Isnin,29/12/2008 –
Tentera rejim Zionis terus menerus menyerang
Jalur Gaza dengan mengebom Universiti Islam Gaza
di bandar Gaza pada sebelah malam.
Isnin,29/12/2008 –
Tentera rejim Zionis terus menerus menyerang
Jalur Gaza dengan mengebom Universiti Islam Gaza
di bandar Gaza pada sebelah malam.
Jumaat ,26/12/2008 –Fraksi Pejuang Palestin , Brigade al Qassam mengancam rejim Zionis akan memperluaskan wilayah
serangan ke atas penempatan Israel di sekitar Jalur Gaza jika serangan Israel di teruskan.
Jumaat ,26/12/2008 –Ketua Tentera Rejim Zionis , Gabi Ashkenazi telah mengugut pada Khamis lepas akan mengerah seluruh kekuatan tentera bagi menyerang balas Gaza seperti yang di arahkan oleh kerajaan Israel . Beliau berkata serangan ini akan melibatkan kekuatan penuh ketenteraan ke atas fraksi pejuang Palestin di Gaza.
Isnin ,22/12/2008 –Pengerusi jawatankuasa popular pengepungan, MP Gaza, Jamal Al-Khudari Ahad lalu mengecam keras sekatan ekonomi Israel terhadap Semenanjung Gaza, sambil menegaskan bahawa pengepungan itu menjadikan Gaza terpinggir disamping bencana kemanusiaan yang membimbangkan.
Isnin ,22/12/2008 –Lembaga Pemilik Pembuat Roti Palestin mengingatkan bahawa semua pembuat roti di Gaza terpaksa berhenti sekiranya Zionis-Israel terus menghalang sempadan. Ini kerana bahan seperti tepung dan gas dibenarkan di bawa masuk.
Jumaat , 19/12/2008 –Seluruh Brigade al-Qassam sudah bersedia menghadapi sebarang serangan Zionis-Israel apabila tempoh genjatan senjata yang akan tamat Jumaat(19/12/2008). Sepanjang tempoh genjatan, Zionis-Israel langsung tidak menunjukkan minat dan komitmen untuk mematuhi aturan yang telah dipersetujui. Wakil Brigade al-Qassam Abu Ubaidah, menyatakan mereka bersedia menghadapi segala kemungkinan yang akan dilancarkan oleh Zionis-Israel. Menurut Abu Ubaidah lagi, serangan balas al-Qassan akan lebih hebat.
Jumaat , 19/12/2008 –Pergerakan Hamas pada Khamis lalu menafikan hubungan antara ketua perisik Mesir, Omar Suleiman dan kumpulan penentang Palestin dalam berdamai dengan Israel, sambil mengatakan ia tidak akan menerima mana-mana perdamaian baru bagi kembali seperti sediakala.
Khamis , 18/12/2008 –Hamas mengecam keputusan pakatan yang menyeru agar rundingan Israel-Palestin dilanjutkan. Hamas beranggapan usaha ini akan hanya mengurangkan kekuatan rakyat Palestin.
Khamis , 18/12/2008 –
Menteri Pengangkutan Israel, Shaul Mofaz ketika dipetik oleh radio Yahudi pada Rabu lalu sebagai berkata Israel harus menyekat ketua bagi pemimpin Hamas di Semenanjung Gaza.
Rabu , 17/12/2008 –Hamas menegaskan perbicaraan ke atas tokoh perundangan Dr. Aziz Duwaik merupakan penafian demokrasi dan hak-hak terhadap pilihan rakyat Palestin dan seluruh dunia amnya. Dalam satu kenyataan, Hamas menyatakan perbicarran terhadap Dr. Duwaik membuktikan keangkuhan Israel-Zionis bagi menghancurkan segala kesepakatan dan konvensyen antarabangsa. Di samping itu, perbicaraan itu juga merupakan penafian hak minimum setiap rakyat Palestin.
Rabu , 17/12/2008 – Mohammed Saad, 40, akhirnya meninggal dunia lewat petang Isnin lalu setelah lama bertarung dengan kanser dan setelah kerajaan perceroboh Israel menghalangnya daripada mendapat rawatan di luar negara menurut sebuah sumber perubatan Palestin.
Rabu , 17/12/2008 –Tiga Warga Palestin termasuk dua wanita dan seorang anggota Briged Quds, sayap bersenjata Gerakan Jihad Islam telah cedera pada petang Selasa lalu apabila sebuah helikopter tentera Israel melepaskan dua roket di utara Gaza.
Selasa , 16/12/2008 –Sekumpulan pejuang Briged Al Qassam, sayap bersenjata Hamas, terselamat dalam satu serangan udara tentera Israel yang mencabuli perjanjian damai di timur Gaza, lewat hari Ahad.
Isnin , 15/12/2008 –Menteri Tahanan dalam kerajaan sementara Mohammed Al-Ghoul pada Ahad lalu berkata keputusan mahkamah Israel bagi memperbaharui penahanan MP Dr Omar Abdul Razak selepas membebaskannya adalah keutamaan serius dan merupakan keputusan politik.
Isnin , 15/12/2008 –Hamas memperbaharui kenyataan mereka pada ahad lepas bahawa Dr Azis Dwaik, speaker majlis Perundangan Palestin akan di umumkan menjadi Presiden Pemerintahan Palestin (PA) pada 9 Januari.