Categories
Berita Semasa

Rejim Zionis menyerang para demonstran.

Selasa, 04/05/2010 – Tentera Israel petang Sabtu lalu telah menyerang demonstrasi aman membantah penempatan baru dan sedang dilakukan terhadap penduduk bandar Beit Ummar, utara bandar Tebing Barat selatan Hebron.

Sumber tempatan melaporkan tentera telah melakukan serangan terhadap himpunan yang diadakan secara mingguan itu dengan melepaskan gas pemedih mata serta bom tangan kepada puluhan penunjuk perasaan, termasuk aktivis keamanan antarabangsa yang berbaris menuju daerah Palestin yang terletak berdekatan wilayah penempatan haram Tzu Karmei.

Puluhan penduduk menerima rawatan daripada tenaga perubatan selepas menghidu gas yang dilepaskan oleh tentera. Mohammad Ayyad, jurucakap media dari Projek Solidariti Palestin juga telah terkena bom gas di mukanya.

sumber : http://www.imemc.org
penterjemah :  hijjaz

Categories
Berita Semasa

Tentera serang penunjuk perasaan anti tembok di Bethlehem dan menahan seorang kanak-kanak

Selasa, 04/05/2010 – Beberapa penduduk awam telah dirawat lerana tersedut Gas pemedih mata dan seorang kanak-kanak ditahan oleh tentera yang menyerang penunjuk perasaan memprotes pembinaan tembok di perkampungan Wallajeh berdekatan Bethlehem, selatan Tebing Barat.

Penduduk kampung Al Wallajeh yang disertai penyokong dari Israel dan Antarabangsa telah berarak Selasa lalu ke tanah mereka yang sedang dibina tembok oleh rejim Israel dan menuntut kerja-kerja tersebut dihentikan.

Tentera bagaimanapun, menggunakan gas pemedih mata untuk membubarkan protes itu dan menahan remaja beusia 14 tahun Nabeel Hajahjah dari kampung itu dan membawa beliau ke tempat yang tidak diketahui.

sumber : http://www.imemc.org
penterjemah : aznil

Categories
Berita Semasa

Pekerja Palestin meninggal dalam keadaan misteri

Selasa, 04/05/2010 – Kesatuan Sekerja Palestin Persekutuan mengetahui daripada sumber palestin, bahawa Qassim Abdul-Jabbar Ishtiyah, 38, dari Nablus, meninggal di “Holon” berdekatan Tel Aviv, di Wilayah haram Israel dalam keadaan misteri.

Sumber berkata “Ishtiyah” bekerja mengecat kereta di “garage” Israel, dia kini di Hospital “Jenson” , dan polis Israel akan memindahkan jenazah pekerja Palestin itu ke autopsi untuk menentukan punca kematiannya, manakala ibubapa dan sanaksaudaranya menolak sebarang autopsi dan sebarang laporan yang dikeluarkan selepas autopsi tidak akan diambil sebagai maklumat atau bukti byang boleh dipercayai.

sumber : The Palestine Telegraph
penterjemah :  hasbullah

Categories
Berita Semasa

Dua beradik terbunuh, ayah dan abang cedera selepas dirempuh tentera Israel.

Isnin, 03/05/2010 – Sumber daripada pihak kesihatan Palestin melaporkan pada Rabu, dua kanak – kanak perempuan yang berumur 8 dan 10 tahun terbunuh manakala ayah dan abang mengalami cedera selepas tentera Israel merempuh mereka dengan jip di Al Baida, Lembah Jordan

Sumber melaporkan Foqaha, 6 tahun dan kakaknya Masa, 10 tahun mati serta merta sementara ayah mereka, Imad 40 tahun, dan abang, Hussein, 11 tahun telah mengalami cedera.

Sumber tempatan melaporkan yang mangsa dan keluarga dalam perjalanan pulang dari mengerjakan ladang mereka.

sumber : http://www.imemc.org
penterjemah : bob

Categories
Berita Semasa

Haniyeh kenalpasti titik perhubungan dengan delegasi dari Fatah atas lawatan mereka ke Gaza

Isnin, 03/05/2010 – Perdana Menteri Palestin, Ismael Haniyeh telah mengenalpasti titik perhubungan antara gerakan Hamas dan Fatah dengan lawatan yang dilakukan JawatanKuasa Pusat bagi pimpinan Fatah ke Gaza untuk berbincang dengan pimpinan Hamas bagi mencari jalan perdamaian dan usaha dialog antara kedua-dua gerakan, dan beliau menyambut baik setiap lawatan yang dilakukan untuk tujuan ini.

Haniyeh berkata demikian dalam satu majlis yang diadakan oleh kerajaan bagi meraikan badan-badan media di Bandar Gaza pada Khamis petang (29-4), dan beliau menambah lagi dengan katanya “hubungan antara kedua-dua gerakan tersebut akan berterusan untuk mencapai jalan perdamaian di peringkat nasional dan menamatkan bentuk-bentuk perpecahan.

Ismael Haniyeh menambah lagi : “kami tidak meminta supaya ditambah atau dihapuskan di dalam catatan kerajaan Mesir, tapi kami menuntut supaya dilaksanakan apa yang telah disepakati,” merujuk pada kuasa veto AS, yang merupakan penyebab gagalnya usaha perdamaian, di samping mendesak supaya kerajaan Mesir , harus berlapang dada dan mampu menerima segala butiran yang telah disepakati. (kerajaan Mesir sebagai orang tengah dalam usaha mencari kata sepakat antara Hamas dan Fatah)

sumber : http://www.palestine-info.info/ar/
penterjemah :  arif

Categories
Berita Semasa

Al-Rashq kutuk hukuman terhadap pihak yang membantu perjuangan di Gaza

Isnin, 03/05/2010 – Seorang pimpinan HAMAS, menegaskan bahawa hukuman yang dikenakan oleh badan kehakiman Mesir terhadap beberapa anggota unit Hizbullah yang berpengkalan di Lubnan bermotifkan politik. Beliau juga menegaskan bahawa sokongan terhadap pihak pejuang adalah satu tindakan yang sepatutnya dipuji bukan dianggap sebagai jenayah.

Ezzat al-Rashq, seorang anggota biro politik HAMAS menegaskan dalam satu kenyataan kepada Agensi ‘al-Quds Press’ bahawa hukuman yang dikenakan terhadap anggota Hizbullah itu bukannya berasaskan kepada keadilan yang telus. Kes ini tidak seharusnya dilihat dari sudut kehakiman semata-mata, kerana ia turut mempunyai dimensi politik. Beliau percaya bahawa bantuan yang berikan bagi membantu pihak pejuang Palestin adalah tindakan yang sepatutnya dihargai, bukannya dianggap sebagai jenayah.

Kes ‘unit Hizbullah’ di Mesir menjadi tumpuan setelah sebuah mahkamah pada 28 April (Rabu) menjatuhkan hukuman penjara antara enam bulan dan 25 tahun terhadap 26 tertuduh dari kalangan anggota satu kumpulan yang dikatakan oleh pihak berkuasa Mesir sebagai pengikut Hizbullah di Lubnan dan berusaha untuk melakukan tindakan keganasan bagi menggugat kestabilan Mesir.

sumber : http://www.palestine-info.info/ar/
penterjemah :  muhajir

Categories
Berita Semasa

Penghuni Israel serang Bandar Palestin di Utara Tebing Barat dan memusnahkan harta-benda dan tanaman

Isnin, 03/05/2010 – Sekumpulan penghuni Israel Khamis lalu telah menyerang bandar Huwara, di utara Tebing Barat, dan memusnahkan pokok zaitun dan harta benda.

Kumpulan itu memulakan serangan mereka dengan membakar tanaman zaitun yang dipunyai oleh penduduk bandar itu. Kemudian mereka menyerang taman awam bandar itu dan memusnahkannya sama sekali.

Sebelum penduduk berjaya memaksa mereka untuk beredar, kumpulan itu juga merosakan sebuah rumah di dalam bandar. Kumpulan bersenjata itu datang dari penempatan Yitzhak yang behampiran dengan Huwara.

sumber : http://www.imemc.org
penterjemah : aznil

Categories
Berita Semasa

4 terbunuh, 9 cedera di dalam terowong selepas disembur gas beracun oleh Mesir

Isnin, 03/05/2010 – Sumber perubatan Palestin di Semenanjung Gaza melaporkan pada petang Rabu lepas seramai 4 orang rakyat Palestin terbunuh manakal 9 lagi cedera selepas pihak keselamatan Mesir menyembur gas ke dalam terowong sempadan.

Sumber mengesahkan bahawa mangsa yang terbunuh dikenalpasti sebagai Mohammad Abu Jamous, 25, adiknya Osama, 22, Khaled al Ramly, 20 dan Nidal al Jady, 20 manakala 9 orang lagi cedera.

Kementerian Kesihatan palestin di Gaza mengesahkan bahawa keempat-empat mangsa terbunuh setelah polis sempadan Mesir menyembur gas yang bertoksin ke dalam terowong itu sekaligus menyangkal dakwaan bahawa terowong itu meletup sehingga menyebabkan kematian dan kecederaan kepada rakyat Palestin.

sumber : http://www.imemc.org
penterjemah :  salwa

Categories
Berita Semasa

Gaza: Tentera rejim Zionis tembak peserta demonstrasi aman

Isnin, 03/05/2010 – Tentera Rejim Zionis melepaskan tembakan ke arah para peserta demonstrasi aman yang diadakan secara mingguan yang diadakan oleh Jawatankuasa Popular Melawan Zon Penimbal di Rafah, selatan Gaza.

Menurut saksi, di wilayah selatan, empat buah jip Zionis dari salah satu jajahan Israel di daerah Nahda kelihatan bergerak ke arah para penunjuk perasaan semasa perarakan aman mereka di timur Rafah dan melepaskan tembak ke arah peserta namun tiada kecederaan dilaporkan.

sumber : The Palestine Telegraph
penterjemah :  ameen

Categories
Foto/Video/Muzik

Video : Gilad Shalit yang ditahan oleh Hamas

Categories
Berita Semasa

Bahar mengecam peningkatan jenayah penjajah di Tebing Barat dan di Gaza

Jumaat, 30/04/2010 – Timbalan Speaker 1, Majlis Perundangan Palestin, Dr Ahmad Bahar, Mengutuk serangan jip tentera Zionis yang berlaku keatas sebuah keluarga Palestin yang sedang bekerja di ladang dengan menaiki traktor di satu kawasan Lembah pergunungan. Serangan tersebut menyebabkan kematian dua anak perempuan, manakala dua saudara lelaki dan bapa mereka mengalami cedera parah.

bercakap mengenai insiden tersebut, Bahar pada Rabu malam (28-4) berkata “insiden yang berlaku tersebut adalah disengajakan oleh pihak zionis dengan matlamat untuk membunuh rakyat kami dan matlamat tersebut sudah menunjukkan kebencian mereka yang selalunya tidak memberi erti kemanusiaan atau melalui jalan-jalannya.”

Selain itu, penentangan pihak penjajah terhadap demontrasi yang dilakukan rakyat Palestin di timur Gaza, menyebabkan kematian seorang rakyat Palestin.

sumber : http://www.palestine-info.info/ar/
penterjemah :  arif

Categories
Berita Semasa

Rabbi mengutuk Israel kerana jenayah perang di Gaza: Surat Terbuka untuk Hakim Goldstone

Jumaat, 30/04/2010 – Sebagai rabi dari tradisi-tradisi yang pelbagai dan lokasi, kami ingin menyampaikan salam Mazel Toy kami kepada anda sebagai orang tua di komuniti kami Bar Mitzvah. Bar dan Bat Mitzvah adalah panggilan hati nurani, panggilan yang akan bertanggung jawab atas kesejahteraan orang lain, panggilan untuk memenuhi perjanjian perdamaian dan keadilan diserapkan dalam tradisi kami.

Seperti para rabi, kami perhati implikasi keagamaan daripada laporan yang ditulis oleh anda. Kita diingatkan kata-kata Shimon Ben Gamliel’s, “Dunia berdiri pada tiga perkara: keadilan, kebenaran, dan keamanan seperti yand dikatakan dalam (Zaccariah 8:16) ‘Jalankan penghakiman melalui kebenaran, dengan demikian keadilan dan keamanan akan didirikan di pintu gerbang anda’. Kami mengesahkan kebenaran laporan yang menyandang nama anda.

Categories
Berita Semasa

Zionis halau lagi penduduk Palestin ke Gaza

Jumaat, 30/04/2010 – Kerajaan haram Zionis pada Selasa lepas menghalau Fadi Al-Azazma, 19 dari Hebron ke Semenanjung Gaza. Al-Azazma yang dilahirkan di Gaza tiba di pintu masuk Bait Hanoon (Erez) dan terus menuju ke khemah pemprotes di mana dia dan Ahmaed Sabah memprotes terhadap pengasingan itu. Ahmaed Sabah juga telah dihalau dari Tebing Barat minggu lepas.

Pertubuhan Wa’d untuk tahanan dan bekas tahanan penjara memaklumkan bahawa Al-Azazma tinggal bersama keluarganya selama 15 tahun sebelum dihalau ke Gaza.

sumber : The Palestine Telegraph
penterjemah :  salwa

Categories
Berita Semasa

Israel: Turki tidak lagi menjadi sekutu strategik

Jumaat, 30/04/2010 – Intelijen Zionis menyatakan kerisauan hubungan Turki dengan Zionis-Israel. Israel akan mengkaji semula kedudukan hubungan Turki dengan Zionis-Israel. Perkara ini terjadi bilamana Turki tidak lagi dilihat boleh menjadi rakan strategik.

Ini dikuatkan lagi bilamana tahap komunikasi di lihat bermasalah dan semakin kurang di antara kedua-dua negara.

sumber : COMES
penterjemah : Abu Awatif

Categories
Berita Semasa

Menghubungi Gaza dengan Ireland melalui persidangan video

Jumaat, 30/04/2010 – Kempen Palestin untuk memboikot Israel secara Akademik dan Kebudayaan (PACBI) dalam kerjasama dengan kempen pelajar Palestin memboikot Israel secara Akademik dan Kebudayaan (PSCABI) telah menganjurkan satu persidangan melalui video dengan National University of Ireland “Joloy”.

Sidang tersebut diadakan di Bank kebudayaan dan maklumat Al-Quds di Gaza, Dr Haidar Eid mengacarakan sidang itu dari Gaza, dan berbicara tentang kesan kepungan atas kehidupan di semenanjung Gaza dan pentingnya sekatan antarabangsa dan pengurangan pelaburan dan pembebanan sekatan atas Israel, dan menangani penyelesaian kepada penamatan status dua-negera (penjara) dan peluang untuk belajar dari pengalaman Ireland, yang berjaya mewujudkan negara bersatu (Kerajaan campuran).

Dr. Ray Murphy, Presiden Pusat Perundangan dan Dekan Fakulti Perundangan di University of “Joloy”, mengacarakan mesyuarat itu dari Ireland dengan diiringi beberapa ahli komiti Perpaduan Ireland bersama penduduk Palestin.

sumber : The Palestine Telegraph
penterjemah :  aznil