Categories
Berita Semasa

Kementerian Kesihatan Palestin: 49 kes baru COVID-19, 23 telah pulih

Jumaat, 23-07-2021 – Kementerian Kesihatan Palestin di Ramallah mengumumkan bahawa 49 kes baru coronavirus dan 23 kes pemulihan dicatatkan dalam tempoh 24 jam
terakhir.

Kementerian mengesahkan dalam laporan epidemiologi harian coronavirus bahawa kadar pemulihan virus mencapai 98.4 peratus sementara kadar jangkitan aktif mencapai 0.4 peratur dan kadar kematian adalah 1.1% dari semua jangkitan.

Mereka menambah bahawa jangkitan baru disebarkan seperti berikut: Tulkarem 7, Salfit 2, Bethlehem 2, Jenin 1, Nablus 1, Ramallah Al-Bireh 1, al-Khalil 1,dan Semenanjung Gaza 34.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Dr Nurul

Categories
Berita Semasa

Lebih 1,200 Peneroka Haram Cemari Masjid Al Aqsa

Jumaat, 23-07-2021 – Polis penjajah Israel pada pagi Ahad lalu telah menyerang para jemaah Muslim dan membenarkan ratusan peneroka haram Yahudi mencemari Masjid Al Aqsa di Baitulmaqdis untuk meraikan apa yang mereka gelar sebagai ulang tahun pemusnahan kuil.

Menurut sumber tempatan, polis Israel menutup Gerbang Bab al-Maghariba di Masjid setelah sekurang-kurangnya 1,230 peneroka, termasuk rabi kanan, melawat halamannya secara berkumpulan dari pukul 7:30 hingga 11:00 pagi.

Beberapa peneroka menjalankan upacara Talmud dan menyanyikan lagu kebangsaan Israel di perkarangan Masjid.Peneroka juga dilihat berkumpul dan menunaikan upacara keagamaan di gerbang dan pintu-pintu masuk Masjid.

Pada awal pagi, berpuluh-puluh orang Islam cedera setelah pasukan polis menyerbu Masjid Al Aqsa dan menyerang mereka untuk membolehkan sejumlah besar peneroka haram untuk mencemarkan tempat suci Islam berkenaan dan kawasan sekitarnya.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Ezatul

Categories
Berita Semasa

Dr Mahathir ingatkan untuk terus menyokong Palestin

Jumaat, 23-07-2021 – Bekas perdana menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamed mengingatkan dunia untuk terus menyokong Palestin dan menolak rejim Israel di atas jenayahnya kepada Palestin.

Beliau berkata bahawa Palestin telah menderita selama 73 tahun dan warga dunia adalah bertanggungjawab untuk bangkit dan meluahkan rasa jijik terhadap jenayah ke atas kemanusiaan yang dilakukan oleh rejim Israel yang kebal itu.

“Dengan lebih ramai orang tampil ke hadapan mengecam rejim yang berperang itu, dan ketika pendapat masyarakat antarabangsa cukup banyak menentang penjajahan haram Palestin, kita mungkin masih boleh berharap untuk melihat berakhirnya apartheid Israel, moga-moga di dalam hayat kita”.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Amrul Azmi Mizan


Categories
Berita Semasa

BBC Pecat wartawan Disebabkan Tweet 7 Tahun Lalu

Isnin, 19-07-2021 – British Broadcasting Corporation (BBC) memberhentikan jurnalis Palestin, Tala Halawa setelah 4 tahun bekerja, dengan alasan tweet lama yang beliau post pada tahun 2014 di Twitter. Ketika itu beliau menunjukkan solidariti terhadap Semenanjung Gaza setelah serangan yang dilakukan oleh penjajah Israel di perkampungan Shujaiya, yang mengakibatkan kematian 55 warga awam, termasuk 19 kanak-kanak dan 14 wanita, hanya dalam tempoh 48 jam.

Halawa mengatakan, “Keputusan pemberhentian dirinya dilakukan sebulan setelah penyelidikan internal dilakukan di mana majikannya mengabaikan penilaian kerja profesional saya dan pengakuan rakan sekerja tentang profesionalisme saya.”

Beliau menambah, “Kempen pemberhetian saya dimulakan setelah persiapan saya dan laporan saya kepada BBC tentang harga yang perlu dibayar selebriti di seluruh dunia ketika mereka mendokongng perjuangan Palestin. Segera setelah laporan itu diterbitkan, kelompok-kelompok ekstremis pro Israel mencari informasi tentang saya dan Twitter saya dan mempromosikan tweet tersebut untuk ditutup.”

sumber : https://melayu.palinfo.com/
penterjemah : Osman

Categories
Berita Semasa

IOF meratakan rumah-rumah di komuniti Badwi di utara Ramallah

Isnin, 19-07-2021 – Tentera rejim zionis (IOF) pada pagi Rabu memusnahkan sejumlah kediaman dan khemah di komuniti Badwi al-Qabboun dekat kampung al-Mughayir, timur laut Ramallah.

Menurut sumber tempatan, beberapa trak diiringi sejumlah besar tentera rejim menyerbu dusun al-Qabboun lalu memulakan pemusnahan lima rumah dan khemah serta merampas tangka air, traktor dan peralatan lain yang dimiliki penduduk tempatan.

Seorang pegawai tempatan menyatakan rejim zionis (IOA) ingin menghentikan kewujudan orang Badwi di kawasan itu sebagai usaha menyiapkan penempatan sepanjang timur Tebing Barat dan mengasingkan Lembah Jordan dari Tebing Barat.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Nor idawati

Categories
Berita Semasa

Puluhan Peneroka Cemari Masjid Al-Aqsa

Isnin, 19-07-2021 – Sekumpulan peneroka Yahudi mencemari Masjid Al-Aqsa di Jerusalem pada pagi Khamis. Menurut Pentadbiran Islam Awqaf, puluhan peneroka itu memasuki masjid secara berkumpulan melalui Pintu al-Maghariba dan mengelilingi halamannya di bawah perlindungan polis.

Sementara itu, tokoh-tokoh Baitulmuqaddis mendesak para Muslimin dari Jerusalem dan wilayah 1948 yang diduduki untuk meningkatkan kehadiran mereka di Masjidil Aqsa pada hari- hari yang akan datang, terutamanya pada 18 Julai, untuk melindungi tempat suci mereka dari pecah masuk secara besar-besaran oleh para peneroka.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Neina Mukhtar

Categories
Berita Semasa

Rejim Zionis serbu beberapa rumah, culik warga Palestin di Tebing Barat dan Baitulmuqaddis

Isnin, 19-07-2021 – Rejim Zionis pada malam tadi dan waktu subuh hari Khamis menyerbu masuk beberapa rumah dan menculik beberapa penduduk awam Palestin sewaktu gerakan di beberapa kawasan berbeza di Tebing Barat dan Baitulmuqaddis.

Menurut sumber tempatan, rejim Zionis menculik dua orang pemuda dikenali sebagai Hisham Shawkat dan Mohamed Ahmed dari rumah mereka di perkampungan Deir Qaddis, barat Ramallah.

Di Baitulmuqaddis, rejim Zionis menyerbu kejiranan Wad Shahin di bandar dan selatan perkampungan Marah Rabah dan menculik dua orang pemuda dari rumah mereka. Mereka dikenali sebagai Anas al-Adem dan Ibrahim ash-Sheikh.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Amrul Azmi Mizan

Categories
Berita Semasa

Para pendatang yang diketuai oleh Glick menyerbu dataran Al-Aqsa

Jumaat, 16-07-2021 – Pendatang Yahudi mencemarkan Masjid Al-Aqsa pada pagi Selasa dengan kawalan polis rejim.

Sumber tempatan melaporkan bahawa puluhan pendatang yang diketuai oleh rabbi pelampau Yehuda Glick memecah masuk Masjid Al-Aqsa dan melakukan provokasi.

Pada minggu lepas, pendatang berkeliaran di kawasan utara Masjid Al-Aqsa dengan perlindungan polis rejim.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Nor idawati

Categories
Berita Semasa

Polis Israel musnahkan kandang lembu di Baitulmaqdis

Jumaat, 16-07-2021 – Jentolak milik rejim Zionis telah merobohkan sebuah penempatan haiwan untuk pembiakan kambing biri-biri di kampung An-Nabi Samwil, di barat laut Baitulmaqdis.

Warganegara Palestin, Ibrahim Obeid melaporkan bahawa polis Israel menggunakan jentolak untuk merobohkan kandang penternakan yang melebihi kawasan seluas 26 meter persegi, lalu membiarkan kambingnya bertebaran.

Dia menambah bahawa polis Israel menyerahkan notifikasi pembongkaran di kampung tersebut, termasuk perintah pembongkaran untuk dua bangunan lain milik Muhammad Ayed dan Zaal Abu Dahuk.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Dr Nurul

Categories
Berita Semasa

Penduduk Kampung Azzun Atma terima notis rejim Zionis untuk roboh dan henti kerja.

Jumaat, 16-07-2021 – Tentera penceroboh rejim Zionis Israel pada hari Selasa menyerahkan notis roboh dan henti kerja kepada tiga warga Palestin di Kampung Azzun Atma, selatan Qalqilya. Menurut sumber tempatan, rejim Zionis Israel menyerahkan notis henti kerja kepada seorang warga Palestin untuk rumah yang belum siap dan notis merobohkan kepada dua struktur pertanian yang dimiliki oleh dua orang kampung tersebut. Rejim Zionis Israel cuba mempertahankan tindakan mereka atas alasan untuk menghentikan pemusnahan warisan sejarah.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Hairul Ahmad

Categories
Berita Semasa

Rakyat Palestin di Tebing Barat dan Baitulmuqaddis diculik

Jumaat, 16-07-2021 – Rejim Zionis pada malam semalam dan subuh hari Rabu menculik beberapa orang rakyat Palestin, kebanyakannya dari Tebing Barat.

Menurut sumber tempatan, sebelas orang pemuda dari bandar Beita di selatan Nablus telah diculik oleh tentera rejim dari rumah mereka. Tiga daripada mereka telahpun mengalami kecederaan semasa mereka menyertai perarakan yang diadakan baru-baru ini di bandar tersebut untuk membantah pembinaan pusat penceroboh Yahudi di Gunung Sobeih.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Amrul Azmi Mizan

Categories
Berita Semasa

Zionis Musnahkan Petempatan Badwi

Jumaat, 16-07-2021 – Rejim Zionis merobohkan beberapa buah rumah dan khemah petempatan Badwi di al-Qabboun berdekatan perkampungan al-Mughayir, Timur Laut Ramallah pada Rabu pagi.

Menurut sumber tempatan, beberapa trak dengan sejumlah besar tentera Israel menyerbu kawasan berkenaan sebelum merobohkan lima rumah dan khemah selain merampas tangki air, traktor dan peralatan serta barangan lain milik penduduk tempatan.

Seorang pegawai tempatan memberitahu, cubaan Rejim Zionis memadam keberadaan penduduk Badwi ini bertujuan meleraikan kawasan petempatan sepanjang timur Tebing Barat dan mengasingkan Lembah Jordan dari situ.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Huzaifah Abd Jamil

Categories
Berita Semasa

Haneyya Ucap Tahniah Kepada Raisi Atas Pelantikan Sebagai President Iran

Jumaat, 16-07-2021 – Ketua biro politik Hamas, Ismail Haneyya memberi ucapan tahniah kepada Ibrahim Raisi, presiden baru Iran melalui satu panggilan telefon pada hari Selasa atas pemilihannya sebagai presiden Republik Islam itu.

Semasa perbualan telefon, Haneyya mengulangi kekuatan hubungan antara gerakannya dengan Iran serta menggambarkannya sebagai “kukuh dan stabil”, menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Gerakan Hamas. Ketua politik Hamas menggariskan pencapaian yang dibuat oleh perjuangan Palestin semasa Pertempuran Pedang Jerusalem, dan menegaskan bahawa ia adalah kemenangan bagi rakyat Palestin, perjuangan mereka dan negara Islam.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Neina Mukhtar

Categories
Berita Semasa

Kerajaan Israel bersetuju pembinaan pos kawalan Evyatar di Nablus

Khamis, 15-07-2021 – Kerajaan peneroka haram Israel pada hari Ahad memberi persetujuan pembinaan pos kawalan Evyatar di Gunung Sobeih di selatan Nablus susulan perbincangan antara Perdana Menteri Israel Naftali Bennet dan Menteri Perang Benny Gantz.Menurut akhbar Maariv, pentadbiran awam tentera Israel pada minggu lepas.

Beberapa hari lepas, pihak pencerobohan  zionis Israel telah mengumumkan pengunduran peneroka haram tanpa merobohkan struktur dan rumah peneroka haram sehingga kawasan penerokaan itu telah disahkan bukan milik Palestin. persiapan untuk kepulangan peneroka haram yahudi ke kawasan Evyatar.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Hairul Ahmad

Categories
Berita Semasa

Suruhanjaya Tahanan menuduh Israel mengabaikan kesihatan para tahanan

Khamis, 15-07-2021 – Suruhanjaya Hal Ehwal Tahanan dan Bekas Tahanan Palestin menuduh perkhidmatan penjara Israel (IPS) sebagai terus menerus mengabaikan kesihatan tahanan Palestin di penjara dan melanggar hak asasi undang-undang antarabangsa.

Dalam satu kenyataan, suruhanjaya itu menyatakan beberapa kes tahanan yang bermasalah kesihatan, termasuk Nidhal Zalloum, 57 tahun dari Ramallah, yang mengalami masalah tekanan darah, kencing manis dan vertigo berpanjangan.

Suruhanjaya itu menyatakan beliau tidak dirawat dan pentadbiran penjara Eshel keberatan untuk menyediakan ubatan dan rawatan.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Nor idawati