
Rabu, 20/05/2009 – Blok “Perubahan dan Reformasi” yang mewakili HAMAS dalam Majlis Perundangan Palestin menegaskan kerajaan Fayyad yang dibentuk oleh pihak berkuasa di Ramallah, Mahmoud Abbas dengan dipimpin oleh Salam Fayyad adalah tidak mengikut undang-undang dan perlembagaan, kerana ia tidak mendapat kepercayaan daripada Majlis Perundangan.













