Categories
Berita Semasa

Malaysia enggan benarkan pasukan squash Israel masuk

Isnin, 29-11-2021 – Malaysia telah menolak untuk membenarkan pasukan Israel yang ingin menyertai Kejohanan Squash Dunia daripada memasuki negara itu.

Oleh yang demikian, Persatuan Squash Israel menyeru Persekutuan Squash Dunia agar mewajibkan Malaysia membenarkan kemasukannya bagi menyertai kejohanan yang akan diadakan selama dua minggu di Kuala Lumpur. Namun, permintaan itu ditolak.

Persatuan Squash Israel turut mengugut untuk menyaman Persekutuan Squash Dunia jika tidak memastikan penyertaan Israel di kejohanan dunia.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Nor idawati

Categories
Berita Semasa

Israel Akan Umumkan Rancangan Penempatan Baharu Dalam Waktu Terdekat

Isnin, 29-11-2021 – Pemerintah penjajah Israel akan mengumumkan rancangan pembangunan kluster baharu penempatan Zionis, terdiri dari ribuan unit rumah di kota Al-Quds terjajah.

Menurut penganalisa urusan Al-Quds, Fakhiri Abu Diyab, rancangan pembangunan kluster penempatan yang hendak diumumkan Israel dalam waktu dekat ini mencakupi pembangunan 3 ribu unit rumah dan membangunkan penempatan baharu di kota Al-Quds.

Projek penempatan Zionis akan difokuskan di kawasan Atharat Al-Quds utara, kemudian di penempatan Javat, penempatan Ma’aleh Adumim, Timur kota E1, Hamamtus di Al-Quds selatan dan kawasan-kawasan lain yang akan ditentukan kemudian.

Disebutkan bahawa pemerintah Israel akan mengeluarkan dana besar untuk membina penempatan baharu tersebut yang membolehkan jawatankuasa perancangan dan pembangunan memulakan projek ini.

Abu Diyab menyebutkan, penempatan baharu akan dibina di kawasan Atharat setelah mendapat persetujuan dari pemerintah Israel.

Semua potensi yang ada digunakan untuk mengukuhkan dan mengintensifkan penempatan Zionis di Al-Quds, kemudian mendatangkan warga Yahudi untuk mengubah peta demografi wilayah, walaupun pihak Amerika secara malu-malu meminta dihentikan aktiviti penempatan di wilayah Palestin terjajah.

sumber : https://melayu.palinfo.com/
penterjemah : Osman

Categories
Berita Semasa

Dua tahanan pentadbiran teruskan mogok lapar

Isnin, 29-11-2021 – Dua orang tahanan warga Palestin meneruskan mogok lapar mereka selama berminggu-minggu lamanya sebagai bantahan ke atas penahanan pentadbiran mereka, tanpa tuduhan atau perbicaraan.

Menurut Persatuan Tahanan Palestin, Hisham Abu Hawwash yang berusia 39 tahun, dari bandar Dura di al-Khalil telah melakukan mogok lapar selama seratus hari.

Hawwash ditahan di rumah sakit penjara dan kadangkala dipindahkan ke hospital apabila dia mengalami masalah kesihatan.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Amrul Azmi Mizan

Categories
Berita Semasa

Hamas: Operasi di Baitulmuqaddis menegaskan kesungguhan penentangan oleh rakyat

Khamis, 25-11-2021 – Gerakan Hamas memuji operasi tembakan di Baitulmuqaddis dan menyatakan peristiwa itu mengesahkan rakyat Palestin tidak akan membenarkan rejim zionis terus menjajah di kota suci itu.

Dalam kenyataan akhbar, jurucakap Hamas Mohamed Hamada berkata, operasi tembakan dan tikaman yang dilakukan oleh Omar Abu Asab beberapa hari lalu di Baitulmuqaddis membuktikan kesungguhan rakyat Palestin untuk menentang.

Hamada menyifatkan peristiwa itu sebagai satu mesej kepada Israel, dan mengesahkan operasi sedemikian akan terus berlaku sebagai tindak balas terhadap usaha rejim untuk memecahkan Masjid Aqsa. 

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Nor idawati

Categories
Berita Semasa

Ketegangan Meningkat di Penjara Israel

Khamis, 25-11-2021 – Pasukan khas Israel menyerbu Seksyen 7 Penjara Ramon pada pagi hari Isnin, berikutanlangkah protes yang diisytiharkan oleh tahanan Palestin di beberapa bahagian penjara untukmenuntut penggunaan telefon awam di penjara.

Pejabat Penerangan Banduan mengesahkan bahawa kempen pemeriksaan yang ganas danprovokatif telah dijalankan di Seksyen 7.

Awal minggu lalu, banduan Palestin telah mengisytiharkan langkah protes di penjara Israeluntuk menuntut penggunaan telefon awam bagi banduan wanita dan banduan yang sakit.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Neina Mukhtar

Categories
Berita Semasa

Rejim Zionis serbu rumah penembak, menahan abangnya

Khamis, 25-11-2021 – Polis rejim Zionis pada tengah hari hari Ahad menyerbu kem pelarian Shafaat di Baitulmuqaddis yang diduduki dan memecah masuk rumah seorang saspek operasi tembakan yang dilaksanakan pada pagi hari Ahad di Kota Lama.

Pada awal hari Ahad, seorang rakyat Palestin telah ditembak mati oleh dua orang anggota pasukan polis rejim Zionis selepas dia melepaskan tembakan ke arah dua orang penceroboh Yahudi di Kota Lama di Baitulmuqaddis yang diduduki.

Penembak tersebut dikenal pasti sebagai Fadi Abi Shkhaydam, seorang guru dari kem pelarian Shuafat di timur Baitulmuqaddis.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Amrul Azmi Mizan

Categories
Berita Semasa

Pendatang menyerang warga Palestin di timur laut Ramallah

Selasa, 23-11-2021 – Sekumpulan pelampau pendatang Yahudi pada petang Rabu menyerang kenderaan warga Palestin yang melalui jalan dekat penempatan haram Beit El di timur Ramallah.

Menurut sumber tempatan, para pendatang berarak dekat lampu isyarat di kemasukan Beit El dan membaling batu ke arah kereta-kereta yang lalu.

Tiada yang dilaporkan cedera, tetapi beberapa kereta mengalami kerosakan akibat serangan itu.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Nor idawati

Categories
Berita Semasa

Tahanan Sami Al-Amour Syahid di Penjara Israel

Selasa, 23-11-2021 – Khamis pagi minggu lepas, Pejabat Informasi Tahanan mengumumkan kematian tahanan Sami Abed Al-Amour di penjara Israel akibat kelalaian pihak perubatan yang disegajakan oleh pihak penjajah.

Dalam sebuah pernyataan akhbar, Pejabat Informasi Tahanan menyatakan bahawa tahanan yang gugur syahid, Sami al-Amour, dari Deir al-Balah, Semenanjung Gaza dijatuhi hukuman 19 tahun penjara dan telah ditahan sejak 2008. Semalam, Persatuan Tahanan menyatakan penurunan serius keadaan kesihatan tahanan Sami Abed Al-Amour dan beliau kemudiannya dipindahkan ke Hospital Soroka untuk menjalani pembedahan jantung.

Sementara itu, gerakan Pejuang Islam Hamas menganggap gugurnya tahanan Sami al-Amour di penjara Israel akibat kelalaian pihak perubatan yang disengajakan adalah kejahatan terhadap kemanusiaan dan pelanggaran terhadap semua nilai dan undang-undang antarabangsa.

sumber : https://melayu.palinfo.com/
penterjemah : Osman

Categories
Berita Semasa

Israel Bina 400 Unit Penempatan di Baitulmaqdis Yang Diduduki

Selasa, 23-11-2021 – Sumber media Israel mendedahkan rancangan baharu untuk pembinaan 400 unit penempatan di Baitulmaqdis yang Diduduki.

Syarikat Hartanah Properties telah mula mempromosikan 400 unit rumah baharu di penempatan haram Nof Zion, tambah sumber itu pada hari Rabu lepas.

“Unit perumahan baharu menghadap pemandangan paling indah Baitulmaqdis, termasuk Bukit Zaitun dan Kota Lama,” menurut syarikat itu.

Pelan itu juga akan merangkumi hotel dan pusat komersial.

Awal bulan lalu, Israel telah mengumumkan rancangan untuk membina lebih banyak kediaman untuk peneroka Yahudi di Tebing Barat dan Baitulmaqdis yang diduduki, dan telah mendapat kecaman serta-merta daripada rakyat Palestin, aktivis keamanan dan negara jiran Jordan.

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu menyatakan “kebimbangan besarnya” terhadap pengumuman Israel, menekankan bahawa “semua penempatan adalah haram.”

Perluasan penempatan Israel di Tebing Barat dan Baitulmaqdis yang Diduduki berterusan di bawah setiap kerajaan Israel sejak 1967.

PBB secara konsisten menjelaskan bahawa ia tidak akan mengiktiraf sebarang perubahan pada sempadan pra-1967.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Ezatul

Categories
Berita Semasa

Gerakan Tawanan : Al-Amour Dikenakan Hukuman Mati

Selasa, 23-11-2021 – Gerakan Tawanan Palestin mengesahkan dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pada hari Khamis bahawa tahanan Palestin Sami Al-Amour telah dikenakan hukuman mati.

Gerakan itu juga menganggap Israel bertanggungjawab sepenuhnya atas kematian tahanan itu memandangkan Al Amour menjadi mangsa kecuaian perubatan yang sistematik dan disengajakan semasa penahanannya.

Al-Amour telah ditahan selama 14 jam di pusat pemeriksaan tentera sebelum tiba di hospital di mana dia diisytiharkan meninggal dunia, menurut kenyataan itu.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Neina Mukhtar

Categories
Berita Semasa

Zionis menyerang pelajar Palestine di Lubban ash-Sharqiya memasuki hari ketiga

Selasa, 23-11-2021 – Bemula pagi Khamis yang lalu, hari ini telah memasuki hari ketiga berturut-turut tentera Zionis menyerang pelajar Palestin ketika mereka dalam perjalanan pulang dari sekolah di kampung al-Lubban Ash Sharqiyah, selatan Nablus.

Menurut wartawan Pusat Maklumat Palestine (PIC) berkata, tentera Zionis ini sengaja menghalang ketibaan pelajar di dua sekolah tempatan yang terletak berhampiran jalan uatama Ramallah-Nablus.

Tambahnya lagi, Zionis turut menghujani keluarga pelajar yang mengiringi anak-anak mereka ke sekolah semenjak dua hari lepas dengan gas pemedih mata yang menyebabkan berlaku sedikit kecederaan akibat terdedah kepada asap berkenaan.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Shuhada Sayuti

Categories
Berita Semasa

Berpuluh penceroboh cemari al-Aqsa

Selasa, 23-11-2021 – Sekumpulan penceroboh Yahudi diiringi pasukan polis rejim Zionis mencemari masjid al-Aqsa di Baitulmuqaddis yang diduduki pada pagi hari Khamis.

Menurut sumber tempatan, sekurang-kurangnya 82 orang penceroboh memasuki masjid berkenaan melalui pintu Maghariba dan melawat halamannya di bawah kawalan polis.

Semasa kunjungan mereka di masjid suci itu, kumpulan penceroboh tersebut mendengar ceramah daripada pendeta mereka tentang gunung kuil itu dan sebahagian mereka secara provokatif menunaikan sembahyang mengikut ajaran kitab Talmud.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Amrul Azmi Mizan

Categories
Berita Semasa

Hamas berkabung atas kematian warga Palestin yang dibunuh oleh IOF

Jumaat, 19-11-2021 – Gerakan Hamas berkabung pada Selasa atas kematian Saddam Hussein Bani Odeh yang ditembak oleh tentera rejim di Tebing Barat bandar Tubas.

“Ketika kita berkabung, kita perbaharui ikrar untuk terus menentang rejim sehingga Palestin yang tercinta bebas,” kata jurucakap kumpulan itu,, Abdel Latif al-Qanou.

Beliau turut menyeru agar mempertingkatkan segala bentuk penentangan bagi menghalang penjajahan dan mengusir penjajah bagi mengembalikan hak warga Palestin.”

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Nor idawati

Categories
Berita Semasa

Bot Pembedil Israel Serang Nelayan Gaza

Jumaat, 19-11-2021 – Pada pagi Rabu lalu, bot pembedil Israel melepaskan tembakan mesingan ke arah bot nelayan Palestin di luar pantai Semenanjung Gaza yang dikepung.

Menurut sumber tempatan, bot pembedil melepaskan beberapa peluru meriam ke laut berhampiran bot di luar pantai kawasan as-Sudaniya, barat laut Gaza.

Bot pembedil juga melepaskan tembakan mesingan ke arah bot nelayan lain di beberapa kawasan luar pantai yang berbeza di Gaza.

Tiada kecederaan dilaporkan dalam serangan itu.

Tentera laut Israel dan bot-bot mereka berada di sekitar nelayan Gaza hampir setiap hari, mengganggu mereka, menembak mereka, merosakkan bot mereka, dan membuat penangkapan. Terdapat beberapa kejadian di mana nelayan tercedera atau terbunuh semasa serangan tembakan.

Di bawah perjanjian Oslo 1993, nelayan Palestin dibenarkan untuk menangkap ikan sehingga 20 batu nautika dari pantai Gaza, tetapi semenjak itu Israel telah terus-menerus mengurangkan kawasan penangkapan secara beransur-ansur hingga lah ke tiga batu nautika, sebagai sebahagian daripada sekatannya ke atas Gaza.

Nelayan dan kumpulan hak asasi manusia juga mengatakan bahawa sejak perang 2008-09 di Gaza, tentera Israel telah menguatkuasakan sempadan yang lebih dekat ke pantai.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Ezatul

Categories
Berita Semasa

Israel Bangunkan Perumahan Baharu Di Nof Zion, Al Quds Timur

Jumaat, 19-11-2021 – Sejumlah sumber media Israel menyiarkan rancangan pembangunan ratusan unit rumah di kawasan penempatan Nof Zion, yang terletak di kota Jabal Mukaber, Al-Quds timur terjajah.

Chanel 7 Israel menyebutkan, perusahaan Shimeney Propertiz Israel mulai memasarkan 400 unit perumahan yang akan segera dibina di penempatan “Taman Istana Al-Mufawid” di pusat kota Jabal Mukaber Palestin.Pengarah perusahaan Odey Rejones, menyatakan “Unit perumahan baharu menghadap pemandangan terbaik di kota Al-Quds, termasuk Bukit Zaitun dan Kota Tua, dan akan dibina hotel dan pusat perniagaan di lokasi terdekat.”

Menurut Chanel Israel, rancangan terbaru ini menyebabkan lonjakan besar, menjadikan kawasan elit Yahudi, dengan menggunakan nama penempatan Nof Zion, di tanah Palestin di Al-Quds timur.

Pada tahun lalu, Israel membina sekitar 90 unit baharu perumahan di penempatan Nof Zion.

sumber : https://melayu.palinfo.com/
penterjemah : Osman