Categories
Berita Semasa

Bot bersenjata Israel menyasarkan boat nelayan di utara Gaza

Rabu, 08-06-2022 – Bot Israel melepaskan tembakan ke arah bot nelayan, di perairan bandar Beit Lahia, utara Semenanjung Gaza, pada Selasa.

Sumber tempatan menyatakan yang serangan ke atas bot-bot nelayan Palestin tidak menyebabkan kematian.

Bot tentera laut Israel sengaja melepaskan tembakan dan bom gas ke arah bot-bot nelayan di Semenanjung Gaza setiap hari untuk menghalang mereka menangkap ikan, sekaligus menjejaskan pendapatan mereka.

sumber : https://english.palinfo.com
penterjemah : Nor idawati

Categories
Berita Semasa

Haneyya: Kita ada beberapa pilihan untuk menghadapi perarakan bendera

Rabu, 01-06-2022 – Ketua biro politik Hamas Ismail Haneyya mengesahkan yang rakyat Palestin dan para pejuangnya ada banyak pilihan untuk menghadapi perarakan bendera yang para pendatang ingin adakan di kota suci Baitulmuqaddis hari ini. Ini termasuk menghadapi sebarang cubaan mereka untuk mencemarkan Masjid Aqsa.

“Kami ada trio yang bersedia untuk menghadapi situasi esok – ummah, rakyat kami dan pejuang – kami sedia untuk semua scenario,” Haneyya berkata dalam kenyataan akhbar pada petang Sabtu.

“Kami sedang berhadapan dengan rejim yang sudah lama, namun kehancurannya semakin hamper,” beliau berkata, menyuarakan kepercayaannya yang perjuangan berterusan rakyat Paletin akan berjaya juga nanti bagi mencapai aspirasi pembebasan dan kembali mengisytiharkan Baitulmuqaddis sebagai ibu negara Palestin.

sumber : https://english.palinfo.com
penterjemah : Nor idawati

Categories
Berita Semasa

Belia Palestin, Rejim Zionis Bertempur Sekitar Tebing Barat

Rabu, 01-06-2022 – Pertempuran sengit berlaku antara belia Palestin dan Rejim Zionis di sekitar Tebing Barat, selepas pasukan polis menyerbu masuk Masjidil Aqsa bagi mengawal lawatan peneroka pada pagi Ahad.

Berdasarkan laporan tempatan, kawasan terbabit adalah di Jambatan Halhul, kem pelarian Al-Arroub di Al-Khalil, bandar Huwara di selatan Nablus, serta kawasan berdekatan Universiti Al-Quds di Abu Dis dan Universiti Kadoorie di Tulkarem.

Pertempuran sama berlaku berdekatan pusat pemeriksaan Nitzanei Oz di barat Tulkarem, mengakibatkan seorang kanak-kanak Palestin cedera di bahagian mata selepas terkena tembakan peluru getah.

sumber : https://english.palinfo.com
penterjemah : Huzaifah AJ

Categories
Berita Semasa

Tahanan Palestin secara beransur-ansur meningkatkan langkah protes mereka

Rabu, 01-06-2022 – Tahanan pentadbiran Palestin di penjara Israel pada hari Ahad menganjurkan mogok duduk di kawasan penjara sebagai protes terhadap dasar penahanan pentadbiran Israel.

Menurut Pusat Kajian Tahanan Palestin, penganjuran mogok duduk itu adalah sebagai sebahagian daripada langkah persediaan untuk memulakan mogok lapar besar-besaran pada penghujung 2022.
Pengarah Pusat Kajian Tahanan Palestin, Riad al-Ashqar berkata bahawa perkhidmatan penjara Israel terus mengabaikan tuntutan tahanan pentadbiran Palestin, yang menyebabkan tahanan Palestin berkeras untuk menganjurkan mogok lapar besar-besaran.

sumber : https://english.palinfo.com
penterjemah : Amrul Azmi Mizan

Categories
Berita Semasa

2,000 peneroka haram mencemarkan Aqsa menjelang perarakan bendera di Jerusalem

Rabu, 01-06-2022 – Polis regim zionis Israel menyerbu Masjidil Aqsa awal pagi Ahad, bertempur dengan jemaah Islam dan mengurung ramai daripada mereka di bangunan solat Qibli.

Menurut sumber tempatan, pasukan polis regim Israel menyerbu selepas solat subuh di halaman dan dataran tinggi Masjid Aqsa, mula mencetuskan pertempuran secara beransur-ansur dengan jemaah Islam dan mengunci beberapa daripada mereka di bangunan Qibli selepas menutup pintunya dengan rantai pada sebelah pagi.

Anggota polis turut dikerahkan di atas bumbung bangunan Qibli yang terkepung.

sumber : https://english.palinfo.com
penterjemah : Norshuhada Samudin


Categories
Berita Semasa

62 Rakyat Palestin Cedera Dalam Serangan Israel di Jerusalem

Rabu, 01-06-2022 – 62 rakyat Palestin cedera selepas polis Israel dan peneroka Yahudi menyerang mereka yang
melakukan konfrontasi terhadap perarakan peneroka di Jerusalem pada hari Ahad.

Menurut Persatuan Bulan Sabit Merah Palestin, polis Israel melepaskan peluru bersalut getah dan bom gas pemedih mata ke arah rakyat Palestin di beberapa kawasan di Jerusalem, menyebabkan 62 rakyat Palestin cedera.

Dalam insiden berkaitan, polis Israel telah menahan enam pemuda Palestin di Jalan Al Rasheed di Jerusalem, menjadikan jumlah rakyat Palestin yang ditangkap kepada 30 orang.

sumber : https://english.palinfo.com
penterjemah : Neina Mukhtar

Categories
Berita Semasa

Pertembungan ganas dengan IOF di W. Bank of Dawha

Isnin, 30-05-2022 – Pertempuran ganas berlaku pada hari Rabu selepas tentera Regim Zionis Israel (IOF) menyerbu bandar al-Dawha, barat Bethlehem.

Menurut sumber tempatan, beberapa lelaki muda mengalami pendedahan kepada gas pemedih mata semasa pertempuran dengan tentera regim Israel di bandar al-Dawha.

IOF juga menyerbu sebuah rumah milik keluarga Ghattas berhampiran pintu masuk barat bandar Beit Jala, barat laut Bethlehem, dan merampas rakaman kamera keselamatan.

sumber : https://english.palinfo.com
penterjemah : Norshuhada Samudin

Categories
Berita Semasa

IOA musnahkan tanah milik warga Palestin di Nablus

Isnin, 30-05-2022 – Jentolak milik rejim zionis (IOA) terus memusnahkan tanah milik warga Palestin di kota Nablus, Tebing Barat pada Rabu.

Jentolak-jentolak itu memusnahkan tanah milik warga Palestin di kampung Qasra dan kampung Doma di utara Nablus selama beberapa minggu untuk meluaskan penempatan Esh Kodesh, demikian menurut Ghassan Douglas, seorang pegawai Palestin yang bertanggungjawab ke atas fail penempatan di utara Tebing Barat.

“IOA telah meratakan sejumlah tanah yang luas milik warga Palestin, di mana keluasannya tidak dapat dianggarkan oleh kerana kerja pemusnahan yang berterusan,” Douglas menambah.

sumber : https://english.palinfo.com
penterjemah : Nor idawati

Categories
Berita Semasa

IOA rampas hutan simpan Ain al-Ajua di Jericho

Isnin, 30-05-2022 – Pihak berkuasa pencerobohan Israel (IOA) baru-baru ini merampas rizab alam semula jadi Ain al-Ajua di Jericho, yang merupakan tapak perlindungan hidupan liar Palestin terbesar di Tebing Barat.
Menyifatkan langkah Israel itu sebagai “skim rampasan tanah utama”, gerakan Peace Now Israel berkata bahawa pentadbiran awam tentera Israel pada 12 April menandatangani satu perintah yang mengisytiharkan kira-kira 22,000 dunum tanah Palestin di selatan kota kuno Jericho sebagai “rizab alam semula jadi”.

Bagaimanapun, pengisytiharan ini diterbitkan hanya seminggu yang lalu, dan ia akan berkuat kuasa 60 hari selepas penerbitannya, menurut Peace Now.

sumber : https://english.palinfo.com
penterjemah : Amrul Azmi Mizan

Categories
Berita Semasa

Rejim Zionis Israel menolak permohonan mangsa lecur untuk menjalani pembedahan

Isnin, 30-05-2022 – Pihak penjara Israel telah menolak permohonan baru tahanan Palestin Israa Jaabis untuk menjalani pembedahan bagi memudahkan pernafasan beliau. Pada hari Rabu lepass , Yayasan Muhjat al-Quds dalam kenyataan media menyatakan Israel perlu bertanggungjawab ke atas keputsan menolak permintaan tersebut.

Menurut Yasser Khalaf, jurucakap Pergerakan Palestin al-Ahrar,  memaklumkan pihak penerbit Quds, dalam menolak permintaan Jaabis dan mengabaikan keperluan untuk menjalani pembedahan untuk memudakan pernafassan beliau , ini merujuk kepada kekejaman pihak rejim Zionis Israel.

sumber : https://english.palinfo.com
penterjemah : Hairul

Categories
Berita Semasa

Lebih 150 peneroka haram Yahudi mengotori halaman Masjid Aqsa

Khamis, 26-05-2022 – Berpuluh-puluh peneroka haram Yahudi mencemarkan Masjidil Aqsa di Baitulmaqdis yang diduduki di bawah perlindungan polis yang ketat pada pagi Isnin dan kemudian pada sebelah petang.

Sekurang-kurangnya 153 peneroka, termasuk kakitangan kerajaan dan pelajar institut agama, memasuki Masjid dalam kumpulan berbeza melalui Pintu Maghariba dan melawat halamannya di bawah kawalan polis, menurut laman web berita al-Qastal.

Semasa lawatan mereka di tapak suci Islam, para peneroka menerima ceramah daripada para rabbi tentang dakwaan gunung kuil dan beberapa daripada mereka melakukan solat Talmud secara provokatif, termasuk rukuk dan sujud.

sumber : https://english.palinfo.com
penterjemah : Norshuhada Samudin

Categories
Berita Semasa

Ahli seni bela diri Kuwait enggan menentang lawan dari Israel di Hungary

Khamis, 26-05-2022 – Ahli seni bela diri Kuwait Nasser al-Faraj menarik diri daripada kejohanan jiu-jitsu yang diadakan di ibu negara Hungary, Budapest, setelah menolak untuk menentang lawan dari rejim Israel.

Faraj ialah seorang ahli seni bela diri profesional Kuwait dan telah mewakili negaranya dalam banyak kejohanan antarabangsa. Beliau memenangi tempat kedua di kejohanan jiu-jitsu Manchester yang diadakan pada Mac 2020.

Penyertaan para pemain Kuwait di acara sukan antarabangsa telah menyaksikan penarikan demi penarikan apabila undian perlawanan melibatkan pemain Israel.

sumber : https://english.palinfo.com
penterjemah : Nor idawati

Categories
Berita Semasa

Tahanan Mogok Lapar Dipindah Ke Hospital

Khamis, 26-05-2022 – Mahkamah Israel pada Isnin memutuskan pemindahan tahanan Palestin mogok lapar, Khalil Al-Awawdeh ke hospital awam berikutan kesihatannya yang merosot.


Menurut Yayasan Muhjat Al-Quds, mogok lapar yang dilakukan Awawdeh, 40 tahun, memasuki hari ke-82, sebelum dihantar ke Hospital Assaf Harofeh.


“Awawdeh dibawa ke mahkamah berkerusi roda, dan kesihatannya jelas merosot,” tambah mereka, sambil menambah dia hampir tidak mengenali peguamnya.

sumber : https://english.palinfo.com
penterjemah : Huzaifah AJ

Categories
Berita Semasa

Membenarkan amalan Talmud di al-Aqsa tidak boleh diterima

Khamis, 26-05-2022 – Jawatankuasa Islam-Kristian Menyokong Baitulmuqaddis dan Tempat Sucinya pada hari Isnin mengecam keputusan Mahkamah Majistret Israel membenarkan penceronoh Yahudi melakukan ritual amalan kitab Talmud di halaman Al-Aqsa, menyifatkan ia sebagai pelanggaran terang-terangan terhadap tapak suci Islam.


Jawatankuasa Islam-Kristian dalam satu kenyataan akhbar berkata keputusan sedemikian merupakan satu provokasi terhadap umat Islam di seluruh dunia, memberi amaran bahawa keputusan ini bertujuan mengubah status quo di Masjid Al-Aqsa.


Mahkamah Israel tidak mempunyai sebarang kuasa untuk mengawas hal ehwal Masjid Al-Aqsa,” jawatankuasa tersebut mengesahkan, sambil menambah bahawa Israel mesti bertanggungjawab di atas kesan keputusan ini.

sumber : https://english.palinfo.com
penterjemah : Amrul Azmi Mizan

Categories
Berita Semasa

Haniyyah: Pembunuhan Tokoh Palestin Akan Meperluaskan Konfrontrasi

Selasa, 24-05-2022 – Ketua Biro Politik Hamas Ismail Haniyah mengirim surat kepada sejumlah pemimpin beberapa negara untuk menyampaikan bahaya rancangan penjajah Zionis melakukan pembunuhan terhadap para pimpinan pejuang Palestin serta kesannya terhadap tindakan tersebut.

Hal itu disampaikan penasihat biro media Haniyah, Thahir al-aNono,yang menyampaikan pesan Haniyah dalam suratnya bahawa Hamas terus memantau pernyataan penjajah Zionis dan tindakannya untuk melakukan pembunuhan terhadap pimpinan Hamas, termasuk Yahya al-Sinwar, Shalih al-Aruri, Mohamad Dhaif, Zahir Jabarin dan lainnya.

Al-Nono menyebutkan, “Haniyah mengingatkan kesan buruk dari tindakan tersebut adalah reaksi besar yang akan dilakukan oleh rakyat Palestin yang akan meledak konfrontasi menyeluruh, dimana musuh perlu membayar harga mahal yang tak dapat dinilai.”

sumber : https://melayu.palinfo.com
penterjemah : Osman