambah bahawa seramik baru ini adalah yang sama yang digunakan untuk mencipta kubah sekitar 120 tahun yang lalu, dan berasal dari daerah “Kütahya” yang terkenal dengan mutu kualiti tinggi, diketahui bahawa harga satu bahagian darinya adalah 80 Euro, kerana ianya dihasilkan secara manual.

Dia menambah, pemulihan akan dilakukan oleh Jawatankuasa Pemulihan Masjid Al-Aqsa dengan kerjasama jurutera Turki dan dijangka akan mengambil masa dua bulan.

sumber : The Palestine Telegraph
penterjemah :  ameen