Berkat Intifadah, 1500 Perniagaan Zionis-Israel Diancam Bankrap

Selasa, 02/08/2005 – Data statistik perusahaan Dandy Presidret Yaserael Israel menyebutkan, sebanyak 1500 syarikat yang berdaftar dalam pelbagai sektor perniagaan diancam bankrap. Kadar penutupan perusahaan dalam pelbagai sektor meningkat dari Jun (18.2%) meningkat kepada (18.7%) pada Julai.

Kami akan serang Gaza

Selasa, 02/08/2005 – Timbalan Menteri Pertahanan Israel, Zeve Bouim, mengulangi
kenyataannya bahawa Pihak Tentera Israel akan menyerang Semenanjung Gaza sekiranya
tentera-tentera Israel yang berundur dari kawasan berkenaan diserang oleh Pejuang Palestin.

Zionis-Israel tembak pekerja Palestin di sempadan

Isnin, 01/08/2005 – Ratusan pekerja Palestin yang bekerja keras bagi menanggung keluarga mereka telah menjadi mangsa keganasan dan kezaliman Zionis-Israel. Keadaan ini berlaku sejak tahun 1948. Kebanyakkan mereka ditembak oleh Zionis-Israel tanpa sebab ketika memasuki sempadan Palestin dan jajahan Israel.

Tahanan Palestin syahid di penjara

Isnin, 01/08/2005 – Angka kematian(baca:syahid) di penjara Zionis-Israel kian bertambah. Seorang tahanan Palestin di penjara Zionis-Israel syahid akibat sakit yang kronik. Zionis-Israel bertindak mengabaikan kesihatan tahanan Palestin tersebut. Kejadian ini berlaku di penjara Naqab.

Pertubuhan Aqsa Adakan Majlis Untuk Anak-anak Ramallah

Jumaat, 29/07/2005 – Pertubuhan Aqsa – badan yang bertanggungjawab di dalam penyelenggaraan tempat-tempat suci Islam di Palestin – telah mengadakan satu majlis khas
untuk anak-anak Palestin yang terlibat di dalam kutipan dana bagi Tabung Anak-anak Aqsa pada hari Khamis (28/07/2005).

Pemuda Palestin di Bunuh Dengan Kejam

Jumaat, 29/07/2005 – Tentera penceroboh Israel Selasa lepas dilaporkan telah membunuh dengan kejam seorang lelaki berusia 30 tahun Moayad Fathi di rumahnya
di perkampungan Shoufa, selatan Tulkarm, di hadapan kedua ibu bapanya dan adik beradiknya.

Tahanan Palestin Syahid di Penjara

Jumaat, 29/07/2005 – Angka kematian(baca:syahid) di penjara Zionis-Israel kian bertambah. Seorang tahanan Palestin di penjara Zionis-Israel syahid akibat sakit yang kronik. Zionis-Israel bertindak mengabaikan kesihatan tahanan Palestin tersebut. Kejadian ini berlaku di penjara Naqab.

Jenin : Remaja Palestin Syahid

Khamis, 28/07/2005 – Seorang remaja Palestin, Yousef Al-Hams, gugur syahid sementara 8 lagi cedera apabila tentera Israel menceroboh masuk ke Bandar Jenin pada hari Rabu (27/07/2005).

Rejim Zionis Robohkan Rumah Kediaman Palestin

Khamis, 28/07/2005 – Dakwaan bahawa Pihak Israel bercita-cita untuk ‘mengyahudikan’ bandaraya Jerusalem menjadi benar apabila pihak penceroboh memusnahkan sebuah rumah kediaman di perkampungan
Jabal Al-Mukabber, di bahagian selatan bandar
berkenaan.

Pemuda Palestin di Cederakan

Rabu, 27/07/2005 – Tentera penceroboh Israel (TPI) telah menembak dan mencederakan seorang pemuda di kawasan Hawooz Al-Thani, selatan Bandar Al-Khalil.

35 Komandan Palestin Sertai Latihan Bersama Polis Zionis-Israel

Rabu, 27/07/2005 – Radio Zionis-Israel menegaskan, seramai 35 komandan polis Palestin sertai latihan bersama dengan polis Zionis-Israel di Ramalah.

Demonstrasi di Palestin Setelah Penjara Terbakar

Rabu, 27/07/2005 – Orang ramai menghadiri demonstrasi yang diadakan di Bandar Gaza bagi memberikan sokongan moral kepada ahli keluarga dan saudara-mara mereka yang masih ditahan di dalam beberapa buah penjara Israel.

Penduduk haram Israel melepaskan babi hutan dalam suatu pesta di Nablus

Selasa , 26/07/2005 – Penduduk haram Israel Talmudic melepaskan sekumpulan babi hutan dalam suatu pesta di Nablus kawasan Rafidia pada hari Ahad, para saksi melaporkan.

Khemah di Nablus di Serang

Selasa , 26/07/2005 – Pelarian di khemah Balata, timur Nablus, sebelum subuh tadi menjadi mangsa keganasan tentera Israel yang memperlihatkan pertembungan di antara pejuang Palestin yang bertahan dan askar Israel.

AF di Hati , Aqsa di Kaki !

Aqsa semakin berkulat dan berkarat, cukuplah fizikal masjid Aqsa sememangnya tidak secantik masjid Kubah Batu yang berkilauan di sebelahnya, hati umat Islam juga turut berkarat dalam mengingati masjid yang dijanjikan Allah menerusi lidah Rasulullah SAW. Maszlee Malik meraum …