Categories
Berita Semasa

Israel : Hezbollah semakin kuat ?

Rabu,  27/05/2009 – Gabi Ashkenazi, Ketua Staf Tentera Israel semasa satu mesyuarat dengan Knesset Committee pada Selasa lalu menyatakan bahawa parti Hezbollah yang bertapak di Lubnan kini mempunyai pertambahan roket dan angkatan tentera berbanding sebelum perang Lubnan yang kedua.

Ashkenazi mendakwa Hezbollah juga telah meningkatkan kemampuannya di selatan Sungai Litany namun menambah parti itu akan menghadapi beberapa kesulitan akibat kehadiran askar UNIFIL.

Beliau juga berkata bahawa, kini parti itu mempunyai banyak roket dan peluru berpandu jarak jauh berbanding sebelum peperangan itu.

sumber : http://www.imemc.org 
penterjemah :  hijjaz_79

One reply on “Israel : Hezbollah semakin kuat ?”

Comments are closed.