
Rabu, 15/08/07 – Perdana Menteri Itali, Romano Brody menggesa supaya rundingan dengan Hamas diadakan. Beliau berkata di dalam sidang media bahawa, “Hamas wujud. Ia adalah organisasi yang kompleks yang perlu kita tolong untuk maju. Namun, perkara ini perlu dilakukan dengan telusâ€.

Rabu, 15/08/07 – Pertubuhan Hamas telah menolak syarat Presiden Palestin, Mahmoud Abbas supaya meminta maaf daripada rakyat sebelum memulakan sebarang rundingan dengannya, sambil menegaskan pada masa yang sama kesediaannya untuk menghadapi sebarang operasi tentera yang cuba masuk ke Semenanjung Ghaza.

Rabu, 15/08/07 – Sumber Palestin berkata, satu mesyuarat telah diadakan Ahad lalu antara pegawai tertinggi Palestin dan Israel di Baitul Maqdis bagi membincangkan mengenai penghapusan beberapa benteng di Tebing Barat serta penyerahan bandar Areha sepenuhnya kepada pihak berkuasa Palestin menjelang akhir bulan ini.

Rabu, 15/08/07 – Pihak berkuasa Israel berkata, ia telah menuduh pemimpin gerakan Islam di Israel, Syeikh Raid Solah sebagai “penggalak kepada keganasan dan perkaumanâ€.

Rabu, 15/08/07 – Presiden Palestin, Mahmoud Abbas menafikan ada menganjurkan rundingan antara Fatah dan Hamas. Beliau sekali lagi menolak keras dakwaan yang mengatakan beliau melakukan sebarang rundingan dengan Hamas.

Selasa, 14/08/07 – Rejim Zionis semalam (14/08/07) telah menculik 20 warga Palestin di pelbagai tempat di Tebing Barat
terutama di daerah Jenin di mana lapan di culik termasuk 2 adik beradik disyaki penyokong Hamas.
Selasa, 14/08/07 – Dr. Shalah Bardawil, wakil parlimen Palestin menegaskan, arahan presiden Mahmod Abbas berkenaan perwakilan parlimen Palestin bertujuan mengalahkan gerakan Hamas dengan cara melanggar undang-undang.

Selasa, 14/08/07 – KhanYunis: PM Palestin Ismail Haniyah mengingatkan adanya rancangan konspirasi yang dijadikan acuan sejumlah pihak untuk membakar isu Palestin, menamatkan kuasa pemerintah Palestin dan memadamkan bara api perjuangan Palestin.

Isnin, 13/08/07 – Pejuang penentang Palestin Ahad lalu telah meletupkan satu bom dari sebuah jip Hummer di bandar Nablus manakala penembak tepat Qassam menembak dan memukul seorang juruteknik tentera Israel yang sedang membaiki pagar di sekeliling Semenanjung Gaza.

Jumaat, 10/08/07 –
Pegawai keselamatan dalaman Israel di Penjara Talmond khusus untuk wanita telah melarang dua orang kanak-kanak Palestin daripada bersama-sama dengan mereka ibu-ibu mereka setiap hari untuk lebih dari tiga bulan sehingga membawa kepada kemerosotan bagi keadaan kesihatan mereka.

Jumaat, 10/08/07 –
Perdana Menteri Israel, Ehud Olmert menolak kemungkinan akan berlaku pertempuran tentera antara negara Ibri itu dengan jiran-jiran Arab pada musim panas ini sepertimana yang diramal oleh beberapa media yang mana jangkaan terbaru menyatakan peperangan akan meletus antara Israel dan Syria.

Jumaat, 10/08/07 –Menteri Luar Amerika, Condoleezza Rice tiba ke Baitul Maqdis bagi mengadakan rundingan dengan Perdana Menteri Israel, Ehud Olmert serta pegawai-pegawai tinggi Israel. Perbincangan itu juga menjuruskan ke arah menghidupkan pelan damai di Timur Tengah serta menjemput Presiden Amerika, George Bush untuk mengadakan persidangan keamanan antarabangsa di rantau itu.

Jumaat, 10/08/07 –
Israel sedang mengkaji untuk membina loji nuclear untuk mengeluarkan tenaga elektrik di padang pasir Al Naqab.

Jumaat, 10/08/07 –
Syria melalui menteri luarnya, Walid Muallim mengutuk perjanjian senjata Amerika ke Israel dan menyifatkannya sebagai berbahaya. Namun, pada masa yang sama beliau mengumumkan kesediaannya untuk menyertai persidangan keamanan antarbangsa di Timur Tengah.

Jumaat, 10/08/07 – Gaza: Seramai 3 orang Palestin syahid dalam serangan militan Zionis Israel di Semenanjung Gaza, Rabu (08/08). Dua orang korban adalah pejuang Brigade al Qassam, sayap ketenteraan Gerakan Perlawanan Islam Hamas dan seorang lagi adalah kakitangan eksekutif Kementerian Dalam Negeri Palestin.