
Abu Obaida, jurucakap sayap bersenjata Hamas, Briged Qassam (QB) pada Khamis lalu memberi amaran kepada askar-askar rejim Zionis yang mereka akan menemui kematian jika mengambil risiko untuk menceroboh Semenanjung Gaza. Dalam satu kenyataan akhbar yang diadakan di bandar Gaza dengan satu salinan diperolehi PIC, Abu Obaida menyatakan puak-puak penentang dari Palestin bersedia untuk bertempur dengan askar-askar rejim Zionis “bila-bila masa yang mereka mahu”.

Khamis,10/4/2008 –Sayap bersenjata Hamas, Briged Qassam (QB) pada Rabu lalu memberi amaran kepada tentera Israel bahawa “peraturan permainan” di Semenanjung Gaza telah berubah dan bahawa mana-mana pencerobohan rejim Zionis di Gaza bukanlah sebagai aktiviti “perkelahan”.

Khamis,10/4/2008 –Kerajaan sementara diketuai oleh Ismail Haneyya menegur implikasi dan akibat dari pengepungan Israel ke atas Semenanjung Gaza, meletakkan kepimpinan PA melakukan pakatan sulit dengan Israel dalam mengetatkan pengepungan dengan tujuan agar orang Gaza segera menggulingkan Hamas.

Rabu,9/4/2008 –
Pengarah UNRWA John Ging berkata dalam satu perhimpunan anjuran agensi beliau dan WHO di Gaza bahawa kehidupan para penghuni penjara di seluruh adalah lebih baik berbanding kehidupan rakyat Palestin di Gaza akibat daripada sekatan kejam dan haram rejim Zionis.
Rabu,9/4/2008 –Sumber tertinggi politik dan diplomatik di Damsyik, Syria pada Selasa lalu menyatakan bekas Presiden AS Jimmy Carter merancang untuk menemui Khaled Mishaal, Ketua Biro Politik Hamas di Damsyik dalam bulan ini.

Rabu,9/4/2008 – Lebih 11000 banduan Palestin mengumumkan hasrat mereka untuk mengadakan mogok lapar secara besar-besaran di semua penjara Israel pada 17 April bersempena dengan hari banduan Palestin dan juga pencabulan yang dilakukan oleh pihak berkuasa penjara Israel keatas hak kemanuasiaan mereka.

Selasa,8/4/2008 –
Dr. Mustafa Al-Barghouthi, selaku penggubal undang-undang dan setiausaha agung Inisiatif Kebangsaan Rakyat Palestin pada Ahad lalu berkata aktiviti peluasan wilayah semakin meningkat hampir dua puluh kali ganda sejak persidangan Annapolis sambil menambah bahawa rumah dalam pembinaan adalah berjumlah 11,332 unit.

Jumaat,4/4/2008 –
Pergerakan Hamas memberi amaran bahawa dengan sikap tidak ambil peduli akan masalah kemanusiaan di Gaza, negara-negara Arab dan komuniti antarabangsa akan menanggung akibat yang serius serta dunia harus dipertanggung jawabkan diatas kesan dariapda sikap ini.Didalam kenyataan akhbar yang diterima oleh PIC, jurucakap Hamas, Fawzi Barhoum, menggariskan kegagalan berterusan pihak Arab dalam mengambil langkah berani untuk menghapuskan sekatan keatas Gaza adalah hasil daripada tekanan pihak Amerika yang dikenakan kepada mereka.

Jumaat,4/4/2008 –Gerakan Hamas menegur sikap dingin negara serantau dan antarabangsa terhadap krisis di Semenanjung Gaza yang semakin buruk. Padahal semua pihak menurut Hamas bertanggungjawab ke atas krisis kemanusiaan yang berlaku sekarang.

Maszlee Malik, Durham, UK
Laman web al-jazeera.net melaporkan bahawa para khakham (ulama besar) Yahudi telah meluluskan fatwa menghalalkan darah warga Arab Palestin (Islam dan Kristian) sebagai balasan kepada pembunuhan kader-kader mereka di bandar al-Quds. Fatwa yang akan disebarkan keapda umum pada hari Sabtu, 29 Mac 2008 melalui majalah rasmi kumpulan ultra ortodoks Yahudi itu bertajuk ‘Darah Yahudi lebih mahal dari emas’.

Rabu,2/4/2008 –Pergerakan Hamas menyatakan bahawa keengganan PA Mahmoud Abbas menerima jemputan ketua biro politik Hamas datang ke Gaza dan berdialog tanpa syarat dengan Hamas merupakan satu lagi bukti yang Abbas tidak mahu menjadi presiden bagi semua rakyat Palestin, tetapi hendak kekal sebagai ketua Fatah dan untuk terus cenderung dalam menyokong Israel dan AS.

Rabu,2/4/2008 –Sejumlah besar askar-askar Rejim Zionis pagi Selasa lalu menceroboh bandar Salfit, utara Tebing Barat sambil melepaskan tembakan untuk dua hari berturut-turut dan menculik lima kanak-kanak Palestin dari rumah-rumah dan jalan-jalan di bandar tersebut.

Isnin, 01/04/08 –Dr. Atef Odwan, Menteri Hal Ehwal tahanan dan bekas tahanan bagi kerajaan Haneyya Isnin lalu mengecam keras institusi hak asasi manusia dunia kerana mengabaikan penderitaan tahanan-tahanan Palestin di penjara Israel.

Jumaat, 28/03/08 –
Delegasi Hamas dan gerakan Jihad Islami bertemu di Mesir pada pagi Khamis lepas bagi meneruskan perbincangan beberapa isu terutama mengenai perbicangan damai sementara dengan tentera penjajah Israel dan pembukaan sempadan penyeberangan Rafah.

Jumaat, 28/03/08 Setiausaha Agung kabinet kerajaan sementara PA, Dr. Mohamed Awad menyatakan kerajaannya sedang berusaha untuk menyambungkan rangkaian elektrik Gaza dengan Mesir untuk menamatkan penderitaan rakyat Gaza dan krisis tenaga yang disebabkan oleh sekatan dariapda pihak Israel.“Pihak kerajaan telah berusaha bersungguh-sungguh untuk tujuan ini dan fasa pertama projek ini yang menghubungkan Gaza dan Mesir akan dilaksanakan nantiâ€, katanya semasa lawatan ke pejabat Pihak Berkuasa Tenaga dan Sumber Asli di Gaza.