
Kita sekali lagi menerima tetamu khas dari Gaza, kali ini beliau adalah isteri kepada As Syahid Abd Aziz Rantisi. Forum yang dijangka akan memberikan input yang baik dan berguna kepada kita semua tidak sepatutnya dilepaskan begitu sahaja. Untuk menerima tetamu ini khasnya dari Gaza bukan satu yang mudah apatah lagi kepada mereka yang terkenal dengan penentangan mereka terhadap Israel.












