Rabu, 08/10/2008 –Menteri pertanian Palestin, Dr. Mohammed Ramadan Al-Agha Selasa lalu menuduh pihak berkuasa Israel kerana memusnahkan pertanian di Palestin dengan tujuan untuk menggagalkan musim menuai pada tahun ini.
Rabu, 08/10/2008 –Menteri pertanian Palestin, Dr. Mohammed Ramadan Al-Agha Selasa lalu menuduh pihak berkuasa Israel kerana memusnahkan pertanian di Palestin dengan tujuan untuk menggagalkan musim menuai pada tahun ini.
Selasa, 07/10/2008 –2 orang pemuda mati Isnin lalu kesan daripada halangan ke luar Negara untuk mendapatkan rawatan, menyebabkan jumlah pesakit yang meninggal dunia akibat pengepungan di Gaza itu meningkat kepada 249 mangsa.
Selasa, 07/10/2008 –Menteri Luar Israel, Tsepi Livni yang juga calon PM Israel pengganti Olmert menegaskan bahawa negara Palestin diharapkan dapat menampung pelarian Palestin. Beliau menegaskan bahawa pemerintah autoriti negara Palestin itu harus mampu menjamin keamanan Israel dan memerangi apa yang disebutkan “terorisme” merujuk kepada gerakan pejuang Palestin.
Selasa, 07/10/2008 –Anggota keselamatan Mesir yang berpengkalan di Laluan Masuk Rafah telah menahan beberapa orang aktivis Mesir dan pemimpin partinya setelah percubaan mereka untuk memecah sekatan ekonomi isnin lalu di semenanjung Gaza, menurut sebuah sumber akhbar tempatan.
Selasa, 23/09/2008 –Seorang tahanan rakyat Palestin yang di kenali sebagai Muhannad Awda telah melaporkan bahawa beliau telah di bawa oleh warder penjara ke hospital Soroka walhal beliau tidak menghidapi apa-apa penyakit.
Isnin, 22/09/2008 –Seorang wanita Palestin berumur 60 tahun mati pada waktu subuh Ahad lalu akibat luka-luka yang teruk selepas cuba menghalang tentera Israel daripada meroboh rumahnya di perkampungan Abu Dis di Timuran Baitulmuqaddis.
Isnin, 22/09/2008 –Ismail Haneyya memberitahu bahawa Gaza sekarang ini bukan hanya berada di dalam konspirai pihak Zionis, tetapi konspirasi ini terdiri sokongan pihak Amerika, beberapa negara Eropah, bangsa Arab dan rakyat Palestin sendiri.
Isnin, 22/09/2008 –Sheikh Ra’ed Salah, pemimpin gerakan Islam kawasan 1948, telah membongkar satu rancangan Zionis bertujuan untuk menhapuskan Palestin di timur Baitulmuqaddis sehingga tahun 2020.
Isnin, 22/09/2008 –Institusi Mandela untuk hak asasi manusia dan tahanan politik melaporkan bahawa 10 kanak-kanak Palestin yang dikurung didalam penjara Telmond Israel telah menderita keracunan makanan selepas mereka disajikan dengan hidangan sardin.
Jumaat, 19/09/2008 –Ismail Haneyya, Perdana Menteri yang dipilih oleh rakyat Rabu lalu mengatakan bahawa Perdana Menteri Israel, Ehud Olmert mengakui kekalahan projek Zionis dan tentera ke atas Palestin apabila beliau mengatakan bahawa mimpi untuk menubuhkan Israel Raya telah musnah.
Jumaat, 19/09/2008 –Gerakan Hamas menyatakan bahawa tiada perbezaan antara menteri luar Israel, Tzipi Livni dan menteri pengangkutan, Shaul Mofaz yang bersaing untuk menjawat jawatan presiden parti Kadima. Beliau menyifatkan bahwa kumpulan penyokong Zionisme itu bersetuju untuk membunuh dan menggantikan penduduk Palestin, dan menjadikan “Negara yahudi”.
Khamis, 18/09/2008 –Sumber-sumber Palestin memberitahu bahawa satu perwakilan yang besar dari pergerakan Hamas dijadualkan akan bertolak ke Kaherah Oktober depan bagi mengadakan dialog dua hala dengan pegawai-pegawai Mesir.
Khamis, 18/09/2008 –Kepala Jabatan Politikal PLO, Farouq Al-Qaddoumi, mengecam perjanjian Oslo yang mengatakan ia adalah sejarah buruk penduduk Palestin dan perjuangannya.
Perjanjian Oslo menyelar perjuangan penduduk Palestin dan menggambarkan penduduk Palestin sebagai minoriti dan asing , dia menghuraikan dalam satu temubual dengan akhbar Al-Quds Al-Arabi , Rabu lepas.
Isnin, 15/09/2008 –MP Jamal Al-Khudari, Ketua Jawatankuasa Anti Pengepungan , telah mengecam rejim Zionis kerana penutupan lintasan perdagangan Gaza untuk sebab-sebab remeh-temeh
Jumaat, 12/09/2008 –Seorang pemuda Palestin bernama Hani Khalafallah, 22, telah dijumpai meninggal dunia setelah jatuh ke dalam satu terowong setinggi 15 meter yang masih dalam pembinaan dekat sempadan Egyptian-Palestinian di Rafah.