Categories
Berita Semasa

Hayya : Tangkap Tentera Satu-Satunya Cara Bebaskan Banduan

Khamis, 11-11-2021 – Khalil al-Hayya, ketua Jabatan Perhubungan Arab dan Islam Hamas berkata bahawa penentangan Palestin tidak mempunyai pilihan selain menculik tentera Israel untuk menukar mereka dengan tahanan.

“Kita berurusan secara berasingan dengan isu pertukaran tahanan, gencatan senjata dan pembinaan semula dan pengepungan Gaza, dan kita telah memberitahu semua pihak dan pengantara bahawa fail-fail ini tidak boleh saling berhubung,” kata Hayya dalam ucapannya kepada saluran satelit al-Jazeera pada hari Isnin.

Beliau memberi amaran bahawa akan ada satu lagi pusingan konfrontasi dengan negara pendudukan jika terdapat sebarang ancaman terhadap Masjid Al-Aqsa, Sheikh Jarrah atau banduan yang mogok lapar.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Neina Mukhtar

Categories
Berita Semasa

Bank Dunia: Gaza Mengalami Krisis Ekonomi Sangat Parah

Khamis, 11-11-2021 – Bank Dunia menyatakan, Semenanjung Gaza masih mengalami keadaan krisis ekonomi parah dengan meningkatnya kadar pengangguran dan memburuknya keadaan sosial, wujud ketidakpastian prospek masa hadapan serta keterbatasan sumber daya yang berterusan.

Menurut laporan Bank Dunia keadaan ekonomi Palestin, yang salinannya diterima Pusat Informasi Palestina, Selasa (9/11), pada 17 November 2021 akan diadakan pertemuan politik di Oslo Norway, berkait bantuan pembangunan untuk bangsa Palestin.

Laporan tersebut menyoroti cabaran besar aspek ekonomi Palestin secara umum, lebih khusus lagi cabaran bagi layanan ekonomi di Gaza dan keperluan terhadap pembangunan.

Mengulas laporan tersebut, pengarah dan wakil Bank Dunia di Tebing Barat dan Gaza, Khantan Shankar mengatakan, keadaan ekonomi Gaza hampir ‘stagnant’, terutama akibat pertempuran terakhir yang berlangsung selama 11 hari pada Mei lalu.

Beliau menjelaskan bahawa tahap pertumbuhan di Gaza mencapai 5,4% pada suku pertama tahun 2021 dan dijangka mencapai 6 % pada akhir tahun ini, namun ada kemungkinan terjadi penurunan kembali di tahun 2022 kepada 3%, disebabkan kelewatan proses pemulihan pasca covid 19, dan sumber pertumbuhan masih terbatas.

sumber : https://melayu.palinfo.com/
penterjemah : Osman

Categories
Berita Semasa

Tentera Zionis musnahkan tiga rumah di perkampungan Tebing Barat

Khamis, 11-11-2021 – Tentera penjajah Israel pada pagi hari Selasa memusnahkan tiga buah rumah berpenghuni dan menyingkirkan penghuninya di perkampungan al-Walaja, barat Baitullaham, atas alasan dibina tanpa lesen.

Menurut sumber tempatan, rumah-rumah berkenaan terletak di kawasan Ein Guwaza perkampungan tersebut dan dimiliki oleh dua orang adik-beradik dan anak saudara mereka dari keluarga Abu-Attin.
Pentadbiran awam tentera rejim telah memusnahkan salah sebuah rumah tersebut sebelum pemiliknya membinanya semula.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Amrul Azmi Mizan

Categories
Berita Semasa

Satu-satunya stesen jana kuasa Gaza akan ditutup

Rabu, 10-11-2021 – Pihak berkuasa Tenaga Palestin di Semenanjung Gaza mengumumkan pada SAbtu bahawa bekalan bahan api Qatar ke Semenanjung telah berhenti sejak 2 November hingga kini.

Pihak berkuasa turut menyatakan ia dipaksa untuk membekalkan diesel dari pasaran tempatan untuk menjalankan stesen tenaga sehingga esok paginya, Ahad 7 November.

Pihak berkuasa itu turut menyeru campur tangan segera untuk membenarkan kemasukan bahan api Qatar dalam usahanya untuk membaiki keadaan di kawasan yang ditindas. Sekatan tidak adil oleh Israel ke atas Semenanjung Gaza telah memberi kesan buruk kepada dua juta penduduknya.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Nor idawati

Categories
Berita Semasa

Rejim Zionis Culik Empat Warga Palestin di Tebing Barat dan Baitulmaqdis

Rabu, 10-11-2021 – Rejim Zionis pada petang Sabtu lalu telah menculik tiga warga Palestin di Jenin dan seorang lagi di Baitulmaqdis.

Menurut sumber tempatan, rejim Zionis menculik tiga warganegara di pusat pemeriksaan sementara di timur laut Jenin. Mereka yang ditahan dari kampung Deir Abu Da’if di timur Jenin dikenali sebagai Mohamed Muayyad, Hilal Bader dan Salem Iyad.

Rejim Zionis turut menculik seorang lagi warganegara dikenali sebagai Yousef Shamasneh, seorang penduduk bandar Qatanna di barat laut Baitulmaqdis, di pusat pemeriksaan berhampiran bandar Biddu yang berdekatan.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Ezatul

Categories
Berita Semasa

Pendatang Yahudi menyerang pemetik zaitun Palestin

Rabu, 10-11-2021 – Sekumpulan pendatang Yahudi menyerang petani Palestin pada pagi Sabtu ketika memetik buah zaitun mereka di kampung Tuqou, timur bandar Bethlehem di selatan Tebing Barat.

Sumber tempatan mengesahkan bahawa peneroka dari penempatan haram Yahudi berhampiran Tuqou menyerang petani dan cuba memaksa mereka meninggalkan tanah mereka.

Bagaimanapun, para petani telah berhadapan dengan mereka dan menolak pendatang tersebut keluar dari kawasan itu.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Nor Syuhada

Categories
Berita Semasa

Rejim Zionis membina pos pendatang baru di kawasan utara al-Khalil

Rabu, 10-11-2021 – Pihak  berkuasa Zionis menubuhkan pos pendatang Yahudi di utara al-Khalil yang terletak di bahagian utara bandar Beit Ummar. Pos penempatan ini merupakan sebahagian daripada penempatan Karmei Tzur.

Youssef Abu Maria, jawatankuasa penyelaras di selatan Tebing Barat berkata, pembinaan Karmei Tzur ini telah bermula dari tahun 1982 dan telah berkembang dari tahun ke tahun. Penempatan ini telah menyebabkan kemusnahan Kawasan pertanian yang agak luas serta landskap bandar berkenaan. Pos pemdatang ini juga menyebabkan kegiatan masyarakat setempat dan para petani turut terganggu daripada mengusahakan tanah tersebut.

Abu Maria turut menambah, rejim Zionis dan penerokanya telah merampas serta memagar Kawasan berkenasan seluas 206 hingga 250 bahagian tanah milik keluarga Beit Ummar.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Nor syuhada

Categories
Berita Semasa

Hamas mengalukan keputusan PBB berkenaan hak Palestin untuk tadbir sendiri

Rabu, 10-11-2021 – Pergerakan Hamas mengalu-alukan undian memberangsangkan yang memihak kepada resolusi PBB yang menyokong hak rakyat Palestin untuk mentadbir sendiri negara mereka dan menyeru supaya menamatkan penjajahan Israel.

Resolusi Perhimpunan Agung PBB berkenaan hak rakyat Palestin untuk mentadbir sendiri telah diluluskan pada hari Jumaat dengan rekod undian 158 negara yang menyokong dan enam yang menentang (AS, Israel, Kepulauan Marshall, Micronesia, Nauru, Palau) dan sepuluh tidak hadir (Australia, Cameroon, Guatemala, Honduras, Kiribati, Papua New Guinea, Rwanda, Kepulauan Solomon, Togo, Tonga).

Dalam satu kenyataan akhbar, jurucakap Hamas Hazem Qasem menghargai kedudukan negara-negara yang menyokong resolusi itu dengan undi majoriti yang besar, menegaskan bahawa sokongan tersebut membuktikan lagi pengasingan pentadbiran AS yang “berkeras untuk menentang hak Palestin dan kehendak antarabangsa.”

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Amrul Azmi Mizan

Categories
Berita Semasa

Gerakan Tahanan Palestin Mengembalikan Makan Tengahari dan Malam

Rabu, 10-11-2021 – Gerakan Tahanan Palestin di semua penjara Israel mengumumkan bahawa hari ini mereka akan mengembalikan makan tengahari dan makan malam, untuk menyokong para tahanan yang mogok lapar.

Penasihat media untuk Jawatankuasa Urusan Tawanan dan Bekas Tahanan, Hassan Abd Rabbuh menegaskan bahawa keputusan gerakan tahanan bertujuan untuk menyokong enam tahanan yang mogok lapar, dalam usaha penolakan penahanan administratif mereka.

Beliau menambah bahawa tahanan yang berterusan mogok lapar adalah Kayed Al-Fasfus yang telah mogok selama (116 hari), Miqdad Al-Qawasmeh (109 hari), Alaa Al-Araj (92 hari), Hisham Abu Hawash (82 hari), Louay Al-Ashkar (28 hari), dan Ayyad Al-Harimi (46 hari). Tindakan ini telah menjadi ancaman serius bagi hayat mereka dalam usaha mengingati kekejaman penjajahan dan penolakannya untuk mengakhiri penahanan administratif mereka.

Patut dicatat bahawa tahanan Rateb Hrebat telah melakukan mogok lapar selama 30 hari sebagai solidariti terhadap enam tahanan.

Enam tahanan melanjutkan mogok lapar terbuka di penjara penjajah Israel sebagai penolakan penahanan administratif mereka.

sumber : https://melayu.palinfo.com/
penterjemah : Osman

Categories
Berita Semasa

IOA terus memusnahkan bahagian Perkuburan Yusufiya di Jerusalem

Isnin, 08-11-2021 – Pihak berkuasa Regim Zionis Israel (IOA) pada hari Isnin terus memusnahkan sebahagian daripada Tanah Perkuburan Islam Yusufiya yang berusia berabad-abad di Kota Lama Baitulmaqdis untuk hari kelapan berturut-turut, ketika protes Palestin sedang berterusan.

Menurut sumber tempatan, pendatang Yahudi yang bekerja untuk perbandaran Israel di Baitulmuqaddis yang dijarah dan pihak berkuasa alam sekitar dan taman Israel bekerja siang dan malam di bawah perlindungan polis. Jentolak digunakan untuk meratakan bahagian utara tanah perkuburan sebagai persiapan untuk pembinaan taman Talmud.

Pasukan polis juga menghalang warga Jerusalem hari ini daripada memasuki tanah perkuburan dan mengambil gambar atau merakam apa yang berlaku di dalamnya.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Nor syuhada

Categories
Berita Semasa

Israel Lakukan 54 Pelanggaran Terhadap Wartawan Sepanjang Oktober

Isnin, 08-11-2021 – Jawatankuasa Pembela Jurnalis mencatat 60 pelanggaran terhadap kebebasan media dan wartawan di wilayah Palestin terjajah, sepanjang Oktober lalu, termasuk 54 daripada pihak Israel.

Dalam laporan yang dikeluarkan pada hari Isnin (1/11) pihak Jawatankuasa menjelaskan bahawa pasukan penjajah Israel melakukan 54 pelanggaran terhadap kebebasan media dan wartawan, mencakupi 15 seranagan tembakan yang mencederakan wartawan.

Pasukan Israel menggunakan peluru tajam, gas beracun dan bom tangan serta gas pemedih mata, menyiramkan air kotoran, memukul menggunakan tongkat dan belakang senjata di samping menghina dan meludah para wartawan.

Selain itu, pasukan Israel menangkap dan memanggil soalsiasat 9 orang wartawan, iaitu Samih Munashirah, Radhi Karamah, Ahmad Shabih, Nasrin Salim, Izat Jamjum, mereka kemudian dibebaskan. Sementara yang masih ditahan adalah Ahmad Qathamis dan Mushab Qafisheh.Bekas tawanan wanita yang disoalsiasat adalah Bashra al-Thawil dan Ala al-Rimawi.

sumber : https://melayu.palinfo.com/
penterjemah : Osman

Categories
Berita Semasa

IOF menyerbu rumah dan memanggil warga Palestin untuk disoal siasat

Isnin, 08-11-2021 – Tentera rejim zionis (IOF) pada Subuh hari Ahad menyerbu pelbagai kawasan di Tebing Barat, rumah-rumah dan memanggil seorang warga Palestin untuk disoal siasat.

Menurut sumber tempatan, IOF menyerbu bandar Asira al-Qibliya di barat daya Nablus dan berada di situ selama setengah jam sebelum pergi ke bandar Madama yang berdekatan sebelum beredar.

IOF turut menyerbu pelbagai kawasan di wilayah Bethlehem dan tiada penahanan dilaporkan.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Nor idawati

Categories
Berita Semasa

IOA mahu gabungkan tanah di Salfit untuk bina pembetung

Isnin, 08-11-2021 – Pihak berkuasa pendudukan Israel (IOA) telah mengisytiharkan hasratnya baru-baru ini untuk menggabungkan kawasan luas tanah Palestin di barat Salfit di Tebing Barat untuk memasang paip pembetung baharu untuk peneroka Yahudi.

Talian pembetung itu akan melalui tanah bandar Deir Istiya di wilayah Salfit, berukuran panjang lapan kilometer dan lebar 30 meter, menurut Datuk Bandar Deir Istiya, Sa’eid Zaidan.

Talian pembetung itu akan bermula dari penempatan haram Immanuel, melalui tanah Deir Istiya sehingga sampai ke kawasan Wadi Qana.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Amrul Azmi Mizan

Categories
Berita Semasa

Tentera Israel Musnahkan Tangki Air di Bandar Khader

Isnin, 08-11-2021 – Tentera rejim Zionis pada petang Isnin lalu telah merobohkan tangki air di bandar al-Khader, selatan Bethlehem.

Menurut sumber tempatan, tentera Zionis Israel menyerbu kawasan Wadi ash-Shami di bandar itu dan memusnahkan tangki air milik penduduk tempatan dengan alasan ia dibina tanpa permit.

Pada hari Ahad, tentera Zionis merampas tangki air di bandar yang sama.

Ia juga merobohkan beberapa bangunan pertanian dan jalan yang digunakan oleh petani di beberapa kawasan berbeza di sekitar Bethlehem.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Ezatul



Categories
Berita Semasa

Mahkamah Israel Tolak Rayuan Pemilik Tanah di Sheikh Jarrah

Isnin, 08-11-2021 – Mahkamah Tinggi Israel pada hari Ahad menolak rayuan yang dikemukakan oleh warga Palestin terhadap peruntukan sebidang tanah milik mereka di kejiranan timur Jerusalem di Sheikh Jarrah.

Mahkamah juga memerintahkan mereka membayar penalti kewangan sebanyak 18,000 shekel, menurut jawatankuasa tempatan di Sheikh Jarrah.

Mahkamah membenarkan keputusan Israel untuk merampas tanah Palestin dan menjadikannya laman untuk peneroka Yahudi dengan alasan lokasinya berhampiran tokong yang didakwa.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Neina Mukhtar