Categories
Berita Semasa

MP Jamal Al-Khudari hargai surat anggota kongres Amerika kepada Obama.

Khamis, 28/01/2010 – MP Jamal Al-Khudari selaku ketua jawatankuasa popular menentang pengepungan dan jawatankuasa kerajaan terhadap pengepungan hari ini mengeluarkan dua kenyataan berasingan bagi menghargai surat yang dihantar oleh 54 anggota kongres Amerika kepada Presiden Barack Obama berkenaan isu pengepungan di Gaza.

Categories
Berita Semasa

Sekatan di Gaza menyekat masa depan para pelajar.

Khamis, 28/01/2010 – Ramai pelajar di Tebing Gaza mengimpikan pendidikan yang lebih tinggi di luar tetapi Tembok Israel-Mesir menghalang mereka untuk meneruskan perjananan.

Categories
Berita Semasa

54 ahli kongres Amerika gesa Obama henti sekatan atas Gaza.

Khamis, 28/01/2010 –54 orang ahli Kongres Amerika menggesa Presiden Barrack Obama agar mendesak Israel menghentikan sekatan ke atas Gaza yang telah berlaku sejak 4 tahun lalu.

Categories
Berita Semasa

Haneyya gesa persidangan antarabangsa mengenai tahanan.

Khamis, 28/01/2010 –Perdana Menteri Palestin Ismail Haneyya menyeru supaya satu sidang antarabangsa diadakan bagi membincang isu-isu tahanan warga Palestin di Penjara Israel.

Categories
Berita Semasa

Dweik : Majlis Perundangan Palestin (MPP) masih teruskan tugas seperti tertakluk dalam asas perlembagaan.


Rabu, 27/01/2010 –Dr. Aziz Dweik, jurucakap Majlis Perundangan Palestin (MPP) berkata pada Ahad lepas bahawa majlis itu masih menjalankan tugas-tugas parlimen seperti yang termaktub dalam asas perlembagaan.

Categories
Berita Semasa

Obeid: Stesen janakuasa elektrik Gaza akan dihentikan Khamis ini.

Rabu, 27/01/2010 –Satu-satunya stesen janakuasa elektrik di Semenanjung Gaza akan dihentikan operasinya menjelang Khamis ini kerana tindakan kesatuan Eropah (EU) mengentikan pembiayaan penghantaran bahan bakar ke semenanjung itu, menurut Kenan Obeid, timbalan pengerusi badan tenaga Palestin.

Categories
Berita Semasa

Abu Zuhri: Kami tidak takut pilihanraya.

Rabu, 27/01/2010 – Dr Sami Abu Zuhri, jurucakap Hamas, mengatakan bahawa gerakannya tidak takut pada pemilihan legislatif baru.  Beliau mengatakan bahawa mereka yang kalah dalam pemilihan adalah orang yang takut akan berulangnya kegagalan mereka.

Jika integriti terjamin bersama dengan kesempatan yang sama rata untuk semua pihak maka Hamas akan menang lagi, Abu Zuhri menjelaskan.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : nurul

Categories
Berita Semasa

Pihak rejim Zionis halang lawatan menteri Belgium ke Gaza.

Rabu, 27/01/2010 – Pihak rejim Zionis pada Ahad lepas menghalang lawatan Menteri Kerjasama dan Pembangunan Belgium, Charles Michel (gambar) ke Semenanjung Gaza dengan alasan bahawa lawatan tersebut akan memberi pengiktirafan terhadap pemerintahan Hamas.

Categories
Berita Semasa

Hamas ucap takziah kepada mangsa pesawat terhempas di Lubnan.

Selasa , 26/01/2010 – Hamas Isnin lalu mengucapkan takziah dan menyatakan simpati yang mendalam berikutan pesawat Habsyah yang terhempas di luar pantai Lubnan hanya selepas beberapa minit berlepas dari lapangan terbang antarabangsa Beirut.

Categories
Berita Semasa

Duweik kutuk penerusan pembinaan tembok.

Selasa , 26/01/2010 –Dr Aziz Duweik, Speaker Dewan Perundangan Palestin mengutuk kenyataan Presiden Mesir, Husni Mubarak yang menegaskan Mesir akan meneruskan pembinaan tembok keluli sepanjang sempadan dengan Semenanjung Gaza.

Categories
Berita Semasa

Tentera Israel arah hentikan pembinaan rumah milik Palestin.

Selasa, 26/01/2010 – Tentera Israel hari ini mengarahkan dua beradik Palestin di Al-Khalil pada hari Ahad agar berhenti membina rumah mereka atas alasan tidak memiliki permit.

Categories
Berita Semasa

Rektor Universiti Norway sokong boikot universiti-universiti Zionis-Israel.

Selasa, 26/01/2010 –Seorang rektor salah satu institusi pengajian terkemuka di Norway menyatakan bahawa pihak universitinya akan menyokong diskusi positif pemboikotan universit-universiti Zionis-Israel.

Categories
Berita Semasa

Bekalan elektrik di Gaza semakin meruncing.

Selasa, 26/01/2010 – Kempen antarabangsa Palestin bagi menamatkan pengepungan di Semenanjung Gaza memberi amaran kesan serius daripada tempoh panjang pemotongan bekalan kuasa di kebanyakan tempat di Gaza akibat kekurangan bahan bakar untuk mengoperasikan satu-satunya stesen janakuasa elektrik di situ.

Categories
Berita Semasa

Tiga aktivis luar cedera dalam serangan Yahudi.

Selasa, 26/01/2010 – Tiga aktivis solidariti asing cedera pada Sabtu lalu selepas puak Yahudi menyerang dan membaling batu ke arah mereka di timur bandar Al-Khalil.

Categories
Berita Semasa

Speaker Dewan Perundangan kutuk tangkapan para pegawai wakil rakyat aliran Islam.

Isnin , 25/01/2010 – Pejabat Speaker Dewan Perundangan Palestin mengutuk tangkapan yang dilakukan oleh militia Abbas terhadap 6 pegawai yang bertugas di pejabat wakil-wakil rakyat al-Harakah al-Islamiyyah di bandar Ramallah, sambil menegaskan tindakan tersebut menjadi isyarat jelas bahawa perdamaian nasional tidak ingin dicapai oleh pihak-pihak tertentu. Ia juga menjadi bukti terhadap langkah keselamatan buruk yang digunakan di Tebing Barat sekarang yang juga turut disifatkan sebagai tindakan ‘lanun yang jijik’.