667 Rumah Rakyat Palestin Telah Dirobohkan !


Rabu, 19/03/08 –B’Tselem, pusat maklumat hak asasi manusia Israel di tanah-tanah Palestin yang dirampas menyatakan bahawa rejim Zionis telah memusnahkan 667 buah rumah Palestin secara besar-besaran sejak Oktober 2001 sehingga akhir Januari 2005 di Tebing Barat menyebabkan lebih daripada 4,200 rakyat Palestin tiada tempat tinggal.

B’Tselem menyatakan separuh daripada rumah-rumah yang dirobohkan itu adalah yang hampir dengan rumah orang-orang yang disyaki atau dikehendaki oleh Israel.

Satu jawatankuasa sementara yang ditubuhkan oleh Moshe Ya’alon telah mencadangkan pemusnahan rumah-rumah suspek yang melaksanakan operasi menentang Israel perlu dihentikan kerananya bukanlah satu cara pencegahan yang berkesan.

Dalam pada itu, B’Tselem terpanggil untuk mencegah perobohan rumah Alaa Abu Dehim yang dilakukan ke sasaran Baitulmuqaddis.

Media-media Yahudi berkata menteri keselamatan dalam negeri Israel telah mengeluarkan arahan kepada polis untuk melaksanakan perobohan rumah keluarga Abu Dehim sambil menambah menteri pertahanan, Ehud Barak telah menyokong keputusan perobohan tersebut.