Categories
Berita Semasa

Wakil Hamas di Lubnan bertemu dengan Duta Russia.

Rabu, 15-02-2023 – Wakil Hamas di Lubnan, Ahmed Abdulhadi bertemu dengan Duta Rusia di Lubnan, Alexander Rudakov dan berbincang tentang perkembangan terkini Palestin.

Abdulhadi mem Duta Russia tentang perkembangan terbaru Israel di kawasan kepungan Jerusalem termasuk usaha untuk menukar mercu tanda dan mengenakan peraturan baru ke atas Masjid Al – Aqsa dan  serbuan harian ke bandar-bandar, perkampungan dan kem pelarian Palestin di Tebing Barat.

Pada masa yang sama mengenakan sekatan ke atas Semenanjung Gaza dan serangan berterusan ke atas tahanan Palestin di penjara rejim Zionis Israel.

Dia berkata rejim Zionis Israel meningkatkan serangan ke atas warga Palestin dalam kegagalan mereka untuk menamatkan perjuangan kemerdekaan oleh warga Palestin.

sumber : https://english.palinfo.com
penterjemah : Hairul

Categories
Berita Semasa

Peserta ACD Sumbang £20,000 Kepada Mangsa Gempa Bumi

Rabu, 15-02-2023 – Ratusan anggota masyarakat Palestin dan Arab, serta mereka yang berminat dengan budaya Arab dan dalam perpaduan, menyahut seruan solidariti bersama mangsa gempa bumi di Syria dan Turki, yang dilancarkan oleh Forum Palestin di Britain semasa acara tahunan Hari Komuniti Arab (ACD) yang diadakan di London pada 11 Februari lepas berjaya mengumpulkan sejumlah £20,000 sebagai tambahan kepada forum memperuntukkan keseluruhan prosiding aktiviti untuk
manfaat mangsa gempa bumi.

Artis Yahya Hawa, Ammar Al-Khatib, dan Muhammad Habbash, penyanyi Al-Asheqin Band, mengambil bahagian dalam acara itu, di samping penyertaan cemerlang Sarah Al-Owaisi, pemilik program “Aqsa for Kids”. Perayaan itu yang diadakan di Harrow, barat London melibatkan aktiviti kanak-kanak dan persembahan Dabkeh yang popular.

Pameran produk yang mencerminkan budaya dan adat Arab, seperti makanan, pakaian, karya sastera dan manifestasi tamadun Arab yang lain turut diadakan. Para penonton berinteraksi dengan penuh semangat dengan persembahan Pancaragam Kanak-Kanak Yasmine Al-Sham dan Kumpulan Al-Fursan Dabkeh, selain persembahan artis dan lagu terkenal mereka tentang Palestin dan dunia Arab.

Perayaan tahun ini diadakan dengan perhimpunan besar lebih daripada 1,500 peserta daripada masyarakat Palestin dan pelbagai masyarakat Arab, selain warga Britain yang berminat dengan budaya Arab dan solidariti dengan mangsa gempa bumi di Syria dan Turki. Forum Palestin juga
berminat untuk melibatkan penyertaan tetamu dari pelbagai negara, dan menekankan kepelbagaian budaya Arab, kesyumulan tamadun dan sejarah mereka.

sumber : https://english.palinfo.com
penterjemah : Neina Mukhtar

Categories
Berita Semasa

Israel Setuju Robohkan Rumah Syuhada Palestin

Selasa, 14-02-2023 – Pihak Otoriti penjajah Zionis Israel menandatangani perintah untuk merobohkan rumah keluarga syuhada Muhammad Souf di kampung Haris di Salfit dan rumah bekas tawanan Yunus Haylan di kota Hajjah, sebelah timur Qalqilya.

Penjajah Zionis Israel juga bercadang merobohkan rumah syuhada Khairi Alqam yang terlibat dengan kes menembak tentera Zionis di al-Quds pada 28 Januari lalu.

Muhammad Souf dan Haylan melakukan dua aksi berani mati tahun lalu, yang menyebabkan 4 penduduk pendatang Yahudi dan mencederakan beberapa yang lain.

Syuhada Muhammad Murad Souf (18 tahun) dari kampung Haris menikam penduduk pendatang Zionis pada 15 November lalu berdekatan perkampungan Yahudi “Ariel” yang didirikan di tanah warga Palestin di utara Salfit, di mana tiga penduduk pendatang Yahudi meninggal dunia dan 4 lainnya cedera.

sumber : https://melayu.palinfo.com
penterjemah : Osman

Categories
Berita Semasa

 Hamas menolak penerimaan dan penyataun dengan pihak Zionis. 

Selasa, 14-02-2023 – Delegasi Pergerakan Hamas yang diketuai oleh Khaled Qaddumi, menghadiri seminar “Jerusalem di hujung kemerdekaan” yang diadakan di Tehran pada sambutan ulangtahun ke 44 Revolusi Islam.

Beberapa pegawai Iran, ahli parlimen dan panglima-panglima tentera telah menghadiri seminar selain wakil dari negara – negara dan wakil pejuang- pejuang Palestin dan Lebanon.

Dalam ucapan beliau, Qaddumi mengucapkan tahniah kepada kepimpinan Iran, warga Iran dan kerajaan Iran dalam meraikan  ulang tahun kejayaan revolusi Islam yang ke 44.

sumber : https://english.palinfo.com
penterjemah : Hairul

Categories
Berita Semasa

Rakyat Palestin Diculik Rejim Zionis di Tebing Barat dan Jerusalem

Selasa, 14-02-2023 – Rejim Zionis menculik sekurang-kurangnya tujuh warga Palestin ketika serbuan pada waktu subuh dan pagi hari Rabu di Tebing Barat dan Jerusalem.

Menurut sumber setempat, rejim itu menculik seorang warga Palestin dan anaknya dari kawasan al-Khallah di selatan Kota al-Khalil dan dua lelaki muda dari bandar Meithalun dan Misilyah di selatan Jenin.

Dua lagi rakyatnya dilaporkan telah ditangkap semasa serbuan rejim ke atas rumah di bandar Beitillu.

sumber : https://english.palinfo.com
penterjemah : Neina Mukhtar

Categories
Berita Semasa

Lebih 70 orang pendatang cemarkan Masjid Aqsa

Khamis, 09-02-2023 – Puluhan pendatang pelampau Yahudi mencemarkan Masjid Aqsa di Baitulmuqaddis pada pagi Selasa dan kemudian pada petangnya.

Menurut sumber tempatan, sekurang-kurangnya 71 pendatang memasuki masjid secara berkumpulan melalui pintu Maghariba dan berkeliaran di dataran dengan perlindungan polis rejim. Ketika mereka berada di situ, mereka mendengar ceramah yang disampaikan oleh para rabbi tentang kuil dan kebanyakan mereka sedang menunaikan ritual Talmudic di sudut timur masjid.

sumber : https://english.palinfo.com
penterjemah : Nor idawati

Categories
Berita Semasa

Hamas ratapi kematian Ashqar, beri amaran kedegilan Israel di atas jenayahnya

Khamis, 09-02-2023 – Pergerakan Hamas meratapi kematian seorang pemuda Palestin Hamza al-Ashqar, 17, dan memberi amaran kepada negara penceroboh Israel tentang kegigihan dalam jenayahnya di Tebing Barat.

“Darah Palestin adalah berharga. Jadi kami memberi amaran kepada Israel yang berterusan melakukan jenayahnya,” kata Hamas dalam satu kenyataan pada hari Selasa.

“Jenayah Israel yang berterusan dan semakin meningkat tidak akan menghalang rakyat kita berjuang dan menentang Israel untuk kebebasan mereka, tanah yang dirampas dan tapak suci itu,” tambah pergerakan itu.

sumber : https://english.palinfo.com
penterjemah : Amrul Azmi Mizan

Categories
Berita Semasa

Rejim Zionis Bunuh Remaja Palestin Ketika Serangan di Bandar Nablus

Khamis, 09-02-2023 – Seorang remaja Palestin terbunuh pada awal pagi Selasa selepas Rejim Zionis menyerbu Bandar Nablus dan melepaskan peluru hidup ke arah pemuda tempatan.

Menurut sumber setempat, Hamza al-Ashqar, 17 tahun, terbunuh akibat kecederaan peluru di kepalanya ketika pertempuran antara pemuda Palestin dan tentera Israel di kejiranan al-Masaken ash-Shabiyah di timur bandar Nablus. Tiga rakyat Palestin dilaporkan diculik oleh rejim dari kawasan kejiranan itu.

sumber : https://english.palinfo.com
penterjemah : Neina Mukhtar

Categories
Berita Semasa

Pihak IOA merampas ratusan ekar tanah di Baitul Laham

Rabu, 08-02-2023 – Pasukan Penaklukan rejim Zionis Israel  (IOA)  mengarahkan rampasan ratusan lot tanah kawasan pertanian Palestin, di Barat Daya Baitul Laham.

Aktivis tempatan Hassan Brijieh menyatakan pihak IOA memaklumkan perampasan 490 lot tanah di Nahalin dan al-Jabaa dalam meluaskan lagi kawasan penempatan haram Alon Shvut dan Geva’ot .

Polisi penempatan rejim Zionis Israel melanggar hak-hak asasi manusia di bawah undang-undang antarabangsa termasuk resolusi ke Empat Konvensyen Geneva dan melanggar resolusi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu.

sumber : https://english.palinfo.com
penterjemah : Hairul

Categories
Berita Semasa

Haneyya menyampaikan takziah atas peristiwa gempa bumi

Rabu, 08-02-2023 – Ketua biro politik Hamas Ismail Haneyya menyampaikan ucapan takziah kepada presiden Turkiye Recep Tayyip Erdogan atas kejadian gempa bumi yang menimpa negara itu pada Isnin.

“Kami, di Gerakan Hamas, menyampaikan ucapan takziah dan simpati terhadap Republik Türkiye atas kejadian gempa bumi yang mengakibatkan kehilangan nyawa dan kerosakan harta benda,” Haneyya berkata.

Semoga Allah mencucurkan rahmatNya, memberi kesembuhan segera dan melindungi Türkiye dari marabahaya, ketua Hamas itu menambah.

sumber : https://english.palinfo.com
penterjemah : Nor idawati

Categories
Berita Semasa

Hamas Ratapi Lima Syahid di Jericho

Rabu, 08-02-2023 – Gerakan Hamas meratapi kematian lima pemuda Palestin yang terbunuh dalam pertempuran bersenjata pada subuh Isnin dengan Rejim Zionis di bandar Jericho, Tebing Barat.

“Rakyat Palestin akan terus menentang penjajahan Israel dan tidak akan dihalang oleh jenayahnya,” kata Gerakan itu sambil memuji keberanian pejuang penentangan Palestin di Tebing Barat, terutama di Jericho.

Rejim Zionis telah membunuh lima pejuang penentang Palestin di kem pelarian Aqabat Jabr, barat daya Jericho, dan mencederakan dua yang lain selepas menyerbu sebuah bangunan di kem tersebut.

sumber : https://english.palinfo.com
penterjemah : Neina Mukhtar

Categories
Berita Semasa

Operasi Zaatara ‘Tindak Balas Jenayah Dan Pencerobohan Israel’: Hamas

Selasa, 07-02-2023 – Jurucakap Hamas, Abdul-Latif al-Qanu memuji operasi rempuhan kereta di pusat pemeriksaan Zaatara, Nablus pada Selasa petang.

Beliau menyifatkan ia sebagai ‘heroik’ dan ‘tindak balas terhadap jenayah pendudukan Israel dan pencerobohan terhadap Palestin dan tanah suci mereka’.

Dalam kenyataan akhbar, Qanu menegaskan operasi ini bertepatan dengan pencerobohan Israel terhadap tahanan Palestin, selain mencerminkan keupayaan bertindak balas untuk menentang dan bersedia mempertahankan para tahanan.

“Kami jamin, para tahanan yang heroik, bahawa ini adalah penentangan bersama melawan institusi penjara dan tidak akan pernah menyerah untuk mempertahankan mereka,” ujar jurucakap itu.

sumber : https://english.palinfo.com
penterjemah : Huzaifah AJ

Categories
Berita Semasa

Wakil Hamas bertemu Duta Indonesia di Lebanon. 

Selasa, 07-02-2023 – Wakil Hamas di Lebanon , Ahmed Abdul-Hadi bertemu pada hari Selasa lepas dengan Duta Indonesia Hajriyanto Thohari di pejabat Kedutaan di Beirut dan berbincang tentang beberapa perkembangan berkaitan perjuangan Palestin.

Dalam satu kenyataan media Hamas melalaui pejabat mereka di Lebanon, mesyuarat yang dihadiri oleh Pengarah Media dan Politik  Pergerakan Hamas, Abdul-Majid al-Awad, mengetengahkan isu keadaan  perlarian Palestin di Lebanon. Kedua pihak berbincang tentang perkembangan terbaru Palestin terutama selepas penubuhan kerajaan haram haluan kanan Israel.

sumber : https://english.palinfo.com
penterjemah : Hairul

Categories
Berita Semasa

Knesset Lulus Rang Undang-undang Batal Kewarganeraan Tahanan Palestin

Khamis, 02-02-2023 – Knesset Israel pada Isnin malam meluluskan bacaan pertama rang undang-undang yang akan membatalkan kewarganegaraan atau permit pemastautin tahanan Palestin yang menerima dana daripada Pihak Berkuasa Palestin.

Rang undang-undang tersebut meraih 89 sokongan undi yang meluas daripada pihak gabungan dan pembangkang, dengan lapan lagi membangkang.

Berdasarkan rang undang-undang itu, sesiapa yang dijatuhi hukuman penjara kerana terlibat dalam ‘aktiviti permusuhan’ dan menerima dana daripada Pihak Berkuasa Palestin, boleh dibatalkan kewarganegaraan dan akan dibuang negeri ke Tebing Barat atau Jalur Gaza.

sumber : https://english.palinfo.com
penterjemah : Huzaifah AJ

Categories
Berita Semasa

Warga Baitulmuqaddis mogok bagi menyelar polisi Israel memusnahkan rumah

Khamis, 02-02-2023 – Warga Palestin di Baitulmuqaddis mogok pada Selasa bagi membantah polisi pemusnahan rumah oleh Israel.

Manakala, puluhan pemuda Palestin berhadapan dengan jentolak Israel yang menyerbu bandar Jabal Al-Mukabir, selatan Baitulmuqaddis, sebelum memusnahkan beberapa rumah termasuk rumah keluarga Bashir.

Jentolak-jentolak Israel memulakan proses memusnahkan 14 rumah Palestin di Baitulmuqaddis, bagi melaksanakan arahan kabinet Israel.

sumber : https://english.palinfo.com
penterjemah : Nor idawati